Sunday, April 26, 2015

Lari pagi bagus untuk kesihatan fizikal Dan emosi


Kita tewus lari aje dari citer pasal GST 
Sakit pulok hati deng pasal GST ni. Bila kita bersuara dikatanya xfaham GST. Bila kita tak bersuara dikatanya kita dah boleh terima GST. Cerita bijak apakah ini wahai menteri yang bijaksana bijaksini?

Kan aku soh lari topik tadi??? 
T_____T


Setiap hari aku Cuba untuk mencari mood menulis Dan seringkali ITU jugaklah emosi aku terganggu dengan cerita GST.hahahaha ketik belecak ke apakah INI?

kisah GST nih mcm puaka korang taw tak. Tiap hari mood yang ceria leh jadi mendung tiba tiba bila balik Dari berbelanja. Dah lah hujan kilat sekarang nih...Hahahaha
 Okey...dah cukup!!! Jom kita berlari Dari kisah puaka INI

Yah..aku nak share kisah lari pagi dengan reader sekalian. Larian INI aci potong kuku tak Ada sangkut paut ataw hubungan saudara dengan gst ..tak Ada...xyah kalot nak bawak buku merah ke buku biru ke ..enggak perlu...yang diperlukan hanya lah 
'Masa'




Sedar atau tidak, lari pagi ni sangat baik untuk kesihatan. Salah satu manfaatnya adalah dapat menurunkan berat badan Dan membantu program diet.


Membantu program diet.
Melalui larian waktu pagi adalah waktu paling praktikal untuk lemak dalam tubuh (dari makanan yang kita makan semalamnya) akan dibakar dan seterusnya mengurangi kadar lemak dalam tubuh. Lepas itu depend on us lah control makan, lebih kan makanan tinggi serat dan rendah lemak.


Melancarkan haid.
Selain menjadikan tubuh kita ideal, lari pagi juga dapat melancarkan haid atau datang bulan.

Menguatkan tulang.
Larian pagi juga membuat tulang jadi kuat dan sehat sebab pada pagi hari, sinar matahari mengandungi vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang dan baik untuk mencegah osteoporosis atau pengeroposan tulang yang biasa di alami oleh kaum wanita yang monopos.

Menyihatkan jantung.
Jantung akan lebih sihat dan menghindari dari penyakit jantung seandainya lari pagi menjadi amalan. Amalan ini akan menjadikan aliran darah lancar dan detikan jantung menjadi normal.


Meningkatkan sistem imun.
Lari pagi secara tidak langsung dapat mengaktifkan system imun dalam tubuh dan membuat kekebalan tubuh terhadap penyakit menjadi meningkat sehinggakan tubuh tidak mudah diserang penyakit.


Meningkatkan kosentrasi.
Selain itu, mengamalkan larian pagi secara rutin, oksigen dengan lancar dapat dialirkan ke otak dengan sempurna. Ini secara langsung dapat meningkatkan daya kosentrasi terhadap pekerjaan dan ia juga dapat menghindarkan dari kerosakan Mata di usia tua.

Now, Aku sendiri pun masih latih diri dengan aktiviti lari pagi. Atas manfaat yang disenaraikan diatas, aku nekad untuk maximize kan masa Aku dengan aktiviti sihat. Almaklumlah kita sering sibuk dengan kerja, terdedah dengan udara tak sihat, kurang pergerakkan renggangan, kurang menghadirkan deria yang Allah anugerahkan dengan alam semula jadi dan persekitaran sihat.

Bagi Aku satu minggu sekali pun dah ok what? Dari tak buat langsung. Dan Aku rasa semua orang pun patut buat begitu. Luang masa anda, tinggalkan pekerjaan, ketepikan gajet,tab,handphone, bawak anak anak dan family untuk melihat dunia dengan lebih luas, lebih nikmat dan lebih nyata.

Waktu itu kita akan rasa bersyukur tak terhingga kerana sedar akan pentingnya kesihatan pada hidup kita.
^____^

1 comment:

  1. akak kalo lari mau 3 minggu sakit kaki.. lari sekali cuti 3 minggu. ah caner tu???

    ReplyDelete