Saturday, August 19, 2023

Perempuan Itu: Curang itu Pilihan

Orang selalu cakap "Curang itu Pilihan" ..Yes aku sangat setuju ini. Sejak 1st episode lagi aku syak drama Perempuan itu akan jadi trending dimana-mana social media pun. Cerita ni agak menyakitkan hati kan? Tapi aku memang kagum lah cara Khalish hadap masalah suami Curang ni. Kuat betul..Kalo Aku tak taw lah, surrender sebelum berjuang agaknya..lari balik rumah makayah dah hahahahaπŸ˜‚

Pendapat Aku lah..nama manusia ni, tak Kira lelaki @ perempuan, Kalo dia nak Curang, ikat, kurung, mengamuk lah mcm Mana pun dia akan Curang jugak. Sebab now zaman teknologi, pelbagai medium dah ada untuk berlaku Curang tu. Aku selalu ingat quote ini "Kita tak akan mampu kawal sesiapa pun, Kita hanya mampu kawal diri Kita sendiri" & "Kita tak mampu ubah orang lain, melainkan Kita ubah diri Kita sendiri".

Baru-baru ni aku ada terjumpa kisah rumah tangga yang seakan-akan kisah Khalish ni. Cuma si suami yang curang tu seorang anggota dan berlaku curang dengan anggota perempuan dia. Kalo tengok pada latar belakang wife dia punya lah nampak perfect bak bidadari syurga, Aurat sangat terjaga, berpurdah bagai but still si suami masih nak curang. Paling menyayat hati si suami berlaku curang selepas kematian anak yang baru dilahirkan. Yes..right, seakan sama kan but ini adalah kisah benar. You know what...kuat betul si isteri ni bila dia join orang agama untuk tangkap khalwat suami sendiri jam 3 pagi macam tu. Bijak..macam-macam bukti si isteri dah kumpul untuk defence her self nanti.

Harapan si isteri cuma satu jer..hope ex husband berkahwin segera dengan perempuan tu. Sebab dah terlalu jauh hanyutnya. Sampai tiap minggu check in hotel...ko rasa?? kalo terjadi pada ko tak meroyan?

Si isteri yang acah-acah nak bijak macam Khalish tu nak track and trace suami masing-masing, aku nasihatkan TAK PAYAH lah. Sebab bila ko dah tahu semua tu aku tak rasa ko akan hidup aman tenteram. Sebab once ko dah tahu,  dan kebetulan memang suami ko curang, ko akan berada dalam situasi yang sangat sakit. BUKAN MAKSUD AKU BIARKAN  SUAMI BERLAKU CURANG. Tapi letaklah kebergantungan kita hanya pada Allah. Doa & Tawakal. Kalo betul pun suami kita curang ..biar Allah ajer yang tunjuk, then masa tu baru kita bertindak sewajarnya. JANGAN DICARI PENYAKIT KALAU TAK NAK SAKIT..

Mesti akan ada yang cakap lebih baik mencegah dari awal, dari hidup dalam penipuan. Terserah korang! Korang berhak memilih & membuat keputusan.

Hanya sekadar pendapat Aku, seorang isteri yang punya pengalaman sebergitu. Yang pegang hati pasangan Kita tu Allah, even hati Kita pun Allah yang pegang. Kita Manusia apa boleh buat? Berdoa lah, agar hati ini tidak berbolak balik & mohon Allah s.w.t jaga hati Kita, jaga hati pasangan Kita agar sentiasa bertaut kerana Allah.

Kita hidup berumah tangga ni tak akan terlepas dari ujian pun. Banyak isteri yang diuji dengan suaminya dan ada jugak yang diuji dengan imannya. Tak kurang jugak yang diuji dengan kewangan atau dengan kesihatan ahli keluarga. 

Semua itu ujian yang Kita perlu hadap & bertahan. Sebab Allah tu kan beri ujian mengikut kemampuan hambanya. Allah uji sebergitu kerana Allah tahu Kita mampu.

So, kita mintak lah pada Allah, supaya rumah tangga Kita kekal & bahagia, saling menyayangi walau apa pun dugaan yang datang.

