Sunday, April 26, 2015

Lari pagi bagus untuk kesihatan fizikal Dan emosi


Kita tewus lari aje dari citer pasal GST 
Sakit pulok hati deng pasal GST ni. Bila kita bersuara dikatanya xfaham GST. Bila kita tak bersuara dikatanya kita dah boleh terima GST. Cerita bijak apakah ini wahai menteri yang bijaksana bijaksini?

Kan aku soh lari topik tadi??? 
T_____T


Setiap hari aku Cuba untuk mencari mood menulis Dan seringkali ITU jugaklah emosi aku terganggu dengan cerita GST.hahahaha ketik belecak ke apakah INI?

kisah GST nih mcm puaka korang taw tak. Tiap hari mood yang ceria leh jadi mendung tiba tiba bila balik Dari berbelanja. Dah lah hujan kilat sekarang nih...Hahahaha
 Okey...dah cukup!!! Jom kita berlari Dari kisah puaka INI

Yah..aku nak share kisah lari pagi dengan reader sekalian. Larian INI aci potong kuku tak Ada sangkut paut ataw hubungan saudara dengan gst ..tak Ada...xyah kalot nak bawak buku merah ke buku biru ke ..enggak perlu...yang diperlukan hanya lah 
'Masa'




Sedar atau tidak, lari pagi ni sangat baik untuk kesihatan. Salah satu manfaatnya adalah dapat menurunkan berat badan Dan membantu program diet.


Membantu program diet.
Melalui larian waktu pagi adalah waktu paling praktikal untuk lemak dalam tubuh (dari makanan yang kita makan semalamnya) akan dibakar dan seterusnya mengurangi kadar lemak dalam tubuh. Lepas itu depend on us lah control makan, lebih kan makanan tinggi serat dan rendah lemak.


Melancarkan haid.
Selain menjadikan tubuh kita ideal, lari pagi juga dapat melancarkan haid atau datang bulan.

Menguatkan tulang.
Larian pagi juga membuat tulang jadi kuat dan sehat sebab pada pagi hari, sinar matahari mengandungi vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang dan baik untuk mencegah osteoporosis atau pengeroposan tulang yang biasa di alami oleh kaum wanita yang monopos.

Menyihatkan jantung.
Jantung akan lebih sihat dan menghindari dari penyakit jantung seandainya lari pagi menjadi amalan. Amalan ini akan menjadikan aliran darah lancar dan detikan jantung menjadi normal.


Meningkatkan sistem imun.
Lari pagi secara tidak langsung dapat mengaktifkan system imun dalam tubuh dan membuat kekebalan tubuh terhadap penyakit menjadi meningkat sehinggakan tubuh tidak mudah diserang penyakit.


Meningkatkan kosentrasi.
Selain itu, mengamalkan larian pagi secara rutin, oksigen dengan lancar dapat dialirkan ke otak dengan sempurna. Ini secara langsung dapat meningkatkan daya kosentrasi terhadap pekerjaan dan ia juga dapat menghindarkan dari kerosakan Mata di usia tua.

Now, Aku sendiri pun masih latih diri dengan aktiviti lari pagi. Atas manfaat yang disenaraikan diatas, aku nekad untuk maximize kan masa Aku dengan aktiviti sihat. Almaklumlah kita sering sibuk dengan kerja, terdedah dengan udara tak sihat, kurang pergerakkan renggangan, kurang menghadirkan deria yang Allah anugerahkan dengan alam semula jadi dan persekitaran sihat.

Bagi Aku satu minggu sekali pun dah ok what? Dari tak buat langsung. Dan Aku rasa semua orang pun patut buat begitu. Luang masa anda, tinggalkan pekerjaan, ketepikan gajet,tab,handphone, bawak anak anak dan family untuk melihat dunia dengan lebih luas, lebih nikmat dan lebih nyata.

