Assalamualaikum... serious memang tak siapa sangka Kan? Ikan Singgang yg selama nih menu traditional melayu boleh merawat wabak Covid-19.
Baca kat cari.com --> Ikan Singgang Mempunyai Bahan Pemusnah Mikrob, Mungkin Penawar Covid-19?
Nih menu favourite ayah Kami. Dia, tak yah masak mewah2 atau payah2..masak nih ja pastu mkn plak dengan cabai tumbuk..bertambah-tambah nasi. Kalo org Kedah panggil nih sayoq ayaq ikan.
Cara nak masak dia mudah ja, taruk ja semua bahan dia, serai, halia, bawang puteh, bawang merah, Asam keping. Hah biar jer dia merebus atas dapur..jangan plak lupa perasakan dengan garan yeh. Dah masak leh tutup API, siap. Menu nih Kalo yg nak diet dan berpantang pun sesuai sangat. Aku Dalam pantang, hari2 nak makan ikan Singgang taw hahahaha
Tapi buat masa nih memang tak pernah buat kajian pun antara ikan Singgang dan Covid-19. Dipercayai boleh merawat sebab bahan yg digunakan utk masak Singgang nih tinggi antioksida dan mampu memusnahkan mikrob. So nak taw mampu ke tak rawat Covid-19 kena kajian menyeluruh lah Kan.
Apa-apa pun jgn cepat melatah k. Amalkan makanan sihat dan berkhasiat Tu kewajiban Kita sebagai Muslim. , So tak Salah pun if nak ikhtiar Kan. Lagipun, kat hospital kerajaan boleh dikatakan hari-hari jamu singgang pada pesakit depa. Aku percaya Singgang nih boleh kuatkan imunisasi badan untuk melawan penyakit. So tak hairan Kalo 22 owg yg positive Covid-19 tu boleh sembuh dan discharge.
Okey dadadaaa...🥰