Ingatlah..bertemu & berpisah ianya diluar kawalan Kita, ia adalah ketentuan/ kehendak Allah s.w.t. Jaga lah hati Kita. Inshallah Kita pasti lebih tenang & bahagia.


POV: Entry lama, Publish jer lah alang2 dah penat mengarang πŸ˜‚πŸ˜‚



SANUSI Bab 1: MENGENANG JASA AKI...

 MENGENANG JASA AKI...

Oleh: Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Monsun Barat Daya

"Mu gi lah pinjam seluar A'la  Tok Guru selai, dia ada banyak kot. Mana thu kot- kot seluar lama dia mu buleh pakai. Baju tu pakei la yang lama tu dulu!" Kata Mak pada satu malam. Di celah tangga (atas anak tangga) dalam kegelapan, duduk seorang anaknya yang baru lepas darjah enam. " Laa mak ni, aku kan besar lagi pada dia, dia kurus kering, mana aku buleh pakei seluar dia. Mak cari la sat duik kat sapa-sapa, aku nak gi beli di Jeniang esok. Lusa sekolah buka dah ni."

Aki nak masuk tingkatan satu di Sekolah Arab Batu 8, nak jadi ustaz.   Budin dah nak masuk tingkatan dua di SMK Tengku Sulong dan Kak Ndun baru lepas SRP, berharap dapat  asrama di Khir Johari. Sobri darjah empat (10 tahun), Ajik (6), aku (5), Saidi (3) dan Siti (1) hanya tahu membuka mulut untuk makan. Seluar sekolah Budin warna hijau dan pendek, sekolah arab kena seluar panjang warna putih. Aki hanya ada seluar pendek warna biru sekolah rendah. Tak boleh kongsi-kongsi.

Selepas seminggu, seminggu, orang lain dah bersekolah, Aki masih belum dapat seluar panjang puteh. Kalau keluar ke kedai, aku dapat tengok Bakar Chu Daud, A'la, dan beberapa budak lain mengayuh gerek balik dari sekolah, dengan seluar panjang putih, baju puteh, kopiah puteh...lawa depa ni... Seluar macam ni lah Aki nak, tapi tak dapat lagi... Mak tak dak duik nak beli baru, nak pinjam kat orang, Aki badannya besar, tak celuih! ( kalau celuih pun belum tentu orang nak bagi, depa pun mungkin ada selai tu saja)

Aku belum masuk darjah satu, Aki sudah menanggung batang ubi Ah Neow. Masa berlalu pantas, Lepas kerja tanam ubi, Aki melengung tidak berhaluan di rumah. Satu hari Pak mengamok sakan. 

" Jangan bagi dia balik, kalau aku jumpa dia siap dengan aku. Ambomak! Gi dok berjahat tangan cari natang pa?"

Pak aku cengey! Dehemnya saja sudah mengecutkan perut dan teloq. Sunyi sepi kalau Pak ada di rumah. Sudah dua hari Aki tak balik. Dia balik setakat pokok bunga cina tengah bendang tu saja, sambil pasang telinga. Kalau dia dengaq suara Pak, dia patah balik ke menaksah (surau) tidur baring di sana. 

Tengahari, hari ketiga Aki lari, mak menapak ke menaksah  hantar nasi. Lama mak di sana, malamnya mak mengadu. Aki demam terok, bagi la dia balik. Pak diam. Semua diam. Mak ambil pelita minyak menyusuri tangga membelah malam. Mencari Aki barangkali.

Mak tarik tangan Aki naik ke rumah. Aki yang telah 3 hari dalam pelarian dalam ketakutan,  hanya berkain pelekat tanpa baju, berselimut telanjang, kesejukan, demam! Mata kami terpaku padanya.

Di tangan Pak sudah siap ranting kayu diberkas kemas. Mari sini! Ganggaman tangan Mak terlerai dari siku Aki. Tanpa siapapun mampu bersuara, Pak melibas belakang Aki yang hanya beralas kain pelekat lusuh berpetak biru. Tiga kali libas dengan tangan kiri, Mak tunduk menangis dalam kesamaran pelita minyak tanah, Aki memejam mata kepedihan. Ambomak! Mu jangan dok buat dah! Aki merebahkan badan dalam gelap di sudut rumah,  aku belum dapat menduga, sejauh manakah sakitnya libasan rasmi  Pak, sehingga aku merasainya 10 tahun kemudian.

