semalam aku merdeka..aduyai mcm la aku sowang merdeka..hehesemalam sempena merdeka jugak aku g kuar shopping raya,bukan sowang taw, ramai sngat yg follow aku. dari kakak n ank sedara aku semua aku bawak..hahahaaku shooping di alor setar mall. mak datuk punya lah ramai owg shooping kat situ. sesak dengan manusia2 pelbagai kaum dan agama. mmang best tapi sometime terpaksa la berasak-asak, bising dgn lagu2 raya/announcement family yg kehilangan ank dan ambik bau2 yang sewaktu dengannya. tp xkisah lah janji aku sikit punya enjoy. bukan aku jer yg enjoy sakan ank2 buah aku lagi la suka. abis kopak gaji aku diowg kikis. nasib baik lah aku nie mak sedara yang baik dan pemurah xkisah sngat. hohotengah aku sibuk berasak2 tiba-tiba makluk Allah yang tinggi, besar dan itam datang mendekati aku. OMG! masyak Allah rasa cm nak tercabut nyawa aku...kawan lama aku daa..kwn lama masa keje kat alor setar mall dulu. bkn apa lama xjumpa dia skali muncul depan mata terkejut beruk la. dah 3 tahun kot xjumpa dia. dia dah kurus sikit skrang. dah 2 xabis2 soh aku lanja dia buka pose. manyak chantik, aku nak tanggung nafsu shopping aku nie pon xmampu..huhu..aku ckp kat die xpe raya t dtg rumah aku lanja..hahahahasebelum aku log out aku nak ucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke 53. jadilah manusia yang berilmu dan berjasa kepada negara dan bangsa.Tp sebelum 2 aku nak kongsi cikit fakta menarik nie. .bukan apa sekadar mengarut di pg yg terang nie..=) smilee sokmo..1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?