Aku sekarang ni super duper buzy dengan kerja. Makan pun selalu ala kadar...biar mkn janji tak berlapar..biar tak kenyang janji tak over makan. Eh..mcm prinsip Hidup pulak... hahaha.
Tambahan pulak aku buat diet atkin. So far 3 week nih berat aku dah decrease 5kg walaupun rasa mcm penimbang aku tu tipu. Naik kaki kanan dulu figure lain, naik kaki Kiri pun figure lain. Adakah kaki kanan aku lebih ringan Dari kaki Kiri Ku? Owh..no wonderlah kaki Kiri berat dosa...hahaha
Apa pun guwe tetap happy..sebab member yg kenal aku semua tegur aku kurus hihi
Bila hari2 mcm tak cukup karbohidrat ni kan, sehari amik kurang 20g kan...nak emo ja memanjang. Customer mcm2 pe'el pun rasa nak angin. Manusia kurang karbohidrat memang pe'el mcm nih ke? Jadi singa betina..hahaha
Anyway, last week I was craving for this "durian"
Tapi Cari punya Cari...still tak jumpa orang jual. Maybe belum pertengahan musim lagi. Siap online ...kot-kot Ada orang jual Kat lazada kahkahkah..okey tu mengarut sangat. Online lah kot-kot Ada owang citer depa mkn doyan Kat mana2 kan.
Dah penat mencari mcm dah pasrah sangat dah..makanya Si atkiner tadi pun berputus asa. Selama tiga hari 2 malam beliau Cuba menghapuskan doyan dari kotak fikiran.
Satu hari tu...otw pegi Banting ternampak orang jual doyan tepi jalan area bandar putera nak menghala Johan setia. Tewus Adik beliau brek mengejut demi kakak tercinta.
Tapi kan...ya ampun! Mahal sangat sih. Sekilo 15 hingget doyan biasa tu. Musang king sebiji 30 hingget tapi Adik aku nego dpt lah 20. Tu pun sederhana besar. Okey lah isi dia puas mkn...puas nengok. Adik aku soh dia kopek siap2...bau satu kete tak hilang2 lagi ...Kira countim arh...tingin doyan masuk kete amik bau.
Yang masuk kete aku semua kena saiko..."hmm..sedapnya bau doyan!!" Hahaha
Yang gantung Kat tiang payung tu lah musang king. Saiz medium lah tu kan.
Makanya doyan biasa 3 biji, musang king 1 biji, total price RM145 sahaja. Pitam!!!!
Makanlah sampai berat naik. Doyan ni merosakkan diet okey... Tapi aku bedal jugak lepas gian. Hehe .
Alhamdulillah.. Tercapai jugak hasrat pewut comel guwe melantak doyan.
FYI, durian yang terlalu matang (terlalu masak) mengandungi alkohol. Macam tempoyak tu. So perempuan pregnant and penghidap darah tinggi tak boleh makan. Nak makan jugak berpada-pada dan mkn buah yg fresh dan ckup masak jer. Doyan tinggi kalori selain zat lain seperti vitamin, mineral dan lemak Sihat. Nak info lagi p search google "manfaat sebiji durian"
Hehe
Saja up entry doyan...nak buat korang meroyan and craving to this raja buah. Hikhikhik hashtag jahatygbaik :-D