Saturday, July 14, 2012

Kornea + Ulser = Kudis + Mata


“Mata” adalah anugerah yang tak ternilai yang ALLAH berikan pada hambanya. Tetapi sejauh mana kita memelihara anugerah itu dengan memanfaatkannya untuk sesuatu yang tidak sia-sia. Perlihara lah mata itu sebelum ALLAH mengambilnya kembali atau sebelum kita lalai dan alpa dalam memeliharanya.

Aku pernah alpa dan lalai dalam memelihara anugerah itu. Dan sekarang semuanya memang dah terlambat ,memang padan muka aku. Aku dah trima pun balasan atas kelalaian sendiri… memang sangat-sangat sedih taw tapi aku tetap bersyukur sebab aku diberi peluang lagi untuk terus menikmati anugerah  ini. Syukur sangat.

Kat sini aku nak kongsi info sikit pasal penyakit mata iaitu Kornea Ulser atau bahasa kampong owang panggil Kudis kornea.

Sebelum aku cakap pasal kornea ulser aku nak citer sikit pasal Kornea. Sila cermin mata anda sekarang…hehe. Kornea tu mata hitam yang kat tengah2x mata korang tu. nampak tak? Comfirm nampak klu korang ‘celik’. Struktur yang cerah dan lutsinar tu. cantek kan? Haruslah chantek….(dengan tone bangga giler)

Kornea ni sangat utuh struktur dia, dan jadi macam dinding dibahagian depan bola mata. Korang prasan tak? Tahu dah korang bukan nak belek mata tu. Dah sakit baru nak rajin belek..rajin sesangat …(aku la tu)

Kalau korang nak tahu ketebalan kornea ni berbeza-beza,bahagian tengah lebih nipis berbanding bahagian tepinya yang sedikit tebal lebih kuang 1.2mm cm tu. Ukuran tengah aku tak tahu…hehe..Sebab tu lah,doctor yang rawat aku dulu ckp tahap jangkitan mata aku membimbangkan sebab kornea tengah tu dah terlalu nipis. Dah lah dah nipis dah,kuman punya pasal lg nipis dia. Serious memang aku takut,nangis xbenti-benti pas tu …

Sebab penipisan kornea tengah tu akn membuatkan berlakunya kebocoran. Dan kalau bocor xde pilihan mata kena buang…tapi doctor akan cuba tampal dulu tapi banyak kes yang tak leh bertahan ngan tampal je koz makin tampal makin bocor and penyelesaiannya buang la. Memang lah xtahan beb, kornea buatan Allah ngan buatan manusia banyak beza tu..

Berbalik pada kornea, fungsi utama kornea sangat penting sebagai laluan cahaya kepada retina supaya imej dapat dilihat dengan jelas.

Kornea Ulser

Selalunya,punca utama ulser pada kornea adalah penggunaan kanta lekap atau orang skrang call contek lens. Risiko ni tinggi pada golongan ni sebab tak amalkan penjagaan yang betul semasa pakai lens tu. Maksudnya kebersihan betoi2x kena jaga. Jangan main hentam jer pakai. Memang nak cari nahas.

Sebab lain,jangkitan kuman pada mata. Kalau kita punya mata merah atau sakit jangan pakai lens sebab leh kena jangkitan kuman kat mata. Termasuk lah kalau kita selesema,pun xleh pakai lens.

Kecederaan pada mata juga leh jd punca iaitu mata luka disebabkan habuk dan kita sendiri yang gosok2x mata menggunakan telapak tangan.

Last but not least,sebab jangkitan yang dapat aku kenal pasti adalah pada orang yang dah sedia ada atau pernah ada sakit mata. Orang tu mungkin dah lama menghidap penyakit mata seperti mata kering (dry eyes),masalah kelopak mata, ada kaitan ngan sakit saraf (expose keratopathy) atau pun post-herpetic cornea diseases) bekas jangkitan kuman virus herpes.
1st step rawatan kornea ulser, doctor akan kasi ubat drop antibiotic yang kena titik dua jam satu hari. Kalau tahap teruk tu kena tahan wad lah untuk pemantauan rapi macam aku. 2 bulan kena tahan dekat wad depend pada tahap jangkitan. Mcm aku jangkitan fungus pun ada. So lama lah.

Jangkitan kuman pada kornea boleh memudaratkan penglihatan kita dan leh jadi penyebab buta kekal dan juga kehilangan mata mcm yang aku cakap tadi.

Risiko penyakit ni terdedah pada golongan lelaki yang berumur 20 hingga 40 tahun. Ni menurut kajian lah. Masa aku kat hospital dulu memang pesakit kornea ulser ni ramai lelaki. Aku sorang jer pompuan. Sebab major lelaki ni kecederaan pada kornea mata, and diowg tak rawat segera,main titik ubat farmasi ja. Lastly kena jangkitan dan jadi makin teruk bawu nak g hospital. Kecederaan mata dari pelbagai punca. Salah satunya habuk. Contoh ada sowang abg stay katil sebelah aku tu sebab mata luka kena habuk kayu,kat tempat dia keje tapi dia beruntung sebab cepat trima rawatan. Korang,kalau mata termasuk habuk jangan te'nyeh(gosok) mata tu sebab leh akibatkan mata tu luka.....

Sambung nanti..dah xlarat nak taip...bye...


related link:
Penyakit aku-part 1
Penyakit aku-part 2
Penyakit aku-part 3

11 comments:

  1. Noted!! mata gatal wooooo lepas remove contact lens

    ReplyDelete
  2. Salam....leh tau manja dapat rawatan kat mana...n doktor mana yg rawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital sultanah bahiyah alor setar kedah.hspital kerajaan aje.nama doktor tu sy dah xingat.
      yang pasti doktor perempuan..

      Delete
  3. assalam. adik kena ulser mata tu sekali je ke? atau berulang2?

    ReplyDelete
  4. assalam. adik kena ulser mata tu sekali je ke? atau berulang2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam....skali ja sis..lepas tu sy xpakai dah contact lens.serik!! Doctor ckp Kalo pakai kebarangkalian ulcer Mata tu akan berulang tinggi

      Delete
    2. Wkumsalam....skali ja sis..lepas tu sy xpakai dah contact lens.serik!! Doctor ckp Kalo pakai kebarangkalian ulcer Mata tu akan berulang tinggi

      Delete
  5. comel laa cik..hehe tq tau sbb share psl penjagaan mata ni

    ReplyDelete
  6. Hai sis nk tanya harga rawatan ulser mata tu berapa ye?sebab saya pon rs mcm ad tanda2 tu tapi nk gi jumpa doktor takut mahal

    ReplyDelete