Nuffnang ads

Monday, February 29, 2016

Ayam masak lemak cili api


Dari blog aku tak update, Meh update sal makanan....pun okey apa, terliur ja nengok. 

Aku jarang sangat masak lemak cili api, malah family aku pun tak bape layan sangat makanan yg terkenal dgn trademarks menu orang negeri sembilan nih. Tak tahu lah Napa maybe tak bape nak favorite kot. 

1st time belajar buat masak lemak, dan aku rasa mcm sedap gilerr. Hahaha eh...eh...suka ti lah nak pasan pun. Siapa lagi nak puji diri sndiri if bkn diri sendiri kan. Ewah...hehe

Taste aku, masak lemak yg sedap adalah masak lemak yang pekat Dan kuah dia tu tak pecah minyak. Yang penting kena extra pedas bawulah Very the bon appetizers kihkih

Entry ni entry puas hati makan masak sendiri tapi dah jadi entry masuk bakul angkat sendiri..hahaha

Bye..



Saturday, February 27, 2016

Ajiesyi Pregnant

Bosan pulak weekend Kali ni. Nak buat apa dan pegi mana yeh? Kawan pun takde acaner?

Mood masak-masak aku hilang since 2 week ago. Last aku Beria masak masa balik dari Cameron tu, tu pun masak sejenis jer sambal petai. Kahkahkah

Budget!! Setakat masak sambal petai apa la sangat kan. 

Now mood aku lebih kepada membaca. Ewah mood nak intelligent jer? Yer ...mood yg intelligence tapi orang nya tak, macam gatal jer lebih. Aku habiskan masa dengan baca novel love story huhu. Korang ingat apa hah?

Ada baca satu novel tu dia dpt anak kembar, so i wish nak anak kembar jgk. Ya Allah makbulkan permintaan ini. Terpengaruh dengan novel sangat nih. Korang mesti mcm pahal minah ni gedik sangat. Eh aku xkisah..sesuka Hati aku lah nak gedik pun.

Tulah noh..owang kata kalo banyak sangat membaca cerita-cerita mcm nih buat kita rasa seperti di alam fantasy. Terpengaruh dan Kita tak rasional mcm tak pijak di dunia yang nyata. Tak bagus tak bagus...baca boleh Tapi jgn berangan sangat, tu yang penting.



Ajiesyi dah mengandung...dah tentu-tentu suami dia boboi. Dah tentu-tentu Anak kembar. Kembar bape taktaw lah xg scan pulak kihkihkih



Tak tahu bape bulan tapi mcm dah besar pewut dia mcm 6 bln pewut manusia.


Eh, binatang kan bunting bape lama ek? Manusia 9 bln kan? Binatang?



Aku terharu Ajiesyi masih kenal aku..kan lama gak aku tinggal dia Kat kg kan. Aku balik kan, dia menyendeh ja Kat aku. Kalo Tido siang tu kepala letak ats lengan aku. Mcm tulah dia pun masa duduk dengan aku Kat subang. Just malam ja dia akan tido dgn qaisarah. Agak kepelikan kami hubungan ajiesyi ngan qaisarah ni. Qaisarah takut kucing, dia memang tak kan pegang atau peluk kucing pun.Kdg2 kucing lalu sebelah dia pun dia dah gelabah. Tapi tido mlm boleh tido sekali. Ini sangat pelik. Ada satu Hari tu akak aku citer, dia terjaga tengok ajiesyi tido bawah bdn qaisarah. Masa tu qaisarah tido menonggek. Dia dah wisau kena penyek ngan qaisarah ja ajiesyi tu. Kang terburai Anak kuar dari pewut kahkahkah


