Monday, July 2, 2012

Terjatuh lagi...

Selamat makan-makan semua...alahai skrang kan waktu lunch..mesti semua tngah menjamu selera kan??. Off course lah..ada yang tapau dari rumah (msk sendiri),tapau dari kedai mkn and  tak kurang juga yang mkn terus kat kedai.Kedai mana?mybe kedai satu malaysia kot..yelah murah sikit..kihkih..opssss !!! Suka disini aku ingatkan jangan semawa (jemput) aku mkn.korang nak mkn,mkn je lah xyah nak baik hati sngat ajk aku ok...kenapa xleh ajak??kenapa aku belagak sangat smpaikan nak ajk2x ayam pun xleh??sebab aku puasa la....puasa apa? Korang pikir la sendiri....

Tak tahu la ek kenapa aku rasa "down" sangat hari ni..semua perkara aku buat semua xmenjadi. Apa yang aku buat semua serba tak kena. Kenapa ek???yang ni siyes aku xtahu jawab. Konon nak sedapkan hati sendiri aku kol my donat tapi aku hampa sendiri,no answer ..lastly aku kol akak aku, sib baik dia ada tuk tenangkan hati aku. Walaupun dia mulut lancang tp bgus juga dalam menasihati owang..haha..jangan judge owang dri kelancangan mulut ja..huhu..

Hari ni aku rasa terjatuh lagi..untuk kali keberapa??Entah lah..yang aku ingat sekolah menengah dulu aku suka jatuh longkang..longkang tu yang salah taw.Apa entah dia buat kat belakang kantin tu.menyusahkan toi..Dulu Setiap kali bersurai dari perhimpunan,aku and member aku akan lalu kawasan tu untuk ke kelas.Dan setiap kali tu aku jatuh.Aku rasa klu perhimpunan tu hari-hari maunya hari-hari aku jatuh. 

Ada satu kali tu bukan setakat aku yang jatuh,skali ngan air muka aku jatuh. Sekolah menengah dulu aku sukew giler-giler-giler kat mamat sorang ni. Ha..dasyat 3 kali giler, mau taw r. Memang sukew aku tu dah tahap angau dah,smpaikan tiap-tiap hari aku nak tengok muka dia. Prinsip cinta aku dulu senang ja"tak dapat orangnya dapat tengok muka pun jd lah". Dan aku akan jadi meroyan klu hari sabtu dan ahad atau hari dia xdtg sekolah.Mamat ni xlah hensem mana pun tp jambu la. 

Ditakdir kan hari tu hari Ahad,hari perhimpunan atau owg puteh kata assembly day..achoih!!..bersin jab. Masa tengah berbaris untuk spotcheck (keje pengawas before bersurai). Aku terperasan macam mamat tu tengah usya aku. Aku tak terkejut tapi aku berdebar-debar jantungku..Rasa nya jantung ni macam nak tercabut kowang nak taw..Inalillah... Berpeluh dan gelisah dah menguasai diri aku time tu.. Aku tengok lagi,memang sah dia usya aku sebab dia senyum2x ala-ala kambing gitu.tujuan dia usya aku?aku pun tak taw. Aku pun tarik member aku jalan cepat-cepat. Tak tercapai akalku dengan renungan mamat tu. Memang aku xleh nak kontrol tahap gabra aku ni, dah naik ke otak rasanya,dan kesannya aku xleh pikir secara waras.Time tu je lah!.. 

Masa tengah kalut2x nak cepat smpai ke kelas tu,kaki aku leh xlepas nak langkah longkang tu. kaki aku ni pun buta,longkang tu kecik jer leh tak nmpak. Sakitnya ya rabbi, sambil gigit bibir sndiri. Member aku try tolong aku,pegang tangan aku suh bangun. Mamat and member-member dia yang nmpak kejadian tu gelak guling-guling mcm tengok sarkas gamaknya. Diowg mengejek aku dengan gaya budak2x nanges.Tak guna mamat jambu,ang gelakkan aku... Sumpah pas ni aku xmau usya ang lg dah.Kaki aku memang terkehel ar and aku dapat package sekali ngan air busuk (air basuh pinggan)..Memang sial punya longkang.  

Dan selepas kejadian yang memalukan tu, mamat jambu tu and member2x dia mengejek aku dan buat aksi2x jatuh longkang. Aku buat bodoh jer. Aku benci mamat jambu tu...Padan muka mamat jambu tu,aku dah xminat dia lagi dah...dan aku nak tulis kat sini,itu lah akibatnya pabila cinta menguasai minda dan minda lari dari sasaran...tiba-tiba..

p/s: aku taw cerita lari dari 'tajuk entry sebenar'.Ni korn jambu punya pasai kalut soh aku update..
      aku rajin t aku update balik..klu rajin la!!..


2 comments:

  1. nope..merujuk kamus dewan maksud xsama..tp depend jgk pada konteks ayt..haha..bila perasaan kita rasa xselesa or sedih kita akn slalu ckp "feeling down"..kita xkan ckp "feeling fall".betoi??

    ReplyDelete