Friday, July 31, 2015

Raya kedua (upin Dan Ipin)


Mungkin reader akan rasa, raya aku paling rare Kat Malaysia Dan maybe jugak Asia.
Hahahaha..suka Hati dimaklumlan upin Ipin adalah sebahagian Dari ahli keluarga aku...wah eksyen sangat ang nih !

FYI, selama nih aku dok update entry blog guna phone jer. Wah..gigih sungguh ang cheery? Off course kena gigih...kejayaaan bukan datang golek golek ,dance depan ang.
Eh..eh..emo pulak ang??

So sorry sangat kalo aku tak blog walking tempat korang. Faham jelah kalo guna phone, masuk blog tu loading lambat sikit, berambus lah Dari situ. Banyak keja lain lagi nih nak buat, basuh Baju..mop lantai,sapu sampah, lipat Baju yang dah jadi bukit bugro tuh. Dah siap kemas rumah semua, nak kena ke pasar nak masak lagi kan. Letih sungguh jadi suri rumah nih. Subahanallah.......

Hahahaha budget mcm berlaki, ber'anak
Wekkk :-p wayang sangat!!

Juadah hari raya memang tak Ada shot pun. Tak ingat langsung. So tngok jelah gambar  kuih raya nih yeh..hahaha.
Tahun nih, juadah raya semua buat Dari kuih raya hingga ke ketupat palas Dan ketupat jantung. Tak Ada pun yang beli...kalo beli pun pati air sarsi aje lah hahahaha OK xlawak langsung!
-..-

Raya kedua masih lagi sama mcm raya pertama, ramai sanak sedara datang beraya dirumah. So memang tak leh nak gerak mana, bimbang sedara datang tapi tak Ada tuan rumah kan. Cian diowang datang jauh jauh nak beraya.

Tengah hari dalam jam 2 macam tu bawu kitowang kuar beraya rumah isteri arwah abang sepupu. Jenguk Anak2 dia. Diowang nih sejak arwah tak Ada, tak Ada yang datang jenguk sedara Mara sebelah bapak diowang. Tak tahu lah kenapa, segan ke ataw merajuk ke? So kami tak nak lah silaturahim tu terputus mcm tu aje, so datang lah menziarahi kan. 

Alhamdulillah, sihat sihat semua, masing masing dah besar..Ada girlfriend dah pun hahaha. Mak Teh ang nih pun terkial kial Cari suami, kowang lagi advance dari Mak Teh noh....

Gambar tak Ada shot pun sebab lupa...semua benda aku lupa. Maklumlah faktor peningkatan USIA.

Petang tu jenguk umah upin ipin. Beraya and then main main dengan diowang.
-____-


Kambing nih masa Mak dia tngah buntingkan dia, diberi makan pucuk ulam raja. Nazim lah punya keja nih! Habis sayur favorite aku diragutnya. Sebab tu lahir aje dia, puteh macam nih.. Protein lebih haha

Geram..macam nak dipicit picit ja upin nih.
Kambing nih bila masih kecik aje pun nak comel pun, kalo dah besar tumbuh Janggut bagai...lalu depan Mata pun dah malas nak pandang kan hahaha

INI lah upon ipin..Adik beradik kembar, penuh dengan kasih sayang haha hahaha.
Kiss kiss mulut nih dah biasa dah..small matter ja nih kehkehkeh


Aku ingat lagi, masa aku sampai Kat kampung. Anak sedara aku, nazim ni terus pegi amik upin ipin Kat bangsal Dan tunjuk Kat aku. "Ateh, ni upin ipin. Kawan baru cik!" Aku macam "what the kambing?" Siap bagi nama lagi, tak menahan Anak buah aku nih. Ikut perangai sapa lah ang nih!

Nazim ni percinta haiwan, same like me. Sebab tu Bab lembu bersalin kambing beranak itik bertelur share dengan aku.

Tapi aku tahap biasa biasa ja tapi nazim tahap advance sangat. Kowang tengok lah kambing pun dipeluknya.

Pastu setiap petang senja kena pekik ngan IBU dia "nazim hakimi, ang pegi masuk mandi sekarang, samak badan ang tuh!"

Amboi akak aku nih, siap soh samak tuh tak menahan, padahal kambing ja pun hahaha.

Pastu petang tuh lepak Kat luar rumah tengok tengok alam. Lepas tu selfie sikit. aku kalo selfie Ada ja yang nak menyibok. Nak selfie pun xsenang lah. Semua tak berbaju pulak tuh...opsss, aku masih berbaju yeh hehehe

Okey..dah, itu aje. Rasa mcm tak best aje citer aku nih.. Nasib ang lah labi!!! 
^____^


Sunday, July 26, 2015

cerita raya pertama (Rumah parent)

Rata rata blogger up entry Raya kan?
Kisah Raya pertama lah kedua lah ketiga lah, nak cukup kan sebulan agaknya. Maklumlah Raya kan sebulan. Aku memang respect lah blogger yang boleh up entry Raya sampai sebulan. Kalo aku memang dah tak boleh tu. Surrender awai awai baq ang !! Hehehe

So..aku pikir punya pikir, aku pun nak citer lah jugak pasal Raya nih..walaupun Raya aku tahun nih memang sederhana sangat.
Sederhana lah sebab till now aku masih lagi 'tanam anggur'. Keje part time Kat kedai runcit pun tak dapat...tak pe, bukan rezeki aku. Tak nak merungut dah tak Baik, mesti Ada hikmah apa yang terjadi.

By the way, sepanjang raya tu aku demam. Week last puasa sampai lah raya keempat, bawu aku betoi betoi pulih. Sedih kan? Owang lain raya sakan, aku demam plak.  Demam tu tak ada LA sampai demam tak boleh bangun...demam jenih tak nak kebah..hari nih demam esok OK,lusa demam balik...apa jenih demam lah nih? Selesema,batuk kahak, semput,sengal sendi semua Ada...dah pegi Klinik, alhamdllah negative denggi.

Gambar ni di selfie masa pagi Raya nak pegi solat Raya. Masjid dekat dengan umah ja so jalan kaki aje g solat. Jimat minyak kete hahahaha

Lepas solat Raya tu, jalan Raya Kat umah jiran jiran...yang dekat dekat ja. Mintak ampun mintak maaf semua pastu balik. Tak makan pun sebab mintak duit Raya Kat tuan rumah dia tak bagi sebab dia ckp tak layak. Frust lah jugak so balik umah tido sambil nonton TV.hahaha.... Banyak jugak kan citer best sempena Raya Kat TV.

Tengahhari tu pegi rumah kawan beraya, sebab dia wassup soh dtg, dia bawu ja balik Dari Raya umah mentua. Sempat lah gossip kejap ngan dia. Setengah jam ja lepak sebab tak mampu nak duduk lama, nak tunggu sua duit Raya Kat Anak buah dia yang ramai tu buat apa? So Baik aku balik!! Manusia yang sengkek memang akan fikir mcm aku kan...so tak payah nak hipokrit sangat noh..hihi -..-


Ini nazim, Anak buah aku yang no 2, dia nih biasa suka buat hal sendiri. Abang and cousins dia yang lain semua pergi beraya kutip duit Raya tapi dia lebih suka main Kat rumah. Tapi tahun ni nak jadi bodyguard aku lak, mengekor mana aku pegi. Pelik sungguh perangai dia. Awai awai lagi aku warning dia, "kalo Abg chik mengekor makteh sbb harapkan duit Raya, tahun nih makteh tak dak duit Raya okey!"

"Makteh,tiap tiap tahun pun mana Ada duit Raya".. Ciss biadap sungguh budak nih, berani sungguh dia, Anak sapa nih??
T____T
Tak pe, aku sabaq ja..aku memang penyabar orangnya. 

Petang pulak bawak parent pegi raya umah saudara sebelah ayah dekat kg alor pudak. 
Berbual dengan Mak sedara yg sulung, dia sedih anak anak tak balik raya. Padahal anak anak berjaya semua, ada pensyarah, ada businessman. Kira berjaya lah sebab pakai kete mahal kan. Aku tanya napa tak balik mak sedara aku cakap sebab dah balik dah puasa itu hari so raya tak dapat balik sebab sibok nak kenduri Anak bongsu dia. Ya Allah, gamak ang buat mcm tu? Okey fine ang sibok,kenduri Anak ang lagi penting dari makayah ang. Agaknya ang lupa, sapa yang dok mendoakan ang selama nih sampai ang berjaya LA nih. Maybe ang follow saranan motivator ITU hari soh jgn balik raya utk Jimat kos. Baguih lah, patut ITU hari balik raya jalan kurang jem hahahahah. Tapi wedding Anak ang, makayah ang tak attend tak pa ka???

Ayah aku ni Anak tunggal sebenarnya, tapi dia Ada ramai Adik beradik yg different bapak same Mak...so Kira Adik beradik kandung jugak LA kan? Tok wan jusoh aku warga siam. Sebab tu dapat aku muka nak macam comel comel siam sikit kan bahahahahaha wekkk :p nak muntah!


Sebelum senja tuh, buat ketupat jantung. Aku sendiri pun tak faham lah apa motif aku buat ketupat masa raya time senja senja mcm tu...owang pegi beraya aku buat ketupat Kat rumah..memang masalah sangat nih T_____T

Itu aje, cerita raya pertama aku. Saudara Mara yang datang raya ke rumah pun ramai, tak payah nak Kira lah, sampai ke malam tetamu yang hadir. Tetamu tu pembawa rezeki.. Insha Allah! 

So apa lagi, sila jemput aku pegi open house umah kowang, okey. Kalo dekat insha Allah aku boleh datang. Aku dekat Petaling Jaya now, masih mencari kerja. Wah nampak! Hahaha, kalo Ada keje kosong full time or part time inform noh..kihkihkih

P/s: Cerita raya kedua coming soon..kihkih

Thursday, July 9, 2015

Juadah berbuka puasa

Motif Utama entry ini di karang adalah untuk update blog..ngeh..ngeh..ngeh.
Hari-hari karang entry yang poyo Dan syok sendiri, sari yanti ni!! Kesian kesian.
#Walaubagaimanapun, berbulan jugak entry ini dibiarkan dalam draft tanpa publish.

Sekarang ni, mood aku suka baca entry tentang makanan berbuka blogger dan gambar gambar makanan diorang.  Colorful dan pelbagai. Suka, terliur ja tengok, bulan-bulan posa macam ni pulak kan. Owang kata tengok pun dah kenyang, bau tak boleh makruh hahaha ^____^

So, aku pun tergerak hati nak share walaupun menu aku tak lah semegah mana kan..maklum lah orang bujang.


INI aku pun dah tak ingat ramadhan yang keberapa. Yang Pasti masa tu aku teringin sangat nak makan ikan keli dengan ulam cicah sambal belacan. Jadi menu yang kekampungan macam ni better beli aje la kan. Buang tenaga pulak nak pegi Cari ikan keli, siang Dan goreng..huh leceh hihi

Yang tak boleh belahnya ulam raja tu diowang kasi aku package dengan daun rumput. Sabor ja lah aku!!  Ingat aku lembu apa nak makan rumput bagai.

 Pada peniaga makanan ni please be careful setiap Kali prepare makanan untuk dijual.

Ini satu penghinaan dalam sembunyi, okey!hahahaha :-p
Kalo orang yang pancin nih tak beli dah Kat kedai korang...ni maksudnya korang tak teliti dalam penyediaan makanan.

Tapi aku tak tau pulak kalo rumput tu Ada khasiat tersendiri. Setakat umur aku 28 tahun nih, aku tak makan lagi rumput cicah sambal belacan ni -..-


INI menu berbuka hari ke 13, masa tu teringin telur masak lemak cili api. Nak masak sendiri, macam malas nak gerak bontot g beli telor hahaha. Pergi cari kedai kat kg  lindungan tapi tak Ada pulak yang jual masak lemak telur nih. So beli sajalah nenas masak lemak ni. Not bad, sedap! Ada hirisan ikan talang sikit. 3 ringgit banyak gak, tak habis aku makan.


Sambal petai ikan bilis homemade. Nampak cantik ja dalam kuali macam tu kan? Terliur pun iya nih!hehe

 Petai ni kulit dia dah hitam, nampak tak dlm gambar ?? hahahaha, saja biar kowang komen "eee apa tu hitam hitam tu?" Huh,what the motif cheery?? -..-

 sebab tu aku kopek amik isi aja untuk buat sambal. Biasa style aku, aku suka kukut Dan potong amik sekali dengan kulit dia. Macam tu lebih best ketika makan..bau dia kurang sikit sebab kulit tu kurangkan bau dia.


Peria goreng udang homemade
Favorite aku ni, kalo tak dak lauk lain ini aja pun dah bertambah nasi. Hehehe
To me, makanan pahit yang boleh diterima tekak...sihat ni makan peria 

Biasa makanan untuk berbukak nih aku beli dekat kedai makan. Serik beli dekat bazar. Minggu pertama aku beli Kat bazar, direct sakit perut. Aku pun tak sure kenapa, maybe perut aku yang mengada ngada kot.hahahaha. 
Lagipun pada pandangan aku, beli Kat kedai makan lebih murah, tengok pada kedai jugak lah kan? Kalo KO g tapau Kat restoran menate tu memang beribu lah.
Harga lauk dekat bazar tinggi sangat. 5 ringgit seciput ja dapat. Kalo orang macam aku yang jenis makan lauk banyak memang tak cukup lah gamaknya.