Okey..gua sangat boring..nak kuar merendek jab..ngeh ngeh ngeh

Bye bye


Tuesday, February 23, 2016

Depression


Dalam kereta otw balik dari keje, rasa sunyi. Cuba menghappykan diri menyanyi riang follow rentak lagu di radio. Lagu habis, Hati masih muram. Sampai rumah merebahkan diri. Kaku. Tak mampu nak petik suis kipas pun. Entah apa difikirkan, memerhati sekeliling ruang bilik. Sunyi! Terpandang diri Kat cermin. Senyum, cantik ciptaan Allah. Sempurna serba-serbi. Tiba-tiba rasa sebak yang tak tertanggung. Cuba bertenang, cuba bersabar. Dada diurut mencari kekuatan disitu ...tapi jiwa rasa lemah...makin lemah....semakin lemah dan Akhirnya pecah jugak empangan mata, melimpah air Mata membasihi pipi. Menangis seperti Anak kecik. Menangis sepuas hati...

Diri dipaksa melangkah ke bilik air. Amik wudhuk. Solat Asar. Rasa tentang, jiwa tenteram. Ya Allah, lalainya aku. Lemahnya aku, berdosanya aku...


Ko penah tak menangis atau rasa nak nangis disebabkan something yg orang lain rasa tak munasabah. Maybe jugak ko sendiri rasa memang tak munasabah pun. Kahkahkah

Sampai 2 Hari turut-turut ko menangis macam orang mati laki. Tapi sah-sah lah ko laki pun takde, Anak kucing plak alhamdulillah Sihat walfiat lagi lah. Mengada-ngada ko kan nak nangis-nangis bagai. 

Kadang-kadang tu kan, hal kecik jer cth planning ko tak progress seperti yang ko harapkan tapi KO punya kecewa tu mengalahkan putus kasih.

Itu namanya depression. Maybe perempuan aje kot Ada penyakit nih. Lelaki punya depression style lain sikit. Nangis-nangis xmain ar kan. Tak kewl lah beb...eh, tak macho beb. (Aku takut nak guna 'kewl' sebab aku xpaham maksud apa pun Hahaha)

Takde pape pun..just try to make it peace.

See yahhh!!





Saturday, February 13, 2016

Bajrangi Bhaijaan


Aku ni takde lah peminat Hindustan pun. Tapi movie Hindustan yang best-best aku layan jugaklah. If cerita yang entah apa-apa, yang tak habis-habis bertumbuk sebab love...cinta dihalang family..bertumbuk sebab love...bertumbuk..love..love..bertumbuk, Aku malas nak layan sangat. Dahlah scene bertumbuk pun tak logik langsung. Jentik sikit ja tiba-tiba hidung leh berdarah. Tumbuk bibir tiba-tiba leh tercampak kuar tingkap. Kahkahkah...memang tak logik tapi yang itu lah tangkap layan noh? Heee..aku paham orang jiwa dalam Hati Ada taman bunga mcm mana beb.

So movie Bajrangi Bhaijaan ni adalah Antara movie Hindustan yang berjaya menundukkan keegoan ku..eceh...hehe.
Aku salute spring pada director yang berjaya buat cerita penuh value mcm ni. Nilai yang diterapkan dalam cerita ni memang menyentuh hati wanita Ku. Eceh...ceh..ceh

Aku tiga Kali Wei repeat tngok citer ni, dan tiga Kali Jgk aku nangis sampai bengkak-bengkak Mata. Punya lah menghayati kan...tapi tak tawlah kot aku sorang ja yang emo. Aku kan kdg-kdg saiko sikit. Huhu

Okey, aku citer sikitlah jalan cerita dia. Selebihnya Nanti tengok sendiri noh.

Cerita ni kisah salman khan dari India yang Baik Hati sanggup berkorban untuk menghantar seorang kanak-kanak perempuan yang bisu pada parent dia di Pakistan. Masa tu negara India dan Pakistan krisis, so can't apply visa and passport ke Pakistan. Budak perempuan yang beragama Islam tu, terpisah dari IBU dia masa dlm train otw nak balik Pakistan. So dalam usaha nak hantar budak perempuan tu, banyak scene-scene lucu dan kiut sampai aku rasa macam nak culik budak kecik tu and salman khan sekali bwk balik Malaysia..kahkahkah


Aku bukan fall in love sangat pun dengan hero filem nih tapi suka sangat dengan watak salman and bdk kecik tu..sweet,cute,feeling in love with them. Rasa macam nak culik bdk kecik tu and salman khan sekali bawak balik Malaysia.weeeeee!!!

