Nuffnang ads

Saturday, November 28, 2020

Kenapa Perlu Suka Burger Tepi Jalan?

 Siapa jer tak suka burger? Aku suka! Tiada sebab untuk aku tak suka...bagi aku burger ni 'fast food' dan mengenyangkan. Dan aku pun percaya bahawasanya burger ni merupakan makanan kegilaan masyarakat Malaysia sepanjang zaman 

Buktinya, banyak burger yang telah dijual di pasaran Malaysia sekarang ini, ada burger Ramly, Burger MacDonald, Burger KFC dan Burger King dan tak kurang jugak burger Street iaitu burger yang dijual di tepi jalan dan kawasan terpencil. 

So, kenapa perlu Suka Burger Tepi Jalan? Sebab......

1. MURAH...MURAH DAN SEMESTINYA MURAH!

Aku suka burger Street nih, bagi Aku selalunya lagi sedap dan murah. Kualiti dan harga berbaloi, tak pernah nak menyesal makan street burger ni. Harganya mampu milik. Adik-adik sekolah pun boleh beli sendiri guna duit poket. 

The Real 460 Golden Burger

Taraaa!!! Burger sinaran emas nih bernilai RM 460 ditawarkan oleh Bayan Tree, Kuala Lumpur. Pernah viral October lalu. Kalo macam ini punya harga nak makan pun takut.. yerlah, dah telan emas kan. Mungkin makan burger nih kenyang setahun kihkihkih 😁

So, siapa kata dengan Business burger tak boleh Kaya? Hehehe 😅

'Peaww Burger' adalah burger yang aku suka sangat makan dekat kampung nih. Since pkpb nih aku terkandas kat kampung, so agak kerap lah aku melabur duit pada burger favourite aku ni. Yippee!!!!!

Burger ini berharga RM 2.50..bukan RM 250 yeh hehe

Sayur Mewah Sos Melimpah 🥰

ALuth pun suka 'Peaww Burger'

Ini burger special berharga RM 3.00, bukan RM 300 k 🤗

2. MUDAH DAN ADA DIMANA-MANA

Burger jugak merupakan perniagaan yang mudah untuk dijalankan, sebab apa, burger mempunyai peminat tersendiri dan jualannya pun 'laku keras' setiap hari. Golongan dari kanak-kanak ke orang dewasa suka menikmati burger. So tiada masalah berkaitan target customers. Perniaga cuma dapatkan ilmu atau "Tips perniagaan Burger", macam mana nak rolling modal , macam mana nak masak burger yang sedap, promotion dan sebagainya. Ilmu perniagaan burger nih perlu memandangkan saingan sannngatttt... sengit. 

Gerai burger ni bukak depan rumah ja. So, dimana-mana pun boleh bukak gerai burger sebab macam aku tulis atas tadi, burger tepi jalan ada peminat tersendiri


Modal cilik burger tepi jalan hikhikhik ;p

3. CEPAT DAN MENYELERAKAN 

Kebanyakkan orang ramai termasuk Suri rumah bekerjaya dan agak sibuk dengan routine seharian.  Bila habis kerja balik ke rumah tu, dah penat, dah gelap, dan nak masak untuk keluarga pun dah tak mampu. So untuk senang dan cepat, burger lah penyelesaiannya. Cepat, murah bahkan menyelerakan. Jadi lah...orang kata habuan 'tarik selimut' nak tidur malam tu.


Sebagai alternative, burger pasti menjadi pilihan masyarakat umumnya. Selain mudah, cepat untuk didapati, burger tepi jalan juga lebih menyelerakan..nak nak makan masa tengah panas lagi tu... Superbbb!!!

Kesimpulannya..burger tepi jalan dan masyarakat Malaysia memang tak akan terpisah...bahkan dah jadi satu budaya setempat dah...tak percaya, Cuba congak tengok, masuk kampung mana-mana pun mesti ada gerai burger. 


Atas sebab itulah, aku percaya bisnes tepi jalan ni tidak akan pupus sama sekali dalam masyarakat Malaysia malahan semakin banyak gerai burger tepi jalan ni akan didirikan.

P/S: uolss suka makan tak burger tepi jalan?

Monday, November 23, 2020

Dipanah Petir Ketika Memukat

 


Petang kelmarin Kami dikejutkan dengan kematian orang kampung Kami. Dipanah petir masa tahan pukat di bendang. 

Masa perkhabaran tu, Kami elok ja dah sampai Penang. Suami dapat balik amik Kami setelah hampir sebulan terkandas kat kampung. 


Tempat dia tahan pukat tu kampung Gulau, iaitu kampung sebelah ja dengan kampung Kuala Lanjut. Menurut info orang kampung, dia pergi memukat bawak anak dia yang oku. So far anak dia selamat. 


Lepas dipanah, dia jatuh dalam air banjir nih. Hujan setiap Hari, bendang dah jadi macam lautan dah.


Agak sedih dan terasa kehilangan tu sebab keluarga Kami kenal dia. Seorang anak dan ayah Yang baik pada anak2. Arwah dulu masa Kami kecik, ada bela monyet, dia amik upah petik buah nyuir. Monyet dia lah Kami rajin bagi makan Kalo Mai rumah.


Arwah ada Adik lelaki sebaya Aku, sekolah rendah sama-sama. 

Aku takde niat apa pun cuma nak berkongsi.
Mariah sama-sama Kita sedekahkan Al-fatihah pada arwah.



Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang beriman...semoga keluarga nya tabah...pengakhirannya dgn cara itu, kita jua mendoakan yg baik-baik...kita semua Akan pergi suatu hari nanti, cuma mungkin cara berbeza. Jadi kena sentiasa bersedia...niatkan setiap amalan baik kita sebgai satu ibadah..semoga Kita semua dipermudahkan segala urusan.

Amin...yarobilalamin..

Saturday, November 7, 2020

Review 2: Jurnal Shikin Razali

Jurnal Shikin Razali dengan visi "Menyampaikan ilmu satu Ibadah, mencari ilmu satu jihad " sering berkongsikan  mengenai gaya hidup, kesihatan, hobi, isu semasa, pengalaman dan pendapat serta kerjayanya sebagai seorang penulis. 

Kerjaya sebagai pembantu pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia sejak October 2002 lagi menjadikan blogger kita ini Seorang ulat buku, sangat mencintai kerjayanya dan sudah pasti mempunyai koleksi buku yang banyak. Wah, hebat Kan! Kalo dah 18 tahun dengan buku memang dah banyak bahan bacaan dan ilmu yang diperolehi. 


Paling menarik, Shikin Razali bukan sahaja seorang blogger dan pustakawan malah beliau jugak seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita. So, yang dah lama berpantang tu tapi Masih berangin badan tu boleh lah dapatkan khidmat blogger kita nih. Sebenarnya bukan senang nak Cari perawat urut terapi nih. Biasanya Kita hanya boleh jumpa kat kampung, dan orang-orang lama ja pakar buat khidmat nih. Betul tak betul?? Selain daripada itu, ada penambahan khidmat seperti pedicure, medicure dan facial.

Senang cerita uolls boleh hubungi no. Diatas untuk maklumat Lanjut.

Klik sini untuk blogwalking blog tuan badan


Terima kasih 🤗




Thursday, November 5, 2020

Terkandas di Kampung nan Indah #PKPB

 Hi Assalamualaikum semua sahabat Maya... Sibok ke? Kehidupan aku biasalah sibok dengan anak-anak."Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"..eh betoi ke peribahasa tu? Lately nih hidup Aku sekeluarga diduga Sikit..tak lah seberat mana Insha Allah Kami boleh hadapinya dgn tenang dan senyuman yang cantik bak Bunga. Yeayy..tudiaaa!!

Pemandangan di Kampung Kuala Lanjut nih. Subahanallah..cantik Kan!


Best Cari ketenangan kat kampung.

Firstly, Pemenang GA satu dan dua, Aku belum lagi arrange hadiah diowg. Minggu Lepas Gaya nak arrange tup..tup..ada halangan . Dah tangguh. Aku tetap Akan arrange utk bagi hadiah cuma lambat dan lembab Sikit ja. Harap korang boleh sabar jab yeh. 

Pemenang saguhati..dah arrange hadiah dan dah packing dah. Tnggu nak POS jer belum ada masa lah. Pak hencik sibok kursus Sana sini sinun..dan of course pergerakan aku jadi terbatas sebab si kecik dua orang tu. 

Sekarang pun aku dan anak-anak terkandas kat kampung. Suami hantar balik kg lah since dia kena outstation. Bila dah kat kampung faham-faham lah line internet macam mana. Macam siput sedut, kejab Ada kejab tak der. Kejab OK kejab KO. Gheram plak aku!!!! Ini pun boleh update sebab 3 hari dah tulis entry. Gambar update dalam kete, park kat pekan pendang, sambil tunggu kakak beli barang tu kita manfaatkan masa yang ada. Hehe 

Tambahan pulak Semalam diumumkan MP, Penang kena PKPB, start 6 November sampai 19 November kan.. tak sempat jugak lah suami nak balik amik.....dah terkandas kat kampung lagi lah nampak gayanya.

Anak-anak seronok dok kampung..hari2 ajak jalan meronda kampung. ALuth lah terpaling best, tak lekat kat rumah..berjalan mengekor ayah dan abg chik dia ja kejanya.

Sekecik nih pun tak kurang perangai dia. Seronok nak 'ukur' jalan. Air Muka dia memang mcm tu, monyok memanjang.
Hahaha 😅

ALuth tunjuk bendang...dia kata 'sea!!' hahaha. Tergelak kakak sepupu dia 😅😅

Sekali lagi Aku nak Mohon maaf pada pemenang semua yah. Aku akan arrange hadiah korang secepat mungkin setelah keadaan kembali pulih. Insha'Allah..sama-sama kita doakan Malaysia kembali bersih dari wabak COVID-19 nih. Aminnn 🤗

Jaga diri yah semua!! #kitajagakita 

P/S: Rindu kuarters, rindu rumah, rindu dapur rumah, rindu katil, .... Hmmmm.,.rindu Pak hencik jugakk. kihkihkih 😁 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...