Nuffnang ads

Friday, June 29, 2012

Sehijau Warna Daun


Urmmm…selamat siang chinta..(sila baca dgn mood ceria giler) kuang..kuang..kuang..Hari ni aku terkena sindrom “sehijau warna daun”…bukan novel silibus sekolah menengah tu ok.. bff yang teman aku g pasar malam semalam pasti akan tahu kenapa aku terkena sindrom ni..kot..!!! confius sekejab….dia paham ke??


Tak kisah lah tapi mood aku memang baik hari ni..plus aku pakai serba hijau hari ni pergi keje….yup,that Why la entry aku tajuk “sehijau warna daun” … eh jab-jab,seluar aku hitam..still hitam sebab color tu je yang sesuai dengan aku pun..huhu

Cakap soal hijau aku teringat teguran kenalan aku 5 tahun lepas,3 minggu lepas pun budak ofis aku ada tegur. ..soalan diowang lebih kurang macam ni…
Kenapa banyak baju yang kau pakai color hijau?
Hang ni tak dak baju color lain ka?
Setiap baju yang kau pakai mesti ada color hijau,tak banyak pun,sikit..
Kau punya febret color hijau ek??
Aku tengok ang ni dah macam katak pisang…ha! Yang ni kakak aku yang ckp..dia memang kurang garam sikit..

Sebenarnya aku punya color febret bukan hijau ok…tp purple. Aku sukew purple,I love it,sebab bila aku pkai purple aku nmpak puteh..hahaha…

Berbalik pada color hijau tadi,color ni sebenarnya color febret bapak aku. Sejak aku kecik lagi bapak aku suka belikan aku baju color febret dia ni. Baju color hijau tak pernah lepas dari pandangan mata tajam dia. Especially time raya. Bapak aku lah yang sibuk pilih baju raya kitorang bukan mak aku taw. Kadang2x sampai bertekak kat kedai baju akibat mak aku xnak dengar ckp dia. Dah tu jadi lah boria, satu family pkai baju raya color yang sama.Kalau setakat color tema satu family xkisah la kan.masalahnya tiap-tiap tahun color tema yang sama. What the case tu?..Kami anak beranak naik muak ngan color tu..Dia punya the power of febret tu sampaikan bumbung  rumah pun nak taruk color hijau.apa macam,ada bran??..

Apabila kami adik beradik dah bosan dengan color tu mulalah ada yang bengkeng dan nekad xnak pakai baju color tu dah…kakak2x Aku lah tu. Melawan ckp bapak toi diowg ni. Biasalah dah rasa diri besar sikit mula la nak bengkeng. Aku ni pulak ank yang baik dan taat,sama taat dengan mak aku yang pkai je apa baju yang bapak aku belikan. Lagipun aku ni dulu tak dak taste ..alah macam owg tak dak perasaan tu..hidup malas mati segan…lebih kuang macam tu lah.

So,bila aku dah dewasa ni and ada taste sikit aku dah berani test baju2x atau barang-barang yang mempunyai color pelbagai. Tapi even aku elak ,cilok,wiking,superman,wiling macam mana pun color hijau tetap tersisip sikit. Dah jadi macam habit dah. Color tu xleh nak berpisah dengan aku. Itu lah color febret bapak aku…..LOVE YOU AYAH..


daaaaaaaaaaaaaa.......

Thursday, June 28, 2012

Depression


Hari ni genap 6 bulan aku bekerja di rotary mec M) sdn bhd. Dalam tempoh yang singkat, waktu singkat itu lah banyak yang aku belajar. Tentang sikap,tabiat,persahabatan,pekerjaan dan cara pengurusan dan macam-macam lg. ‘Plus sedikit information pasal Bomoh,buatan owg and perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Haha..info tiba-tiba

Siyes, aku tidak sangka owg sekarang pun masih lagi percaya dengan cara perubatan bomoh ni. Sakit and lenguh2x badan sikit ja dah jumpa bomoh padahal entah2x lenguh2x tu sebab salah lending time tido ja. Ataupun rasa xsedap badan,rasa hidup xhappy and murung, ambik cuti 1 minggu sebab nak berubat kampong. Menjadi pulak satu isu bila bomoh tu cakap terkena buatan orang..