Aiikk? Kenapa atas tadi tulis tak fall in love pun?

Budak kecik yang pegang watak shahida and munni ni comel giler kan? Ya Allah ..Indah sungguh ciptaanMu. Rasa macam nak culik bawak balik Malaysia jer dengan salman khan sekali...hahah...okey dah mula eenoying dah tulis yang sama. Lagi eenoying buat-buat typo. Okey, balik pada cerita budak kecik yang comel tahap nak culik dengan salman khan sekali bawak balik Malaysia. Erkkk??

Budak kecik nih namanya Harchaali malhotra. Anak siapa lah dia ni. Comel sangat. Rasa macam nak culik budak kecik tu dengan salman khan sekali bawak balik Malaysia. Kihkihkih

Okey, sah habis idea tulis yang sama ni.

^_^

P/s: People in Malaysia giler diwale aku gila Bajrangi Bhaijaan.




Friday, February 12, 2016

CNY Holiday @ Cameron Highlands

Jom update gopoh-gopoh!! Tak leh nak biar citer nih lama-lama, satgi lupa. Bila dah lupa nak ingat balik tu bukan lahhhh Mudahhhh, dah tak ingat mula lah penyakit malaih nak Mai serang. Bila penyakit malaih mai mula lah blog tak hupdate berkurun-kurun lamanya. Kadang-kadang tu sampai makan tahun. Sebab apa? Sebab dia satu ja aiih, malaihh!! 

Hahahah...mukadimah pasai malaih pun dah satu paragraph.. Cun..cun macam Mak cun.

Tiba-tiba rasa macam gaya makcun ja mukadimah aku ni. Huhu


Cantik tak gua snap gambaq bunga. Gua dah mula rasa darah seni mengalir dalam badan gua yang debab ini. Hahaha


Gua rasa keganasan gua hilang bila snap gambaq di taman bunga. Dan tak dinafikan lagi gua lebih cun dari bunga-bunga itu.



See? Kan gua dah cakap tadi gua cun. Lagi cun bila gua kreatif dan innovative layout gambar mcm nih. Nampak gua lagi cun kosa dua.

Gua pun tak faham sejak bila gua pandai bergua-gua ni. Yang penting gua rasa poyo.


Okey lah tengok gambar pun dah tau aku pegi mana kan. Pegi tak plan pun ni tapi tetaplah 1st time naik Cameron. Kononnya singgah ja nih, yelah otw balik KL masa nih.

Kononnya singgah lah, at least bila orang Tanya penah pegi Cameron? Cameron tu? Alah tempat aku berak ja tu. Nampak tak motif Utama? Takde lah jakun sangat kalo orang citer sal Cameron dalam group kan hahaha

Aku naik ikut simpang pulai. Jalan okey, tetap bahaya tapi still lagi cool lagi lah. Seram-seram manja mcm tu. Tapi nak balik tu ikut tanah rata,ikut tapah ...subahanallah, sangat bahaya dan menakutkan. Seram xde manja-manja lagi dah. Baca 3 qul xbenti. Punya takut.


Otw turun tu banyak lah gerai2 orang asli. aku kagum nengok hasil kraftangan diowg. KO nengok beg duit ni buat pakai plastik jajan jer KO tau. Harga depend on saiz. Lagi besar lagi mahal. Saiz dalam pic ni dalam RM20 -RM25. Unik dan kreatif.

Adik aku beli Madu kelulot, Ank pokok ayamas dan petai. Petai besar2 buah dia,sama besar dengan ibu jari tangan.


