Tuesday, April 19, 2016

Doyan....doyan....doyan


Aku sekarang ni super duper buzy dengan kerja. Makan pun selalu ala kadar...biar mkn janji tak berlapar..biar tak kenyang janji tak over makan. Eh..mcm prinsip Hidup pulak... hahaha.

Tambahan pulak aku buat diet atkin. So far 3 week nih berat aku dah decrease 5kg walaupun rasa mcm penimbang aku tu tipu. Naik kaki kanan dulu figure lain, naik kaki Kiri pun figure lain. Adakah kaki kanan aku lebih ringan Dari kaki Kiri Ku? Owh..no wonderlah kaki Kiri berat dosa...hahaha 

Apa pun guwe tetap happy..sebab member yg kenal aku semua tegur aku kurus hihi

Bila hari2 mcm tak cukup karbohidrat ni kan, sehari amik kurang 20g kan...nak emo ja memanjang. Customer mcm2 pe'el pun rasa nak angin. Manusia kurang karbohidrat memang pe'el mcm nih ke? Jadi singa betina..hahaha

Anyway, last week I was craving for this "durian"


Tapi Cari punya Cari...still tak jumpa orang jual. Maybe belum pertengahan musim lagi. Siap online ...kot-kot Ada orang jual Kat lazada kahkahkah..okey tu mengarut sangat. Online lah kot-kot Ada owang citer depa mkn doyan Kat mana2 kan.

Dah penat mencari mcm dah pasrah sangat dah..makanya Si atkiner tadi pun berputus asa. Selama tiga hari 2 malam beliau Cuba menghapuskan doyan dari kotak fikiran.

Satu hari tu...otw pegi Banting ternampak orang jual doyan tepi jalan area bandar putera nak menghala Johan setia. Tewus Adik beliau brek mengejut demi kakak tercinta. 

Tapi kan...ya ampun! Mahal sangat sih. Sekilo 15 hingget doyan biasa tu. Musang king sebiji 30 hingget tapi Adik aku nego dpt lah 20. Tu pun sederhana besar. Okey lah isi dia puas mkn...puas nengok. Adik aku soh dia kopek siap2...bau satu kete tak hilang2 lagi ...Kira countim arh...tingin doyan masuk kete amik bau.
Yang masuk kete aku semua kena saiko..."hmm..sedapnya bau doyan!!" Hahaha


Yang gantung Kat tiang payung tu lah musang king. Saiz medium lah tu kan.
Makanya doyan biasa 3 biji, musang king 1 biji, total price RM145 sahaja. Pitam!!!!

Makanlah sampai berat naik. Doyan ni merosakkan diet okey... Tapi aku bedal jugak lepas gian. Hehe . 

Alhamdulillah.. Tercapai jugak hasrat pewut comel guwe melantak doyan. 

FYI, durian yang terlalu matang (terlalu masak) mengandungi alkohol. Macam tempoyak tu. So perempuan pregnant and penghidap darah tinggi tak boleh makan. Nak makan jugak berpada-pada dan mkn buah yg fresh dan ckup masak jer. Doyan tinggi kalori selain zat lain seperti vitamin, mineral dan lemak Sihat. Nak info lagi p search google "manfaat sebiji durian" 

Hehe

Saja up entry doyan...nak buat korang meroyan and craving to this raja buah. Hikhikhik hashtag jahatygbaik :-D




Thursday, April 14, 2016

Doctor, saya boleh dapat mc?


"Doctor sy boleh dapat mc tak? Sy nak ubat jugak!" Sengeh kerang busuk :D

Lastly tak dapat....kahkahkah. Tu lah ang pi sengeh kerang busuk pasaipa. Lain Kali buat muka unta maybe dapat.

Penyudahnya dapat ubat 'muscle rest' jer. Dah lah kena makan malam..sebab ubat tu boleh buat mengantuk. Aku sakit sekarang...nak makan sekarang. Itu pun doctor tak Boleh paham.

Sakit badan memang tak qualified utk dapat mc ek?

Okey..meant aku kena masuk Ofis jugak. Sakit badan pun redah jugak lah. 

Pada yang tak tau tu, aku sakit badan sebab warehousale hari ahad itu hari. Paham2 jerlah kan dah nama pun jualan gudang. 

Barang staft purchase Friday last week dah dpt dah. But Monday baru agih2. Aku memang tak larat dah nak hadap product2 nih semua. Sampaikan bos aku excuse aku dari join keje agih mengagih ni. Syukur... Terima kasih bos sebab sayang saya seikhlas hati...ewah.??? Hahaha


Jom aku hupdate skit masa warehouse sales tu. Actually team Ofis and team sales disatukan dalam warehouse sales nih. Padahal team Ofis ngan team sales tak pernah sebulu. Masing2 Ada bodo Ada sombong dia. So bila digabungkan jadi lah bodo sombong kahkahkah

Okey guwau-guwau.

