Friday, October 25, 2019

10 tips tenang urus rumah tangga - Najibah Mustaffa




LaMa saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan. 

Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.

Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.

Jangan perlekeh. Jangan 'ek eleh' kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.

Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.

Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.

Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.  Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.

1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.

Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.

2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.

3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.

4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.

Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.

5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.

6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.

7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.

8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.

9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.

10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.

Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .

Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.

Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.

Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.

Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.

Promo Diwali 2019 - FREE SHIPPING

Hallo semua...seminggu nih badan tak berapa nak Okey. Lesu, letih, penat urus anak kecik dua orang tu. Emosi pun selalu terganggu. 'Eleh cheery, anak baru dua orang dah merungut penat, hakak nih anak 5 orang  urus sendiri suami tak tolong bla..bla...bla..'. Okey..Okey, hakak kuat saya nih lembik k. Cakap lah apa hakak nak cakap, sy nih bdn ja besor...kudrat sebesor beras faizah tag Mahal ghituhhh!! Huhuhu

Kelmarin lagi lah, kepala Berat sngat, dgn emosi pun terganggu, suami terpaksa balik awal urus anak sulung. Dah terdaya nak urus dua-dua. Yang baby urus sendiri, gagah bangun lah jugak basuh berak, mandikan dia, bagi Susu. Lepas tu Aku mandi, solat magrib termenung kat sejadah sampai insyak...yeh! Magrib pun solat last2 dah sebab termenung dlm bilik air lama sangat. Hahaha πŸ˜„

So, bangun Hari nih Rasa fresh sikit. Mood pun Okey elok jer..hehe...bukak komputer laju-laju update.

Untuk Yang dah follow IG @ctcheery taw lah Kan, setelah sekian lama tak buat apa-apa promo. Then semalam dah post untuk promo Diwali. Sebelum ni tak berani nak buat promo bukan hape, stock tak banyak. Aku meniaga nih kecik2 ja ...meniaga sebab minat. Stock pun amik sikit-sikit ja. Celah Gigi orang kata. Hehehe

Sebelum Tu...sudi-sudi lah follow ig @hawaaziz87 . IG nih khas untuk business.
IG @ctcheery untuk personal. Jemput lah nak follow mana-mana pun takper, seikhlas hati. Nak follow dua-dua lagi bagus hehe. Terima kasih banyak2 Yang dah follow tu.

Follow cepat!! Bulan December aku plan nak buat giveaway baik punya. Hehe
Tadi jer ckp seikhlas hati. Hahahah


Serum Aloevera 15ml
Price RM 20 (while stock last)

Promo Dewali Berbaloi! Sempena depavali October 2019 hakak nak buat promosi free shipping untuk serum aloevera ni. 
Beli 2 dan keatas serum nih dah dpt free shipping yah. Minimum RM 40 sahaja dah boleh dapat free shipping. Nak add on brg lain pun boleh. Sah sehingga 31oct 2019.

Berbaloi tak? Cepat share dgn ahli keluarga, kenkawan, sanak saudara, jiran tertangga selagi Masih Ada stock noh hampa!


Aztec Clay Mask trail 50g+50ml
Price RM 20 (while stock last)


Tawas Powder 50g (ubat ketiak)
Price RM 5 (while stock last)


Eskinol Philippines 225ml
Price RM18 (while stock last)

Ini antara products available Yang boleh add on untuk FREE SHIPPING tu yer adik-adik.

Product lain mcm serum snail truecica, Minyak Boonga, Kojie-San soap,  kena pre-order. Nak free shipping jgk boleh tapi kena sabar Sikit tunggu stock sampai baru Kita ship.



Serum Snail truecica 50ml RM 90, 18ml RM32


Minyak Boonga RM 49


Kojie-San Men extra fresh RM 38


Kojie-San Men Whitening RM 38


Kojie-San skin lightening soap RM 30


Kojie-San skin lightening soap RM 12

Okey itu sahaja untuk entry nih...sebarang pertanyaan boleh wasap yah. 017-5433604

Bye 😘

Tuesday, October 22, 2019

Gangguan teknikal Pos Malaysia

Hi Assalamualaikum... bersiaran pagi ni untuk bagi taw ni ja... Laman sensawang poslaju Ada gangguan teknikal Sikit. Sampai bila tu mungkin selama 3 hari.


Ada jugak terbaca post seller lain rupanya gangguan nih bukan semenanjung sahaja tapi seluruh Malaysia.


So kelmarin nasib 1 parcel jer pos ke customer. Mintak suami pos Kan...berhujan dia semata-mata POS brg customer sorang ni hahaha.


Dating jab petang tu. Makan ice cream hujan-hujan apa nak kata hihihi

So, conclusinya harap pos Malaysia cepat pulih. Harap customer yg dah bayar Tu boleh bersabar menunggu dan yang check tracking tu bertabah lah yer sebab memang 'no record'! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Hahaha



Monday, October 21, 2019

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online


Assalamualaikum..dah semak ke PSP?
Actually, PSP nih tak perlu daftar apa-apa pun, just semak kelayakan jer.

Semak sini Portal semakan PSP


Alhamdulillah...iolls layak utk terima PSP.
Most of penerima BSH automatic layak utk PSP. Tapi Ada kes bila check Tidak layak Tu, boleh buat rayuan. 


PSP ni Akan dibayar 4 Bulan skali iaitu bayaran pertama pada bulan April 2020.

Refer gambar dan fahamkan. Maximum kenderaan 2 biji kete 2 biji Moto.
Tak faham jugak, sila Tanya pada Yang faham k...kihkihkih

Sunday, October 20, 2019

Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?


Copy paste dari Facebook Khairunnisa Hamzah
______________________________


Tandas bilik tidur tidak patuh syariah?

Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.

Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139

Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.

Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : " Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat"

Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara "Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti"

Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.

Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.

Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”

(HR. Bukhori 5624)

2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.

Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : "I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?"

Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.

"Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat".

"Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke"

Seronok dokter bila kita bagi idea.

Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.

Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
#Mommydaddydecor
#Rumahorangmuslim
#Rumahikutsunnah
#RumahIslamik

Wednesday, October 16, 2019

Packaging baru Vs Lama - Aloevera serum

Assalamualaikum semua reader... Salam alam Maya..eceh...hehe πŸ€—


Baru VS Lama. Hakak bersiaran ni cuma nak habaq ni Serum Aloevera dah salin packaging noh. Serum Aloevera baru, Ada vit C, so tak boleh dah terdedah dgn cahaya matahari, Kang kualiti serum terjejas plak.

 Harga dia Sama, kuantiti Sama, cuma kesan berbeza sebab improved formula. Yang baru depa upgrade vit C + E dan Castor oil, utk buat kulit lebih lembab, dan bagi 1001 kelebihan pada kulit. 

Kena try noh sebab yg ni best gilosss!!! 
πŸ€—πŸ€— 

www.wasap.my/60175433604/serumaloevera


Boleh wasap aku untuk order Dan pertanyaan k,

Atau 

Shop link: shopee.com.my/ctcheery87

Atau

Comments jer kat entry ni, nanti Aku reply yeh. Hehe

#serum #serumaleovera #untukkulitsihat #smoothenskin #skincareroutine #beautiful #beautifulskin #cheeryonlinestore #smile😊  #like4like #tagsforlikes #followme #instagoods #visitmyig