Buatan orang???bunting???oh!!no!no! bukan yg tu ok..Buatan owg yang berkaitan dengan makluk2x halus ni. Bukan aku tak percaya perkara pasal makluk halus ni,percaya! Tapi biar lah berpada jangan terlalu taksub. Makluk halus a.k.a perkara ghaib la kan. Jangan sampai kita iktiar mintak pertolongan bomoh yang menyeru makluk ghaib lain yg kononnya jin baik berlawan dengan jin jahat..Tak ker kurafat tu. Kalau perubatan cara ustaz memang boleh dipercayai sebab menggunakan ayat2x Al-qur’an dan bergantung harap dengan kuasa ALLAH.

Apabila kita rasa tak sedap badan atau rasa murung,kawan buat lawak pun tak terasa nak ketawa,asyik nak marah jer even benda kecik je or rasa sedih yang berpanjangan,jangan pulak kita pikir kita ni terkena buatan orang. 1st Step cuba cari punca..pada pemikiran aku ada dua punca mungkin gejala period ataupun kita alami sindrom “depressions” atau bahasa melayunya sindrom “kemurungan”.

Sindrom kemurungan adalah penyakit “seluruh jasad” dimana ia melibatkan kesihatan badan,perasaan dan fikiran. That why we call penyakit seluruh jasad ok?...Dimana penyakit ini akan menjejaskan tabiat seseorang seperti tabiat makan,tidur, aktiviti harian dan juga proses berfikir seseorang manusia itu. Nak info seterusnya baca info ni,hasil carian dari google…
Talian Bantuan: Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila e-mail kepada: mhm@quantumcomp.com

KEMURUNGAN

kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.

Simtom Kemurungan :

  • Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
  • Perasaan bersalah dan tidak berguna
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan, baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif.

BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :

  1. Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
  2. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
  3. Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
  4. Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
  5. Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.
Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

So pada keluarga yang ahli keluarganya mempunyai tanda-tanda “depression” yang melampau bawak lah ke doctor ,jangan pulak bawak ke bomoh. Kecian kat budak tu taw. Bawak ke ustaz pun tidak menjadi masalah,sekurang-kurangnya ustaz tu boleh bacakan ayat pulih semangat pada dia. …

Bye……

Sumber: Majlis Kesihatan Mental Malaysia (MHM)

p/s: Blog pilihan hati  Korn el Jr

Kecundangnya Cinta Sahabat! - Scene 2


Entah apa ada dalam jiwa aku sekarang, nak kata kosong rasanya tak. Tiap hari my Donat msj aku tapi aku still rasa sunyi dari perhatian dia. Mengapa ek?? Rasa cinta tu dah tak membakar jiwa yer???haha…dalam hati ada taman beb..Jom sambung citer hari tu…..

xxxxxxxxxxxxxxxx


Dia masih ingat, semasa di tingkatan satu dia diminati ramai remaja lelaki dan salah seorang remaja itu adalah Muhd Faizal Azizi atau lebih dikenali sebagai Gee dalam kalangan teman-teman. Pelbagai usaha dilakukan oleh lelaki itu untuk memikatnya tetapi hampa. Dia tidak memberi sebarang respon tetapi sebaliknya dia telah menerima Fairuz sebagai cinta pertama. Tindakan Suhana sememangnya  mengecewakan Faizal namun Faizal tidak pernah berputus asa memikat hati Suhana . Kadang-kadang bayangan Faizal membuatkan Suhana rimas. Keadaan masih sama apabila masuk ke tingkatan 4. Dia masih tidak menerima Faizal walaupun dia sudah putus dengan Fairuz hampir 4 tahun. Namun Faizal tidak sesekali berputus asa dia tetap cuba memikat Suhana sehinggakan permulaannya Suhana terpaksa menerimanya hanya sebagai kawan. Sesungguhnya lelaki itu terlalu unik baginya. Akhirnya, sikap bersungguh-sungguh Faizal telah membuatkan hatinya tergila-gilakan lelaki itu. Suhana mengakui, permulaan perhubungan mereka amat manis untuk dikenang.

