Sunday, October 18, 2015

Service Perodua dan pancing pakwe

Ada kenalan aku tanya, best ke main blog ni? Ko update apa jer Kat blog Ko? Apa manfaat dia, tulis blog panjang2 buat penat!
Pastu tulis hal personal,resepi lah bagai. Poyo ja ..Ada ke owang nak baca kisah ko?

Eh...eh..minah ni...kang Ada yang nak kena cengkam harimau kang. Suka Hati Mak apak aku lah nak tulis panjang ke hape ke jari aku yang penat pun bkn mulut ko.

Sibok ja!!!
#jeling harimau

Tak kisah lah owang baca ke tak, yang penting blog nih jadi satu medium untuk Kita share ilmu dan luahan perasaan. 

Kadang2 manusia nih bila masalah tak terluah dengan perkataan. Tapi bila menulis,feel lega tu tak taw nak habaq mcm mana. Owang yang Ada blog jer kot paham.

Macam tu jugak dengan ilmu mcm resepi tu ilmu jugak. Information yang Kita share tu pun ilmu jugak. Secara tak sedar Kita dah share ilmu dengan orang lain. Macam blog travel, dia pergi vacation luar negara share dekat blog bukan nak menunjuk nunjuk pun, secara tak langsung dah bagi tips Kat orang lain yang nak pergi sana nanti. Alah tak payah jauh2 lah, cukup dalam malaysia, pun ada ja tempat yang orang tak tahu tapi jadi tahu lepas ko post. Depend pada pembaca lah dia nak make conclusion mcm mana. Kalo negative, negative lah jadinya. Kalo positive, positive lah jadi nya.

Ko kisah pasal aku share hal personal Kat blog? yang Ko up post " love u hubby terima kasih kerana terima ayg dalam Hidup hubby, hubby lelaki terbaik dalam dunia. Love u till jannah..muah..muah ucuk2 ayg!"

Every time OK aku buka fb terbaca ayat2 cinta ko tu, aku tak bising pun...siap like lagi walaupun rasa mcm annoying giler.

Macam ko sorang ja Ada laki. Awat, orang lain tak dak laki? Orang lain pun sayang lah laki depa...hari2 dok kiss lips to lips..takde pun nak post kat fb. Aku pun sayang future husband aku gak, walaupun tak kenal pun lagi. (Eh, nak jugak?) Pejam Mata letak tangan Kat Dada, rasa getaran cinta menusuk kalbu,tulang rusuk meronta ronta mungkin merasai kehangatan cintaku...ewahh? Hahaha ^__^


Sudah...habis luahan perasaan Kat situ 
Hahahaha

Aku nak share aktiviti hari sabtu. Lewat tengah hari tu dalam jam 2 petang mcm tu, bawak mylovi pergi servis. Mileage dah sampai 50k dah. Cepat betoi, estimate date bln 12 Tapi October dah kena bawak.
Kecik2 semut api...jalan jauh lovi aku nih. 

Sales advisor aku adalah abang yang handsome. Eh..abang ke adik yeh? Arhhh..pape jelah. Janji handsome hahaha


See...tengok JARI pun dah handsome. Acamner???
Nama dia Muhammad fiqri Bin Ramli

Wah..sebut full name dia pun dah rasa nervous macam nak pengsan..ketaq lutut cheq. Ni sapa yang nak akad nikah nih?

Ada kejadian malu masa dengan abang handsome ni, sejam mcm tu aku tnggu,kete aku dah siap, dia datang Kat aku nak bagitau kete dah siap takde masalah pape. Dia panggil aku cik siti hawa, suara dia panggil tu ya allah,....cair urat saraf aku, automatically...aku bangun berdiri tegak pandang muka dia. Masa tu aku tengah main phone kot...phone pun aku campak Kat sofa. Pastu advisor tu cakap tnggu nama di panggil untuk buat bayaran yeh. Aku macam blurr " Owh..kena tunggu panggil ek?  Panggil nama ke no.kete? Aku dah kenapa...nervous tak tentu pasal. Semua orang tengok kot..buat malu ja. Soalan tu mcm bongok jugak...jumpa laki handsome sikit ko dah tak tentu arah kan?

Abang sales advisor tu senyum ja Kat aku, "Agaknya panggil nama kot,cik. Kete dah settle so terima kasih yeh!" Pastu dia berlalu pergi sambil tersenyum-senyum. Agaknya apa dia fikir yah??


Dia pergi tu...orang lain tak habis lagi dok pandang aku...ni aku tak suka ni. Pandang lama2 nanti diowang taw lah aku sari yanti. So, aku masuk toilet...selamber ja muka control cun.


Ni aktiviti aku kat toilet. Malu punya pasal
Hahaha...apahal lah Ko ni cheery? Makin berumur makin pelik sikap Ko ni!!

Kuar toilet tak sempat nak letak punggung nama dipanggil. Fuh..Selamat! Tuhan memang sayang aku.


Kena bayar 140, siap bulatkan total amount ngan bagi toslight kecik Kat aku.

