Orang selalu cakap "Curang itu Pilihan" ..Yes aku sangat setuju ini. Sejak 1st episode lagi aku syak drama Perempuan itu akan jadi trending dimana-mana social media pun. Cerita ni agak menyakitkan hati kan? Tapi aku memang kagum lah cara Khalish hadap masalah suami Curang ni. Kuat betul..Kalo Aku tak taw lah, surrender sebelum berjuang agaknya..lari balik rumah makayah dah hahahaha😂
Pendapat Aku lah..nama manusia ni, tak Kira lelaki @ perempuan, Kalo dia nak Curang, ikat, kurung, mengamuk lah mcm Mana pun dia akan Curang jugak. Sebab now zaman teknologi, pelbagai medium dah ada untuk berlaku Curang tu. Aku selalu ingat quote ini "Kita tak akan mampu kawal sesiapa pun, Kita hanya mampu kawal diri Kita sendiri" & "Kita tak mampu ubah orang lain, melainkan Kita ubah diri Kita sendiri".
Baru-baru ni aku ada terjumpa kisah rumah tangga yang seakan-akan kisah Khalish ni. Cuma si suami yang curang tu seorang anggota dan berlaku curang dengan anggota perempuan dia. Kalo tengok pada latar belakang wife dia punya lah nampak perfect bak bidadari syurga, Aurat sangat terjaga, berpurdah bagai but still si suami masih nak curang. Paling menyayat hati si suami berlaku curang selepas kematian anak yang baru dilahirkan. Yes..right, seakan sama kan but ini adalah kisah benar. You know what...kuat betul si isteri ni bila dia join orang agama untuk tangkap khalwat suami sendiri jam 3 pagi macam tu. Bijak..macam-macam bukti si isteri dah kumpul untuk defence her self nanti.
Harapan si isteri cuma satu jer..hope ex husband berkahwin segera dengan perempuan tu. Sebab dah terlalu jauh hanyutnya. Sampai tiap minggu check in hotel...ko rasa?? kalo terjadi pada ko tak meroyan?
Si isteri yang acah-acah nak bijak macam Khalish tu nak track and trace suami masing-masing, aku nasihatkan TAK PAYAH lah. Sebab bila ko dah tahu semua tu aku tak rasa ko akan hidup aman tenteram. Sebab once ko dah tahu, dan kebetulan memang suami ko curang, ko akan berada dalam situasi yang sangat sakit. BUKAN MAKSUD AKU BIARKAN SUAMI BERLAKU CURANG. Tapi letaklah kebergantungan kita hanya pada Allah. Doa & Tawakal. Kalo betul pun suami kita curang ..biar Allah ajer yang tunjuk, then masa tu baru kita bertindak sewajarnya. JANGAN DICARI PENYAKIT KALAU TAK NAK SAKIT..
Mesti akan ada yang cakap lebih baik mencegah dari awal, dari hidup dalam penipuan. Terserah korang! Korang berhak memilih & membuat keputusan.
Hanya sekadar pendapat Aku, seorang isteri yang punya pengalaman sebergitu. Yang pegang hati pasangan Kita tu Allah, even hati Kita pun Allah yang pegang. Kita Manusia apa boleh buat? Berdoa lah, agar hati ini tidak berbolak balik & mohon Allah s.w.t jaga hati Kita, jaga hati pasangan Kita agar sentiasa bertaut kerana Allah.
Kita hidup berumah tangga ni tak akan terlepas dari ujian pun. Banyak isteri yang diuji dengan suaminya dan ada jugak yang diuji dengan imannya. Tak kurang jugak yang diuji dengan kewangan atau dengan kesihatan ahli keluarga.
Semua itu ujian yang Kita perlu hadap & bertahan. Sebab Allah tu kan beri ujian mengikut kemampuan hambanya. Allah uji sebergitu kerana Allah tahu Kita mampu.
So, kita mintak lah pada Allah, supaya rumah tangga Kita kekal & bahagia, saling menyayangi walau apa pun dugaan yang datang.
Ingatlah..bertemu & berpisah ianya diluar kawalan Kita, ia adalah ketentuan/ kehendak Allah s.w.t. Jaga lah hati Kita. Inshallah Kita pasti lebih tenang & bahagia.