Sunday, July 13, 2014

Sup ayam overdos dan Air detox hentam keromo

                                     Hye, Asalammualaikum semua

Apa khabaran kamuk disanak yahk?? Hahaha…
Budget nak ckp slange Sarawak….tapi entah pape bunyikk!! Nangis orang Sarawak baca !!

Ingat lagi tak azam ramadhan aku yang nak masak sepanjang ramadhan ni?
Kalo kowang nak tahu!!.....dah ke laut dah…hampeh pun tak ada!bahahaha…dah lima hari aku beli juadah berbuka dekat pasar ramadhan taman medan

Huh!! Hypocrites sangat ko cheery!!!

Seminggu ni banyak perkara yang berlaku dan buat aku rasa sedikit down…sebab tulah tak hairan kalo tiba-tiba kowang terbaca entry poyos dan over sedih… kat mana lagi nak show kesedihan ni kalo bukan blog buruk ni…mana dengan buzy keje, mana dengan masalah dekat ofis, masalah company, semua tu aku fikir dan buat aku hypertension walaupun terang-terang company tu bukan bapak aku yang punya..
nak tension dah kenapa kan?

But as a productive staff…haruslah wisau!!! [productive la sangat!!]
Hari ni pulak hari weekend sah-sah aku cuti, so sepantas boboboi, aku pegi gaint beli barang untuk masak.
Menu aku hari ini untuk berbuka adalah…..jeng..jeng…jeng…..
Suspend tak? Suspend tak???? ^________^




Menu aku hari ni nasi putih, ayam goreng blackpaper dan sup ayam
yang overdosnya adalah pekakas supnya tu...nampak kayu balak dalam mangkuk tu??
kahkahkahkah ^_____^
tapi tetap sedap!!!! [wah, puji masakan sndiri!]

Beverage pulak adalah special iaitu air detox cik epal hijau dan cik limau sunkist.
Memang detox yang hentam buat ni..kihkihkih

Owh yah, sebelum aku masuk tidoq, aku nak inform pada kowang semua, pasal online shop aku ada promosi ‘membelisambil beramal’. Dimana bag yang kowang beli dengan aku akan ditarik 5% untuk disumbangkan untuk membantu bumi palestin. Kowang mesti dah tahu kan yang bumi palestin tengah bergolak. Sudah semestinya doa dari kita semua (muslimin dan muslimat) amat-amat diperlukan.
Berdoalah untuk agama dan sahabat kita disana (Palestin)

Pada yang hendak memberi sumbangan peribadi boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun bank aman palestin. Maklumat seperti dibawah:-

Akaun Bank atas nama Aman Palestin Berhad
Bank islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Sumbangan secara SMS pun boleh:-
Taip PALESTIN 10 atau 5 atau 3 atau 1 dan hantarkan ke 39111

Hah, Nampak?? Macam-macam cara untuk menyumbang, depend on kita aje NAK atau TAK NAK aje.
^______^


Ok, bye!!!

2 comments:

  1. sedap jugak menu sup ayam tuh. teringin lak tetiba.
    nak masak lah nanti. hehehe

    ReplyDelete