Adik aku ni mengedik beli pokok ayamas,balik tanam dalam pawey. Kita tunggu tengok pokok ni nak mati ke nak teruskan Hidup. Hahaha

Pokok ayamas ni mempunyai bulu2 seperti rambut. Dan kelihatan seperti seekor ayam. Maybe sebab tu di panggil pokok ayamas. Pokok ni tumbuhan hutan. Tapi yg jenis hiasan ni dia akan tumbuh rendah ja. Xleh nak besar dan tinggi. Yelah kalo dah KO tanam DLM pasu jer ko budget besar takat mana pulak kan. Menarik dan orang yang beli pun kelihatan jakunnya di situ kahkahkah.

According to sis yg jual ni, dia cakap bulu pokok nih leh stopkan darah pada luka. If KO luka kan, amik bulu dia tu tekap Kat tempat luka. Tekan2 dengan bulu tu,darah boleh berhenti mengalir.


Singgah jab lata Iskandar untuk makan. Kebulur sangat sampai 2 pack strawberry kitowang habiskan dalam kete. Letih siott otw turun tu walaupun aku dok dalam kete sambil baca 3 qul jer hihi

Makanan total kena 18 hingget. So far xmahal untuk 2 orang mkn. Ngan air kelapa bagai kan.


Singgah kedai jual barang entik nih. 


Aku takdelah peminat barangan entik nih, just suka tengok cuci Mata pastu kagum 'fulamakkkk!!!', 'wawww!!!', 'it's ohsemmm!!', 'menarikk!', 'fuyooo!', 'oh em gee!'. Adik aku cakap dia macam nak sekeh ja pala aku. Jakun sangat.


Pengumpul botol atau Koleksi coca cola boleh dapatkan Kat sini. Banyak Koleksi lama-lama. Harga below 100 lah. 


Penjaga kedai ni namanya abang Din. Lain macam ja abang nih menyembang. Aku syak dia nak tackle aku buat Bini no.4. 
Coiih ..perasaan pulak.haha

Mana tak rasa lain mcm kalo Abg nih asyik bercakap fokus Kat aku. Pastu Tanya aku kalo tertulis aku jodoh dia macam mana? Pastu marah aku tak pandang dia. Pahal aku nak pandang? Aku kan retis Wei..talk to my hand lah kan. Tapi abang nih familiar lah kan. Adik aku pun admit mcm penah tengok. Korang kenal??

Paling kelakar dia ingat aku and adik aku ni pasangan couple.. Kahkahkah

Nasib Baik adik aku layankan jer. 

Tapi seram bila adik aku cerita, orang yang jaga barang lama ni biasanya Ada ilmu, kalo tak barang lama akan hilang. 

Aku taw ilmu apa...dah tentu2 ilmu hisap !!
Kahkahkah...tak lawak pun ke? K bye




Wednesday, February 10, 2016

Crush your admirer

Perghh..tajuk nak budget retis saja.
Aku ni pagi-pagi lagi dah blogwalking. Traffic blog sunyikan cuti kali ni,masih cuti CNY kah. Atau korang masih berpenyakit malas? Atau korang memang dah pemalas?
Kihkihkih

Pagi tadi baca blog entry zyraroxx yang tajuk crush tu. Dia citer pasal San yg crush tu yg zaman sekolah dia dulu tu,yg dah kawen tu,yg tukar awek mcm tukar Baju tu. Hahaha.. San apa perangai mcm tu?..Santiago kot! Aku pun teringatlah kisah aku zaman sekolah dulu. Tapi crush aku bukan San tapi keep. 

Keep aku macam...
Keep holding on ,cause u know we'll make it through, we'll make it through, just stay strong... (menyanyi sambil serabut kan rambut)

Hah mcm tulah, nak explain pun senang sangat. Hahaha...

Ni zaman sekolah menengah aku lah. Zaman sekolah rendah aku masih lagi dok sokseksoksek lap hingus Kat tuala kecik lepas tu taruk tepi, Kawan mintak, Nah amik lah tak pakai lagi! 

Kahkahkah.. Geli sangat perangai tu. Bayangkan kalo Ada boyfriend masa tu maunya kena clash hari-hari.

