Tuesday, October 9, 2012

Abadinya sebuah Persahabatan

Assalammualaikum......

Buzy lately, so, do not have time to update and Blogwalking but adalah bw sikit2x...sometime just read but do not comment. so many thing must to do in the office. Arghh...Stress!!!! Staff dari singapore datang sini siasat ofis kat Malaysia ni. Macam-macam complaint, fitnah mcam-macam. Tuduh orang makan duit company lah pe lah. padahal main tuduh jer,bukti tak ada pun. Memang tak sayang mulut dia tu...satu lagi, eksyen sangat..menyampah..

Aku nak kongsi cerpen ni: jangan segan2x baca okey, rajinkan diri anda di pagi hari ni..By the way, watak-watak dalam citer rekaan jer tapi nama watak aku pinjam nama blogger..haha..have fun!

******

Helaian album lama diselak satu persatu. Nafira menatap wajah-wajah yang pernah mengembirakan dirinya dulu. Wajah yang sentiasa ada disaat dia memerlukan. Suka dan duka waktu remajanya, sentiasa bersama dengan wajah-wajah itu. Dia menyelak lagi helaian yang tebal itu. Terpaku Nafira pada gambar-gambar kenangannya bersama mereka. Apa agaknya khabar mereka? Nia,Nadia, Zoey dan Tika. Dia tidak pernah lupa dengan nama itu. Sentiasa tersemat kemas dalam fikirannya. Malah seringkali dia rindu dengan nama-nama itu.


Air muka Nafiraa berubah apabila menatap wajah Lya. Sesaat kemudian kenangan lama menerjah diingatannya…

“ Fira, kau free tak besok?”
“ Free kot! Dah tu kenapa?” Nafira menyoal balas.
“ Aku nak ajak kau keluar pergi pekan besok. Cari barang sikit..boleh lah ek?” Pujuk Lya.
“ Barang apa sangat kau nak beli? Tak cukup ker kau borong minggu lepas?” Nafiraa menyoal hairan. Minggu lepas Lya ada pergi ke pekan bersama dengan Nia. Menurut Nia banyak barang yang diborong Lya. Agak menghairankan mereka kerana barang yang diborong Lya,barang-barang hantaran. Siapa yang nak kahwin? Lya ke? Bila disoal mereka, tiada jawapan dari Lya. Lya hanya cakap ‘Rahsia’. Entah apa yang ‘rahsia’ sangat,dia pun tak paham.

*******

 Nafira memegang kepalanya yang tak pening. Runsing dengan apa yang terjadi di ruang tamu rumahnya sebentar tadi. Kisah gila apa yang terjadi dalam hidupnya ni? Beberapa jam yang lepas keluarga Nafira dikejutkan dengan rombongan meminang dari keluarga yang tidak dikenali. Siapa lagi kalau bukan Nafira yang dipinang mereka. Hanya Nafira anak dara dalam rumah itu. Kakak-kakaknya dah lama menjadi pengantin. Tak kan lah adik perempuan yang berusia 10 tahun tu disunting mereka. Sangat tak logic!

“ Fira, terima jer lah yah? Anggap lah ni jodoh dari Allah!” Nafira memandang Ibunya yang beria mahu melihat dia naik pelamin dalam masa terdekat ini.

“ Fira tak tahu la Ibu! Fira bingung! Ibu memandai-mandai jer!” Nafira mengeluh berat. Untuk apa lagi Ibu berdialog dengannya kalau Ibu dah pun terima pinangan itu. Sungguh dia tak faham dengan sikap Ibu. Suka sangat menggunakan kuasa dictator ke atasnya. Kakak-kakanya yang lain berkahwin atas pilihan sendiri tetapi dia pilihan keluarga. Apa agaknya pengakhiran hidupnya berumah-tangga nanti.

“ Bingung apanya? Terima jer lah. Aku buat semua ni untuk kau, untuk masa depan kau! Esok-esok kau juga yang senang, dapat suami kaya!” Nafira terkebil-kebil melihat amukkan Ibu. Ah Ibu! Kalau dah ber’aku’, ber’kau’ tiada siapa lagi yang berani membantah cakapnya.

*********

“ Cantiknya Fira! Haha..Kau jarang make-up skali touch-up jer,bommm! Meletup kau, kalah Era Fazira.” Zoey lucu dengan kata-katanya sendiri. Nadia, Tika dan Nia turut tersengih gembira melihat perubahan wajah Fira setelah di make-up Zoey. Memang cantik! Tak dinafikan Zoey memang pakar bab conteng-conteng muka orang ni.

“ Yang kau ni murung jer dah kenapa? Tak cantik ker aku touch-up?”

“ Tak ada apa-apa lah. Cantik! Aku penat jer!”

“ Penat? Hai, malam pertamanya malam ni. Belum apa-apa lagi dah penat ni apa kes?” Nafira mencebik. Wajahnya di cermin ditenung lama. Cantik juga aku ni! Alahai..perasan!

“ Kau orang boleh lah cakap, aku yang menanggungnya. Perit tau tak? Kahwin dengan lelaki yang aku tak kenal, entah apa rupa suami aku ni?”

