Saturday, November 29, 2014

bersyukur APA adanya!

Banyak perkara yang aku nak cerita
Tapi tak tahu nak mulakan macam mana
dan nak akhirinya lagi lah aku blur
Tak ada mula mana nak ada akhir kan?

So rilex dulu takyah nak berkerut sangat dahi tu

Korang pikir apa??

Entry aku ni sikit pun tak ada menguji minda korang
Membasahkan ketik korang lagilah tak ada
so...korang cool sudahh...
pegi ambik balang biskut, makan sambil baca blog cheery...
dah mudahhhh!!!!

Sejujurnya aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada
Setiap masalah dan dugaan yang mendatang aku rasa ada pertolongan disebaliknya
Penat lelah aku ada yang melegakan
susah senang aku ada yang memudahkan

Pendek kata apa yang berlaku ada hikmah yang kita tak tahu dan tak sedar.
Disaat aku rasa kehilangan sesuatu
Aku dikurniakan sesuatu yang lebih baik dan berguna

Macam mana kita kepanasan dengan cuaca terik dunia
and then kita dikurniakan dengan hujan yang penuh rahmat
dia punya feel macam tulah...hah...rasa syukur tak??? hiihihi

Jauh sangat explanation aku ni ke?

Tapi apa pun itulah yang aku rasa sekarang

Aku cuma harap pelangi tidak akan penah lelah dan fadeup untuk
mengeluarkan sinarnya walaupun badai melanda sepanjang musim

Dan Bulan tidak berputus asa untuk menyampaikan ketenangan dirinya 
walaupun Matahari sentiasa memenangi permainan dunia



tiada kata kata yang biasa meluahkan APA yg dirasa melainkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi atas segala kurniaan Dan dugaan yang penuh rahmat


DariNYa kita datang Dan kepadaNYa jua kita kembali!





Sunday, November 23, 2014

Berkelah di pantai kelanang, banting

Firstly aku perkenalkan diri
Nama aku ‘siti dot dot’ nama manja off course la ‘ct manja’,
nama kampong ‘ct nyioq’, nama retis ‘ ct cheery ’ atau lebih dikenali sebagai ‘sari yanti’
Napa aku gedik sangat introduces myself??

Sejujurnya bukan sebab aku retis…giler  pun bukan
orang hutan??? jauh panggang dari api
Kalo dah panggang dan api jauh, bila ayam panggang ko nak masak derr???
-..-   ok ok tak lawak   hihihihi

Just nak  kowang kenal dari hati ke hati dengan retis separuh siap ni
Wakahkahkahkahkahkah……..

Relex beb relex….gua guwau ja.. ^_____^




Wokey, Mulakan dengan pantai kelanang, tajuk utama kita pada hari ni yeh adik-adik

Aku rasa ramai yang tak tahu pasal pantai kelanang ni
Nak masuk ke situ pun memang guna jalan kampong
Sebenarnya pantai kelanang ni tak jauh pun dari pantai morib dlm 1 km
Adik beradik sama bapak dan sama umak jugak dengan pantai morib dan pantai carey
Tapi memang adik beradik tiri dengan bagan lalang dan tanjung sepat
Absolutely correct!!!!!kihkih

Sekarang zaman GPS…tak takut dah nak sesat ke nak tersasur jalan ke  hapa ke
Korang search aje pantai kelanang…
GPS sedia membantu

Kini destinasi hanya dihujung jari anda….
Kini destinasi hanya dihujung jari anda….
bape kali nak ulang dah??

Jangan pulak jalan one way kowang pegi buat jalan two way  yeah..hihi
^_______^

Tapi awai-awai aku cakap korang jangan gelabah ulat beluncas pulak sebab
GPS memang akan show jalan pantai baru…
Jalan pantai baru tu menuju ke pantai kelanang lah…
Jangan nak maki GPS tu berbakol bakol pulak…cool sudah!!!
*Macam ada experience pulak maki GPS hahahahaha

Actually kitorang plan nak ke pantai morib tapi macam mana hentah leh
sesat kat sini
ni mesti kes jln sehala buat 2 hala la ni bhahaha


Pantai kelanang ni tempat b’camping…ramai family dan group b’camping sini
Siap ada yang booking kawasan lagi…katanya kawasan berbayar.
Pelik jugak aku macam mana boleh ko bayar kalo ini kawasan awam dan F.O.C
Ko nak bayar dah kenapa pulak??
Dah banyak sangat ke duit tu??
Kalo banyak bak sini sikit..aku nak bayar card credit aku ni hah!!…huhuhu
Dia kencing aku ke hapa , entah lah…abaikan mereka yang tak penting tu