Esoknya aku baru tahu, mungkin berkhayal menanti nasibnya yang belum berhaluan, Aki bermain pisau dapur Mak. Tangannya melepas tetakan di tiang rumah, mungkin berhari-hari, berulang-ulang hingga salah satu tiang rumah kami putus, dan rumahpun senget. Patut la Pak marah sangat!

Masa berlalu, Aki membawa diri bekerja kontrak dengan Seroh Tok Saa'ri di Slim River, Perak. Satu hari Aki balik sebelah matanya berbalut. "Matamu kena pa"? Mak bertanya. 

"Masuk racun dok ambik upah meracun ladang sawit". Aki menjawab.  Kerana tak nampak untuk terus meracun, taukey hantar dia pulang. 

"Mu kata mu nak kerja dengan Seroh, pasaipa mu gi meracun pulak"? Mak bertanya. 

"Aku jadi kuli (capkang) kerja kontrek bacuh simen, masa gilir aku tolak batu dengan pasir, dema boh penuh menimbun kereta surung. Masa gilir orang lain, dema boh sikit, aku tak larat"!  Jawapan Aki mengiang di telinga sampai sekarang. Mata Mak merah memandang anak jantan enam belas tahun itu.

Aki kemudian merantau jauh ke Singapura jadi buruh binaan. Dia juga pernah ke Kuala Lumpur dengan Keman Majid (Lokman Hakim Pak Lang Majid). Semua kerja dia buat, dari umurnya belasan tahun, sehingga aku tak pernah ambil tahu dia di mana. Keman Majid menikah dengan orang Banting, kekal di sana sampai sekarang. Kadang-kadang ada telefon aku bertanya hal politik. Aku cakap ulu dengannya, dia masih faham.

Sehingga suatu malam, aku di tingktan 3, sedang mengulangkaji subjek geografi. Aku berteka teki dengan Saidi dan Ajik. " Monsun barat daya bertiup dari bulan berapa ke bulan berapa?" 

Dari celah tangga Aki menjawab -  " Monsun barat daya bertiup pada bulan mei hingga september, membawa hujan lebat ke negeri pantai barat Semenanjung Malaysia." Aku terkedu! Aki membaca buku juga rupa-rupanya.

Aki banyak jasanya. Sobri dapat terbang ke awan menjejaki Al-Azhar, sebahagiannya adalah duit keringat Aki. 

Ajik, aku, Saidi, Siti, Pijah, Shila, Hasnah dan Ain, ada daging dan darah dari keringatnya. Adik-adikku, kenangilah pengorbanan dia. Pandanglah wajah anak-anaknya dengan kasih sayang dan terima kasih tidak berpenghujung. Kerana ayah mereka tidak ke sekolah menengah, membanting tulang seusia 14 tahun, kita semua dapat berada di sini sekarang.

Nukilan:

- Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor-


Tuesday, June 20, 2023

Blog Tunggu Aku Update!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah tetiba datang kesedaran untuk update blog. RINDU wei... Jom lah semua aktif balik kat blog ...Kalo sibok update sikit2, pendek2 pun tak apa dah.😜

Routine Aku seperti biasa ja setiap Hari..bangun seawal pukul 5 pagi untuk cuci popo baby. Tak tahu lah kenapa!..asal pukul 5 jer baby dah melabur, asal melabur ja mesti pukul 5. Agknya waktu tu ketenangan Paling maksimun untuk baby melaburπŸ˜‚πŸ˜‚ kahkahkah. Lepas cuci biasa aku mandikan terus baby. Then bagi susu semua baru letak dalam ndoi untuk tidokan dia balik.


Bila baby dah tido balik, maknya pun tido lah balik sekupang dua sementara tnggu Azan subuh. Kadang2 tak dpt nak lelap pun, godek TikTok, like2 apa yg patut πŸ˜‚πŸ˜‚. Seriously bnyk manfaat & kebaikan akaun TikTok ni. Terpaling best boleh buat side income jadi affiliate. 

Yang belum ada TikTok, nak join boleh klik link ni ---> Join tiktok. sign up lah uolls, baru uolls akan nampak manfaatnya. Nak cerita pun panjang uolls godek2 sendiri lagi Mudah faham kot. 

Orait..sambung cerita hehe 

Sesudah subuh, bermula lah pekerjaan maknya. Iron baju Sekolah abg Luth. Jam 7 pagi dah Mula kejut apaknya & abg Luth. Diowg Mandi siap2 kul 7.30 tu bagi Luth sarapan dulu Kalo dia nak. Dia jenis picky eater sikit, Kalo sarapan coco crunch susu, donat/sosej baru dia nak mkn. Kalo lain2nya dia xnak tu biasanya dia terus sarapan kat Tadika lah. Apaknya biasa tak mkn lagi seawal pagi..minum jer dia. So xde lah amaknya terkejar-kejar nak buat sarapan.
Aidil waktu ni tak bangun lagi dia. Kang jam 9 pagi, Paling lewat 10 pagi baru dia bangun.


ALuth ni walaupun jenis picky eater, tapi dia sejenis kuat makan. Kalo makanan tu favourite mesti menambah. Kat rumah maximum 3 Kali tambah okey, nak tambah Kali ke-4 Aku memang xkasi dah. Kena catu dengan amaknya. Kang obes 1 hal plak Aku nak berulang pakar. Paling Aku wisau Kalo kena ganti baju Sekolah..hahaha πŸ˜‚. Bukan kedekut ke hape amak nya ni, cuma nak jimat seboleh yg mungkin.🀭


Aidil pulak kurang Makan...Susah benorr nak suruh makan pun. Badan kurus tinggi jer dia....tapi masih normal tumbesaran dia. Nak kata picky eater tak jugak dia ni. Maybe tank kecik kot hehe. Dia Kalo lapor sangat jer mintak makan. Masih lagi Terapi dengan pakar tiap bulan..sebab dia speech delay. Dah 4 tahun masih lagi tak nak bercakap. Aku dah wisau sebenarnya..tahun depan dah nak hantar Sekolah tadika. 
Boleh ke dia bawak diri nanti?


Abg Luth tiap pagi pergi Sekolah biasa apaknya yg hantar. Kadang2 jer Kalo apak ada hal, amaknya lah kena hantar..berangkut sekali Aidil dan baby bambam. Waktu balik kul 12, mesti amaknya kena ambik. Biasalah berangkut lah. Untung Tadika Kemas dalam Kem ajer. Hehehe

Abg Luth Balik dari Sekolah..maka bermula lah aktiviti menghuru-harakan rumah. Aidil tak ada abg, dia behave sangat, tak ada nak sepah2 rumah. Main pun cermat jer, santun, teratur. Tapi Bila abg ada, balik dari Sekolah, once bergabung ja BoBoiBoy kuasa Dua tu, terbang hilang santun dia tadi. Memang bila bergabung menjadi-jadi nakalny tu. Bergaduh tak usaha cakap lah..Hari-hari, pening amaknya nak handle.


Teratur kan..Aidil Suka kemas2 mcm ni. Dia selepas main...dia akn kemas mainan dia & sapu sampah. Tapi sikap dia tak akan kekal lama Kalo bergabung dengan abg. 


Once bergabung, rumah akan huru hara bergitu. Memang tak boleh nak berkemas even 5 minit Kalo abg dia ada..sebab abg Luth sejenis yg Suka menyepah. Dia tak boleh Kalo nengok mainan tersusun ke rumah kemas elok ke...tak boleh..kang dia mesti akan sepahkan. Agknya jiwa kaco Kalo kemas rapi. 


Kalo nak cerita pasal kelaku anak ni 30 episode pun tak boleh nak habis. Okey lah Aku cau dulu...letih pulak menaip hoh!!! hehe. Nanti Aku datang cerita & menaip lagi ya. 

Terima Kasih membaca πŸ€—








Friday, April 14, 2023

Aku Seorang Pengurus Rumah

 Malam ini 14 April 2023, ya Hari ke 23 Ramadan uolls...tiba-tiba rindu nak menulis di blog. Dengan perasaan yang sukar diungkap dengan jari jemari, aku log in masuk, alhamdulillah 🀲, masih ingat password πŸ”‘. Aku yakin Kalo fizikal diary blog ctcheery mesti dah berdebu kan seperti kitab lama yang tidak langsung menarik untuk dibaca..tak pun dah jadi serpihan kertas sebab digigit cikti...kus..kus πŸ˜…πŸ˜… 

Sepanjang Aku jadi ibu, banyak perkara dan kejadian yang menguji kesabaran. Tak mudah rupanya nak menjadi seorang ibu. Selagi Kita fikir tak mampu bersabar dengan ujian itu, lagi itu Kita diuji dengan ujian yang seakan akan. Seperti kata pujangga, Allah akan uji Kita atas sesuatu yang Kita takutkan. Jadi belajar lah berserah hanya pada Allah semata-mata.

Mengimbas kembali..dulu Aku terima lamaran suami hanya satu matlamat, Aku nak hidup yang tenang, bahagia.. berada dirumah uruskan rumah tangga. Ada anak-anak yang comel untuk diuruskan. Dan tak lupa jugak duit yang kepuk-kepuk. Mesti!!! Sebab pagi nak breakfast kat Pulau terbesar Dunia, Greenland, lunch kat Netherlands, dinner kat Belgium. Hah ghituh lah perancangannya. (Yes berangan itu percuma)Tapi...(tunduk kepala) Rupanya realiti hidup ni lebih sukar...bercanggah dengan apa yang diimpikan. Semakin ramai ahli keluarga, semakin berat tanggungjawab & ujian pun semakin besar. 

 Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

Fyi, Aku dah punya 3 orang anak lelaki yang menjadi saksi cinta abang askar..ecehwah..haha ghitu pun boleh. Anak no 3 Aku deliver on January yang lalu.  Yes..raya cina, that why nama dia pun Aku letak ala-ala Chinese name. Boleh panggil dia Ahhan atau Ahhud ...pilih Mana yang menjadi pilihan hati. πŸ€— Kihkihkih. Kena tazkirah sebakul dengan Ayah Aku itu Hari. Sampaikan laki Aku pun kena terang satu2 maksud namanya sebab Ayah Aku tak percaya Aku. Hahaha πŸ˜‚

Itu lah Cari penyakit. Tapi namanya maksud baik jer uolls. Biasa lah orang tua..panggilan ke arah bangsa lain ni kurang gemor...tapi kalo panggilan peah, yub, mamat, man, acap..apa lagi? Hah..depa Suka lah. 😁

Sepanjang bulan Ramadan pun kami terduga jugak. Belanja puasa kena cut off sebab habis dekat yuran & barang Sekolah anak. Tu baru sorang anak jer yang Sekolah. Yang ramai tu mcm Mana lah kan. To me, bagus jugak sebab sepanjang bulan puasa kami tak ada pembaziran langsung. No Bazar2 anymore. Kalo nak beli kuih pun beli jer kat gerai tepi2 jalan yang dah biasa meniaga harian tu. Lauk mmang Aku masak simple2 jer. So tak ada extra2 lauk tak habis kena buang ke apa ke takde. Pendek cerita takde pambaziran lah. Good tak iolls?? Good kan? Hehe😁😁

Okey..jom Aku share juadah jimat iolls sepanjang bulan puasa ni. 


Masa ni Berbuka sensorang sebab toklaki duty

My favourite kuih Masa Ramadan Kali ni πŸ₯°
Asyik dok repeat beli jer πŸ˜‚

Masa ni pun toklaki duty. Berbuka dengan anak2 yg tak puasa. Juadah beli jer, malas benor nak masak bila buka sensorang ni kan...hehehe



Meriah tak iolls? Boleh lah kan..yang penting tiada pembaziran. Kos sara hidup, harga makanan siap, bahan mentah semua mahal benor. Kalo makan asyik membeli tapau jer...jgn kan tauke balak...tauke bank pun boleh bankrap huhuhu πŸ™„ 

Okey lah..Aku rajin Aku share persiapan raya pulak. Bukan apa pun wei, share ni lebih kepada luahan rasa ja. Aku taw zaman now 2023 Mana ada lagi berblog. Zaman now..zaman TikTok kihkihkih

Orait Chau..xoxo 😘