P/s: Dibulan puasa ni,banyakkan bersabar dan tingkatkan amalan.


Saturday, July 4, 2015

Border's Tea@sungai petani,kedah


Sebenarnya dah patblasratus Kali fikir Nak share ke idok..hahaha boleh macam tu?
Sebab aku tak suka Nanti Ada yang gatal jari Nak Tanya buat apa Kat SP tu? Ada apa?  Dengan siapa? Jumpa siapa?

Owh..god!! Tak suka Nak jawab soalan swizzle camtu Hahaha swizzle ke?
Krik krik...krik krik

Finally, after patblasratus Kali kuasa dua fikir, adalah baiknya aku share. Lagipun tak salah kan..business ni pun business melayu warganegara Malaysia Dan beragama Islam...

Kita kena support business bangsa kita, jangan asyik Nak kondem ja..tak mau tak mau tak baik okey sayang!


Aku perkenalkan border's Tea!
INI Kali pertama aku kenal dan Cuba
Memang terbaik!! Kedai ni actually dah beroperasi hampir 2 tahun, kalo tak silap, based on citer member aku lah..
Dia cakap kedai ni famous Kat sp ni, always full house. Kadang kadang berbaris sampai ke luar. Dia punya goods macam coolblog la kawan...minum masa panas rembang pulak..perghhh syurga!! Opsss..puasa lah hahaha I mean masa berbukalah.


Masa aku pegi beli ni dah lewat sangat dah. Dekat waktu berbuka dah..sampai berbuka dalam kereta sambil member aku drive.


Okey, ini pilihan kami, aku punya yogurt peach and member aku green tea apa entah. Taraf kesedapan dia sama mcm coolblog tapi yg border's punya lagi banyak liter dia. Harga pun okey...berbaloi!


Cer tengok harga cup large dengan x-large tu, beza 50 cent ja. 

Itu Ada no phone kan? Boleh lah contact, nak order untuk majlis kahwin ke,birthday party ke, majlis lenggang pewut ke...apa-apa majlis yang sesuai lah kan..


Okey, kedai ini terletak di pekan baru, sungai petani. Landmark dia berhampiran dengan cosmopoint atau husin nasi kandar

Anda dijemput memeriahkan kedai 
Hehehe 

Bye!

Wednesday, July 1, 2015

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.

Okey, memandangkan aku nih tanam anggur ja Kat bantal busuk di rumah, so adalah sangat baik aku join contest Dari Nile.com.my ni. Sebenarnya ini dah Kali kedua aku join GA ni tau! Tahun lepas tak menang pun aiih, so tahun ni nak Cuba lagi. Mana lah tahu kan rezeki pengganggur terhormat abad INI! Hahahaha -..-

Syarat nak join giveaway ni mudah ja, check it out!:

(1) Tajuk entry mestilah "Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015"
(2) Letak banner macam Kat bawah tu (macam yang saya buat) dalam entry dan linkkan ke http://www.nile.com.my/page.php?cd=101
(3) Daripada link tersebut, mesti pilih 5 items daripada "Jualan Raya Meletop 2015" yang korang nak sangat sangat dari Nile.com.my ni.


Giveaway Jualan Raya Meletop 2015

Jom tengok 5 items yang aku nak sangat dari Nile.com.my


Product: Male/Female Canvas Shoes
Price Meletop: RM12.90
Date: 01/07/2015
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 500 pairs


Product: Bow Stylish Heels
Price Meletop: RM11.50
Date: 01/07/2015
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 pairs


Product: Haniya Podka Dotted Blouse
Pruce Meletop: Rm14.90
Date: 02/07/2015
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces


Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 80 pieces


Product: Rider Jacket
Price Meletop: RM33.20
Date: 07/07/3015
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited quantity: 150 pieces

Items yang aku pilih semua untuk aku ja.
Berharap jugak lah untuk menang sebab preparation untuk raya tak buat apa apa lagi nih. Lebih kurang 2 week lagi nak raya cik Kak oii! Omg omg omg...dah gelabah beruk. Huhu T___T

Dah siap entry boleh email link ke
give_away@nile.com.my
Jangan lupa sertakan detail peribadi

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
Link blog:
Nama Penuh:
No.Telefon:

Owh, don't forget tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 julai 2015 dan korang boleh check result pada 15 julai 2015 di link ini ~ check result giveaway

Further information, boleh rujuk link INI ~ Raya Giveaway Jualan Raya Meletop 2015

Doakan 'sari yanti' menang yeh korang!!!hihihi
^____^