Aku dulu minat sangat-sangat Kat sorang budak laki ni. Dia ni category macho lah. Handsome tak sangat pun. Berpakaian pulak kemas suloii (kemas sokmo). Satu hari pegi sekolah tak nampak muka dia memang aku duduk tak senang mkn tak kenyang belajar tak masuk owang kata. Kepala otak asyik fikir Napa dia tak masuk class, dia sakit ke? Dia malas ke? Dia tak rindu aku ke? 

Dalam dok minat gila Kat dia tu, aku Ada satu perangai,...aku suka pau dia. Hahahah. Setiap kali aku jumpa dia kat kantin tak kira lah waktu mana pun aku paksa dia belikan aku kacang kuda goreng ek? yang color kuning tu. Sampai Kawan aku cakap, kalo aku jadi budak keep tu aku reject awai lagi ang nih. Belum apa2 dah pisau cukut. Hahaha 

Tapi aku kalau bercakap dengan dia aku tak suka pandang Mata dia sebab bak kata zyra, Mata stock bila nak senyum Mata senyum dulu tu. Tak leh tengok okey, cair macam lilin baq ang. Kepala lutut automatic lembik, jantung berdegup kelajuan maksimum. So if nak pau jgn sesekali pandang Mata. Safety first kihkihkih

So kalo aku bercakap dengan dia aku pandang tempat lain. Lama giler aku minat dia, sampai habis sekolah kot. Setiap hari solat waktu kan, orang lain doa dapat keputusan cemerlang, aku doa dia breakup ngan makwe dia cepat...sebab aku nak masuk jarum jahit tepi kahkahkah

Buruk perangai kan?

Sampailah lah stpm, aku dpt keputusan okey okey lah, suam suam air suam jer tapi keep tu satu ke dua subject dia tak lulus. Member aku dengar gosip dia tak lulus sebab frust nonggeng dengan anak makcik kantin sekolah. Masa tu bawu aku taw sapa awek dia. Dan Alhamdulillah tuhan makburkan doa manusia jahil mcm aku nih. Jadi dia repeat paper yg tak lulus tu. Aku pun apa lagi jalankan strategi untuk masuk jarum jahit tepi tadi ni hahaha

Aku tackle dia Baik punya, bagi support semua. Dia layan gitu-gitu ja..cis tak guna toi! Aku dapat tawaran sambung belajar ke university, before ke JB aku bagitau dia aku suka dia. Pastu dia sambut salam cinta aku...owh, taman hati aku kembang mekar berhunga bunga...puiiih!

Lepastu cinta bawu nak berputik dia tinggal aku. Cis tak guna keep....you r so coco crunch. Makan dengan susu sedap tapi dibiar lama lembik dan geli. 

5 tahun lepas tu dapat news dia kawen dengan ex dia yang Anak makcik kantin tu. Patblas kotak koko crunch dia ni! Hahahaha

Aku fikir why not me? Why? Aku pun cantik, aku pun badan sedap (dulu lah kahkah) aku pun bijak jugak walaupun hakikatnya tak bijak pun. Hahaha.
Tak pahamlah, serious tak faham!
 Why not me?

Dari kisah aku ni aku dapat banyak pengajaran.

Tiba-tiba nak Ada value of the story. Huhu.

 First, jodoh pasti kan bertemu jua walau patbelas ratus gunung ganang yang menghalang. Macam cinta adam dan hawa.

Second, akan dapat habuan/balasan pada manusia yang mendoakan/melakukan kejahatan pada manusia lain. Contoh, balasan pada aku yang doa dia putus ngan makwe dia tadi lastly aku yang kena tinggal. Padan muka ang!!! Bodoh sangat!

Third takde, baca balik value first tu haha ;D

Jodoh pastikan bertemu


So sekarang ni bukan aku yang crush somebody tapi aku yang crushed by somobody. Buang masa crush crush nih,Makan coco crunch pun kenyang.

P/S: banyak typo, malas dan nak edit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...