Thursday, October 18, 2012

My wife is driver


Assalammualaikum…Salam sejahtera

Sejak dua menjak ni jiwa kusut sikit aku ni. Datang ofis niat nak keje nak cari rezeki tapi ada pulak makluk yang sukew buat aku hot pepagi. Nak buat macam mana kan pekerja bawahan  macam aku ni kena terima jerlah. Ofis tu bukan bapak aku yang punya pun. klu bapak aku yang punya senang! Datang ofis goyang perut n blogwalking..haha..alahai berangan minah jenin lak cheery ni….

Extenal aku rosak,bnyk cerpen yang trapped dalam tu. tapi semangat berblogging aku tinggi nun setinggi gunung kinabalu aku teruskan berkarya. ..* Everest comfirm xmampu capai*.. aku promise kali ni bkn citer sedih,okey?


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Woi!!  Kurang ajar punya mamat kereta. Buta ke apa? Aku punya ayu berdiri kat sini, dilanggarnya lopak air depan aku ni. Habis  basah seluar aku..Tak guna betul!” Shark mengomel sendiri. Kalau bukan kerana dia ada interview hari ni, enggak mahunya dia susah payah terpacak kat hentian bas buruk tu. Menyusahkan hidup aje. Menunggu bas! Perkara yang paling dia benci dan kalaulah Lagenda orennya sihat, sudah tentu hidupnya tak susah seperti ini. Bas ni pun satu, masa aku perlukan dia, lambat pulak muncul. Shark menendang tin kosong yang berada dekat kakinya ke arah tong sampah. Bosan menunggu!

**********

“ Alamak Aku dah lambat!”  Shark mempercepatkan langkah mendapatkan lift untuk ke tingkat 3 bangunan MAA itu.

Shark mendapatkan Miss kaunter.“ Ark..Miss? Saya ada interview hari ni. Boleh saya masuk sekarang?” Gadia cantik itu memandang Shark atas dan bawah lalu menggaru kepalanya. Dah macam kera sumbang lagaknya. Tak pernah tengok Tomboi ke?

“ Untuk jawatan apa yer Miss?” Shark pula menggaru kepalanya yang tak gatal. Otaknya ligat berfikir. Banyak ke jawatan kosong company ni offer? Tak perasan pulak dia masa baca kat newspaper tempoh hari.

“ Untuk jawatan Driver lah! Ada kan?” Shark tersengih.

“ Ada Miss! Tapi …Arkk,Miss duduk dulu lah nanti saya panggilkan PA Encik Amar.”
Encik Amar? Mungkin boss besar company ni kot. Mesti orangnya pendek dan kulit putih. Ditambah pulak perut boroi dan botak di tengah kepalanya. Yalah,selalunya lelaki pendek dan boroi yang nak sangat cari driver ni. Bawu ada class! Shark ketawa sendiri dengan karekter yang digambarkan kepalanya.

“ Miss Sharkirah?” Seorang wanita cantik bertanya sambil menghulurkan salam.

Shark bangun dan menyambut salam wanita itu. Cantiknyer pompuan ni? Gebu macam Zie Madini! Siapa Zie Madini? Alah, Blogger terkenal yang cun melecun tu. *iklan..hehe

“ Miss Sharkirah isi borang ni dulu. Kejab lagi saya datang balik,yeh?” Shark tersengih dan angguk laju.

15 minit kemudian, Shark dipanggil masuk ke bilik Bos besar. Kelihatan seorang lelaki muda memandang tajam ke arahnya. Handsome jugak mamat ni, sekali pandang macam Aaron Aziz. Tak sama langsung seperti yang dia gambarkan tadi. Eh, kejab! Mamat ni persis lelaki yang langgar becak tadi lah. Huh! Comfirm jenis tak ada adap punya orang ni.

“ Dah puas awak kutuk saya?” Amar memandang gadis dihadapannya tajam. Tak cukup maki aku sebakul kat bas stop tadi, kat sini pun nak tambah lagi. Ingat nasi tambah ke apa?

“ Arkk…” Shark sikit mengelabah. Mamat ni sedara Harry Potter ke boleh tahu apa aku fikirkan ni? Ah, sudah! Berdebar-debar pulak hati ni.

“ Betul kau nak keje dengan aku?”

“ Betul Encik!”

“ Bukan Encik, Tuan.” Mengada-ngada betul.

“ Tuan!” Shark menundukkan wajahnya. Terasa kerdilnya dia duduk di situ.

“ Aku Offer kau 2k sebulan, tapi….dengan satu syarat mudah.” Ada syarat pulak. Nak jadi driver pun kena ikut syarat bagai. Ridiculous!


Pix ni aku pinjam yeh!


p/s: Sambunglah, nanti ek..........


6 comments:

  1. alaaa mau dok geget je kepala big boss tu hehehehe

    ReplyDelete
  2. rajinnya ct tulis cerpen :) Thumbs up

    ReplyDelete
  3. oloh baru nak ternganga bersambung lak :P hehe *thumb up*

    ReplyDelete
  4. semoga terus sukses dalam berkarya...

    ReplyDelete
  5. Awak memang rajin berkarya..kumpul sikit2 buat koleksi cerpen atau novel boleh ni...
    Ini mesti boss yang angin tak baik ...marah awak ,,,hahaha. Buat selamba ajer...

    ReplyDelete
  6. wah!!supporter ni..thankzz semua! insyak allah!!

    ReplyDelete