Monday, December 8, 2014

Declaration of eskinol assist to eliminate germs and fungus


Banyak soalan yang aku dapat macam ni

“ Cheery, Eskinol ada kesan sampingan tak cheery?”
“ kita baca kat blog lain, Eskinol ada bahan pencuci lantai ek,cheery? “
“ Eskinol ni ok ke cheery? takutlah nak pakai!”
“ Eskinol ni buat muka kite parut hitam la cheery. Macam mana ni cheery?”
“ cheery pakai lagi tak product ni?”
“ Cheery, Selain eskinol toner ada tak cream dan pencuci muka eskinol?”
“Let say I stop pakai eskinol ada effect tak, cheery?”
“cheery, macam mana nak cute macam cheery yah?”

Ok, soalan last tu aku tambah..hihihi ;D

So basically semua soalan pun Tanya pasal eskinol
Maybe entry yang aku kuarkan before ni tak cukup untuk buat korang puas hati
Jadi disebabkan itu ia mencetus kepada soalan yang pelbagai daripada korang semua

Yer…aku paham!! Sebagai pengguna memang kita kena aware setiap perubahan
Dari kesan penggunaan apa-apa product… tak  kisah lah product masuk pewut ke
Atau product apply kat kulit…memang kita kena aware!

Syabas bebeh…syabas aku ucapkan sebab ini menandakan kita semua
Adalah pengguna bijak

Yah…”pengguna bijak tunggak kemajuan Negara”
Tiba-tiba dah over kan…feel dr mashitah berucap vs ustaz azhar idrus… hikhikhik


Ok macamni
Sebenarnya aku sendiri pun pengguna eskinol
Dan aku sendiri pun worry dengan perubahan yang berlaku walaupun bukan drastic
Tapi mestilah takut….” Cheq takot baq ang!!”

Anugerah kecantikkan ni bukan boleh dijual beli
Semua orang tahu!!!
walaubagaimanapun
Entry ni bukan niat untuk bagitau korang “eskinol selamat..tiada bahan pencuci lantai!!!”

No!!! sudah semestinya tidak…benda dah terang terang tulis kandungannya pencuci lantai
Lepas tu nak suruh aku menindakkan??? Orang gila pun tak buat macam tu okey       

Memang ada bahan pencuci lantai tapi dalam kuantiti yang terkawal
dan melalui process process tertentu
Dan kalo korang nak tahu mostly product yang kita pakai seharian
Dari hujung rambut sampai hujung kaki ada bahan pencuci lantai
Daripada ubat gigi yang kita masuk mulut tu sampai ke cream kita apply kat muka tu
Sampai ke syampo kita basuh rambut tu sampailah ke bibir kita yang merah ang’ang  tu sampai ke pencuci cuci asset ,kandungannya adalah Bahan cuci lantai…

Even beauty product mcm toner jenama lain pun ada bahan yang sama, okey

Korang tak percaya cuba la buat research kandungan bahan dia tu
Bahan pencuci lantai ni ..dia membantu membasmi kuman dan fungus
Penggunaa bahan ni dalam product macam ubat gigi sudah semestinya
dah melalui process process tertentu..

Bahan pencuci lantai ni tak bersalah pun sebenarnya
kesian kat dia taw!!! hahahaha

bahan ni digunakan secara menyeluruh oleh manusia untuk
buat product yang pelbagai
contoh untuk buat pencuci lantai, untuk buat pencuci gigi, pencuci mulut
sabun macam-macam lagilah...

Kandungannya diorang dah declare kat label, So pilihan ditangan anda…
pengguna berhak membuat pilihan

Aku dah terus terang kan?
So lepas ni jangan lagi Tanya “eskinol ada bahan pencuci lantai ek cheery?”
Hah…memang nak kena tapak kasut Vinci aku Nampak?!!!!!
Aku sendiri pun dah pasrah dah..pencuci lantai pun pencuci lantai lah..hahahaha
^_______^

Berkenaan dengan parut hitam tu perkara biasa
Even aku dulu pun dapat jugak parut hitam tu
Parut hitam tu dari jerawat korang yang dah kering lah
Teruskan aje pakai pimple fighting tu…parut hitam tu akan pudar
Slow slow…korang sabar jer

Setiap pengguna ni mempunyai jenis kulit yang berbeza
So..effect dan kesan dia ke atas kulit pun akan berbeza
Contoh…pengguna A pakai rasa gatal dan pedih
Pengguna B pulak pakai tak rasa apa..macam pakai air ais sejuk dari peti
Bawu bawu ni ada pengguna yang bagitau aku kulit tangan dia mengelupas!

Agak hairan sebab aku pakai tak ada pulak mengelupas…so aku aware
Bahawa pengguna mempunyai jenis kulit yang berbeza
Ada yang kulit jenis tebal..nipis…sensifif dan alah dengan sesetengah product
So kalo rasa macam korang alah teruk just stop from using eskinol, okey
Do not take it the high risk…nanti korang jugak yang  susah
so far, stakat ni tak ada lagi kes customer alahan teruk
semasa menggunakan eskinol...tak ada lagi yang complain
jerawat tumbuh bak cendawan lepas hujan ke
umpama air bertakung di atas daun keladi ke
umpama si kodok dan princess charming ke
tak de..takde lagi


Untuk sekian kalinya setelah berjuta kali aku menjawab soalan
berulang dari customer yang berlainan’
Ingin aku memaklumkan bahawa  aku hanya menjual eskinol toner only
a.k.a eskinol cleanser only
Segala mak nenek eskinol cream,lotion , pencuci muka , bedak compact
semua tu aku tak jual….Harap maaf ^______^

tapi.....“kenapa aku tak jual?”
Eh…eh..suka hati aku lah tak nak jual!!!ni nak marah ni

-..-

Perghhh…sombong!!!! Hahahaha

Sebenarnya aku jual apa yang dijual farmasi borneo sahaja
Farmasi borneo tak jual jadi aku tak berani lah nak jual

Sebenarnya…kalo korang pergi cari eskinol dekat Sarawak sana belambak jual
Kat gerai gerai jamu, pasar malam…dengan harga yang jauh lebih murah..
Tapi aku tak berani  nak rekemen sebab aku tak tahu tahap ke asliannya
Setiap bottle eskinol yang aku jual dekat customer aku ada stiker jernih
Bertulis imported by Borneo pharmacy supplies sdn bhd
Belek bottle kalo korang ada beli dari aku okey…

Kalo korang rasa bosan guna eskinol
Korang boleh stop anytime anywhere
Tak ada hal punya…nak pakai setahun sekali pun boleh
Tak nak pakai dah pun boleh…

 Last but not least…..
Kalo korang pengguna eskinol
Aku jugak pengguna eskinol

Kalo korang gosok gigi dengan bahan pencuci lantai
Aku jugak gosok gigi dengan bahan pencuci lantai

Selamat mencuci lantai!!!!!…..
aikk?????

 hihihi  ^______^


3 comments: