Wednesday, February 11, 2015

Oh..macam ni rasanya takoyaki @ COGI Trading


Hari ni baru ada mood sikit nak mencoret.
Iyer..iyer previous entry cakap nak mengupdate laju-laju
tapi bukan tak nak tapi buzy sikit.
Buzynya sikit tapi malasnya yang banyak, acaner tu der??
Apa pun tak leh!!!  Hahaha ;D

Dah lama aku tak share resepi disini kan?
Tentu kalian semua rindu masakan aku yang ohsem, simple tapi berkualiti tu kan?
Statement mintak penerajang ke hape tu? Bahahaha -..-
Pernah dulu aku share resepi popia cheese simple yang korang try dan sangat sedap tu kan?

Hahaha…confirm nak tapak kaki dia ni!!!

Tapi sekarang aku tak koser lagi nak share resepi bagai, ini kan pulak memasak! Kahkah
Sebab, most of time sekarang aku baring kat rumah membesarkan badan aje….wohooo!!
Rasa seperti ‘ana’ berada di syurga! Kalo dah masa habis kat rumah aje maksudnya
ada banyak masa untuk memaSAK la kan???
But nehii nehi …bukan itu koser ‘ana’…koser ‘ana’ cumalah makan,tido,keje…makan,tido,keje
cer tengok urutan job scope kat situ yeh, makan,tido,keje.

So, kat situ korang dah dapat tips membesarkan badan cara mudah dan berkesan
Hahahaha ;D Hidup semakin bahagia
Sebab ‘kandungan’ aku makin hari makin membesar
Dah sama naik denga breast…bahahaha tapi apa pun tak boleh!!!
Yeh, ‘kandungan’ yang semakin tinggi turut mempengaruhi kebahagian seseorang manusia
Atauuu…lebih tepat lagi seorang yippo a.k.a badak berendam!!!      


Seorang yippo ke seekor yippo, der??
Tak kisah lah, yang korang sibok sangat Napa?
Blog aku suka hati aku lah!!!*emo* hahahah ;D


Aku dah bekerja di syarikat baru yang sangat menjaga kaki dan tangan, kakitangannya
Meaning, kakitangannya tak perlu menapak jauh jauh nak pegi lunch
Dah disediakan cafeteria yang menyajikan makanan yang mengenyangkan dan ceria
sebab tulah aku ada 'kandungan' yang ceria membesar hohoho *mata kat atas*

 So, bila dah tak perlu menapak jauh jauh ni, tenaga banyak disimpan untuk masa hadapan
Masa bila nak guna dan sampai bila nak simpan aku pun kurang pasti..
chapter tu aku tak habis baca lagi employee handbook bahahahaha ^_____^

jadi, bagaimana dengan mangkuk tingkat?
Just let them go…sambil menyanyi ‘bebaskan..bebaskan, tak mampu pertahan lagi..’

“ aku tidak perlukan kau lagi, berambus kau dari rumah aku, mangkok!!”

Aku ingat lagi, dulu aku rajin tapau dari rumah pergi keje
Lepastu waktu lunch makan sama-sama dengan ofismate
Kadang-kadang makanan tu jadi breakfast ..lepastu lunch kena kuar lagi
Kan dah membazir kudrat…hahaha dasar yippo! Makan untuk hidup ;p

Mukadimah panjang panjang ni, aku bukan nak buat karangan pasal
“resepi sedap di cafeteria ofis saya!!”


Aku nak cerita pasal 1st time aku makan bendalah ni, cucur dari jepun
Atauu…lebih dikenali sebagai Takoyaki
Kalo kat Malaysia ni owang panggil apa  ek? Cucur badak ek?
Tapi tak ada lah badak limanam ekor dalam tu hihihi =..=


Tak kisah lah apa gerangan namanya kat Malaysia ni,
Takoyaki ke teppanyaki ke, tapak kaki ke..tapi korang mesti cuba
Aku tak tahu nak nilai takoyaki dari cogi trading ni lagi sedap atau lebih sedap
Berbanding dengan kedai lain sebab, ini 1st time aku makan kot.

1st time aku rasa…ia boleh dikatakan sedap…sedapnyaaaaa!!!!!!!!!!
*sambil jerit jerit lompat lompat kijang campur dengan lompat lompat tenuk*
^__^


Owh..ni rasanya makan takoyaki!!!!
Selama ni aku ingat takoyaki tu rasa macam tapak kaki..hhahahaha



Sekarang ni makanan jepun dah fafulor di Malaysia
Dekat pasar-pasar malam pun dah dijual..pandai orang orang Malaysia ni
Menciplak no satu..hahahha opsss bukan bukan..Mencari peluang berniaga!!

Yeah..teruskan..go Malaysia go..best human win!!hikhikhik
Aku suka nengok bangsa sendiri makin maju ke depan..alhamdulillah
*statement nak elak tapak kaki* ;D






Hyper Unggul Sdn Bhd
Office: 03-8066 9082
Mobile: 012-969 8202

So, pada yang berminat untuk maju dalam business especially
Dalam business takoyaki ni boleh merujuk kepada gambar di atas
Modalnya dalan 45k..banyak jugak kan? Tapi berbaloi jugak lah
Diorang akan bantu dan monitor korang, sediakan bahan dan peralatan,tranning semua
Korang just  sediakan modal aje….berminat call no tu okey
“Aku suka nengok bangsa sendiri maju!!” :D


Kalo korang perasan ada makanan jepun nama okonomiyaki kan
hah..yang tu aku belum rasa tapi member aku penah cakap okonomiyaki tu
maksud dia panggang sesuka hati...hahahaha klakor!!!

Masa aku tengah baca memo "be your own boss!" tu kan
abang red cap tu tegur aku
"Awak, berminat ke? boleh buat duit taw!!"

Aku syak dia ni dah jadi "be your own boss" lah
kalo tak, napa dia beriya..iya promote kat aku
Tapi kan der, muka aku ni muka ada masa depan jadi boss ke?
wahahahaha....-..- amik lobang idung

"Abang red cap, nak sembang besaq dak noh...
tapi saya ni biasanya job yang cari saya, 
saya tak pernah cari job...yelah saya ni kan retis sangat"
*tangan kat bahu mata tengok kening*

Tapi jawab kat dalam hati aje hahaha

Nak buat business tu, niat dihati memang ada
tapi buat masa sekarang kesedaran dan kekuatan nak take high  risk tu 
belum ada lagi...kang ada yang nak masuk paper 
"Gadis ayu jatuh giler kerana business super maju!"

kahkahkahkah okey, tak lawok ^___^


4 comments:

  1. Assalammualaikum, cheery lama is xmenyibuk kat sini heheh just drive thru je baca hit and run tp xdrop komen mlm nie is nak drop komen sbb takoyaki tu mmng menarik minat is. errkk dlu is pun panggey tapak kaki gak hmm ada opportunity gak lerr lepas mkn tako kan leh consider nak bukak tako kat penang hehehe, tq cheery sharing is caring.

    ReplyDelete
  2. hai Cheery..
    sis ade jer.. tapi kemalasan sedang melanda.
    kemain malas nk update blog. hehehe.

    sedap eh makanan jepun tuh.
    x pernah try lg setakat nih.
    cam teringin plak nak try,, hehehehe

    ReplyDelete
  3. ah terliur...feveret ni takoyaki..

    ReplyDelete
  4. alal tak penah makan,,sedap noo :)

    ReplyDelete