 Kos untuk gasket, power stereng fluids ke pe tah, nitrogen gas Dan apa lagi tah. Hah, nilah pompuan, semua benda pe entah, kete taw naik ja, apa pun tak leh. Nitrogen gas tu 15 hingget untuk angin tayar. Biasa Kita pakai angin biasa kan untuk tayar, Tapi aku tukar pada nitrogen gas memandang kan aku ni pom yang tak reti nak isi angin tayar. Atleast pakai nitrogen gas nih aku tak yah wisau pasal angin cukup ke idok. Suggestion dari budak handsome tu gas nitrogen nih..hihi, demi kehandsomen mu rela aku turutkan...hahaha

Actually 1st time aku dengar so Tanya lah budak tu amender tu?  Menurut budak handsome tadi, nitrogen gas ni benda baru. Kat luar Sana tak semua kedai Ada gas nitrogen nih. Benda baru kan, maklumlah.
So, kos gas nitrogen untuk 4 biji tayar tu 15 hingget. Boleh lah...xtaw nak kata mahal ka murah. Eh..mahal LA kot, angin biasa free ja kan..hehe

Attention:
Sekiranya lelaki handsome yang aku up entry nih, laki korang maafkan aku yeh. Takde niat pape pun just menyukai ciptaan tuhan. Hehehe


Balik dari servis kete, pergi mancing pulak Kat Kelana jaya. Tasik kat sungei way tu, apa nama entah. Moh lah Kita merempit. 1st time ni bawak moto Kat highway, ketaq lutut-lutut. Asyik kena hon ngan kete ja. Yelah bawak macam siput sedut. Tapi aku duduk tepi kot pahal nak hon hon aku. Kuang ajaq pemandu kat KL nih noh? Tak penah nengok pompuan cun naik moto ka?

Aku up photo ni Kat wechat. Kakak aku komen "patutlah tak dapat ikan, ikan takut nak makan, kang kena penerajang!" Hahaha lawak sangat lah tu. Tak larat nak pegang k, sbb tu gaya gitu.

Mancing ikan ni suka suka ja. Tapi aku ni memang bad luck lah. Aku kalo mancing mana penah dapat ikan. Tak tahu lah kenapa, aku pun pelik. Dan satu lagi aku ni bukan cukup penyabar nak tunggu ikan makan kail aku. Satgi kuar lah lagu dayang senandung..."makan lah ikan wahai ikan tasikkkk...makan lah, aku dah tak larat nak tungguuu ko makannnnn". Kak Lin Kat sebelah gelakkan aku. "Hye...dah fadeup nampak hawa ni?" Memang dah fade up Kak Lin...putus cinta pun tak fade up macam nih. Aku kasi kail Kat Anak Kak Lin. Santai sambil main phone, pun boleh!!



Tapi bila orang lain dapat ikan..excited ja aku amik gambar. Caya lah bang!! Bagi semangat ja lebih..over !!hahaha



7.30 macam tu aku and Kak Lin balik. Owang lain stay lagi. Tak sure lah diowang balik kul bape. Owh by the way, mancing Kat tasik nih free yeh..takyah bayar pun. Dapat ikan pun leh ja bawak balik. Member aku Tanya kena bayar bape mancing situ? Leh bawak balik tak ikan tu if dapat? Ikan besar2 tak?? Ramai orang tak? Pegi tak ajak kita pun? Alahai aku pergi pun jiran ajak..tak plan pun.

Okey dah lah..panjang pulak entry Kali nih. Patut lah rasa penat ja menaip ,..Hahahaha
Babai korang..perfectly you all!!



10 comments:

  1. layanns., ;p

    blog bukanlah hakmilik kekalls .,

    ReplyDelete
  2. wahh abg tu dapat ikan keli..caya lah!

    ReplyDelete
  3. I love fishing..tp sejak beranak pinak ni...lupakan yang lain..

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik2 je selalu ikut nenek memancing. Dh besar2 ni, hmm hampeh. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Blog tempat satu terapi kan sis.. nak luah apapun tak kisah...hihi... hobi bah..haha
    suka ikut en hubby mancing..tapi sllu bila kak ikut , mesti ikan tak mau sangkut... hahaha

    ReplyDelete
  6. tak pernah suka pergi servis kete so sejak dulu dari berboifren sampai berlaki sume si dia buatkan. hehe.

    Akak pon tak pernah dpt ikan. tapi sblm tu rasanya mancing pun tak pernah kot.. hahaha

    ReplyDelete
  7. sis kalo gi service kete kat perodua bawa anak2. habes lah dorang duk ulang alik makan biskut n minum air. gaya mcm mak dorang x bg makan. sabor je lah.

    bab mancing sis pon x penyabar. jenis nak makan hasil jer. x mo menunggu x tau hujung pangkal. hahahaha.

    ReplyDelete
  8. Blog best sebab kita boleh customize macam-macam walaupun aku tak pernah nak customize apa-apa .

    ReplyDelete