Pendek kata masing2 Ada ego masing2 lah. So setiap Kali warehouse sales memang tak happening lah. Aku ni pulak Ada satu penyakit jenis buat-buat happening. Hahaha.

Aku selfie merata. Pantang nampak orang pegang phone. Aku suruh amik gambar aku. Kahkahkah...



Akak sebelah aku tu dtg menempek sebab suka duduk sebelah aku sebab dia nampak kurus. What???? Hahaha


Ini jerlah pic yg aku dpt. Yang lain belum dapat...banyaknya Kat budak lelaki. Segan plak nak mintak..aku terkenal dengan overacting... Oh nehii...nehi...malu..malu tapi mau.

Warehouse sales hari ahad tu kurang menyengat...hari sabtu meriah sikit lah. Banyak barang dah out of stock. Tapi dia punya lenguh mcm nak tercabut kaki2…boring tak yah cakap lah...kaco orang Sana kaco orang sini...kaco cashier. Sampai kena emm ngan sales manager. Hahaha

Kejab2 "siti, packing brg customers!". " siti I nak makan, packing!"....."siti, packing, I nak rehat!"...packing...packing...wak lu doyok!!!

Okey...stop dulu Kat sini...minggu ni sibok nak siap kan planning... See uoll on Saturday k..muah Kiri muah kanan..lambai2 Kiri lambai2 kanan. Hehe



Wednesday, April 6, 2016

Available stock for eskinol pimple fighting

Hai...assalammualaikum uoll
Update ni tak nak type panjang2 pun. 
Malas !!!! Kahkahkah..

Sibok banyak dah skrang...bukan sikit2 lagi. Nak kena arrange shipment items for warehousales tu lagi. Yang order from warehouse sales pun kena arrange jgk. Dalam waktu sama planning pun kena siapkan. 
Atoiiii...tening tala titteee! 

Yang place order from warehouse sales punya items tu terpaksa mintak payment dulu. Tak expect pun ramai yg order, qty leh Tahan gak. Aku budget yg akan order value just below then RM100, tapi lebih Dari tu. Tak tertanggung lah pulak eden nak dahulukan duit eden. Hihi

So, Friday and Saturday aku akan grab from warehouse and Monday bawu aku boleh deliver yeh. 

Okey..cukup lah pasal warehouse sales....tujuan entry ini adalah ingin memaklumkan korang bahawasanya stock Eskinol pimple fighting now available. Cepat grab before habis. Jangan nanti dah habis, korang nak kena tunggu pulak aku restock kan. Kesian korang...sekali lagi aku maklum, aku restock sebulan sekali jer...pos setiap hari sabtu kecuali sabtu minggu pertama...pos Ofis cuti minggu tu so aku pun cuti lah jugak.



Owh satu lagi jemput lah follow IG aku. Apa-apa hal aku akan update Kat IG jer. Senang dan cepat kan. Blog bila free ja aku akan menulis. Dah banyak Kali aku perasan...slalu sibok tak sempat nak inform kat blog, tengok2 stock dah getting low. Owh..pathetic!

Follow IG @ctcheery

Atau boleh WhatsApp no ini untuk order
017-5433604


Coming soon Ada special project taw. Insha Allah takde halangan aku akan share Kat sini. Doakan ianya berjaya yeh..thanks korang. Bye



Related Link:
Review-product-eskinol-dermatologist.
Eskinol-untuk-merawat-kulit-wajah
Eskinol-untuk-kulit-bebas-jerawat.








Monday, April 4, 2016

Warehouse Sales (Clearance stock) di Glemarie Shah Alam 09&10 April 2016

Hello you all...meh aku nak update laju-laju pasal warehouse sales ni. Laju-laju bkn apa, wisau jugak tak sempat nak update. Aku kan buzy kalah najib. Kihkih

OK..item yang boleh aku share Kat sini satu aje....sorry ek...one only!!! 
Ewah...bunyi mcm kedekut sangat ke?
Hahaha

Actually banyak giler okey item clearance stock... So if nak aku list semua memang parah lah aku. Maunya aku mc one day, Amboi...dasat sangat sampai mc..sambil menyelam minum air orang kata. Buat demam pi lah kan...kahkahkah

But aku nak inform awal2 lah...dah nama pun clearance stock so brg yg nampak packaging buruk sikit dan dekat-dekat nak expired tu memang Ada lah. Tapi don't worry boleh extend lagi 2 bulan yeh. If product expired tu boleh bagi masalah pada customer memang kitorang tak akan berani jual lagi. Kami company yg berdaftar okey..bertapak Kat bandar Sunway. Detail company Ada dicetak pada product kami.

