Tuesday, December 29, 2020

MIL Sambut Birthday Anak Cucu December

 Assalamualaikum ...beberapa hari ni tak bersosial media..nak kata busy sangat tak jugak, nak Kata free sangat pun tak jugak...cuma tak dak masa nak mengadap phone lama-lama. Faktor usiakah itu?

Minggu yang cuti Christmas tu, ambik peluang balik ke kampung halaman, pendang, bawak makayah berkelah di titi hayun, Yan.. Lama tak ke Sana..tak banyak yang berubah. Cuma yang berubahnya, dulu masuk free ja kan tapi sekarang dah kena charge parking 2 hingget. Banyak foto snap dengan phone aku. Tapi malang sungguh bila phone tetiba rosak...Satu foto pun tak sempat nak upload. Sadis bebeborr!! Now pakai phone lama yg layak sendal pintu jer dulu. Hehe.. SMS dan Whatsapp boleh jer phone sendal pintu nih ..tapi angkat kol tak boleh..sebab bila Ada kol dia jadi blank screen..hebat Tak? Hahahah

Bersyukur lah...Ada jugak smartphone....sendal pintu pun ok lah..janji boleh pakai Kan.

Balik kenduri kali nih banyak attend kenduri. Macam-macam jenis kenduri...yang terpaling best hubby lah sebab favourite menu dia iaitu 'Gulai daging batang pisang' ada jer Kat semua kenduri tu. Berat badan tak usah citer lah...hubby perut dah sama tinggi dengan tetek dah..hehe. hubby jerling jer kalo aku Komen perut dia.

Hubby kata balik nanti kena struggle kaw-kaw lah. Aku ni pun tak taw lah..comel tahap hippopotamus dah. Bila dah comel hippopotamus nih, berlari pun rasa punggung tinggal belakang..bahaha

Selepas jumaat petang, bergegas pulak ke Bukit Pinang, MIL Sambut Birthday Anak Cucu Kat rumah maklang. Ramai sungguh December babies dalam keluarga Che siah.

Tak taw kenapa Suka sangat pic candid nih. 2 beradik tu akal jenuh sungguh. Pening makkk!!

Sebahagian family members Che siah... sebahagian lagi belum tiba.

Snap menu yang penting hehehe

Selamat Hari lahir buah hati ummi. Dah 3 tahun buah hati sulung ummi ni. Ummi Sayang Aluth dunia akhirat taw. Walaupun ummi selalu marah aluth...sebenarnya ummi bersyukur hadirnya Aluth dalam hidup ummi. Melalui Aluth ummi belajar jadi ibu...kerana Aluth ummi belajar untuk bersabar. Demi Aluth ummi menjadi tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan rintangan. Now... Aluth dah ada adik..jadi anak yang taat soleh dan Abang yang baik dan protective kepada adik, okey Sayang..muah love.

Seriously banyak tempat yang aku Dan suami Tak dapat nak pegi bercuti...sebab bimbangkan 2 ketul tu. Lagi2 tempat sesak dengan orang ramai. Buat Masa ni elakkan dulu. Kes covid masih 4 angka sekarang Kan. Plus Penang Mukim 12 dilanjutkan lagi PKPB. 

Jangan Lupa berdoa yah uolls...moga Malaysia bersih dari covid secepat mungkin.




Wednesday, December 23, 2020

Elya KWSP ni memang buat aku serba salah

Pencarum yang dah Mohon I-sinar mesti dah kenal dengan Elya ni. Dia memang ditugaskan untuk buat orang serba salah yeh hahaha

Foto kredit : BeautifulNara

Hampa tengok bawah ni..mana Aku tak serba salah? 


Elya kata " Hai saya Elya, penasihat online KWSP. RM 10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 31,186.15 jika disimpan sehingga 55 tahun," 

Pandai ek Elya..Pilih 5k pun serba salah jugak. Sampai Aku Tanya suami nak keluarkan bape? Serba salah pulak nak bawak keluar bang oii. Elya kata Kalo terus simpan boleh berganda. 