     “Hai Su, happy birthday.” Ucap Faizal. Suhana  memerhatikan Faizal dengan perasaan terharu. Bertambah terharu apabila Faizal meletakkan sebuah kotak berisi hadiah di atas meja. Suhana terkejut dengan penghargaan itu, sudi jugak Faizal mengingati hari lahirnya. “Terima kasih Faizal,susah-susah ja.” Suhana serba salah untuk menerima hadiah itu. Dia memerhati sekeliling kelas,kosong. Patut la Faizal berani masuk ke kelas bawa hadiah untuknya. Setelah rehat tamat, semua pelajar tingkatan 4 amanah bergegas ke makmal biologi untuk terus belajar, hanya dia terkial-kial ke tandas tadi. “ Tak dak susahnya lah, Faizal ikhlas bagi hadiah ni,tapi kalau Su nak balas kebaikan Faizal,sudi tak Su keluar dengan Faizal.”.. cis tak guna betul,tadi cakap ikhlas, tapi mintak balasan pulak.

     “Emmm… thanks…Su dah lambat ni,nak pegi makmal biologi..bye.” Gara-gara melayan karenah Faizal, dia terlambat lagi ke makmal. Alamat kena leter lagi la hari ini.  

     Dari jauh Su mendengar suara riuh pelajar kelas 4 amanah, dia mengintai dari luar…..Huhh…lega, cikgu tak ada,dia masuk menuju ke meja yang diduduki 2 sahabat karibnya, Yooh dan Iyaah Riuh mereka bercerita disulami ketawa Yooh yang macam pontianak tu. “Hoi,bisingnya,aku kat kelas pun boleh dengar gelak ang tau ak,cikgu mana?”  “Cikgu keluar jap,ada hal. Dia suruh buat experiment ni.”jawab Yooh sambil membelek kertas kerja. Berpura-pura tekun di situ.

    “ Hah!! sibuk nampak?”,sergahan Tie mengejutkan Su,Yooh,dan Iyaah.
“Hang ni apahal terjerit-jerit,kena sampuk ka?”marah Iyaah,kuff semangat aku,nasib baik aku ni sihat walfiaat kalau tak boleh mati terkejut kat sini. “ Takde lah,aku sihat ja.” Iyaah mengerutkan keningnya,apsal la minah ni,tenung aku macam tu. Buang tabiat kut,dah tu tersengeh-sengeh pulak dia. “Semalam ang balik pukul berapa? Ayah ang cari ang kat umah aku.” Iyaah terkejut dengan pertanyaan Tie. “ Apa hal Tie?”Yooh menyoal Tie tanda tidak puas hati. "Tanyalah Iyaah.” Su dan Yooh memandang Iyaah mahukan jawapan. Tenungan Suhana dan Yooh membuatkan Iyaah gugup. Nampaknya dia terpaksa berterus-terang dengan sahabatnya kali ini. Ini Tie punya pasal la, habis bocor rahsia aku.

     Belum sempat Iyaah membuka mulutnya, Cikgu Asyifa masuk ke makmal,semua pelajar 4A bangun dan memberi salam hormat, pelajaran pun dimulakan. Iyaah tersenyum lega,sekurang-kurangnya dia selamat ketika ini. Dia sempat menjelirkan lidahnya pada Tie yang memandangnya seperti tidak puas hati. 

Tuesday, June 26, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat!


