Malas betoi nak update entry, pastu dalam malas-malas pun boleh plak ada episode-episode Kan?. Ingat slot akasia ke hape. Hahaha
Bukan per, malas pun kena update jugak sebab 1st birthday anak plak tu .. memories nih. Harussss celebrate, Kena tulis kat blog. Mak bapak yang over excited walaupun..Kehkehkeh. Takpe biarkan!
Kesian...umur dah tiga poloh an..bawu nak celebrate 1st birthday anak.
Dah!!! tak payah tulis lebih-lebih..dah terguris hati sendiri ni!! Sob..sob..sob
Ini lah project Yang Aku sibok sangat hujung tahun Lepas huhu.
Birthday date baby ALuth sebenarnya jatuh pada 19/12, hari Rabu. Since apak dia kerja dan tetamu mungkin sukar untuk hadir sebab hari bekerja Kan, so Kita buat hari cuti lah yer.
So petang jumaat dua puluh satu haribulan dua belas, Kami celebrate kat kampung halaman, berkongsi rezeki dengan orang-orang kampung. Rasanya buat kecik-kecik jer tapi tak tahu lah kenapa tetiba ramai sangat yang datang kahkahkah. (Aku akan cerita dalam episode ini)
Pastu krismas 25/12 tu pulak sambut birthday baby ALuth dengan cousin dan paktam dia kat bandar. Berkongsi rezeki dengan orang Bandar pulak. Ghituuhh! Dan Yang nih Aku cerita dalam episode 2.
Bukan main baby ALuth yeh, usia baru setahun jagung, celebrate birthday jer dah berepisode Bagai. Ummi dulu takdak pun macam nih..malahan Ummi pun tak mengerti birthday tu apa? Hahaha
Tema hari tu baby boss. Color biru puteh.
See...cake pun bukan main ek. Qaisarah cakap, "Eh...Muka baby ALuth Ada kat cake lah!!!" Hahaha
Makanan yang sempat snap.
Menu Yang aku sponsor bihun sup, pizza homemade, cheezy wedges, yang lain-lain desert banyak yang sedara dan tetamu terdekat sponsor. Contoh mcm cake chocolate moist tu, agar-agar, puding, kuih tepung pelita, brownies, kekacang, kerepek, Ada lagi ke tak sebut? Apa-apa lah. Banyak makanan disponsor tapi alhamdulillah semua habis...tak membazir pun.
Door gift untuk kanak-kanak sahaja.
Wooden puzzle tu seller bagi tak cukup, so nasib baik lah sapa yang dapat tu yeh 😉
Nampak!!! Terserlah Muka Makpak Yang excited lebih! Birthday boy pulak memanjang Muka tak faham, apakah yang sedang berlaku disekeliling ku ini?
Hahaha
Happy birthday to you...tengtengteng
Happy birthday to you... tengtengteng
Happy birthday to ALuth Alfateh
Happy birthday to youuu....
Pom...pom..pom...pang...pang #bunyimercun
Kek nih memang sedap k. Nampak cake tengah potong jer berebut bebudak nak makan. Aku Rasa Sikit jer, tak sempat nak makan dengan rakusnya..sob...sob
Ko nengok, Adik nih sorang jer dah 2 ketul kek. Kat mommy dia tak kasi k. Rakuss! Hahaha
Lepas semua orang kekenyangan, mereka pun beransur mintak diri untuk pulang. Tapi sebelum tu Kami galakkan mereka snap gambar dua tiga das ..tanda Terima kasih kerna datang memeriahkan Majlis. Amboii... Terima kasih orang bagi door gift, Aku soh snap gambar kat photo booth. Hahaha... selalu jer nak buat sesuatu luar tabiat kan.
Nih bff aku yang datang. Sebelah Kiri Awin, kanan Aku tu Ana, dah beranak pun pagi tadi. Dapat baby boy. Yang makan kek rakus tadi anak sulung dia lah. Hahaha
Anak dara sunti
Mak dara sunti hehehe
Family sebelah MIL
Sebahagian tetamu yang hadir dan Yang sudi snap photo kat photo booth DIY
Hadiah baby ALuth yang Aku snap, Yang lain mcm patung penguin, ball, kereta jip tak snap pun. Selain tu baby ALuth dapat duit Raya. Untunglah tak Raya lagi pun dah dpt. Huhuhu.
Masa aku menaip entry nih baru aku terpikir, Ummi baby ALuth tak dapat pun hadiah semua tu...padahai yang beranak keluar seketul ALuth tu Ummi. Yang bwk kehulu, kehilir seketul ALuth nih pun Ummi. Sepatutnya Yang diraikan tu Ummi Kan...Kan? Hahaha..nak jugak laahaii...
Owh..nih Ada cerita selingan Sikit.
The following day, tetiba dapat mesej mcm nih dari member Aku...
Hahaha...Aku dah cakap tadi...untung nasib timbul...dah timbul berebut pulak Adik beradik kehkehkeh. Okey tak lawak langsung huhu