Eh...serious plak bunyi hahaha


Ini shower cream paradise spa, beli 3 dengan harga RM10 sahaja. Actually paradise spa ni product export. Dulu kita export ke Indonesia. Kita tak boleh nak jual Kat local market atas sebab2 tertentu. So dekat warehouse sales sahaja akan nampak product ni. Kat pasaran memang takde. 

Aku sendiri pun pakai shower cream nih okey. Aku sangat suka sebab dia wangi dan banyak buih. Memang Jimat. Sampaikan aku boleh guna untuk basuh toilet hahaha.
Basuh Baju kecik pun selalu...dah masuk bilik air malas nak kuar amik sabun, Pam ja lah apa yang terdekat kan...save time save money (jimat sabun basuh baju) Kehkehkeh

Serious buyer only...okey. Takmau yg main-main. Kejab nak kejab tak nak. Aku dah beli tetiba tak nak ...aku lempang laju-laju. Aku kalo marah buruk okey (walaupun tak marah pun tetap buruk). Boleh C.O.D, tak mau yg duduk hujung ketun Sana, tetiba soh aku C.O.D. Yang ni pun aku lempang laju-laju gak. Hehe. Area Selangor sahaja. Luar pada Selangor mcm KL, seremban own collection okey. Kita setup lah tempat and masa nanti. Shah alam, subang, PJ xde masalah. Klang pun insha Allah xde masalah sebab aku Ada kaki fly Kat Sana. Hehe

Barang lain if nak jugak boleh tapi pm aku personally.
Ctcheery87@gmail.com

Jangan wisau aku tak baca email ke apa ke sebab email aku buka 24/7 yeh. 

Pada yg macam malas nak beli ngan cheery nih lah sebab garang sangat ke buruk sangat ke. Dah lah buruk pastu garang plak kan, so boleh datang di warehouse sales kami pada 9 & 10 April 2016 di alamat dibawah;

No.12A, Jln Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.

Date: 09 & 10 April 2016 (sat & sun)
Time: 9.30 am - 5.30 pm

Detail lagi boleh refer sini - tempat

Kalo datang nampak I tu tegur2 lah..boleh kita selfie.. I nampak muka ja garang tapi selfie automatically comel hahaha

K bye.. Bye

Saturday, April 2, 2016

Kenapa dengan Alif Satar?


Pageview paling tinggi blog aku bulan ni pasal entry Alif Satar. Why ramai yang search biodata Alif star ni. Adakah bunga-bunga artis lelaki top melotot bakal menjadi milik Alif? Atau korang rasa dia kelihatan hensem dan bergaya selepas berkahwin? 

Jom update sikit perkembangan ex hero aku nih. Sejak dia kahwin ni lah ex pun. If single maybe tetap menjadi pujaan hatiku...macam dulu-dulu...hahaha.
Click sini untuk ikuti kisah Cinta kami.

Tolong jangan kecam saya! Hahaha

Alif aktif dengan superbite  dulu. Tapi since berkahwin dan punya Anak..dia dah slow sikit. Mana aku taw? Dah kata my hero...of course I kena tahu apa yg hero I buat..ngeh..ngeh....terang2 tulis Kat status ig

Alif now bahagia bersama isteri tercinta dan seorang anak perempuan yang mempunyai wajah mirip beliau. Ewah...beliau ...beliau pulak. Hehe. Wife dia nih air muka garang kan..but tetap cute. 

Ni Anak dia...nama apa ek? Alisha tak silap.
So cute...damn cute..

Tak leh tengoklah muka dia nih. Macam nak lempang-lempang ...pijak...pijak ja. Apsal kau hensem sangat?? Kahkahkah
(Giler... Peminat ganaih)

Sekarang nih my hero popular dengan drama 'Tundukkan Playboy itu'.
So sejak drama nih ditayangkan lah traffic blog aku increase. 
Dia jugak pengacara untuk program clever girl. Sekrang pun dia tengah sibok shooting citer 'Dia semanis honey' bersama siti nordiana. Okey itu jer perkembangan pasal alif yang boleh aku share. Selebihnya leh wusya IG dia....dah Mudah!! Hahaha

Ooo...OK..bye..bye..babai
(Nervous up entry alif ..hekhekhek)