Friday, November 2, 2012

Sambung lagi 'My wife is driver'


8.40a.m

Sejak tadi Shark hanya menundukkan kepalanya. Dah seperti pesalah yang sedang menunggu hukuman pancung saja lagaknya. Dia lenguh begitu, lantas memandang Encik Amar yang sedang tercongok memandangnya seperti tiang electric.

Shark gementar. Diwusyanya jam di tangan. Dah 15 minit mereka begitu. Aduh!! 15 minit dah ni. Hish! Apa kena dengan mamat psiko ni? Nak buat hal lagi lah ni. Dengan lagak cool yang sengaja dibuat, Shark berdehem dan ingin memulakan bicara tapi belum sempat dia memulakan…

“ Kau ada Boyfriend?” Shark kaku. Apa jenis soalan ni?

“ Tak ada, Tuan!”

“ Tunang?” Shark hanya menggeleng laju.

“ Kau tinggal dengan siapa?”

“ Seorang!” Apahal pulak ni tanya tempat tinggal bagai, nak belikan aku rumah kot..haha..berangan kau Shark

“ Mak ayah kau?”

“ Saya anak yatim piatu, Tuan”

“ Umm..!!!”

“ Kenapa Tuan?”

“ Kenapa, apa?”

“ Tuan Tanya pasal family saya?”

“ Dah tu, aku tak boleh nak Tanya?” Amar memandang tajam ke arah Shark. Seperti mahu ditelannya gadis itu hidup-hidup.

“ Tak de lah macam tu, owang sesaja jer Tanya.”

“ Memang owang sesaja pun. Dengar sini tomboy! Aku bos kau merangkap majikan kau, suka hati datuk aku lah nak Tanya apa pun. Kau hanya perlu menjawab bila aku Tanya, tak payah nak mengomel! Paham!!!”

“ Tuan boleh panggil saya Shark bukan tomboy.”

“ Menjawab! Menjawab!”

Shark memasamkan mukanya, benci dengan jerit pekik bosnya. Suku sangat menjerit, ingat aku pekak apa?

“ Tiap hari kau kena ambik aku kat rumah pukul 8.30 pagi dan pukul 5 petang kau mesti ada di sini, di office ni. Ingat pukul 5 petang, jangan nak terhegeh-hegeh pulak nanti. Aku tak suka orang yang tak punctual. Handphone Blackberry yang aku kasi kau tu untuk kemudahan kau semasa bekerja bukan untuk kau mesej cintan cintun yeh?” Shark tersengih suka. Macam lah dia boleh tahu apa aku buat dengan handphone ni. Memang dia ada menerima handphone blackberry dari PA Encik Amar tadi. Bahagia rasanya dapat memiliki handphone yang sekian lama menjadi idamannya. Best kan? Tak perlu keluarkan duit pun.

“ Yang kau tersengih-sengih macam beruk dapat bunga ni kenapa?” Amar memandang Shark tajam. Gadis yang manis senyumannya walaupun berperwatakan lelaki. Dia yakin ada sesuatu yang menarik pada gadis driver ini.


“ Tak ada apa-apa, tuan!”

“ Selain berkhidmat untuk aku, kau juga perlu berkhidmat untuk Dato Alam, papa aku. Kau mesti ada di sana setiap kali dia perlukan kau.” Shark mengeluh perlahan. Aduyai berkhidmat untuk dua lelaki? Matilah aku! Yang sorang ni pun dah perangai macam firaun, tak terlayan dah. Macam-macam pe’el.

“ Kau tahu tak apa hukumnya orang fitnah dalam hati?”

Fitnah dalam hati? Dosa juga ke hukumnya? Shark mengeleng. Macam tahu-tahu jer dia ni.

“ Dah!! Kau tak payah nak buat muka 10 sen kat aku, keluar! Aku nak keje! Tengok muka kau terbantut mood aku”


******
“ Dah sampai tuan!” Shark bersuara sebaik saja memasuki rumah banglo 2 tingkat milik tuannya. Memang besar dan cantik tapi sayang kelihatan suram dan sunyi seperti tiada penyeri.

