Thursday, July 9, 2015

Juadah berbuka puasa

Motif Utama entry ini di karang adalah untuk update blog..ngeh..ngeh..ngeh.
Hari-hari karang entry yang poyo Dan syok sendiri, sari yanti ni!! Kesian kesian.
#Walaubagaimanapun, berbulan jugak entry ini dibiarkan dalam draft tanpa publish.

Sekarang ni, mood aku suka baca entry tentang makanan berbuka blogger dan gambar gambar makanan diorang.  Colorful dan pelbagai. Suka, terliur ja tengok, bulan-bulan posa macam ni pulak kan. Owang kata tengok pun dah kenyang, bau tak boleh makruh hahaha ^____^

So, aku pun tergerak hati nak share walaupun menu aku tak lah semegah mana kan..maklum lah orang bujang.


INI aku pun dah tak ingat ramadhan yang keberapa. Yang Pasti masa tu aku teringin sangat nak makan ikan keli dengan ulam cicah sambal belacan. Jadi menu yang kekampungan macam ni better beli aje la kan. Buang tenaga pulak nak pegi Cari ikan keli, siang Dan goreng..huh leceh hihi

Yang tak boleh belahnya ulam raja tu diowang kasi aku package dengan daun rumput. Sabor ja lah aku!!  Ingat aku lembu apa nak makan rumput bagai.

 Pada peniaga makanan ni please be careful setiap Kali prepare makanan untuk dijual.

Ini satu penghinaan dalam sembunyi, okey!hahahaha :-p
Kalo orang yang pancin nih tak beli dah Kat kedai korang...ni maksudnya korang tak teliti dalam penyediaan makanan.

Tapi aku tak tau pulak kalo rumput tu Ada khasiat tersendiri. Setakat umur aku 28 tahun nih, aku tak makan lagi rumput cicah sambal belacan ni -..-


INI menu berbuka hari ke 13, masa tu teringin telur masak lemak cili api. Nak masak sendiri, macam malas nak gerak bontot g beli telor hahaha. Pergi cari kedai kat kg  lindungan tapi tak Ada pulak yang jual masak lemak telur nih. So beli sajalah nenas masak lemak ni. Not bad, sedap! Ada hirisan ikan talang sikit. 3 ringgit banyak gak, tak habis aku makan.


Sambal petai ikan bilis homemade. Nampak cantik ja dalam kuali macam tu kan? Terliur pun iya nih!hehe

 Petai ni kulit dia dah hitam, nampak tak dlm gambar ?? hahahaha, saja biar kowang komen "eee apa tu hitam hitam tu?" Huh,what the motif cheery?? -..-

 sebab tu aku kopek amik isi aja untuk buat sambal. Biasa style aku, aku suka kukut Dan potong amik sekali dengan kulit dia. Macam tu lebih best ketika makan..bau dia kurang sikit sebab kulit tu kurangkan bau dia.


Peria goreng udang homemade
Favorite aku ni, kalo tak dak lauk lain ini aja pun dah bertambah nasi. Hehehe
To me, makanan pahit yang boleh diterima tekak...sihat ni makan peria 

Biasa makanan untuk berbukak nih aku beli dekat kedai makan. Serik beli dekat bazar. Minggu pertama aku beli Kat bazar, direct sakit perut. Aku pun tak sure kenapa, maybe perut aku yang mengada ngada kot.hahahaha. 
Lagipun pada pandangan aku, beli Kat kedai makan lebih murah, tengok pada kedai jugak lah kan? Kalo KO g tapau Kat restoran menate tu memang beribu lah.
Harga lauk dekat bazar tinggi sangat. 5 ringgit seciput ja dapat. Kalo orang macam aku yang jenis makan lauk banyak memang tak cukup lah gamaknya.

P/s: Dibulan puasa ni,banyakkan bersabar dan tingkatkan amalan.


1 comment:

  1. akak drpd awal puasa haritu teringin nak makan telur itik masak lemak.. sampai ksrg tak dpt. xnak yg beli sbb takut xsedap..hehe

    ReplyDelete