Monday, August 25, 2014

Raya pertama di kampong kuala Lanjut (Part 1)

Hai, Assalammualikum dan salam sejahtera
ha'uzubillah..himinasyaitonirajim...Bismillahhirahma ni rahhim

Malas sungguh nak update entry raya ni
Malas sebab xde idea nak mengarang,
Yelah…balik balik entry syok sendiri….aku pun cemuih nak karang, kowang yg membaca apakan lagi kan?
Tak pe, biar aku jujur dengan kowang…sebenarnya kan…sebenarnya…sebenarnya…
eh nervous pulak dah!! -_____- 
biasa lah,budak tak ada idea memang selalu macam ni….hahaha

sebenarnya dah patblas biji kurma dan 3 bijik apple aku makan dalam usaha nak menyeru idea.
kamtu mama sayang kamtu mama!!!
tak jugak datang…oleh sebab itu, aku nekad untuk memukabuku (FB)
seharian aku memukabuku,hahaha…hampeh nyiokkkk sungguh!!
Tambah pulak tangan aku pulak kena simbah dengan kari yang mendidih..lagilah ke laut mood kan?

Takpe, aku nak guna talian hayat yang terakhir iaitu…merenung masa lalu…hahahah

Per aku merepek entah!!!! Takpe lah abaikan budak gila tu…abaikan jer…yang tengah mengarang ni ler.


Ini nama dia cheery…dikenali sebagai Sari Yanti..nama matsalleh dia Anja’anjalina jolie
Adik tiri anjalina jolie kot..tapi muka nonsense giler…tapi dia ni memang gila pun
Kadang-kadang happy, kadang-kadang sedih….kadang-kadang meroyan kadang kadang pemalu
Kadang kadang cantik kadang kadang burok nauzubillah….tapi biasa selalu burukk lah…hihihi

Kena kutuk jugak, Tak leh nak puji sangat, kang kembang semangkuk dia tu..yang mengarang ni lah!!
Jangan tak tau..penyakit gila dia ni berjangkit ,dimana ,ia boleh dijangkiti..
Virus yang biasa menyerang dinamakan virus ‘gila selfie’ dan virus ‘gila-gila kuasa dua’
Urmmm….sekarang penyakit ini telah berjangkit pada anak sedara yang tercinta..emmm parah..parah!!




Nampak!! Kan aku dah cakap tadi….sekor sekor gila selfie

1st raya family aku tak berkumpul utk bergambar..masing-masing dengan hal sendiri….
Ada yang balik dari masjid..terus buka baju pakai t-shirt..jakun sungguh
So..terpaksa la penuhkan camera dengan gambar budak budak..
Takpelah …dah cukup meriah dah dengan budak budak ni…..
Kadang-kadang tak terlayan…baru aku taw susahnya nak control budak
Aku kawen esok xnak banyak…just 12 owang cukuplah..bahahahahah
Okey tak lawak….!!!





Ko nengok..masing masing dengan aksi kebudak-budakkan…memang dasar budak!!!
Bukan senang nak amik gambar formal diorang ni…time nak snap tu lah diorang nak makan lah…nak kira duit raya lah..nak mengeletislah..macam-macam
Duduk diam-diam tak nak..nak terkeluar anak tekak aku menjerit
“duduk diam-diam”…” mak teh cakap 1,2,3 semua tengok camera dan senyum!”
“sapa tak senyum tak dapat duit raya” ….
Biasalah Ateh, tak bagi duit raya tu perkara biasalah..tangkai jering sangat!hahaha
Lepastu dengar lah keluh kesah sedih ‘bersamamu’…dah leh panggil tv3 shooting dah
Drama sangat anak-anak sedara aku ni…<_____>  ikut perangai sapa entah!!
Anak sedara aku yang betoi-betoi Sembilan orang aje…lapan orang dah ada dalam gambar
Sorang lagi dalam endoii….tido!!!hahahah
Tak banyak kan?? Sembilan aje…..


Nak tahu? Bapak aku pun dah pandai selfie. Kelakar masa nak selfie dengan ayah aku ni
“Tie, benda apa yang panjang ang pegang tu? Meh ayah tengok”
“ Ni monopod yah, bahasa kg panggil galah selfie…”
“ eiihhh…selpiii tu menantang pa pulak??”
Aah sudah, dah kena mengajar bapak ketam jalan lurus pulak, si anak ketam ni..kahkahkah
Der, tak lawak pun der!!! Tak baik taw aniaya orang tua..
Ya lah...Ya lah!!! -____-



Mak ayah aku ni steady ja…kalo bergurau tu ganaih nak amat macam drama
Luv you mr arrogant tu….ganaih-ganaih pun dalam hati ada taman ko taw!!
Kalo tak, takde kuar 1 ekor kumbang 4 kuntum bunga derr!!! Kihkihkih

Bawak bertenang semua..bawak bertenang!!! Tak habis lagi nak citer ni




Tahu, orang zaman sekarang ni berjalan raya kat mana???
Dekat FB laa…hahaha berjalan tu bunyi macam jalan kaki 8km sejam aje kan?fiiewww…penat!!!
Basah ketik ketik…nak peluk cium pun tak sanggup…bau asli sangat!! ^_____^

Lepas hilang penat berselpiii…hahaha…kitorang kuar beraya di rumah sedara yang terdekat
Dekat-dekat aje ..boleh dikatakan jalan kaki malam karang baru sampai
Dekat kan?? Hihi..leh jugak la turun 2 kg sekali jalan.
Masa dekat umah wa chik , iaitu kakak kepada ayah aku..berlaku kejadian yang mengelikkan bulu ketik
Bukan kejadian  kelakar tetapi kejadian yang menggeramkan akal fikiran aku..rasa tak waras tiba-tiba

Boleh cousin aku panggil aku kinah?? What the fish..hello!!! kinah tu kakak I ok, I ni siti…siti yang cantik siti yang lawa ….macam siti nurhaliza tu!!!...eh bukan, salah!! Macam Sari Yanti…Faham!!
Mahunya aku jerit macam tu….huhhu <______>
Kebetulan time tu aku tengah pegang Qaisara..sebab tulah diowang boleh silap orang..
Mula-mula bersangka baik lah..skali paksu hamzah dtg terkejut beruk nengok aku

“Ni siti ka kinah ni??” 
hey, sama sangat ke muka aku dengan kakak aku ni???..stress aku!!! Aduh!!

“ Loo.. siti ka? Awat besaq sangat?? Dulu kecik ja..ni tak kawen lagi kan??”

Owh…please lah!!!!!! kalo ikutkan hati, aku dah jogging balik rumah..
HAPA?? Ko ingat, semua pompuan gemok dah kawen???
ko hingat apa, hah???? 
fuihhhh...geram pulak kita ni!! 

Nasib baik aku ikutkan kata tali perut…bersabar dan bersangka baik..
Alah,.kemonn siti, biasalah tu diiowang mana biasa jumpa sari the real sari yanti..komennn sabar!!!
Hahahahah ^_____^ positif betoi tali pewut aku ni!!! Kalo macam ni hari hari aku jamu ko nasi lemak



Aktiviti Malamnya, sambut birthday abang ajiq, anak sedara sulung aku
Kek homemade ko tahu!!...yang pasti bukan aku yang buat!!! Aku tolong makan ja…hahahha
Lepas tu sesi bunga api pun bermula…riuh rendah rumah aku…bising nak amat!!


Kalo nengok gambar aje tak rasa best sangat, bunga api tembak ni
Aku ada video jugak…tapi nanti-nantilah aku show tu pun kalo aku ingat dan boleh show sini
Hahaha…paham-paham jerlah, intenet umah aku macam siput Cadbury..
kalo siput sedut, sedap gak makan kan?…
perghhh terliurrrr!!! Hahaha

Ok selamat hari raya korang

Maaf zahir batin…thanks sebab sudi baca…yang tak sudi nengok gambar pun takpe..kihkihkih
Next entry raya coming soon…sambung eesok lusa tulat tungging ^____^ 


5 comments:

  1. hehehehe.. sonokkan beraya kt kampung.. kalo boleh nak cuti raya sebulan.. hehehe
    apakan daya.. kejeee.
    ramai anak2 sedara yer.. konfem meriah time kumpul ramai2 kan~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ct...salam singgah ke sini...:)

    ReplyDelete
  3. hahaha..gelak akak baca entry ni...sari yanti sari yanti..hehe

    ReplyDelete