3 weeks ago tak semena-mena aku pergi coti coti muoo...
Tak semena mena sebab tak plan pun..eh bukan!! tak penah plan pun
taw-taw dah tercengang kat muoo..punya nak habaq kata tak plan kan..??
Muoo kat johor wokey?? ejaan baku dia 'Muar' sebutan 'Muoo'..nak jadi owang JB kena pandai sebut
tak pandai sebut sila lah balik ke kuala lanjut a.k.a Kedah..bahahahha -..-
Firstly niat nak pergi sana just nak neman sowang kawan ni balik tampong [read:kampung]
windu kat mak/ayah katanya...eleh!!! Cewii kete bawu la tu!!!!kahkahkah..
**mampus aku klu dia taw ni..^__^
So, aku ni merangkap kawan yang solehah nemankan aje lah..cian plok kat dia yang windu family..
aku faham dan aku xkisah..bila duduk jauh dari family ni windu dia tu lain macam sikit..aku paham,paham sangat {angguk amgguk,angguk angguk}
Sepanjang on the way JB tu,aku tido jer dalam kete..almaklumlah..pantang kena air-cond,mata ni nak
terkatup jer..sabor jerlah..so sesiapa yang travel ngan aku kena belajar redha dan pasrah..amboii!!! siyes bebenor nampak???
Eh,sebelum aku citer part yang seterusnya pasal coti coti muoo ni,aku nak tanya lah napa rakan rakan blogger semua macam dah kurang active?? asal aku bukak blog kowang rasa suram ja?
asal suram aje aku bukak... napa??
ke kowang kabong? PC Perdana menteri kita last night memang menyentapkan semua rakyat apatah lagi family yang terlibat. Memang sangat sedih dan sebak. .. Aku yang dengar luahan penyampai radio aje dah boleh jatuh sebak inikan luahan hati waris penumpang.. tak sanggup rasanya nak dengar lagi..
ok..xpe lah..kadang kadang kita kena redha dan insaf apa yang berlaku..
memang betoi..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..aku pandai lah nasihat sebab xjadi kan family aku sendiri kan..
tapi daripada kita menyalahkan antara satu sama lain, kita muram durja,buat spekulasi bukan bukan..harapkan sesuatu yang tak pasti....apa kata kita dekat diri dengan Maha Pencipta dan minta diberi ketenangan jiwa.. memang susah nak terima sesuatu yang buruk ataw bad luck owang puteh kata tapi ingatlah Allah tak kan uji kita pada sesuatu yang kita tak mampu..DIA uji kita macam tu sebab dia tahu kita mampu.. sebenarnya apa yang jadi kat malaysia sekarang, bermula dengan banjir, kemarau, catuan air,denggi,jerebu, kehilangan MH370,konsert yg membunuh, apa lagi ek?? semua tu ujian untuk rakyat Malaysia. Saya seru diri sendiri dan rakan sekalian marilah muhasabah diri...back to our family ..
**.tiba-tiba**
Okey dah, penat membebel. Back to Muoo..tak mou sedih sedih okey?? Janji kuat kan iman tabahkan hati?? okey??
Sampai jer kampung ofismate aku tu, kitowang disajikan view yang ohsem sangat!!! Feeling winter sonata sat...hahahaha
Memula rasa macam nak turun bergambar tapi teserlah sangat la pulak kejakunannya tu..kang jatuh credibility aku sebagai twin sari yanti...ngeh ngeh...
Lepas rehat secukupnya, kitowang kuar shopping sekejab kat gaint.. nama tempat xingat pulak tapi yang pasti kat pekan muoo...hahahha
Okey, al-kisah sekarang kita berada di taman tanjung ketapang. kawasan ini tempat yang menghubungkan sungai muoo dan laut. ofismate i cakap, klu kucing ko hilang atau mati lemas kat sungai muar,diowang akan lanjutkan pencarian sampai ke sini sebab biasa benda yang hanyut akan sangkut kat tempat ni .
Semua macam jakun giler nengok ikan belacak..siyes scary ok ikan tu sebab ada kaki kedik kedik jalan atas selut tu. Aku macam tertanya -tanya jugak napa selut macam berlobang lobang rupanya ikan belacak tu punya keje. dia duduk bawak selut dan dia menggunakan ekornya untuk korek lobang...
amacam??? rare tak??hahaha
kata orang ikan ni tak boleh makan sebab dua alam...entah lah..
tapi kalu betul leh makan pun aku rasa dah pupus ikan tu gamaknya dimakan manusia...^_____^
Eh, tahap kesopanannya sama laaaa!!!!bahahaha
Contohi lah kami!!*tiba-tiba*
Selain ikan belacak dan monyet/kera ataw orang hutan..erkkk???
orang hutan biasa macam kowang i rasa..hahahha
kitowang jugak dapat tengok ikan todak...
tahu pasal hikayat ikan todak?? tak taw g library baca ataw g MPH,Popular g beli
hehe ^______^ beli buku lah bukan ikan todak yeh?? ikan todak xde jual kat MPH,
untuk tengok ikan todak kitowang singgah komplek marina...semua tempat-tempat ni dekat dekat jer..
biasa family lepak kat sini dan berjoging, main golf, berkelah , mancing dan aktiviti outdoor
Cantik kan??
Aktiviti selfie dan berfoto gedik pun ada
tiba-tiba leh jadi modal papan tanda k..
" nak mancing bayar 5 hingget k, xbayar akan didenda kutip sampah kat pantai"
kihkihkih -____-
** muka siyes xboleh blah**
Ini lah replika lambang kompleks marina
Buah apa???
entah,aku sendiri pun xtaw..kahkahkahkah
Buat ketapang la kot
**Tolong abaikan spare Tyre yang menyemakk kat situ **
Selepas bergambar dengan replika tempat ni kitowang pun beransur pulang
Dah gelap kot..kang kena marah 'anak dara pulang lewat' hihi
K BYE
Memo saringan: Al-Fatihah untuk Arwah. Takziah kepada waris penumpang MH370. Bertabahlah atas ujian yang Allah berikan dan berdoa supaya Allah permudahkan segala usaha untuk mendapatkan bangkai MH370. Berharap dengan penemuan kotak hitam dapat menjawab segala Misteri agar jiwa kita tenang dan redha dengan ketentuan NYA.aMIN