Aku rasa kemunculan character Elya ni memang berkesan untuk buat pencarum serba salah tapi tak berkesan pun untuk hentikan tindakan. Sebabnya kebanyakkan pencarum sekarang terdesak...dan terjejas dengan masalah masing-masing 😁

Apa pun...usaha Elya memang layak dipuji hehe

Dah Mohon belum? Cara mohon baca sini Mohon I-sinar kategori 1



Monday, December 21, 2020

Cara mohon kwsp I-sinar

 Assalamualaikum dan salam hari isnin 🥰. Kalo dulu aku bekerja..hari isnin adalah Monday blues...tak tahu lah bila hari isnin ja mesti kemalasan dan buat keje kat ofis ja mesti lembab.. segala-galanya lembab...kelembapan tu pulak bukan datang dari aku jer tapi dari semua pihak. Begitu lah  uolls, Monday blues dan bidang pekerjaan memang tak boleh dipisahkan. Kerjaya aku sekarang pulak Suri rumah... Monday blues tu Masih ada tapi tak kisah sangat sebab tak dak mood boleh tido. Hehe 🤭

Uolls dah Mohon I-sinar ke??

I-SINAR untuk kategori 1 dah boleh mohon dah uolss. Kategori 1 ni termasuk untuk Suri rumah atau yang dah berhenti kerja sejak 2 Bulan Lepas. 

Nak Mohon boleh klik link ini I-sinar kategori 1

I-SINAR ni boleh dikatakan kemudahan dari kerajaan untuk ahli kwsp yang terjejas kesan dari krisis pandemic COVID-19. Maximum pengeluaran adalah 10k. 

Seeloknya sebelum uolls memohon, pastikan uolss dah buat i-akaun. Caranya kemaskini no handphone di cawangan atau kiosk kwsp. Tujuannya supaya uolls tahu baki simpanan kwsp dan secara tak langsung melancarkan permohonan tersebut.

Cara mohon I-SINAR KWSP Akaun 1
1. Layari link kwsp https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Isi no kad pengenalan dan no phone
3. Klik teruskan dan uolls akan dapat no OTP melalui SMS.
4. Tetapkan amount pengeluaran dan bayaran bulanan selama 6 Bulan. (Refer gambar)
5. Pastikan Akaun no uolls adalah tepat dan check jugak maklumat peribadi uolls tu.
6. Sahkan dan hantar permohonan uolls.
7. Done. Permohonan diterima dan akan diprocess. Semak status permohonan pada 4 Januari ok.

Mudah ja sebenarnya..follow the flow ja. 
Bayaran pertama akan dibuat pada pertengahan Januari tahun depan.

Bagi kategori 2 pulak , link akan dibuka pada 11 January.  Kategori 2 ini untuk yang Masih bekerja tapi alami pengurangan pendapatan. Sama ada kena potong gaji atau cuti tanpa gaji. 

Okey..setakat ini saja maklumat yang dapat di share hehehe





Thursday, December 17, 2020

Maaf Dari Penulis

 Hi uolls Assalamualaikum...pertama nya aku nak mintak maaf lagi...hehe.. kepada pemenang GA bulan lalu sebab Aku belum dapat arrange hadiah diorang. Mintak maaf yah...Ada kesulitan Sikit.

Dah siap packing dah hadiah saguhati.

Tapi jangan risau ... Once dah lapang Sikit kesulitan aku nih...Aku cepat2 arrange dan pos yah. 

Keduanya...maaf kepada blogger Hasif sebab aku tak dapat masukan dia dlm list bloglist aku. 

Dia kuar mcm nih...banyak Kali try jgk Masih mcm tu. Ke uolls tahu Napa Boleh jadi mcm tu?

Aku juga gagal follow blogger Hasif. Buntu dah mak hencik xtaw nak buat mcm mana huhu

Semua peserta Aku dah masukkan Dalam bloglist kecuali blog ahmadhasif.  Kalo korang tak ada dalam supporter bloglist, tolong cari dalam sukew bloglist. Kalo takde jgk....sila bagitau aku kat Komen... hikhikhik

Mana nak taw terlepas pandang Kan. Uolls nengok timeline blog aku tu sudah lah...kucar kacir tak tersusun langsung. Aku tak taw bila boleh kemas bagi semenggah Sikit. Kena pakai laptop nak kemas. Aku update entry pakai phone ja biasa lah...tunggang langgang jadinya. Tak pandai pun iya jugak nih. 😄

Okey tu ja nak habaq...uolls jgn cakap aku berjanji palsu k. Doa2 Kan aku lapang dari segala kesulitan ini... seriously tak kuat rasanya Kalo sensorang... alhamdulillah ada anak2 dan suami..macam mana sukar pun kena kuat jugak demi diowang. Sob...sob...sob #naknangis

Okey rakan-rakan blog take care yeh. Bye2 



Wednesday, December 16, 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

Assalamualaikum... giveaway ini dianjurkan oleh kenalan baru Kita Tangan Gebu. Aku yakin benorrr tangan penulis nih mesti gebu kan..gebu menulis dan berkongsi pengalaman yang bermanfaat pada pembaca. 

Aku tertarik untuk join giveaway by Tangan Gebu bukan sahaja disebabkan hadiah yang ditawarkan penulis menarik dan bernilai ...sudah semestinya juga untuk menambah kenalan Maya...tetapi juga kerana aku sangat takjub dan kagum dengan perkongsian pengalaman, ilmu dan manfaat yang dikongsikan penulis. Uolls pegi lah baca entry blog dia. Gaya penulis dia pun ada Gaya Yang tersendiri...menarik Minat untuk membaca. Tajuk pun ada kick. Laman blog pun tenang .. mungkin warna tema dan susunan layout main peranan disitu.

Aiseyyy...susah lah nak described...tapi uolls pegi lah terjah sendiri ...uolls Akan faham nanti. 

Klik banner diatas untuk meriahkan giveaway by Tangan Gebu Blog ini.

Tunggu apa lagi..Jom join giveaway dan support penulis Tangan Gebu ini hehehe.. peace yooo!!

P/S: Nampaknya penulis Tangan Gebu sangat meminati bidang bakery dan tak lama lagi akan keluarkan e-book sendiri mengenai business bakery. Didoakan semoga penulis dipermudahkan dan menempa kejayaan atas apa bidang yang diminati.


Monday, December 7, 2020

Giveaway by ejulz & faizzahamir

 Salam Monday bluess uolls. 🤗😅

Pagi-pagi subuh lagi dah tulis entry. Bangkit subuh dah tak boleh nak tido balik Kan so, Kita blog walking sambil join giveaway lah kaedahnya. Jom ramai-ramai join giveaway nih!

Giveaway tamat pada 25 December 2020. Ada masa lagi ni uolls

P/s: Sesi support rakan blogger .. uolls 🤗


Sunday, December 6, 2020

Digital Arts Giveaway

Menarik dan berminat pulak aku untuk  join giveaway yang dianjurkan Cuya atau pemilik blog 'Drawing the words'.  

Hadiah dia pulak merupakan Digital Drawing. Aku percaya bukan mudah nak buat digital drawing nih. Memerlukan masa dan kepakaran. Kalo dapat best Kan...boleh draw gambar family, lepastu frame gantung..wow! It's nice!...dah berangat plak dah! Hehe

Klik banner atas ni yeh untuk wusya syarat pernyataan. Atau klik no. Wasap Dibawah untuk tempahan digital drawing nih. Harga berpatutan taw.

Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!




Semua dibawah aku dah follow...so Aku dapat 5 cabutan undi taw. Follow ja semua, meriahkan media sosial dan ramai kenalan k. My IG atas nama @ctcheery

*Follow blog ni  https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/ (satu cabutan undi)
@prelovebukubycuya (satu cabutan undi)
@artsbycuya  (satu cabutan undi)
@ _suhxj  (satu cabutan undi)
*  Subscribe Youtube La Dolce Ame (satu cabutan undi)

P/s: join yeh uolss. All the best and good luck 🤗

Saturday, December 5, 2020

Review 3: Ke Arah Mencari Redha Allah

 Hi Assalamualaikum...Kali nih Jom Kita review blogger pemudattbc yang berasal dari Jitra, Kedah ni. 

Penulis yang merupakan Seorang peminat anime dari jepun ini bukan sahaja rajin kongsi hobinya tapi juga sering berkongsikan ilmu, pengalaman, motivasi dan isu semasa. Penulis yang bernama Muhammad Naim ini agak aktif dan berbakat dalam menyalurkan informasi yang tepat dan relevant. Kagum jugak aku baca entry-entry tazkirah beliau yang terdahulu. 

Naim mempunyai Facebook page sendiri atas akaun pemudattbc.blogspot. boleh klik link banner di atas dan follow beliau yeh. Must follow sebab Naim seorang supporter yang kuat taw .. Rajin support blogger lain dan join segment, giveaway dan contest.  

Nak follow blog Naim klik sini --> Pemudattbc