Sebenarnya pantai ni kawasan bakau tapi still ada pasir dan persisiran pantai..
Boleh lah kiranya anak-anak kecil main bola pantai ke..bina istana pasir ke , soh kira pasir ke,
main 'awak kat mana? Aaawakk kat mana?' ke...hihuu




Biasanya ini bukan tempat terbaik untuk mandilah…sebab ada anak-anak pokok rhu
So, hati-hati berjalan dekat pantai ni..wisau jugak terpijak anak pokok rhu

Kalo terpijak ank pokok rhu? Ko menjawablah dengan bapak pokok rhu
Tu tak termasuk lagi ibu pokok rhu….
wakahkahkahkahkah ^_____^

Wokey……tak lawak pun!!
Yeh…yeh..tahuu tahuu tak lawak




Ni air belum naik..kalo air pasang boleh la mandi tapi memang cetek lah
Paras lutut orang dewasa jer…nak buat aksi terlampau kat pantai macam dugong pun boleh
Dipersilakan…takde sapa nak larang …silap silap dugong pun join sekali   haha


Kitorang berkelah sebenarnya..dah hampaq tikar semua tiba-tiba muncul anak anjing
Potong mood betoi….i don’t want touch the dog wokey…
Bukan I nervous dengan dog..dog yang nervous bila Nampak i
That why la I tak suka nak tunjuk muka retis I kat dog
Hmmm…betooiiii!!!!
Tak caya sudah!!! Hahaha


Lastly kitorang decide nak jalan jalan je kat pantai sambil photoshoot
Yeahhh!!!! Itu lebih membahagiakan
Bekal ??packing balik….balik makan kat umah ajelah…lagi aman





Berkejar kejaran dengan si anak ketam
Bijak rupanya anak ketam ni!!
Sebab apa taw???? Kitorang lalu aje dia buka laluan
Dah rasa macam jalan atas karpet merah pulak…feeling retis sat nah!!! :p

Ini adalah budak kecik geli seluttt..siap kena berdukung bagai


Ini pulak adalah budak yang selalu syok sendiri..tak pernah kata tak syok
Syok sokmo lah!!!!


Dekat pantai kelanang ni walaupun tak ramai pegunjung tapi safety
Sebab kat sini ada JPAM a.k.a penyelamat
Nun sana menara penyelamat kihkihkih
Ada abang gagah perkasa bersama dengan dog bernama spicy
Bukan kfc hot and spicy tapi spicy the mission dog!!!! wahahaha  

Ok, nak dipendekkan citer..banting/kuala langat ni kawasan eko-pelancongan sebenarnya


Banyak tempat menarik yang kita tak tahu yang boleh dikunjungi
Seperti Paya indah wetlands,Tanjung sepat, Pantai tg.rhu, pantai morib, bagan lalang
Istana jugra, Ladang logan, ladang teh boh dan sebagainya
Aktiviti riadah seperti Paragliding (luncur angin), perahu layar dan padang golf pun ada
So bawak bawak lah anak korang kenal selut dan pasir, Pokok rhu dan pokok bakau
Tak perlu pun nak berbelanja besar…curi sikit masa korang aje untuk riadah secara santai


Jom kita minum dulu sebelum balik!!!
^______^


Sudah sudah lah tu fa’an…balik kira kat rumah pulak, wokey?

Tuesday, November 11, 2014

Pekasam Daging bukak selera

Aku sekarang ni tak bape nak aktif sangat dah
Bukan sebab buzy pun…awai-awai nak bagitau
 bosan plak bg reason yang sama hihi ^___^
Buzy keje..buzy keje..buzy keje…jawapan cliché kan?
Kali ni reason luar biasa sikit
Sebab…takdak idea nak menulis!!!!
Hahahah…reason jujur..amekkaw!!

What?? Ct cheery tak de idea menulis??
Biar betoi tooqqq???

Otakk ko!! Aku pun manusia kot bukan alien nak menulis memanjang
Ada time aku bosan menulis..ada time aku rasa loser dengan blog
Ada time aku rasa nak manjakan diri dengan bermalas-malasan
Ada time aku rasa kering kepala dengan ion ion positif dalam otak
Ada time tak minum dugro otak pun tak berkembang dengan baik
tak dapat nk g taw  “otak unta lebih kecik dari matanya!!!”
Ngeh..ngeh..ngeh!!! 
-..-

Sejak dua tiga empat lima enam hari ni aku pasan
kenkawan fb asyik update pasal perkasam daging
terutama area utara nun sana
Bukak fb Nampak perkasam daging!
Tak bukak fb terbayang perkasam daging!


