Sunday, October 12, 2014

Gambar Majlis perkahwinan sepupu di Felda Chini,Pahang

Bila kita susah atau diduga dengan sesuatu perkara kita selalu rasa down

Positif  sikit weii!!, fikir semua ni ujian Allah, walau apa pun kita tetap kena bersyukur

Tapi bila kita senang pulak, rezeki melimpah luah ada kita fikir kesenangan tu ujian Allah?
Ada kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan tu?

Kita manusia memang mudah lupa…sebab tu kita selalu diuji dan teruji
Ingat satu aje setiap kesenangan yang kita dapat tu sebenarnya ada tersisip kesenangan orang lain
Setiap rezeki yang kita dapat tu, terselit rezeki orang lain yang kita sendiri tak tahu siapa punya dan bagaimana?

Seperti kehilangan barang berharga dan barangan kesayangan!!
Seperti kena saman dengan jpj dan abang polis trafik yang tak bape hensem dan dikhianati orang tersayang
Contoh abang polis trafik yang xhensem tadi ni…dia saman sebab duit saman tu rezeki penjawat awam..
Tahun depan abang polis xhensem tu dapat bonus lebih, jumpa aku kat sunway belanja tengok wayang 2/3 cerita  yeh…automatic  hensem berganda ganda  ^_______^

Alah, Tadi tak hensem sebab saman aku…cer tak saman, mintakk no ke..leh belanja tengok wayang kan..tak sporting lah abang polis kat KL ni….nyampah aiih!!!!!kahkahkahkah
 “ saman aku bayar hujung tahun yeh pak polisi!!!” ^______^            

Begitu jugak dengan phone aku yang dicuri tu…phone tu dah jadi rezeki kepada pencuri durjana tu
Walaupun durjana dan rasa macam nak sepak ja bontot durjana tu tapi 1% sudut hati aku bersyukur tepon tu hilang sebab dalam tepon tu ada banyak gambar si pengkhianat dan contact no dia. Nak harap aku buang entah kurun bila aku leh buang dia dari hati dan fikiran aku...

Dengan adanya si durjana tu aku dapat membuang semuanya sekali gus…
semudah ABCD..dah xde kenangan lagi dah…
Aku bahagia dengan kehilangan semua ini!!!!!!!!!!!!!!

Dah kenapa nak bahagia pulak????? Bahahahaha


Tiba-tiba rasa macam atas kapal titanic hihhihi

Semua tu ujian kan??? Dan apa yang berlaku mesti bersebab dan ada hikmahnya
Mungkin tuhan hilangkan sesuatu untuk dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih bagus dari yang ada…

..tapi siyes ko memang durjana pencuri..tak guna!! Jumpa dengan aku siap ko, aku tenyeh tenyeh dengan cabai giling…hikhokhikhokhikhok
Bawu tadi aje cakap bahagia kan???? -..-

Ok…kita stop pasal pencuri durjana dan ujian yang bertimpa-timpa
Semua tu buat spoil mood jer aspecially pencuri durjana tadi
Dah lah tak hensem…please lah!! Menyampah pulak aku fikirkan ko!!!

Ada iras i tak???
haruslah tak!! Pahal plak nak iras nak i...i kan retis!!!

Ni cerita bulan lepas…kisah attend wedding my cousin di Pahang darul ehsan ek??
Lupa!!!! Hahahaha

Masa ni lah aku kehilangan semak phone kesayangan aku yang pinky-pinky tu
T_______T

Perghhh baru sekarang nak update kat blog dey!!
Biasalah, aku memang suka peram citer lama-lama biar ranum macam buah mangga

Sebut pasal buah mangga ni ada cerita lawak semalam
Abang umah sewa aku duduk ni ada dusun taw….dia memang baik, setiap kali ada buah lebih mesti dia
Bawak balik bagi aku….dan aku pun happy jadi penyewa umah dia sebab selalu dapat
Buah tempatan yang segar dari ladang…dia?? Lagilah happy dapat penyewa retis sari yanti ni kan
Kuang…kuang…kuangg!!! ^______^
Berbalik pada cerita mangga tadi…abang tu kol aku soh turun amik mangga
Aku pun cakap lah..”eh xyah bang,saya dah ada mangga dah, cukuplah satu buat pe nak pasang banyak banyak bukan ada barang berharga pun umah saya,” confident giler ayat.
“ Mai la turun amik,abang bawak balik banyak ni! Cepat-cepat!!”
Dah kenapa abang ni kan, beli mangga banyak banyak nak bukak business mangga ke?
Rupa-rupanya buah pelam!!! Lawak betoilah…malu aku! Sound trouble ke pekak aku ni?
Abang tu pun satu cuba dia pronounce “mangge” ni pronounce “mangga”
Salah faham la aku….owg KL kan suka guna “e” bang??

Abang ni bukan owang KL ek????opssss….huhuhu



ko nengok!! bukan senang taw nak amik gambar aku melompat bebas macam ni
bukan sebab aku retis!!! tapi sebab bergoncang bumi pahang nanti
tu la orang tua-tua dulu kala penah cakap
jangan sangka tangan yang menghayun buaian tak mampu mengoncangkan dunia...*tiba-tiba*
jangan kata goncang..hancurkan dunia pun mampu ok

Dalam islam pun diakui power seorang perempuan
lelaki boleh dihumban ke neraka kerana wanita
lelaki berjaya kerana wanita
lelaki gagal pun kerana wanita

so, apa kena mengena aku lompat bebas, goncang dunia dan lelaki??

Honestly, memang tak ada kena mengena
Mari kita balik ke gambar-gambar yang akan aku paparkan

next pictures please!!!!!!




































































Retis memang kena gedik macam tu wei...harap maklum! ^______^
























Walau apa pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada insan yang memberi
sokongan dan motivasi tak berbayar pada aku
walaupun banyak ujian dan dugaan yang mendatang korang setia disisi memberi
perangsang

terima kasih mak/ayah,adik,kakak dan kawan kawan
Terima kasih reader dan blogger yang tidak pernah jemu singgah diary aku manja
terima kasih pencuri durjana atas kecurian itu

terima kasih...
Hanya tuhan yang mampu membalas jasa kalian

assalammualaikum!!!


4 comments:

  1. aka suka baca statement yang mula2 tu ct
    btw meriahnya gambar wedding ni
    selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  2. kemain happening lagi semua gambar2 tuh.
    semua orang sporting jer~

    ReplyDelete
  3. hahaha part mangga tu lawak...sakit pipi sengih.. nk gelak tak leh sbb kat opis...hehe

    ReplyDelete