Monday, January 25, 2016

Aktiviti weekend, tanamanku bunga pukul 10


Ewah? Bawu ja petang tadi update entry, dah malam update lagi. Wahhh!!! Semangat apakah ini? 

Minggu ni cuti 3 hari kan sebab thaipusam forward ke Monday. Bertabah lah aku duduk rumah tidur dan membesarkan badan. Orang cakap orang yang kuat tido kuat makan itu adalah orang yang sunyi dan sepi hidupnya. Betoi ke? Betoi ke?

Tak kisahlah janji aku Ada modai nak update blog hahahaha (mcm tu pun boleh?)

Ni menu tengah hari tadi. Malas masak jadinya beli aje lah.


Tanaman hasil jejari manisku dah berbunga dan bunga yang kuar adalah color kuning. Sepatutnya 2 color bunga aku ni kuning dan merah nak orange mcm tu. Tapi tak tahulah Napa kuning ja. Agaknya gen kuning jer aktive gen merah tak bape nak aktive. Jadi persenyawaan terbantut.
Hahaha ...mendelah aku ni?


Pokok ni namanya pokok bunga pukul sepuluh. Napa pukul sepuluh? Bukan sebab pokok nih dipukul sebanyak sepuluh Kali bawu nak berbunga atau sepuluh Kali persenyawaan (Eh?) Tapi pokok bunga ini akan kembang bunganya around 10 pagi. 

Unik kan?

Pokok ni jugak dikenali sebagai ros jepun. Kat mana yang jepunnya pun tak tuu lah. Agaknya dulu masa zaman jepun memerintah, seorang tentera jepun telah bercinta dengan gadis kampung yang bernama Ros. Pasangan berlainan kewarganegaraan ini selalu berdating pada pukul sepuluh disebuah rumah tinggal di hujung kampung. Walaupun rumah tinggal namun kawasan rumah tersebut dikelilingi dengan pokok bunga yg cantik dan mekar kembang pada pukul sepuluh. Seolah-olah menjadi saksi cinta mekar pasangan tersebut. Satu hari ketua jepun sangat marah dan memerintahkan ros dan jepun ditangkap dan pokok ros jepun dihapuskan.

Mak oiii terer aku reka cerita kahkahkah
David teoh nangis kalo baca ni.

Woii!! Hampa caya ka Woi?? Aduyai..pitam camni. Viral sat gi mati kutu-kutu Kat kepala T__T

Tolonglah jangan percaya! Hahaha


Gambar-gambar ni diambil pada waktu dan masa yang berlainan. Sebab tulah korang tngok 1st pic pokok xlebat,2nd pic pulak bunga xbanyak.

Saintifiknya pokok ini dikenali sebagai portulaca grandiflora. Yang ni betoi tak reka-reka punya hehe ^__^

Pokok ni senang membiak dan senang dijaga. Nak tanam dia senang ja, cucuk keratan batang dia pada tanah yang digembur. Seminggu hampa tak siram pun dia still Hidup. Tapi jgn biar lama sangatlah. Kesian ros jepun! Cinta layu ditasik Madu -..- kihkih

Eh..pokok ni Ada nilai perubatan taw. Daun dia boleh merawat luka ringan. Caranya hancurkan daun tadi pastu tampal Kat luka.

Bye..byebye

P/S: Pokok cili dan pokok bawangku mati kekeringan. Aku cuti 1 week balik kg itu hari T_T

1 comment:

  1. Nostalgic sgt bunga ni. Huhuhu masa sekolah dulu selalu tanam sebelah rumah. Mcm2 warna. Seronok sbb ia selalu berbunga dan senang hidup :)

    ReplyDelete