Friday, November 23, 2012

" My wife is Driver" - episod 7


Shark menguis lasagna di dalam pinggan di hadapannya. Makanan itu langsung tidak boleh diterima tekaknya. Kembang lain macam. Tuan Amar yang ambikkan untuknya sebentar tadi. Sekarang, mana Tuan Amar hilang dia pun tak tahu. Dato Alam? Entah, hilang juga. Tadi ada kenalkan dia sebagai isteri Amar dengan rakan-rakan terdekat dan saudara-mara. Kata Papa, ini majlis memperkenalkan dia sebagai isteri Amar dan juga majlis celebrate peningkatan keuntungan syarikat untuk tahun ni.

Shark mengeluh lagi. Apa jenis makanan orang-orang kaya makan ni? Nasi tak ada ke? Sesekali perut kosongnya memainkan lagu irama keroncong. Ish! Lapar pulak perut ni.

“ Kenapa?” Amar bertanya setelah mendapatkan tempat di sisi Shark. Shark yang terkejut dengan kehadiran Amar mengerutkan dahi.

“ Kenapa, apa?”

“ Tu? Pegang perut? Sakit perut ek?”

“ Tak ada lah! Tuan, saya lapar lah! Nasi tak ada ke?” Shark merungut. Dari petang tadi sebutir nasi pun tak dijamahnya gara-gara ingin menjaga perut. Takut perutnya buncit ketika memakai gaun yang di beli Tuan Amar. Kang tak pasal-pasal dikata orang dirinya mengandung. Malu percuma aje!

“ Berapa kali saya nak cakap kat sini jangan panggil saya Tuan? Panggil saya ‘Hubby’, okey sayang?” Amar mengenyitkan mata kananya. Shark memandang ke tempat lain. Dah macam buaya miang. Sumpah!! Gerun!

Pantas ingatannya kembali pada pesanan Tuan Amar di rumah petang tadi.

“ Dengar sini Tomboi, kat majlis tu nanti jangan panggil aku Tuan, Panggil aku Abang ke,honey ke,hubby ke? Apa-apa aje lah janji panggilan selayaknya pada seorang suami. Faham?”

“ Suami!!” Shark senyum menyindir.

“ Apa?” Amar memandang Shark tekun,

“ Tak ada apa-apa!” Shark membetulkan tali gaun yang jatuh dari bahu.

“  Jom!!” Amar manarik tangan Shark dan menggengamnya erat.

“ Nak pergi mana ni?” Shark merelakan dirinya dibawa meninggalkan majlis.

Dua tubuh manusia memasuki lift dan bergerak naik ke tingkat 5  Shangri-La Hotel.
Amar membawanya masuk ke dalam salah sebuah bilik di hotel tersebut. Bilik yang luas dan cantik. Lengkap serba serbi. Shark tersenyum bahagia. Kelihatan di satu sudut bilik terdapat satu set bunga segar terhias cantik. Begitu juga dengan katil yang ditabur dengan bunga-bunga ros merah di atasnya dan terdapat 2 ekor burung angsa yang dibentuk mengunakan tuala putih. Wah!! Sangat kreatif, mengujakan dan romantic.


Romentik? Wajah Shark berubah pucat. Ditolehnya Amar yang sedang bercakap di telefon. Dipandangnya pulak pada katil yang penuh dengan taburan kelopak ros merah, tertulis perkataan ‘Honeymoon’ di situ. Jiwa Shark tidak keruan. Dia mendapatkan sofa yang terletak bertentangan dengan katil dan kaku di situ.

“ Shark!!…kejab lagi dinner....” Amar menoleh dan perasan dengan perubahan sikap Shark. Tadi senyum bukan main, ni dah pucat lain macam dah kenapa? Mata Amar tertangkap sesuatu di atas katil. 

Oh!!! Patutlah!!

Keching!! Idea nakal timbul dalam otak bijak Amar.

“ Sayang! Napa ni?” Amar mendekati Shark yang kaku di sofa. Tangan Shark digenggam erat. Mak oii!! Sejuknya tangan! Amar ketawa dalam hati.

“ Sayang, awak cantik sangat malam ni. Saya rasa, saya lah si arjuna yang paling bertuah sebab dapat memiliki bidadari dunia secantik dan se’hot’ awak. Tak sabar rasanya nak gauli awak. Rindulah!!”  Aduh! Apa jenis bahasa aku pakai ni. Sweet habis!! Tak cair tomboy ni tak tahu lah. Mungkin kena ambik kursus mengurat tomboy pulak.

Shark memandang Amar tidak berkelip. Jantungnya berdegup hebat bak Ombak Rindu. Badannya terasa seram sejuk dari kaki naik ke otak. Mukanya terasa sejuk beku. Gamaknya, kalau ditoreh tidak berdarah. Terasa seperti mahu demam pun ada. Apa kena dengan Tuan Amar malam ni, dah kena sampuk ke apa ni? Cakap pun dah macam orang mabuk cinta. Dia lupa ke aku ni siapa? Aduh!! Nak buat apa ni?

Amar memandang Shark dengan pandangan nafsu. Amar terasa hanyut dalam perasaanya sendiri lantas cuba merapatkan bibirnya dengan bibir isterinya. Shark terkejut dan rela dalam keterpaksaan. Ciuman mereka bersatu, sebelum…….

“ Arghh….!” Shark menolak tubuh Alam sehingga terduduk di atas lantai.

“ Aduh! Kau ni dah kenapa?” Amar menyoal keras. Bengang dengan tindakan tiba-tiba Shark.

“I want to pee!” Jawab Shark ringkas dan berlari masuk ke bilik air. 

Amar tersenyum, malu sendiri dengan keterlanjurannya sebentar tadi.

Di dalam bilik air, Shark mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Apa aku buat ni? Bodohnya!! Kalau tadi di apa-apakan aku macam mana? Kalau tadi dirogolnya aku..? Tapi…kenapa aku rasa nyaman aje tadi? Rasa timbul satu perasaan… Arrh!!! Bodoh lah kau Shark!

“ Shark, keluar lah! Ni dinner kau dah sampai, cakap lapar tadi?”

Ketukan bertalu di pintu menyedarkan lamunan Shark. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air, wajah senyum sinis Amar dimuka pintu menjengkelkan Shark.

“ Apa?” Shark menyoal kasar.

“ Wakahkahkah…lawak lah!” Amar ketawa besar. Idea gilanya menjadi.


“ Giler!!!” Shark mendapatkan Dinner plate di atas katil. Baik aku jamu perut lagi baik.

Sementara Amar menghabiskan sisa-sisa tawanya sebelum menekan butang ‘ON’ remote control televisyen. Mereka sama-sama menghadap siaran yang terpampang.

 ~BeRsAMBUNG~



1 comment: