Friday, July 6, 2012

Sikap lelaki yang buat perempuan kena terima jer!


Aku ada sebab sendiri kenapa aku keluarkan entry macam ni hari ni. Entry yang lepas-lepas aku ada tulis xpaham ngan sikap lelaki. So aku bertindak bijak sedikit dengan cuba untuk memahami lelaki. Mungkin sesetengah perempuan akan cakap ‘tak penting pon dan malas nak amik tahu tapi pada aku penting sebab aku berada dalam kelompok lelaki yang jenis macam ni…….


  1. Pentingkan diri
Majority perempuan,aku pasti tak suka dengan lelaki jenis macam ni. Dulu aku pun tak suka dengan sikap lelaki yang ini tapi sekarang aku xkisah sangat sebab sikap pentingkan diri tu kena ada pada setiap individu. Tapi percaya lah sikap ini pasti akan hilang satu hari nanti apabila mereka dah sampai ke fasa rumahtangga.

  1. Obsessed  dalam dunia automotive
Sikap ni memang siyes menyakitkan hati perempuan.Mybe pada sesetengah perempuan je kot. Lelaki jenis ini akan sanggup berhabis beribu-ribu duit untuk kereta atau pon vehicle lain. Diowang tak amik port sangat hal yang berkenaan perempuan. Bagi mereka kereta tu lah 1st love diowg. Agak-agak perempuan akan jeles tak?? Kalau aku,aku jeles dan aku rasa tak fair sebab duit tu diowg patut save untuk kawen bukan habis kat benda alah tu. Benda alah tu tak leh kasi zuriat pun kat diowg.kan??hee..

  1. Selalu Sibuk.
Rasanya yang ni ramai akan setuju kan? Lelaki memang akan sentiasa sibuk walaupun sebenarnya mereka tak la sibuk mana pun. Sebenarnya kelemahan diorang jugak. Lelaki ni tak boleh nak focus lebih dari satu benda dalam satu-satu masa. Contoh kalau time tu time keje,diowang akan buat keje jer xdenyer masa nak mesej manja ngan makwe. That why diowang xleh jadi Ibu,klu jd Mr mama boleh lah kot. Klu suruh jaga anak biarkan diowg jaga anak jer jgn soh diowg masak. T skali ngan anak diowg masak..huhu..

  1. Ego
Semua sedia maklum lelaki memang EGO. Dan mereka tak kan mengaku diowang ego..memang sangat-sangat ego la tu. Perempuan yang turut mempunyai sikap ego xsesuai berpasangan dengan mereka. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau suami/isteri keua-duanya ego! Bayangkan!!!!! Leh pecah berderai rumah tangga tu.

  1. Meninggikan Suara
Lelaki memang sangat suka tinggikan suara,al-maklumlah mereka kan dikurniakan suara yang ‘macho’..macho la sangat !! Tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego,tak eloklah. Ni mungkin kelemahan mereka kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

  1. Suka cuci mata
Kebanyakkan lelaki sukar untuk mengawal mata. Macam mata keranjang, pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah tngok macam nak terkeluar biji mata walaupun time tu tengah dating ngan makwe. Bila si makwe merungut mereka akan cakap menikmati anugerah allah. Banyak cakadak diowg!.
 



  1. Pelupa
Kata Tun Mahadhir “Melayu mudah lupa”. Sebenarnya lelaki pun sama mudah lupa. Sebenarnya perempuan sangat pantang sekiranya pasangan diowg lupa hari-hari penting diowg. Tapi wahai perempuan bersabar jelah sebab lelaki memang pelupa. Kadang-kadang hari birthday diowg pun diowang lupa.

Kalau nak list kan memang banyak. Kang panjang plak entry aku. Tulis panjang-panjang bukan ada owg baca pun. Para lelaki yang budiman jangan marah entry aku yer,tak de niat diskriminasi pun, sekadar menconteng di pagi yang sejuk ni..weeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. kalau semua wanita cenggini memahami lelaki, untunglah lelaki2 kat dunia nie.. kan kan kan.. hehe

    ReplyDelete
  2. lagi untung kalau lelaki tu pandai jaga hati wanita...kan..kan..kan.weee!!

    ReplyDelete