Minggu ni bermcam-macam perkara aku alami..mungkin sebesar zarah bagi orang lain tapi ianya sebesar pasir pada aku..dan aku amat berbangga pada diri sendiri kerana dapat menghadapinya..Alhamdullillah bantuan yg maha kuasa aku success...haha poyoss...aku nak kongsikan satu cerita pada yang sudi membaca..(yup,aku sedar aku xde follower)..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Suhana gelisah, dia merenung jam di atas meja. Jam 2.00 a.m. dia masih tidak dapat tidur, walaupun sudah awal pagi. Dia kesal dengan apa yang telah dilakukannya semalam. Hanya kerana satu balasan sms dia telah meluahkan suatu kebenaran pada orang yang telah mengecewakan dan melukakan hatinya selama ini. Dia tahu dan sangat mengerti kebenaran yang diluahnya akan memjadikan lelaki itu ego dan bangga diri. Apa yang perlu dilakukannya lagi, telajak perahu boleh diundur, telajak bahasa padah yang menimpa. Suhana mengirim sms kepada Tie untuk meluahkan kekesalannya.

     “Apa aku dah buat Tie,aku bagi tau kat Gee bahawa satu penderitaan bila aku cuba lupakan dia….aku sedar aku masih cintakan dia. Selama ni aku ego ja. Tak dak sapa boleh ganti tempat dia.” Tiada balasan dari Tie, mungkin juga sudah tidur. Tie adalah salah seorang daripada teman yang masih setia dengannya. Banyak rahsianya yang diketahui Tie, tambahan  pula dia memang suka meluahkan perasaannya  pada Tie. Tie boleh dipercayai dan kadang-kadang nasihat Tie amat berguna dan boleh membangkitkan semangatnya. Kadang-kadang dia juga amat merindui Iyaah dan Yooh. Mereka adalah 4 sahabat yang sangat rapat sejak sekolah rendah lagi. Walaupun kadang-kadang Tie jarang menyertai mereka di sekolah, tapi mereka sangat rapat di luar sekolah. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik dan sangat mengambil berat akan dirinya. Buktinya sekarang ini walaupun masing-masing sibuk dengan karjaya masing-masing tapi mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain.

     Muhd Faizal Azizi , dia takkan lupa dengan nama itu, walaupun nama itu cinta kedua baginya. Hampir 3 tahun mereka berkasih namun tidak membawa apa-apa pengertian. Mereka berpisah kerana keegoan dalam diri masing-masing. Dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan perhubungan itu, lantas dia membuat keputusan untuk putus. Suhana  tidak sanggup terus makan hati dengan sikap Faizal yang tidak lagi prihatin terhadapnya. Faizal banyak berubah setelah pulang dari Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).  Sememangnya dia terlalu merindui lelaki itu pada ketika itu, tiga bulan Faizal meninggalkannya kerana mengikuti PLKN, namun setelah pulang dari PLKN Faizal tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Setiap kali diajak berjumpa, pelbagai alasan yang diberi….sibuk lah!jumpa kawan lah!…pergi makan angin dengan teman-teman dan macam-macam lagi alasan. Keadaan ini menyebabkan Suhana tawar hati dan jalan terbaik bagi mereka adalah putus. Suhana bertambah kecewa apabila dia mendapat tahu Faizal curang terhadapnya. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang kesahihan mengenai perkara ini namun sikap lelaki itu yang tidak kisah dan tidak cuba memujuknya telah membuktikan segalanya. Lelaki itulah yang memecahkan arca kasihnya, yang membuatkan hatinya beku, susah untuk mempercayai lelaki lagi. Dia bukan anti-lelaki tetapi pengalaman yang dilaluinya, menjadikan dia serik untuk bercinta lagi.


Thursday, June 21, 2012

Hari-hari dilarang berpuasa

Oleh kerana aku confius tentang hari yg dihalalkan berpuasa,so aku search information pasal ni....so aku nak kongsi dalam blog aku ni...ini dia..tu kat bawah tu?

xxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxx
xxxxxx
xxxx
xxx
xx 

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
1.       Hari Syak            
Hari syak atau “hari diragui” adalah hari dimana ia diragui tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya’ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
2.       Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
3.       Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
4.       Hari Haid dan Nifas.

