Saturday, March 21, 2015

pelupa 100 ten percent sure tak ingat!

Aku perasan sejak dua tiga bulan ni aku jadi manusia yang pelupa. Pelupa tahap benci awak 100 ten percent! Tapi bukan benci Kat awak,k. Yeah...awak yang membaca tu!

Tak tau macam Nak habaq mai, tahap pelupa aku ni kadang-kadang buat aku rasa Nak hempok kepala Kat pokok getah, sebab tak boleh terima lah tahap pelupa macam ni. Urmmm....bunyi macam tahap kronik sngat aje kan? Tapi nasib baik bandar tak Ada pokok getah kan?Hahaha

Aku pernah dengar, orang cakap perempuan yang beranak 99 urat akan putus. So kalo 5 orang anak maksudnya 5 Kali beranak. Jadinya, menggunakan calculator saintifik 99 apabila dikali dengan 5, maka jawapannya Kira la sendiri!! Hohoho....amik ang...Nak beranak lagi lagi Dan lagi?

Tapi masalahnya disini, aku tak pernah beranak pun. Mai mana pulak 99 urat Nak putus ?? So, teori beranak Lima tak boleh diguna pakai disini.

Pada tahun 2007, masa baru kenal erti cinta,ecewah.. member ada cakap, apabila seorang perempuan itu kecewa putus cinta berpuluh urat muka akan putus. So, secara teorinya aku dah 3 Kali putus cinta, makanya kiraan adalah berpuluh apabila didarab dengan 3 jawapannya adalah tak payah kira.

Kalau diperhatikan, urat muka Dan urat ingatan maybe berjiran. So apabila urat muka mengendur akibat process pernuaan makanya dia selisih bahu dengan urat ingatan, akibat selisihan tu jadi lah pelupa. So teori ini boleh diguna pakai walaupun cikgu sains confirm menangis baca statement Aku ni.



"Apalah dosa aku time study dulu, dpt ex-student bongok macam ni." Kata cikgu sains sambil lap. Hingus T___T

Setelah beberapa tahun ni, baru nampak efek dia tu. Contoh pegi toilet amik wuduk, kuar tu siap hampaq sejadah Nak solat, telekung dah sarung Kat kepala baru aku teringat, aku kan period!! Ni lah tahap pelupa yang aku rasa bangang sngat.

OK contoh yang lain. Balik dari keje rushing drive ke bank kononnya Nak sampai maybank cepat sebab susah parking kawasan tu. Aku kena transfer duit ke akaun bsn untuk insurance payment. Sebelum transfer aku check baki dulu, tengok baki terkejut biawak, Napa kurang ni? Sedangkan aku tak Ada pun withdraw duit minggu tu. Aku pun apa lagi memang hot lah kan,.maybank sesuka hati ja nak potong duit orang. Melampau maybank ni! Aku bukak website maybank2u nak check transfer history. Skali bukak tengok....rupanya aku dah transfer online ke akaun Bsn semalam. Hahahaha...mana tin biskut...mana tin biskut Wei!!! Malu!!!malu!!!

Ada satu hari tu aku jumpa ofismate nak bayar hutang. Sejak 2 minggu lepas lagi aku hutang dia tapi asyik lupa nak bayar. So, hari rabu tu aku suar duit RM 10.70 kat dia. Dia pandang aje duit tu tak amik pun dari tangan aku. Sambil cekak pinggang dia cakap, duit apa ni? Aku macam berangin jer, yelah drama apa dia Nak main ni kan, owang kasi duit tak Nak amik. " duit akak lah, kan hari tu saya pinjam beli kisses?" Bukan kamu dah bayar ke semalam?"

Hargh'alah...malu hoii!! Aku sengih kambing padahal dalam hati tolonglah pengsan sekarangggg!!! Malu giler nih, Nak cover kononnya tu.

Inilah perkara yang aku rasa nak hempuk kepala kat pokok getah tapi belum termasuk lagi pelupa tahap kecil yang lain macam tengah cedok kuah sup, eh aku dah boh garam ke belom? Bila rasa baru aku tahu dah masuk dah tadi.

Kadang-kadang tu, carik telefon dalam handbag, eh aku tak bawak phone ke? Aduhh! Padahal aku kalut Cari tadi sebab phone berdering ada incoming call. Ish..ish..ish pelupa tahap apakah ini?





