Nuffnang ads

Sunday, March 17, 2024

Pembelian Buku Sekolah Tahun 1


Alhamdulillah...selesai urusan pembelian Buku Sekolah Tahun 1 Hari 27/02/24. Rasanya ummi yang excited lebih nak masuk Sekolah nih hahahaha 😂. Yerlah..dah 1st day koperasi Sekolah bukak...terus Hala ke Sekolah untuk beli buku2 abang Luth. 


Sebenarnya...Aku niat nak settled awal beli buku2 sekolah nih supaya hari orientasi nanti takde lah kelangkabut sangat kan...Mana ank kecik Mana nak urus SI kecik nih.. pendaftaran lagi nanti...apaknya outstation minggu depan. Jenuh lah amakny nak kena berdikari dengan anak2 kecik.


ALuth buat rondaan kat Sekolah baru 😁


 Sibok dok Tanya diowg buat apa ummi. ALuth nak join boleh ke?


Total buku-buku termasuk Tshirt Pendidikan Jasmani (PJ) adalah 104. Alhamdulillah 🤗


Untung lah pegi beli awal-awal takde kena baris lama-lama Dan syok barang pun available banyak lagi. 



Orait selesai beli buku..jom balik 🤗


P/S: Maaf uolls, entry nih sangat lewat di siarkan 😁😁😁 hehe

Sunday, February 25, 2024

Majlis Apresiasi Tadika Kemas Daerah Barat Daya

Hi Assalamualaikum guys...rajin nyer tulis entry? Mimpi apa semalam? Bahahaha. 

Semalam Aku Baru ja publish entry menang Giveaway...then lepas tu terus tertido. Aku syak Masa tekan publish tu kepala otak Aku masih mamai lagi...Bila Aku baca balik..entah hapenya lah.ok lah redha jer..memang Aku separa sedar hahaha.

Baca entry Permaisuri Cuya kat sini--> Kotak Misteri Terbang Macam Pontianak

Kan Aku dah cakap...Bila Kita menang Giveaway Kita akan jadi bersemangat update blog..nampak tak nampak tak??

Jadinya Hari ni nak update pasal majlis Apresiasi Tadika Kemas Daerah Barat Daya anak Sulung sis, Luth Alfateh. Majlis tu semalam 7/02/2024 sangat happening, tak lama pun dalam jam 11 dah habis majlis. Majlis Apresiasi Tadika Kemas Tahun 6 ini melibatkan semua tadika Kemas Daerah Barat Daya & Timur Laut.

Seronok lah anak-anak tadika pergi Naik bus. Luth Dan kawan-kawan Kalo Naik bus memang excited sungguh. 

Ini gambar cikgu share Masa diorang sampai sana. Owh ya..majlis Apresiasi tu dibuat di hotel Raia Inn Bayan Lepas,Penang. 



Agak crowded sebab parking tak cukup..sampai ke luar tepi jalan parking penuh. Tapi aku Dan 2 orang lagi ibu bernasib baik lah pasai cikgu ada bagi sticker parking untuk kami. Sticker parking tu sebenarnya untuk cikgu selaku urus setiap tapi kebetulan dia suami yang hantar..jadinya tak Perlu lah sticker parking tu. Alhamdulillah...tuah ayam nampak dikaki tuah Manusia siapa yang tahu..yer idokk??? Hehehe 


Majlis Apresiasi tersebut dirasmikan oleh Puan Fadhlina Sidek,Menteri Pendidikan Malaysia yer... Dah tentu Malaysia tak kan negara Mollossia pulak 🤦🏻‍♀️ alahai..yg tulis punnn.

Sepanjang majlis memang happening dengan persembahan dari anak-anak tadika kemas. Comel-comel semuanya. Tak sah Kalo tak tersengeh-sengeh nengok persembahan budak-budak nih. So cute!!! 🥰


Ini persembahan penceritaan kisah Nabi. Ada lagi beberapa persembahan tapi Aku takde lah sempat snap semua pun.


Ini lah ibu yang datang bersama Aku. ✌🏻✌🏻 Peace!!


Alhamdulillah....Dah selesai majlis..Kita berswafoto kat luar pulak. Anak Aku takde dapat apa-apa anugerah pun tapi Aku buat bouquet tu sekadar meraikan dia tamat Sekolah. Gigih taw ummi buat malam tu dengan apa yang ada kat dapur. Cocok biskut & marshmallow kat situ..siap!!
Bertuah lah..ummi hang nak Mudah ja bang oiii..kahkahkah 😂

Nanti Aku share majlis Apresiasi Tadika Kemas Kem sungai Ara pulak yah. Nohh!!! Banyak pulak majlis Apresiasi 😅😅😅
Hehehe.

