Saturday, March 14, 2015

Berjimba bersama anak sedara @ taman ular & reptilia, Perlis

Hai awek2, pakwe2 semua
Kembali bersiaran kita pada hari INI.
Mentang mentang lah dah berbulan bulan
Tak update belog langsung, tiba2 dua hari INI dapat semangat Nak update, lepas tu tak tau Nak mula Kat mana...

Otak kering macam ikan kering yang dijemur dibawah matahari yang dibangunkan oleh suara gemersik hafiz AF. Justera jari jemari lemah gemalai bak penari Mak yong tak berdaya menari di keyboard tapi dibiarkan langkahnya bersepai di atas kertas puteh sesuci lebaran (yeh tahu, raya lambat lagi)

Padahal dalam draft, bersepai gambar upload tetapi tidak dipublish kerana tiadanya ayat ayat cinta mengisi ruang rindu. Umpama kapal tanpa nakhoda, kapal udara tanpa pilot, Dan kacang tanpa kulit.

Itulah dia, harapkan pegar, pegar terbang sendiri...tak bawak padi pun..huhu -__-

Eh...sekali baca dah mcm karam Singh walia pulak Aku ni. Jadi sebelum karam Singh walia Ada belog diary Dan men'sabotaj belong INI, ayuh kita ke episode satu...baru Nak mula???bahahaha


Seperti yang tidak langsung diceritakan sebelum ini, sebab musabab belog ini tidak terupdate dan dibiarkan sebatang Kara tanpa sentuhan Kasih sayang, adalah kerana Aku telah pulang ke kampong halaman lebih kerap luar biasa. Maksudnya pantang cuti aje Aku menempek Kat kg.
Aku mengambil peluang berehat sepuas-puasnya di tempat kelahiranku sebelum memulakan kehidupan baru sebagai perantau yang super giler Dan giler.

Yeh...giler!! Gilerkan duit!!!

Dah sampai half way dah tak Ada idea pulak.. Okey, tak apa yang penting kita dah Ada gambar...gambar yang akan menceritakan segalanya umpama cerita disebalik gambar monalisa...Hahaha tiba tiba kaitkan monalisa dengan taman ular.


Masa nazim usik ular tu, menjerit Aku warning jangan kaco ular tu tengah tido. Tak tahu lah Aku ni mcm Mak Mak sngat paranoid terlebih. Asik asik dok terbayang kalau tetiba ular tu bertukar jadi anakonda, pecahkan akuarium tu datang sambar anak buah aku ...huh! Alhamdulillah takde..berpeluh ketik Aku bayangkan..heeeee -..-



Banyak sngat gambar excellii, so Aku comply dlm satu nafkah...Hahaha ingat zahir Dan batin apa Nak nafkah nafkah?


Paling best Kat sini, aqila lah. Suka dia berjalan nengok reptilia ni. Nampak ular dia jerit nampak buaya dia jerit,nampak biawak dia jerit,nampak burung unta dia jerit,nampak tokku (Read: kura kura) dia jerit, nampak kancil dia jerit, nampak ikan dia jerit, nampak semut pun dia jerit. Boleh dikatakan tak Ada satu binatang pun dia nampak, dia senyap. Tapi nampak semut tu jeritan dia lain sikit...package dengan air Mata ..sebab semut tu gigit kaki dia Hahahah ^____^


Semut punya pasal lah ni..Aku kena dukung qila...dah macam janda anak Lima dah..FYI Ank sulung tngah amik shot picture nih.
T___T



Aku ni sebenarnya makluk yang takut dengan makluk Allah yang satu ni, buaya! Ya, buaya ni makluk yang tak kenal saudara walaupun Aku Dan buaya tak Ada pertalian darah pun. So memang perlu stay away from buaya, sebab buaya INI suka wusya awek cun macam Aku...kahkahkah

Yelah...yelah, tak lawak!!! -___-



Taman ular Kat Perlis ni masih lagi under construction.. Kat bahagian luar maybe diowg Nak build sangkar Dan Nak additional new reptilia. So tak banyak sngat binatang Kat taman ni sbb most of animal dah dipindahkan Kat tempat yang selamat sementara Nak siap. Tapi so far, okeylah bermanfaat jugak bawak anak anak dtg sebab diowg boleh kenal ular Dan reptilia Kat sini. Takdee lah nanti jumpa ular disangka cacing, air yang tenang disangka tak dak buaya, kan?

Budak ni kadang kadang kita kena dedahkan diorang dengan dunia luar selain Dari dunia dirumah dengan family. 

Biar sel sel otak mereka berhubung dengan pesat melalui pengalaman....bukan sekadar teori semata mata

Tiba tiba Nak jadi pakar parenting tak bertauliah pulak kan...maklum lah janda anak Lima...hahahaha


Pasangan couple ni dijumpai Kat Sana pastu berdating atas peha owang...tak tau malu betoi!!! Pipi tersorong sorong hidung kembang semangkok -..-


5 comments:

  1. muahahahah, baca intro dia dah tergelak besar baq ang
    hang ni pak lawak laa..

    akak baca sambil tergelak je
    kena sawan gelak la masuk blog ni

    yang dukung anak penakan tu lawak nye caption
    miahahah, sakit perut aku
    ape yang kelako ney pun tak taw la

    so lepas ni rajin-rajin lah update blog lagi
    rasa macam ceria je masuk blog ni
    ..

    bahahah

    tak habis-habis gelak dalam hati...
    karang jiran sebelah kata apa plak..
    meh3 :P

    ReplyDelete
  2. Dah Kak cukup Kak jgn gelak lagi..kang jiran sebelah tumpang gelak hahahha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok budak2 tu
    its true..budak2 ni kena bawa aktiviti outdoor baru kenai alam.kalau tak asyik dok rumah layan tab n tv je

    ReplyDelete
  5. wah,,hebat bermadah pujangga yer,,,,berhubung terus sel otak,,bila baca,,,,hahahhaha
    eh tadi buaya knpa macam hensem sangat,,huhuhu??dia berkenan tu,,try laa

    ReplyDelete