So, bagi mengatasi kebanyakkan kes di atas, semua urusan yang aku rasa penting semua aku list reminder dalam phone guna evernote. Contoh urusan penting, benda yang aku kena bayar monthly, hal business online semua tu pun. Kalau lupa, naya kena bang! Dengan customer nih.

Kalau phone pun lupa taruk mana makanya tak dapat den Nak nolong aiih. Makanya sila isi Borong monthly terima rawatan psikatrik. Habis cerita!!!

So korang yang seratus dua belas Kali putus cinta macam mana? Ke aku sorang jer alami keadaan macam ni? Owh...korang yang dah beranak pula macam mana?

Urmmm...Ada Cara tak nak sambung balik urat yang putus tu? Ni baru putus cinta esok Lusa beranak macam mana lah urat aku? Berapa urat ja Nak tinggal nanti? Ke Ada pembedahan sambung urat macam selaput Dara tu? Hahaha :3

Kalo Ada sila bagi cadangan Sekarang sebelum Aku isi form rawatan susulan utk pesakit psikiatri..:3

Saturday, March 14, 2015

Berjimba bersama anak sedara @ taman ular & reptilia, Perlis

Hai awek2, pakwe2 semua
Kembali bersiaran kita pada hari INI.
Mentang mentang lah dah berbulan bulan
Tak update belog langsung, tiba2 dua hari INI dapat semangat Nak update, lepas tu tak tau Nak mula Kat mana...

Otak kering macam ikan kering yang dijemur dibawah matahari yang dibangunkan oleh suara gemersik hafiz AF. Justera jari jemari lemah gemalai bak penari Mak yong tak berdaya menari di keyboard tapi dibiarkan langkahnya bersepai di atas kertas puteh sesuci lebaran (yeh tahu, raya lambat lagi)

Padahal dalam draft, bersepai gambar upload tetapi tidak dipublish kerana tiadanya ayat ayat cinta mengisi ruang rindu. Umpama kapal tanpa nakhoda, kapal udara tanpa pilot, Dan kacang tanpa kulit.

Itulah dia, harapkan pegar, pegar terbang sendiri...tak bawak padi pun..huhu -__-

Eh...sekali baca dah mcm karam Singh walia pulak Aku ni. Jadi sebelum karam Singh walia Ada belog diary Dan men'sabotaj belong INI, ayuh kita ke episode satu...baru Nak mula???bahahaha


Seperti yang tidak langsung diceritakan sebelum ini, sebab musabab belog ini tidak terupdate dan dibiarkan sebatang Kara tanpa sentuhan Kasih sayang, adalah kerana Aku telah pulang ke kampong halaman lebih kerap luar biasa. Maksudnya pantang cuti aje Aku menempek Kat kg.
Aku mengambil peluang berehat sepuas-puasnya di tempat kelahiranku sebelum memulakan kehidupan baru sebagai perantau yang super giler Dan giler.

Yeh...giler!! Gilerkan duit!!!

Dah sampai half way dah tak Ada idea pulak.. Okey, tak apa yang penting kita dah Ada gambar...gambar yang akan menceritakan segalanya umpama cerita disebalik gambar monalisa...Hahaha tiba tiba kaitkan monalisa dengan taman ular.


Masa nazim usik ular tu, menjerit Aku warning jangan kaco ular tu tengah tido. Tak tahu lah Aku ni mcm Mak Mak sngat paranoid terlebih. Asik asik dok terbayang kalau tetiba ular tu bertukar jadi anakonda, pecahkan akuarium tu datang sambar anak buah aku ...huh! Alhamdulillah takde..berpeluh ketik Aku bayangkan..heeeee -..-



Banyak sngat gambar excellii, so Aku comply dlm satu nafkah...Hahaha ingat zahir Dan batin apa Nak nafkah nafkah?


Paling best Kat sini, aqila lah. Suka dia berjalan nengok reptilia ni. Nampak ular dia jerit nampak buaya dia jerit,nampak biawak dia jerit,nampak burung unta dia jerit,nampak tokku (Read: kura kura) dia jerit, nampak kancil dia jerit, nampak ikan dia jerit, nampak semut pun dia jerit. Boleh dikatakan tak Ada satu binatang pun dia nampak, dia senyap. Tapi nampak semut tu jeritan dia lain sikit...package dengan air Mata ..sebab semut tu gigit kaki dia Hahahah ^____^


Semut punya pasal lah ni..Aku kena dukung qila...dah macam janda anak Lima dah..FYI Ank sulung tngah amik shot picture nih.
T___T



Aku ni sebenarnya makluk yang takut dengan makluk Allah yang satu ni, buaya! Ya, buaya ni makluk yang tak kenal saudara walaupun Aku Dan buaya tak Ada pertalian darah pun. So memang perlu stay away from buaya, sebab buaya INI suka wusya awek cun macam Aku...kahkahkah

Yelah...yelah, tak lawak!!! -___-



Taman ular Kat Perlis ni masih lagi under construction.. Kat bahagian luar maybe diowg Nak build sangkar Dan Nak additional new reptilia. So tak banyak sngat binatang Kat taman ni sbb most of animal dah dipindahkan Kat tempat yang selamat sementara Nak siap. Tapi so far, okeylah bermanfaat jugak bawak anak anak dtg sebab diowg boleh kenal ular Dan reptilia Kat sini. Takdee lah nanti jumpa ular disangka cacing, air yang tenang disangka tak dak buaya, kan?

Budak ni kadang kadang kita kena dedahkan diorang dengan dunia luar selain Dari dunia dirumah dengan family. 

Biar sel sel otak mereka berhubung dengan pesat melalui pengalaman....bukan sekadar teori semata mata

Tiba tiba Nak jadi pakar parenting tak bertauliah pulak kan...maklum lah janda anak Lima...hahahaha


Pasangan couple ni dijumpai Kat Sana pastu berdating atas peha owang...tak tau malu betoi!!! Pipi tersorong sorong hidung kembang semangkok -..-


Resepi Haji Saharudin yang menambah keberatan!

Assalammualaikum semua..yeh yeh aku masih hidup! Alhamdulillah Dan syukur kepada Allah kerana masih memberi ruang untuk menghirup udaranya di bumi ni.


1st of all, lama gilek ni tak hupdate. So far, aku tak buzy pun..Nak kata tak de free time tak jugak sbb free time aku hari hari diisi dengan tido aje..entah parasit mana yg tompang body aku pon xtaw lah...tak reti Nak bosan...tidoq memanjang..tenuk pon tak mcm ni lah !!!  

Mata pon dah pandai kumpul air bag

INI ofismate tempat keje lama aku. Kitorang dah bawak haluan masing masing dah sejak 6 bln yang lalu...sama sama not longer Kat ofis lama...so far aku dah 2 Kali tukar keje DLM tempoh 6 bln tu..so aku otai lagi lah Dari dia...haha hahaha

Aku sebenarnya baik orangnya tak reti Nak gaduh gaduh especially dengan bos tapi pongoih serah Kat Aku

Tapi biasanya Aku ni cepat marah Dan cepat sejuk..so sapa yang tak reti Nak control situation Kat sini?Aku ke bos??
Off course LA bos...berani cakap Aku? Sepak bontot bawu taw!!!..hahahaha

Shhh!!! Tak Paham ek? Tak Paham diam diam pegi dapur amik kerepek pisang kunyah depan TV tngok telenovela.. OK? :3


Nanti dulu...baca citer Aku smpai habis k. Sat g sambung tngok telenovela hampa tu.

2nd of all, berat Aku naik mendadak tahap rasa nak potong dengan grinding machine. Kowang tngok tu, Bahu pun dah sama besar dengan betis. Confusion Kat situ, tu betis ke bahu?? 😡

Aku aware keberatan Aku dah tahap kritikal, dimana most of seluar jean Aku dah tak boleh pakai.. Tinggal 2 pasang seluar aje leh muat lagi. Sedih!!! 😢😢

Dah jadi mcm ni pelan pelan belajar pakai skirt..pasrah dah!


Mee bandung Kat restoran haji saharudin ni memang terbaek..smpai terangkat skirt!!


Macam mana tak naik keberatan kalo tngah tngah malam KO vedal 1 mangkok mee Bandung 1 mangkok mee Kari Dan satu gelas tembikai laici. Owh additional 1 plate roti telur, plss hahahaha....

Bukan saya yang makan semua ni haji..bukan saya! Dia...dia yang makan, yang serba merah tu! Soh dia bayar aji!!

Saya minum tembikai laici aje aji!! Saya on diet bahahahahahaha

Jangan Tanya Kat mana restoran haji ni sebab Aku dah tak hingat....hihi tapi search aje Kat tenet mesti dapat jumpa sbb restoran ni agak familiar Kat KL ni...
Tempat lepaking remaja remaja KL.

K..leh sambong telenovela 
Bye 😉