 





Wednesday, February 7, 2024

Menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Permaisuri Cuya

Hi.. Assalamualaikum guys... Alhamdulillah dengan Syukur nya sis nak share yang sis menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 yang dianjurkan Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa. Sis betul-betul tak sangka ada tertulis Rezeki sis kat situ. Permaisuri Cuya siap tag kat wasap lagi entry umum Pemenang kat sini-->> Pemenang Giveaway

Sedangkan sis dengan Dunia blog ni Macam chips more kejab ada kejab takde. Ghituh lah..almaklum lah published entry pun ikut mood kan. 

Tapi serious cakap lah Bila join giveaway yang dianjurkan para blogger ni kan Semangat nak mengarang tu dia Macam datang balik taw..berkobar-kabor. Walaupun Aku ni sibok lah jugak dengan urusan anak2 ...tapi otak fikir lagi nak update blog...so giveaway ni Macam 1 tarikan yang bagus lah!! Korang rajin-rajin kan diri lah join giveaway yerh!! (Padahai Semangat sebab ko menang kan?). **mata kat atas**kihkihkih 🤭

Orait..berbalik pada giveaway Permaisuri Cuya tadi...nasib baik lah Permaisuri Cuya ni dah info awal-pasal urusan pengeposan parcel. Masa dia pos tu Aku masih bercuti di Kampung.. sebenarnya cuti Penang takdak air kahkahkah 🤭🤭🤭. TokLaki pulak kena outstation kat Perlis sampai lah seminggu kan...dari Aku terkontang kantang kekeringan dengan anak kat kuaters lebih elok Aku balik Kampung...seronok pun seronok. Anak Sekolah??? Alahai hujung-hujung tahun apa sangat belajar pun...buzy preparation untuk anugerah cemerlang jer cikgu-cikgu pun. So don't worries about that,k! 😂😂

Bebel banyak pun tak guna jugak wei..tak sabar nak tunjuk hadiah yang Aku dah collect kat store askar semalam...jeng..jeng..jeng.. scroll bawah....

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Scroll lagi guys....

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"







"




"


Ok2..dah lah dah lah

"


Tadaaaa.....

Nampak tak tulis Permaisuri Cuya kat situ?


Terkejut sis memula bukak parcel ni..Opocott!!hoii..apsal ada rambut..dia pos kat Aku Saka ke tak pun Hantu Raya ni? Kahkahkah 😂

Shaking taw sis bukak parcel 🤭🤭 
(menipu sangat ko!!)


Cantik wei...Rajin kelebek sungguh Permaisuri ni. Box Pun exclusive...rasa Macam..wow! "kerana dirimu bergitu berharga!" Hah gituh lah rasa dia. Happy & terharu tak taw nak cakap cmner 🤗 TokLaki Aku pun tak pernah bagi 🌹 sekuntum mawar merah...sebuah puisiii🎼🎶🎵..eh termenyanyi pulak hehe


Permaisuri Cuya ni rupanya peminat nombor satu tema Halloween 🎃..hah patut lah hadiah dia bagi seremmm..🤭🤭


Ini bukan lah sebuah puisi...tapi utusan dari Urusan Paduka Baginda. Nak tahu isi kandungan zoom lah sendiri...sibok jer nak baca surat orang. 😒😒 **Jerling juling itik



Aku kira kan hadiah dia bagi ni bukan sampul Raya Rare saja yer.. tapi dapat 10 hadiah include mawar merah Dan box misteri ni.

Wow amazing...tak taw nak nak cakap apa lah kan. Aku cuma doakan Permaisuri Cuya dipermudahkan segala urusan dia Dunia mahupum akhirat...Dan dikurniakan Rezeki yang berkah Dan berterusan. 🤲🏻🤲🏻 Amin Yarabbal Alamiin 🤗❤️.

P/S: Buat giveaway rajin-rajin lah tag Ct Cheery yeh ✌🏻🤞🏻and make sure dia always menang...sebab nanti Baru dia rajin update blog. 😂😂😂 Hohoho #sapayangseramsangatperangaitusekarang?




