Tuesday, October 16, 2012

Posisi terbaik ketika tidur bersama mybuchuk..

Assalammualaikum....

Alkisah bermula tengah malam pukul 12 mcm tu, ketika aku kebasahan bermandikan peluh.. Tak tahu lah apa masalah hormon aku malam tu. Dah mandi pun badan berpeluh macam owang main kickboxing. panas giler..
Semalam tidur dalam kekecewaan, external rosak, sakit hati berulamkan jantung punya pasal, so aku tidur jer lah *budget leh reda sikit kecewa tu kan..

Tapi lain pulak yang jadi,hajat xkesampaian, tidur kanan nampak muka bf,tidur kiri nampak muka ex-bf,tidur telentang nampak muka arwah kwn, tidur meniarap sakit dada la pulak.... semua posisi serba tak kena. Tiba-tiba teringat pesan mydad. Mydad ckp kalau tidur malam xlena,keresahan mcm tu, g bilik air ambik wuduk. Lg bagus kalau solat sekali..tp aku xingat nak solat apa tengah2x malam? solat hajat aku pandailah. maklumlah ilmu agama kurang.. Tak pe lah,aku baca yasin jer sedekahkan kat arwah sahabat aku,anis. 

Akhirnya berkat Yasin tu, aku tidur nyenyak bersama dengan mybuchuk,*bantai peluk* dan posisi terbaik adalah mengiring ke kanan. Dan pagi ni aku bangun awal,masak segala, rajinnyer aku. leh wat bini taw? menu aku lunch t Kari sardin masak keling! amacam? terliur tak? haha...

Aku nak Kongsi sikit info yang aku dapat dri google pg td..bukan info kari sardin yer anak-anak..pasal posisi tidur ler,bawu match dengan tajuk kan...

Tidur meniarap
~ Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

~ Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

~ Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

~ Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

~ Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

~ Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

~ Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

~ Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

~ Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.



p/s: Info aku amik dari blog si chantik ni..

6 comments:

  1. apakah gaya tidur tuan blog? haha sbuk je nk tau kan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ilmu yang sgt berguna neh.. kadang2 kita main tido ikut sedap jer kan~ rupernye banyak hikmah tido mengikut sunnah rasul..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm tahu xpe..tp kadg2x 1st step jer ikut,dah hanyut entah mana landing pun xsedar dah..hehe

      Delete
  3. jaa pon suka tido mengiring, lebih lena!

    ReplyDelete
  4. Tak suka kalau terjaga tengah malam keresahan tak boleh nak tidur, memang selalunya akan pasang surah yassin recite sama2 lepas tu tak sedar bila terlelap heheh

    ReplyDelete