Friday, May 24, 2019

Juadah Berbuka puasa 2019


Salam Ramadhan yang ke-18. 
Awas.... entry ini mengandungi banyak gambar makanan. Yang rasa diri nak tergugat dan tidak mampu mengawal diri, sila scroll laju-laju kehkehkeh

Aku sejenis manusia Yang suka tengok gambar makanan..lagi-lagi baca entry pasal masak-masak. Setengah orang Rasa mcm saiko ja minah nih Kan..dan Ada jgk fikir tak patut bulan-bulan mulia mcm nih mengiurkan orang berpuasa. Tapi pada Aku tak kisah pun sebab Aku suka tengok. Haha (comfirm saiko minah nih!). Secara tak langsung bagi idea utk Aku masak atau berbuka apa Hari nih. 

Aku sengaja kumpul dalam 1 entry lauk berbuka Aku sepanjang Bulan puasa nih.. bukan nak buat terliur ke hape taw. Maafkan Aku. Hari ke bape yeh puasa today? 

Ramadhan ke 2 berbuka kat Kuala Lanjut. Ramadhan pertama kat Batu 3, umah MIL. Lupa lak nak snap gambar. 

Ramadhan ketiga, letih tak hilang lagi. Sebab sampai balik dari kg Malam tu dah lewat. So masak cincai ja since bahan nak masak pun banyak yg dah habis....cenonet goreng tepung Tu, bekal dari MIL 

Malam tu hubby duty...so Aku siapkan bekal Yang mudah untuk dia mentedaqah nanti. Hehe...simple and easy! Cenonet goreng tepung tu MIL yang bekalkan, banyak k utk anak kesayangannya. Aku memang tak boleh telan cenonet nih. 
I is gelii!

Jiran sebelah bagi... hubby duty so Aku makan nih jer berbuka. Mmang dah lama mengidam...Kan jarang nak jumpa, sekali bulan puasa dapat gak merasa... alhamdulillah rezeki baby.

Hubby teringin sangat nak makan sotong sumbat. Gigih dia g pasar Beli sotong. Hahaha. Sotong nih Aku sumbat dgn telur itik masin yang mak bekalkan. Pastu buat sambal jer. Mangkuk kecik tu lah balance telurnya. Hubby cakap superb. Tapi Aku Rasa Kalo buat Kari mesti lagi sedap kan.?

ALuth standby nak berbuka. Tempat walid dia conquer awal. Berebut lah hampa dua.

Ayam masak lemak match dengan ikan pekasam. Marvelous k. Teringin sangat...untung mak Ada bekalkan.

Yang bestnyer pekasam mak Aku nih...dia tak masin, dia masam. Resepi tradisi warisan nenek moyang nih. Btw, ikan pekasam mak Aku nih tak guna asam keping k. Rasa dia memang asli. Ramai yg repeat order pekasam_maklin nih taw. Best ke tak, kena Cuba sendiri. 

Hubby duty lagi Malam tu...so bekal lagi untuk dia. Yang simple ja Aku buat.

Hubby Aku nih tak habis-habis ngan sotong. Hehe


Berbuka puasa dengan kak wa, akak no dua Aku. Meriah sekali sekala. Tapi alhamdulillah tak membazir pun. Semua juadah habis. Dan paling my favourite bubur lambuk Tu. Selalu hubby Cari asyik habis ja...sekali dtg umah kakwa, dapat gak merasa bubur lambuk nih. Orang Penang panggil kanji. 😄


Roti John cheese beracun. Aku tak tahu lah roti nih rasa cheese ke Rasa racun. Yang pasti aku xrasa pun cheese nya, mungkin racun dah memanupulasi Rasa cheese tu. Warghhh....huhu. 

So far sedap....sedap dagingnya memang melimpah  dengan sos cheese yg mengancam. Berpadanan dengan harga nya lah kot RM12 kat bazar Bayan Baru.


Tak larat sangat nak masak... Sejak hujung2 trimester kedua nih, penat semacam. So masak ikan sardin jer lah. Nasib hubby tak banyak Bunyi..sebab dia sangat tak gemar dengan sardin. Hahaha

Okey..cukup lah tu gambar makanan.
Semoga Hari korang ceria-ceria selalu
Selamat berpuasa!
www.wasap.my/60175433604

Tetiba letak link phone no...soh order barang leteww.. hahaha!

(Urusan postage dah close dekat2 Raya dah nih. So far COD still open sampai 4 June. Area alor setar, jitra, pokok sena, Pendang)

(Eskinol dan pekasam still available, serum aleo Vera out of stock yah) 

Bye..bye




2 comments: