Thursday, July 19, 2012

Budak sekolah bawak Phone ke sekolah.


Dari tajuk entry dah tahu kot aku nak tulis pasal apa. Kan?... kan? aku sebenarnya malas nak komen pasal isu-isu semasa ni. Normally blog aku ni medium aku bercerita soal aku or soal yang berkaitan dengan aku. Tapi kali ni aku terdetik di hati nak bebel sebab,….Aku terbaca entry si edy fee,murid boleh bawak fone ke sekolah...ape kesannya. Aku kenal dia dari korn…urmmm siap promote lagi nama kat sini. Ko tak ingat aku korn xtahu ah..hehe gurau jer.

Aku rasa kes jenayah makin tinggi dalam kalangan kanak-kanak menjadi faktor kebenaran fon ke sekolah tak leh diguna pakai sebab kita kena ingat semakin hari penjenayah semakin bijak...klu kita bijak diowg lagi bijak.. Bila dunia dah maju, penjenayah pun akan maju. Bak kata chef wan semakin hari bacteria semakin bijak!. Bakteria tu owang jahat la. so aku rasa letak public fon kat kawasan dlm sekolah lg Praktikal kot. Budak-budak yg tak pandai pakai public Phone tu ajar la. tapi aku rasa klu dah i-phone pandai pakai mustahil la public fon tak pandai pkai.

Bab nak pantau anak-anak tu banyak lagi kot cara nak pantau diowg. Medium telekomunikasi dijadikan alat untuk pantau budak-budak sekolah sangat-sangat tak praktikal sebab apa taw budak-budak sekarang ni bijak, ingat diowang tak pandai ke nak kelentong mak bapa. Kalau diowang guna phone tu untuk cinta-cintun mak bapa tahu ke? Penggunaan telefon akan buat diowang melangkah jauh dari mak bapa. Sebab komunikasi diowang dah tak de batasan dah. Owang puteh kata global. Jumpa kawan sana jumpa kawan sini bila mak bapak tepon ‘ko kat mana?’. “ owang kat sekolah mak,balik lewat kit ada kafa”. Ko percaya ker?

Aku membebel ni berdasarkan pengalaman juga la,anak sedara aku umur 9 tahun dah pandai merajuk tak nak pergi sekolah sebab mintak nak pakai phone sendiri dari ayah tak dapat. Kawan-kawan baya dia dah ada phone sendiri, canggih lak tu,pakai masa kuar dari rumah,keluar main-main. Tu bawu pakai kat rumah,klu bawak ke sekolah macam mana tu? Ada satu hari tu,dia amik tepon tok wan dia bawak kuar main. Yang tokwan dia kat umah ni cari la tepon tu sampai nak roboh rumah-rumah. (klu roboh mana aku nak tinggal). Rupa-rupanya dia yang amik. Bila ayah dia Tanya kenapa amik tepon tokwan,dia cakap nak tunjuk kat kawan dia pun ada tepon jugak. Kawan dia tu eksyen sangat katanya…..

Lain experience, anak sedara aku umur …urmmm…tingkatan 3. mak dia belikan tepon untuk kemudahan dia tapi dia lagi xpert dari mak dia komunicate ngan pakwe, ponteng sekolah,pegi dating ,pegi mana aku tak tahu lah. Bila mak dia kol di off tepon tu. Cikgu call cakap dah 3 hari tak datang sekolah. Bawu 3 hari kan? Relex ah?............

Kes yang aku citer ni belum boleh bawak ke sekolah lagi bawu curi-curi bawak….dah leh bawak,apa lak akan jadi? We just wait and see je lah…semua ni bebelan aku je..hehe..k byee....

No comments:

Post a Comment