Waktu itu kita akan rasa bersyukur tak terhingga kerana sedar akan pentingnya kesihatan pada hidup kita.
^____^

Saturday, April 11, 2015

Sengal antarabangsa seantero dunia

Anda dikehendaki membuat muka serious ketika membaca entry ini.
Kerna entry ini sangat seriousss...serious sengallllll......Kali patblasratus sengal


Aku balik rumah bukak kotak kasut tewus rasa terharu sangat...terharu sampai rasa Nak terjun gaung

Sampai begini mereka menghargai aku yang membayar GST ...huh meleleh air hidung nih

APA APA pun terima Kasih budak mall atas pemberian INI..terima Kasih sangat sangat walaupun aku rasa macam Nak terjun gaung lagi sekali..

"APA yang anda bayar sesuatu yang tak disangka anda akan dapat!"
T____T
Inilah dia penghargaan disebalik pengorbanan
Hihihi

Friday, April 10, 2015

Rahsia berjimat selepas GST

Assalammualaikum Dan salam sejahtera rakyat Ku yang dihormati sekalian. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat saya. Ketahuilah rakyat sentiasa dalam doa Dan hati saya. *tangan kiri kat dada kanan* Tanpa rakyat siapalah saya, hamba yang hina Dan dipertanggungjawabkan memegang amanah oleh Allah s.w.t.
Sesungguhnya, hanya kepada dia saya bersujud Dan hanya kepada dia saya memohon pertolongan. Dengan INI saya menyeru kepada semua rakyat saya marilah sama sama kita berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta, Malaysia! *tadah tangan dongok langit*

Warghhhh.....nampak tak kewibawaan saya disitu? Teserlah sngat kan?Hahaha
Tu janji saya pada rakyat semua, okey! Sapa nak jadi rakyat saya sila angkat tangan tunjuk bulu ketik sambil Mata jeling atas.
-..-

Owh...terharunya saya! T____T

Okey..isu GST ni tak kan habis sampai lah rakyat faham APA ITU GST ataw sampai lah rakyat letih nak sebut GST.

Banyak makan semut besalah kan
Hahaha


Walaupun macam macam tindakan akan diambil ke atas peniaga yg kutip GSt walaupun diowg tak register pun tapi adalah amat susah untuk kita control Dan halang mereka.

Sebab mereka adalah peniaga...walaupun keuntungan mereka tak sampai pun 100 ribu peniaga tetap akan kena kan GST ke atas pengguna sebab mereka dah dikenakan GST oleh supplier.

KO rasa peniaga nak tanggung ke GST tu ? Kalo bukan di charge atas pengguna Kat siapa lagi nak charge? Kerajaan??
I don't think so!!!

Contoh..diwarwarkan harga rumah tidak akan naik..tp harga barang barang untuk rumah telah dikenakan GST.so KO rasa harga rumah akan tetap ke?

Walau APA Cara sekali pun GST tetap akan di charge tak Kira Cara sembunyi atau havoc

So kita sebagai rakyat yang cintakan negara suka ataw tak terpaksa biasa kan diri dengan GST. Negara kita dah terlalu banyak hutang...jangan sampai negara tergadai Kat negara barat.kalo tiada bantuan rakyat sndiri sia sia lah usaha pemimpin Dan pejuang terdahulu membebaskan Malaya Dari cengkakan kuasa barat.

So let think about that.!!!
.pasal pemimpin now yang tak bijak atau tak mampu pimpin negara...I no idea about that..kang soh calonkan aku Ada yang muntah hijau kang Hahahaha

Rahsia INI dicedok daripada Azizul Azli Ahmad seorang pensyarah uitm yang sekarang ini adalah seorang penulis buku mudahnya beli rumah.

Belanja kurang Dari pendapatan
maksudnya belanja ikut kemampuan lah. tak payah Nak belagak jadi bos sangat.

Cari Cara buat duit
maksudnya sini buat side income lain contoh business online ke part time job ke what so ever yang korang rasa boleh buat duit.

Ubah gaya hidup
Hidup lah secara sederhana walaupun korang tu berkepok kepok duit Kat poket. Ingat lah bukit Kalo selalu ditarah pun akan jadi Padang jarak Padang tekukur. Inikan pulak kepala yang dah beruban lama lama botak jugak..Hahaha ada kena mengena ke?

Rancang kewangan
Merancang untuk masa depan sendiri Dan keluarga. Banyakkan simpanan kurang kan perbelanjaan.


Tahan nafsu
Yah...belajar untuk mengawal nafsu shopping. Window window shopping tak mau. Beli yang penting namely penting kan keperluan Dari kehendak. Sebab apa tau sekiranya kita kurang berbelanja since gst ni, Peniaga akan plan promosi untuk tingkatkan sales. Hah..waktu ni banyak brg brg keperluan yang akan turun harga.so,masa ni lah kita serbu pasaraya. Geniuses tak kita?hihi

Nikmati hiburan percuma
Hiburan yang tak perlu kuar kan duit ataw berhabis duit...contoh Nak family gathering xpayah lah Nak g pulau pangkor lah pulau perhentian lah..g aje taman tema Kat depan Umah main endoi..main jongkang jongket..main congkak ke, main Batu seremban ke..jitjit semut ke..kan percuma tu ^____^

Jangan berhutang
Yeah..yang ni penting ..jgn berhutang Kalo rasa susah Nak bayar balik...lagi korang hutang lagi korang membazir..huhu
Alamak!!macam Nak kena patahkan aje card credit guwee nih hehe

Barang terpakai
Yeah..pakai barang recycle bukan satu dosa pun..meninggalkan nenek and tokwan merata..hah yang tu dosa!!hikhikhik😂

Dalam banyak banyak barang keperluan aku rasa nonsense giler topup dikenakan GST...annoying okey!



Hope rahsia Dan tips ni bermanfaat untuk semua..salam sayang Dari sari yanti yang sengaja menyepi hohoho ^___^







Thursday, April 2, 2015

Jiwa kacau - GST

Rata rata bercakap pasal GST. Ada yang suka Ada yang sedih Ada yang rasa macam tak Nak duduk Kat Malaysia lagi !*majuk

Bak pepatah melayu hujan emas di negeri orang, hujan Batu di negeri sendiri, so better di negeri sendiri...

Hello...relex ar babe...dude..
Agak agak macam hari hari dok makan Batu aje Cari media buat havoc salahkan bang jib...Hahaha..
Kenapa biarkan rakyat mkn batu? Sila jawab Kak mah ?? *tiba tiba

Aku bukan nak buat havoc pasai politik Wei. Aku just gave reaction kemeriahan menyambut GST.
Nak tumpang happy,sedih,nak rasa gak makan Batu tu macam mana...manis ke,masam ke,masin ke, kita kena sama sama merasai sebab kita kan 1 malaysia....
hahahahah ^___^

Rasa Ada yg nak kena pelempang Kat situ!


Yeah...diharap semua happy dengan kemunculan sahabat karib brim ni ;p

Tak happy pun kena buat buat happy 

Bersabar lah walaupun kena makan nasi Gaul garam sebab sabar itu separuh Dari iman...at least mengajar kita untuk lebih berjimat cermat Dan bersederhana dalam berbelanja. 

Kalo korang Tanya pendapat aku pasal GST, my answer is more to no comment
Sebab aku sendiri pun tak Ada pendirian tetap atas isu yang hangat bak pisang goreng makan panas panas cicah kicap pedas...menjilat jari kaki dude!perghhh tidoq Lena makan sejuk sejuk cmni..heeee

Aku tertarik sangat dengan pantun di atas. Yeah...inilah dia effect rakyat didahulukan.
Susah, perit Dan gentar rakyat lah kena rasa dulu

Hahahahhah *gelok besoq

Jadi pengguna bijak

Aku memang tak suka GST...GST zalim sngat...tak suka tak suka tak suka *jiwakacau*

Nak makan peha ayam pon kena kepak bet is taw...okey ITU sangat melampau.

Kan aku dah cakap tadi...pendirian tak tetap...kejab ayam kejab pisang goreng...hihihi

Ada tak yang marah aku buat entry pasal isu hot ni???


Harapan sebelum tido..hope kerajaan mansuhkan GST berkuatkuasa serta merta
T____T