Wednesday, October 24, 2012

Sambung "My wife is driver"


Hye, selamat pagi..assalammualaikum..
Aku nak sambung citer hari tu..
Before tu aku nak ckp awal2x,mybe ada sikit kesilapan ejaan atau pun ayat yang tunggang terbalik. Biasa lah idea last minit n type pun laju2x jer koz kat ofiskan? Brief spell pun banyak..main bedal jer ni pendek kata..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“ Apa syaratnya, Tuan?” Amar senyum sinis. Belum sempat membuka mulut, hand phone di atas meja berdering mintak diangkat.

“ Kau drive aku sekarang!” Soal Amar sejurus ganggang diletak. Amar mencampak kunci di atas meja dihadapan Shark. Shark yang masih terkejut tanpa banyak soal mengambil kunci dan pantas bergerak mengikut Amar. Kemana? Dia pun kurang pasti. Ikut sajalah.

“ Papa!”Amar mendapatkan seorang lelaki separuh umur yang terbaring lemah di atas katil hospital. Lelaki itu sempat tersenyum melihat riak kerisauan di wajah anak terunanya. Pelukan erat diterimanya.

“ Papa okey, Mar!” Datuk Alam mengosok belakang anaknya lembut.

*********

“Besok pukul 8.30 kau datang pejabat jumpa PA aku ambik letter of offer and kunci kereta. Paham?”

“ Letter of offer? Saya dapat kerja ke?” Shark menyoal riak gembira.

“ yerlah, lembab!”

“ Owh, alhamdullillah, I believe I can fly!” Shark buat gaya mahu terbang

“ Tak payah nak fly sangat lah, kau ada sayap ker? Bak kunci kereta. Pergi balik tak payah nak bising sini” Amar mendapatkan kunci kereta dalam tangan Shark.

“ Dah tu, saya nak balik naik apa?”

“ Eh, pandai-pandai lah. kau kan boleh terbang?.” Amar berlalu meninggalkan Shark
Dia harus menemani papanya malam ini.Besok papanya dah boleh discharge.

Shark mengigit bibir. Geram dengan sikap bos barunya yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ah!! Menyampah aku, dapat bos perangai macam Firaun.

*********
Okey apanya papa, kalau sampai pengsan?” Amar bersuara tegas. Lemas dengan sikap papanya yang tak reti duduk diam. Semalam jantungnya berdegup kencang tak keruan apabila menerima khabar dari mak Jah, papanya dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Rasa seperti mahu gugur jantungnya tatkala itu.

“ Lepas ni papa tak payah lagi nak berkebun bagai. Duduk aje diam-diam kat rumah. Nak makan sayur, beli aje kat supermarket. Buat apa nak susah-susah?”

“ Berkebun tu hobi papa, Mar! Mar ingat papa ni tunggul kayu nak duduk diam-diam aje tanpa buat apa-apa? Bosan la papa!”

“ Alah, papa buat lah benda lain, macam main games ke, facebook ke, myspace ke,twitter ke? Hah! Leh cari mama baru untuk Mar, amacam bagus tak idea?” Amar mengangkat kening pada papanya. Alahai naughtynya idea aku.

“ Papa ni dah expired lah, kau tu yang kena cari bini.”

“ Papa ni takde modal lain ke nak cakap?” Amar mengeluh lagi. Tiap kali papanya bercakap soal kahwin, automatically kepalanya pening dan serabut.

“ Yelah, papa nak menantu! Hah, kau dah cari calon yang papa mintak tu? ke kau nak papa jodohkan aje kau dengan si Qaren tu?”

“Qarenamarlis la papa!”

“ Alah, lebih kurang la tu! Nama panjang bebenor!”


Dato Alam merebahkan badannya di atas kerusi urut arwah isterinya. Dulu, kerusi itu sering menjadi tempat kegemaran isterinya beristirehat. Sejak arwah isterinya tiada, dia lah yang sering menggunakannya. Arwah isterinya meninggal dunia akibat kemalangan 5 tahun lalu. Kerana kecuaian dirinya sendiri dia kehilangan isteri tercinta. Namun dia redha dengan takdir Allah. Perancangan Allah maha terbaik dari segala perancangan. Tetapi dia bersyukur anak tunggalnya selamat dalam incident itu. Sejak kejadian itu dia tak pernah memandu lagi dan dia lebih suka menggunakan khidmat driver.

Amar menggelengkan kepalanya. Itulah yang sering dirungutkan papanya sejak dulu mengenai nama Qarena yang terlalu panjang. Katannya berbelit lidah tuannya mahu menyebut. Akhirnya perkataan Qaren yang lebih selesa disebut. Dah bunyi macam Karen elektrik dah. Amar tersenyum lucu.

“ Hah, yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Terfikirkan si Qaren tu ke?”

“ Tak ada la pa, please lah!!! Gedik-gedik ni not my taste okey?”

“ Kalau macam tu, carilah yang tak gedik tu cepat-cepat! Lambat sangat papa minang jer si Qaren tu untuk Mar, senang!”

“ Mar tak nak lah papa, Mar dah ada calon!” Tiba-tiba idea melepaskan diri muncul dikepalanya.

“ Betul? “

“ Yup!”

“ Tak gedik?”

“ Tak, Keras, mantap!” Dato Alam mengerutkan dahinya.

“ Perempuan?”

“ Dalam perempuan,luar jantan.”

“ Eh, kau ni lain mcam jer son?” Amar ketawa

“ Nanti Mar kenalkan kat papa.” Amar berlalu meninggalkan tanda Tanya pada Dato Alam. Eish,! Anak aku ni betul ke tak? Tak kan dia berkenan dengan perempuan separuh siap (Pondan)  kot?


 p/s: Sambung lagi, :)





2 comments:

  1. Assalammualaikum, alaaa Cheery is tak sempat nak ikut laa cerita nie leh tak cheery letak linker kat setiap entri My Wife is Driver nie? Ep1 Ep2? boleh kan? hehehehe best best bapak brutal gila lah boss si Shark tu.

    ReplyDelete
  2. wah!is minat ek citer ni..cheery ingat xde yg berminat nk baca story panjang2x ni..okey,t cheery watkan link..thankz for reading yeh is..sambungannyer after raya..hehe

    ReplyDelete