Monday, August 13, 2012

Selamat Hari raya maaf Zahir Batin...


Assalammualaikum chinta..cewah,.

Bila di tolak,dicampur,didarap, dibahagi,ada lebih kuang 5 hari lagi kita posa. Yahoo…raya..raya..raya…raya wei!!

Fiuhh..fiuh..fiuh..aku dah memang xcited sangat dah ni.
Jangan pertikaikan entry aku yang lepas okey..
This week, masa untuk merasai kehangatan raya.

Raya tu apa? Cepat jawab…..

Raya tu raya la..haha..ni ofismate aku punya jawapan.
Raya ialah celebration after  sebln puasa..hah jawapan yang bijak dan mendalam dia kasi ko..

Betoilah tu kan. Raya adalah hari dimana kita celebrate kemenangan kita selepas berjaya dalam perjuangan kita menahan nafsu makan dan perbuatan yang boleh membatalkan puasa..kan..kan..kan? Soalan budak tadika pun leh jawab tapi xsure la toi ke tak ..

Kalau bercakap sal raya,macam-macam persediaan dan ragam masyarakat islam di seluruh dunia menyambutnya.

Kebiasaannya kita di Malaysia meraikan raya dengan lagu2x raya yang di pasang sana sinun,di radio @ home theater dan tak kurang jugak yang menyanyi melalak dengan suara sendiri especially masa on the way balik kampong…lagu yang paling popolur haruslah lagu balik kampong..aku pun suka lagu ni, nyanyi dalam hati jer. .Wowowo balik kampong…Oooo balik kampong,hati girang….jeng..jeng..jeng
(bunyi gitar xreti main)

Macam2x genre dan versi lagu raya daripada nasyid sampaikan ke pop rock,tak tahu lah aku klu ada lagu raya heavy metal tawpun underground.


Tak kurang jugak anak-anak muda yang kebabom sempena raya. Main bom buluh lah. Paling best malam raya tu lah..bom sana bom sinun,dah mcm g perang dah.


Aku paling sakit hati bunyi bom ni klu time tu tengah dodaikan baby (baby akak aku okey),punya susah aku nk tido kan baby aleh-aleh baby bangun terkejut bunyi bom. Memang cilaker punya bom. Rasa mcm nak g bom jer budak2x tu…

Nak raya bawu lah tergedik-gedik nak basuh umah, kemas umah,basuh tingkap umah yang dah berhabuk dan bertaik tu. biasa ar setahun skali basuh. 

Tak lupa juga basuh moto, t leh bawak awek merempit raya…ngeh..ngeh..ngeh..(adik aku punya keje)


Kebiasaannya, Malam raya lah yang nak kelang kabut pasang langsir, yang tak kurang jugak terlebih kreatif modify langsir smpai dah jd macam kelambu dah…nyamuk pun tension,nak join raya xleh…

Panjat memanjat dah jd habit masa pasang langsir,padahal tempat nak sangkut langsir tu xde la tinggi sangat,sesaja nak focus dri ats. Perasan langsir yang dibuat sendiri cantek xcually…hahaha

Bab-bab juadah raya punya preparation aku xnak tulis,aku elergik ngan makanan…ahahaha.okey aku mohong. Xcually bukan bidang kepakaran aku,aku pakar bab melantak jer..kihkih


Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi minggu depan okey sayang!!!!!
Hati-hati pada yang drive balik kampong t......

Selamat hari raya pada semua orang islam di Malaysia
Selamat hari raya pada semua blogger di Malaysia
Selamat hari raya pada semua yang tersayang di Malaysia
Selamat hari raya pada semua lah…MAAF ZAHIR & BATIN.


9 comments:

  1. selamat hari raya jugak buat kamu ct cherry..=)

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak dengr bunyi perang mlm raya tu....windu..nak balik kampung.heheheh
    SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. camat ari raya gak edy..jom balik sesama..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. sila-sila,jemput-jemput..
      mls nak update la edy,feel nak balik kg tu overdos lak.

      Delete
  4. selamat hari ghaye aidilfitri...maaf zahir,batin...minat underground gak ker???blom kuar lagik lah lagu raye underground...heheheh...harap perjalanan balik kampong selamat di aidilfitri ini...

    ReplyDelete