Excually aku tak pernah merasa lagi perkasam daging ni
Before ni 2/3 tahun lepas ada la ternampak dalam blog akak-akak
Tapi tak feel apa-apa pun tapi tahun ni macam teringin plak

Dah kenapa ang ni cheery??
Ntah lah!! Tanda-tanda pernuaan kot!!  Hahaha
Kita sedar umur dah meningkat baq ang!!!

Buat masa sekarang ni aku tak jumpa lagi kedai yang jual pekasam daging
Dekat area Selangor ni
Kalo ada inform aku k!!!!
Ada jugak cari dekat pasar..tapi takde
Tanya dekat akak-akak ofis, semua buat muka 
awkward, innocent, annoying,irritating 
Katanya “tak pernah dengar pun!!”
Siap ada yang Tanya lagi…”wujud ke?”

Hello!!!! Kalo tak wujud takde maknanya aku nak cari
Katak panggang and biawak goreng boleh wujud
Apasal pulak perkasam daging takleh wujud??

So malam ni dinner with ikan masin goreng
Jadilah untuk melepaskan kempunan…..


sedapppp baq ang!!!


K bye..take care korang
 ^____^

Sunday, November 9, 2014

Cara ternak lemak paling mudah


Vavavavavavav...otai tak tajuk kite kali ni?
Ada bunyi macam 'best women win' kan kan?
hikhikhik ^_______^

Ok entry aku ni bukan nak menghina atau menganiaya atau mengutuk lemak kat perut tu
takde..takde langsung kena mengena dengan lemak tepu mahupun lemak tak tepu

Tetapi sekadar ingin berkongsi satu cara menternak paling mudah,paling rilex
dan paling cool di alam semester ni

HAHAHAHAHAHA
Dan jangan risau...
benda ni tak pakai vacum sedut lemak atau menganiaya sesiapa
Ni cara paling K.L.I.N aka bersih


Ok, untuk mulakan korang kena ada 3 perkara
Duit, pen dan selera

Duit diperlukan untuk beli burger,roti john,roti kebab,roti oblong
Roti-roti ni depend on selera korang
Nak beli roti apa pun tak pe
Roti kering pun takpe




Pen pulak digunakan untuk mencatat jadual harian

Apa? tak paham??

takpe, aku ajar

macam ni, pagi sarapan burger mini 2 ketoi
lunch makan oblong seketoi

minum petang makan kebab seketoi
dan lastly dinner makan roti john seketoi

Selera pula diperlukan untuk menjamah ke semua roti yang dibeli tadi
takde selera apa pun tak jadi la beb!!

Korang catat semua ni dari 1hb sampailah 31 hb
korang kena catat sebab nanti senang nak tahu bape banyak jumlah kalori
yang korang dapat himpun...

camne nak kira dia..
Dalam setiap roti tu ada kandungan lemak,karbohidrat dan protein

Dalam sekeping roti ada 0.8g lemak,12.3g karbohidrat dan 2.3g protein
Nak kira kalori?
gram lemak didarab dengan 9 = 7.2 kalori
gram karbohidrat didarab dengan 4 = 49.2 kalori
gram protein didarab dengan 4 = 9.2 kalori
Jadi,Total: 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6 kalori atau genapkan 66 kalori

Korang kena ingat...kiraan diatas cuma kiraan untuk roti sahaja taw 
tak termasuk bahan-bahan sampingan lain lagi
macam sos,ayam dan mayonis



selesai !!

dan cukup bulan akan nampak hasilnaya

Makin hari makin bertambah berat
maksudnya lemak makin bertimbunlah
BAHAHAHAHAHA


Seriously 

aku dah try..memang berkesan pada aku

korang juga boleh buat benda ni secara berjemaah bersama isteri/suami atau housemates

APA?
TAK PAHAM JUGAK??


hidup ni jangan bangang sangat boleh tak??

INI maksudnya manusia yang bangang tak dak idea bangang menghasilkan entry bangang

Ok...jom makan aiscream sejukkan hati
i blanja u huhuhuhu


P/S: setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga 
(tidak dibakar) akan menambah 1kg berat badan