Actually ni first time aku masak sambal ikan bilis kering. Dah nama pun kering kan, mean takde kuah lah kan, lembab2 sikit macam tu. Aku ni takde lah pandai masak pun, masak main tibai ja sebenarnya. Adalah jugak google tengok resepi orang lain tapi resepi orang aku kurang berkenan nak ikut sebijik sejibon. So aku buat ikut sukati Mak nenek aku ja...yang complicated leh jadi simple mimple aku buat.....hahaha
Aku tak peduli, aku nak share jugak resepi Kat blog sebagai rujukan. Bukan nak suruh hampa ikut pun aiih! Mana nak taw ,kot2 aku lupa macam mana nak goreng ikan bilis leh buka blog search resepi sendiri,yer idok? Setuju dok ngan teman?
Yahhh...itulah motifnya! Sendiri baca blog sendiri! Kehkehkeh..keh
Kalau hampa nampak sedap, sila lah ikut resepi ni yeh..dok tnggu gapo deh? ...hahaha (dah mcm2 loqat bahasa plak)
Bahan2 yang diperlukan, ikan bilis ,sambal,garam,gula Dan minyak. Bahan untuk buat sambal seperti bawang puteh tiga ulas, bawang besar satu biji saiz medium dan cili kering yang telah direbus terlebih dahulu. Aku ni pemalas bin segan, cili kering aku rendam ja dengan air panas,tutup dan biar dia kembang sendiri. Gilaa....pemalas noh! Hehe
Aku masukkan sedikit minyak dan air. Minyak tu tujuan untuk mudahkan blander kisar bahan ja. Setengah orang tak taruk air katanya untuk sambal tu tahan lama. Tapi aku idoknya nak dengar kata,degil tak leh tumpang, taruk jugak air sikit. Kang tak berjalan pulak blander aku. Agaknya sebab tulah orang lama suka giling ja cili , nak kekalkan keaslian rasa dan cili yang digiling sndiri ni memang sedap. Entah lah, pada aku orang lama ni rajin bin tekun, orang baru nak belajar mcm aku ni pemalas bin segan. Apa pun tak leh!! (Dah kenapa kutuk diri sendiri ni?) Hahahah
Goreng ikan bilis, kasi garing dulu. Pas garing angkat. Guna minyak yang sama untuk menumis sambal. Tumis sampai naik minyak. Bukan korang, sambal tu naik minyak :-p. Pastikan sambal betul2 masak. Kalau tak cukup minyak, leh ja tambah minyak. Nampak macam dah naik minyak, masuk garam dan gula secukup rasa dan air asam jawa jangan lupa. Biar sambal tu kering dengan api yang sederhana. Jangan tinggal lak, kacau selalu jangan sampai hangit, okey!
Actually sambal ni dah terlebih. Ikan bilis ciput ja. So, aku ceduk sambal asingkan. Tinggalkan cukup2 ja untuk gaul dengan ikan bilis nanti. Agak sambal dah cukup kering masuk ikan bilis dan sebatikan
Pastu tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan bersama nasi puteh panas2 atau roti. Untuk orang tengah on diet sesuai sangat lah makan dengan roti wholegrain.
Pastu tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan bersama nasi puteh panas2 atau roti. Untuk orang tengah on diet sesuai sangat lah makan dengan roti wholegrain.
Ermmm..sedap baq ang, rangup. First time mencuba first time menjadi. Tiba2 bangga dengan diri sendiri. Hahahah
Dah..dah, makin di biar makin mendabik Dada yeh....baru pandai buat sambal ikan bilis dah mendabik Dada...havoc!!
#pandang dengan ekor Mata#
#pandang dengan ekor Mata#
kalau makan dgn nasi panas2 sedapp nyee!!
ReplyDeleteSedap ni ct..makan ngan nasi panaihhh..hehehe
ReplyDeleteletak petai pun ngam ni.. hehehe
ReplyDeleteOi sedapnyeeee.
ReplyDeleteSalam, hahaha aku suka nih! sedapnyee, makan dgn nasi panas lauk tu je cukup dah aihhh~ haha tahniah!!
ReplyDeleteSedapnya mkn dgn roti....
ReplyDeleterajinnyer., ;p
ReplyDeletetgk gmbr sambal pon loya.. help!
ReplyDeleteaaaaaaa sedapnya
ReplyDeletetergoda tengok
kalau ada kacang tu lagi ummmpphh
___________
Reply your comment on http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/09/wedding-review-baju-nikah-by-zawara.html
Terima Kasih :)
DIY Photo Props
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/10/wedding-review-diy-photo-props.html
DIY Photo Booth
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/10/wedding-review-diy-photobooth.html
Aku pernah dpt sambal bilis kering ni(org bg)...memg sedap nasi dgn sambal ni ja dh boleh tmbh nasi..baygkn..cari punya cari agen yg jual tu..last2 duk k.l nu...aku duk penang..mau xmau kena belajar buat sendr la...tq ct
ReplyDelete