“ Aku tahu lah! Kau ingat aku buta ke?” Shark menjeling cermin belakang. Bagitau pun salah!

“ Kau ingat aku tak nampak apa kau buat?”

“ Erkk, maaf Tuan, saya ingat tuan tertidur tadi.” Sabar lah hati. Sabar itu separuh dari iman.  Shark memujuk hati sendiri.

“ Kau tunggu apa lagi? Cepat lah buka pintu!”

“ Laa…saya kena bukak ke?” shark menyoal bodoh.

“ Dah tu? kau nak suruh opah kau bukak?”

“ Erkk..okey Tuan!” Shark berlari keluar sambil menggosok kasar telinganya dan membukakan pintu untuk tuan mudannya. Bingit telinganya mendengar jerit pekik Tuan Amar. Sumpah!!! Mengada-mengada sungguh.

*******
“Assalammualaikum papa!” Reti pulak bagi salam kat papa dia. Kat aku tak reti-reti nak bagi salam pun. Shark mengomel dalam hati.

 “ Waalaikummussalam!” Amar mencium tangan papanya sambil diperhatikan Shark. Shark cemburu. Nampak mesra dua beranak itu. Dia ingin sekali merasai kemesraan itu tetapi apakan daya takdirnya begini, kehilangan ibu dan ayah sejak dilahirkan. Wajah ibu dan ayah pun dia tak pernah lihat. Selepas mengenal dunia, dia hanya punya kasih Umi Zariah, ibu di rumah anak-anak yatim Nur kasih.

“ Yang kau tercegat kat situ pasal? Mari sini! Papa, ni Shark driver baru kita.” Shark senyum dan menyelami Dato Alam.

“ Shark? Macam nama ikan dah.” Dato Alam ketawa geli. Macam-macam nama panggilan dunia sekarang ni.

“ Shark, jangan ambik hati yeh? Uncle bergurau jer.”

“ Tak apa Dato, saya faham!”

“ Eh!! Tak payah lah panggil Dato, panggil uncle jer, lebih mesra”
 Shark mengangguk senang.

“ Shark duduk dulu, nanti mak Jah bawak kan air”

“ Terima kasih Dato..erkk, Uncle!” Dato Alam tersenyum dengan ketelanjuran Shark.

“ Ni Mar, Datin Saniah dan Dato Zaki datang tadi, bincangkan pasal pertunangan kau dan si Qaren tu. Memandangkan kau calon pun tak muncul-muncul, papa rasa kau terima aje lah pilihan papa ni!”

“ Papa!!! Mar kan dah cakap Mar dah ada calon”

“ Papa tahu Mar! kau kelentong papa jer hari tu, perempuan mana yang nakkan bakal suami perangai buruk macam kau ni. Cerewet sangat! Si Qaren tu jer yang buta nak kat kau ni.” Shark ketawa kecil mendengar kata Dato Alam. Memang 'straight to the point' Dato Alam ni. Betul la tu, perangai buruk sangat, mulut mengalahkan perempuan. Kucing pun tak berani nak dekat.

Amar hati panas mendengar ketawa Shark. Rasa malu dihembur di depan gadis driver itu. Papa pun satu, kalau yer pun nak hembur janganlah depan driver. Jatuh lah martabat aku. Tiba-tiba idea gila muncul dalam fikirannya. Dipandangnya gadis di sofa yang sedang senyum mengejek padanya. Siap kau tomboy.

Ada papa! Sebelah papa tu lah calon isteri Mar.” Dato Alam sepontan memandang gadis di sebelah kanannya. Shark!

“ Apa!!!” Shark dan Dato Alam menjerit serentak. Dato Alam mengerutkan dahi tuanya sementara Shark menggaru kepalanya yang tak gatal. Gurauan apa mamat psiko ni buat? Aduh!!! Dah hilang akal ke apa?
Amar tersengih gembira, berjaya mencetuskan controversy. Padam muka kau tomboy! 

~Sambung la~


6 comments: