Wednesday, April 7, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 

Hi, Assalamualaikum..Moga kita semua dalam peliharaan Allah sentiasa.

Laju-laju nak join giveaway yang dianjurkan rakan blogger hebat Kita ni. Aku intai senarai peserta Masya Allah, ramai giler yang join. Memang hebat lah rakan blogger Kita ni. 

Aku intai pulak senarai hadiah..mak dato' ct...best-best lah. Kalo aku Ada tuah Kan..Aku tak mintak banyak..cuma nak purse tu ja. Purse Aku zip dah rosak berbulan dah, tak beli ganti lagi. Apa le benda lah beli purse pun berkira... Hahaha dah-dah tak payah kutuk aku pulak.

Giveaway ni Ada beberapa Hari saja lagi. Korang klik banner dibawah untuk join k.


Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas).

Bercakap soal Ramadhan dan Syawal tahun ini, sebenarnya aku mempunyai harapan yang sangat tinggi. Disebabkan harapan tersebut, aku menzahirkan perasaan teruja untuk sambut Ramadhan dan gembira untuk sambut Syawal. Buktinya aku dah siap tempah baju raya untuk keluarga kecilku. Aku dah tak nak fikir sangat soal dapat balik Raya atau tidak. Yang penting..Raya tetap Raya walau dimana pun berada, dan baju raya tetap ada walau sepasang. " I choose to be happy" ..ghituhhh!!

Ramadhan pulak, aku luah kat hubby yang aku rindu nak solat terawih di masjid, macam selalu buat masa bujang dulu. Suami cakap boleh.. Ok, Insha Allah akan ditunaikan. Kita tengok nanti..ditunaikan atau krikk...krikkk sahaja...hahaha.

Aku menjawab soalan tak? Jawab Kan

Tak tau nak tag siapa lagi sebab semua dah join. Aku tag jugak blogger Mrs Kay dan jugak blogger The New Minded

Terima kasih sudi membaca..xoxo #love