“ Alah, take it easy okey? Jodoh dari pilihan orang tua, biasanya yang terbaik tau? Lagipun, bercinta lepas kahwin indah dari segala-galnya..umm.”

Zoey menyiku lengan Nadia. Lebih-lebih pulak minah ni. “ Eh, engkau ni! Gedik semacam napa?”

“ Eh, Lya mana? Pagi tadi ada, sekarang bayang-bayang pun tak nampak?” Nafira memandang sekeliling bilik. Tiada batang tubuh Lya di situ.

“ Dia kena pergi rumah cousin dia kat kampung sebelah tu, cousin dia kahwin juga hari ni. Katanya kau sanding nanti dia datang.”

“ Owh, yeker? Patut lah bulan lepas sibuk jer beli barang hantaran.” Nafira membalas lemah.

“ Kau ni kan Fira, bersemangat lah sikit! Kau nak kahwin bukan nak pergi perang! Eh, dah lama aku nak tanya, apa nama suami kau?”

“ Bakal suami okey! Entah, aku lupa nak tanya Ibu aku.” Nafira menegaskan suaranya.

Apa nak jadi dengan dia ni? Nama bakal suami sendiri pun tak tahu. Inilah akibatnya kalau berkahwin atas dasar paksa. Tapi Nafira sedar, bukan salah sesiapa pun perjalanan hidupnya begini. Sepatutnya dia yang perlu memberi ruang pada diri sendiri untuk memilih. Bukan tidak ada yang berkenan dimatanya, Cuma dia yang ego dan mementingkan hubungan persahabatan. Dia cintakan Kamal. Begitu juga Kamal. Perhubungan mereka diputuskan Nafira sendiri sebab dia cintakan sahabat lebih dari segala-galanya. Sahabatnya sendiri separuh mati cintakan kekasih hatinya. Demi sahabat dia korbankan Kamal. Cinta tu kan pengorbanan. Tak perlu diungkit lagi. Nafira redha. Mungkin jodohnya bukan Kamal tetapi lelaki di luar sana. Nafira mengeluh lagi.

*********

“ Eh, jom keluar Fira! Dah nak mula, rombongan dah sampai, Lya pun dah datang,ada kat luar.” Nafira berhati-hati bangun. Nadia disebelahnya memegang kipas merangkap pengapit Nafira. Sementara yang lain mengiring Nafira keluar.

“ Aku terima nikahnya Nafira Binti….” Nafira tergamam. Eh! Suara tu macam pernah didengar telinganya. Malah jantungnya kuat bergetar apabila akad dilafaskan suara itu.

“ Sarung cincin!” Terdengar suara Lya berkata pada seseorang. Muncul Lya disebalik tirai yang sedikit terbuka, tersenyum manis dan mengambil tempat di sisinya. Di belakang Lya, suaminya. Kamal? Nafira rasa dirinya di awangan. Dia terkesima.

“ Assalammualaikum Cinta!” Kamal bersuara dan memandang Nafira penuh kasih. Jari Nafira disarungkan cincin dan dicium lembut. Nafira masih memandang tidak mengerti. Sandiwara apakah ini? Suamiku Kamal? Lantas matanya memandang Lya disisi. Dia ingin bertanya tetapi situasi tidak mengizinkan. Selepas tangan suaminya dicium, dia menerima pelukan tahniah dari sahabat-sahabatnya, Lya, Zoey, Nadia, Nia dan Tika.

********

Kini, semua tu dah berlalu. Dah jadi kenangan dalam hidupnya namun persahabatan mereka tak pernah berlalu. Mereka masih bersahabat baik walaupun sudah 5 tahun menjalani hidup masing-masing. Maklumlah masing-masing sudah berkeluarga. Bila bertemu macam-macam cerita mahu dikongsi dan dicungkil. Cuma….Lya terlebih dahulu pergi mengadap ilahi 4 tahun lalu, meninggalkan insane yang mencintai dan dicintai. Allah lebih sayangkan dia. Rupanya dah lama Lya menderita sakit. Demi kasih pada sahabat, dia memulangkan kembali cinta Nafira. Kini, Nafira bahagia bersama Kamal. Nafira tak kan lupa pengorbanan sahabat bernama Lya Haryani.

Nafira tersenyum sendiri. Album lama ditutup kemas. Nafira laju melangkah mendapatkan anak sulungnya, Lya yang baru pulang dari sekolah. 

~ tamat~

9 comments:

  1. buat sndri kew ? hebat
    sdih cite
    tamabh2 kalau ending ade yang mati.hurmmm thumbs up

    ReplyDelete
  2. is tak leh baca cerita sedeh, nanti is menangis, dalam hati ada taman, muka ja brutal hati nie dalam ada taman isk isk isk isk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah is,nanges dlm hati xpe.xde owg nampak pun..hehe

      Delete
  3. waaaaa *nangis* ..ibu jari terangkat :)

    ReplyDelete
  4. wah..hebat..boleh jadi penulis novel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm..cita2x cheery tu tapi ramai penulis hebat2x.xleh lawan diowg

      Delete
  5. ct cheery yang comel..panjangnya post nie..hehe

    ReplyDelete