Thursday, January 11, 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

 Hi Assalamualaikum guys...Aku pepagi subuh dah terharu, terkelu, teruja, terkesima, terkeluar...opsss apa2 ter lah..pasal pepagi dah dapat mesej dari Urusan Paduka Baginda Pn Permaisuri 😁

Haihhh..tak tahu lah nak cerita ke tak..tapi cerita ja lah ek kan. Sebenarnya dulu kan.. ada sorang Permaisuri Kerajaan berkenan nak menantukan Aku tapi tu lah awal-awal lagi dah nampak..yurshuuuu prepppppp prikkkkkkehkehkeh auhhhhhhh bushhhhhh norrr..norrr.trututtuttuttut!!!!! Paham tak??

Aku yang dulu bukan lah yang Sekarang. Manis Letting lah ada2 Sari Yanti sikit. Jadi tak menghairankan lah Kalo Permaisuri pun boleh terkenan..tapi itu lah, yang Sekarangggg..Kalo Zahira Macwilson Muka bibik, fatin dah Muka Awam, Aku ni Macam Muka ala2 buruh nelayan Dan jugak petani lah hekk...ghituhh lah!! Ada tambahan sikit tu..sebutir beras ibarat setitik peluh petani.

Korang percaya ke cerita Aku ni??? kehkehkeh....Kalo tak Percaya..tahniah lah ertinya korang tak Mudah dikotak katikkan.Yeayyy..rakyat Untuk rakyat! *Tetiba 🤭

Aku merapu saja dah 1 page acamner nih??? Okey lah berbalik kepada matlamat utama entry ini ditulis...alahai nak join giveaway lah dari Permaisuri Kerajaan Kelapa. Korang tahu ke kat Mana?? Tak tahu?? Haishh..yarlah..yarlah sejarah memang out lah korang ni. 

Hah tak tahu klik link sini...baca & hadam. inshallah ilmu baru buat korang. 

Lepas baca dialu-alukan join giveaway Permaisuri Cuya ni sebab hadiah yang dia sediakan memang terbaik tiptop, tatatop...tototop... maksudnya best gilersss!!


Aku harap..ada lah jodoh Aku dengan hadiah sampul Raya ni sebab jodoh dgn putera raja dah terlepas dah. Dah dekat nak puasa kan...jadi Terbekenan sungguh lah!!

SYARAT NYA MUDAH SANGAT..1 ENTRY 1 PERYERTAAN tapi KORANG FOLLOW PERMAISURI KERAJAAN KELAPA NI KAT IG & TIKTOK akan dapat PERYERTAAN BERGANDA.

GO...GO...GO JOIN!!!

P/S: Dah kenapa tulisan besar semua tu??

Wednesday, January 10, 2024

Udang Galah Masak Kari Style Cheery

 Hi, Assalammualaikum Guys...Aku ni memang tak boleh ignore lah dengan udang galah, memang favourite aku wei! Hari ni rajin sangat bukak laptop then bukak blog..check draft,,ok ada gambar yang masih belum dicoret apa-apa. Mari lah kita menulis sikit Resepi. hikhikhik


Ini Udang Galah yer,,kalo dah besar macam ni. Boleh dimakan sebab dia bukan kalajengking hahaha.

Cara nak siang dia..setiap orang mungkin berbeza. Macam aku suka buang taik dan muncung yg tajam tu jer. Aku tak suka menampakkan Udang tu cacat. Biar lah bila kita masak tu nampak lah seekor udang disitu mean ada kepala..Kalo tak dak kepala Kita panggil Hantu Nukekubi.
              

Orait..mula-mula kita tumis dulu bahan-bahan karinya yang ala kadar. Then masuk serbuk kari cap O. 

Aku punya style memang takde nak bancuh-bancuh dah, aku suka macam ni..main campak jer kihkih..baru ada gaya versetile ..


Hah..tu dah Macam pecah minyak tu.


Boleh lah masukkan air asam jawa. Lepas tu masukkan Udang galah tu sekor-sekor. Jangan lupa masukkan perasa. Kang ada lak yang Tanya xmasuk garam ke? Halah..halah..halah kooo!!


Paling tak puas hati Bila makan Udang ni kepala nya lagi besor dari isi. Elok kopek kan...elehaiii..secoet ja isinya tu. Nyampah taw!! Kita dah perut gajah, mana cukup. 

Jadi untuk memastikan perut gajah tadi padat..kihkih..Aku suka hatinya tambah lah fishball fishcake & what the fish yg sewaktu dengannya bagi memeriahkan lagi isi kandungan Kari Galah tadi...eh..Kari Udang galahhh!! 


Siap..hmmm yummy lah teringat-ingat 🤭🤭
Kari Aku ni Tanpa santan sebab Aku ni anti-santan bahahaha....

Eh ...xde2 lah...santan lupa nak beli😂

Selamat Mencuba, korang ✌🏻
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...