5.       Minggu Kedua bulan Sya’ban
Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

So,sapa2x yg belum ganti puasa tu sila ganti cepat2x k.. especially kaum hawa yg ABC tiap bulan tu...aku la tu hehe...

bye... 

Wednesday, June 20, 2012

Wajah seiras,ada Jodoh

Korang perasan tak,Orang dulu-dulu suka sangat bercakap yang klu pasangan tu wajah seiras,ada jodoh. 
Betoi ker?? Fakta ke auta??? Mungkin juga ada logiknya sebab banyk pasangan yg aku perhatikan memang ada iras. Tapi ada juga pasangan yg seiras tp xde jodoh pun..hah!apa macam??

Sometime,untuk sedapkan hati sendiri aku selalu jugak tilik pic aku and my donat,mana lah tau kan ada iras-iras,ada lah jodoh..hehe..old school toi ..Banyak-banyak pic yg aku cari aku terjumpa satu pic tu masa kami dating kat Pantai seagate..masa tu dua-dua owang muka belomoih giler,maklum lah main-main kat pantai (main pasir k)...yg bestnyer nmpk seiras doh*site tepi*..site tepi pun ok lah kan dri xsama langsung...hahaha. Excitednyer tu ya rabbi, tuhan ja taw..ada harapan sikit walaupun just 10%. Gediknya aku naik 50%,so aku pun mesej my donat.." Awak mana? Tiba-tiba teringat plak"...aceh..ceh,padahai rindu.."sy kejew manja, training menembak ni,t sy kol balik k,bye manja".Alahai aku terus down...huhu

Dah lah,stop citer sal my donat...

Berbalik pasal jodoh seiras td. Aku ada terbaca article yg di tulis ole Dr' Tuah pasal jodoh seiras ni.Sebenarnya aku xingat sngt isi kandungan nyer tp aku leh citer ikut kefahaman aku lah..(kalau salah mintak betulkan lah k)

Apa yang aku paham pasangan yang seiras, sebelum mereka bernikah hanya kebetulan sahaja. Tetapi pasangan yang dah lama kawen,yg dah bertahun-tahun,pendek kata ank-cucu-cicit berderet bersusun tu keseirasannya (seiras) tu tinggi..aduh rosak bahasa ibunda..maaf yer.

Try korang perhatikan mak/ayah,tok nek/tok wan korang,korang akan nmpk site tertentu diowg seiras sngat..dari pemerhatian aku memang ada seiras..ok lah susah sngat korang tngok lah pasangan orang-orang lama(orang tua)..ada seiras??? Mengikut teori sains,pasangan yang masa 1st kawen xnmpk pon seiras tp dah  lama kawen nmpk seiras tu disebabkan oleh hormon. Pasangan yang dah bergaul iaitu hidup bersama dalam tempoh yang lama mempunyai keserasian dan tak hairan lah diowg nmpk seiras. Dan kena ingat "seiras" yg aku maksudkan ni dari pelbagai sudut mybe seiras gigi,hidung,mata ataw bentuk muka n mungkin jugak senyuman...hah! lebih kurang mcm tu lah,nama hormon yg terlibat dalam mengseiraskan pasangan suami isteri aku xingat,sumpah xingat..

Cuba tilik pic dibawah,rasa-rasanyer seiras tak pasangan ni.....hehe
"
"

"
"
"
"
"

"
"
"


Bye.....

Monday, June 18, 2012

Kahwin cepat-cepat!


"selamat hari lahir yang ke 25-moga pjg umur, murah rezeki n kawen cepat2"


Tengah2x pura-pura busy mngadap computer,aku dikejutkan dengan bunyi "buzz"..alahai apa tu,,,jgn suspen..lex2x...2 bunyi email masuk la...(rasanyer bunyinya 'tong!')
aku trima email dari bff aku wish besday..alahai terharunya...mmang sngat2 terharu smpaikan tak ternangis aku kat sini...mana taknyer,bawu sngat jer aku mngadu xde owg wish besday...meraih simpati lak..

Tp terharu aku tu kejab je sbb bertukar jd 'dush'..rasa cm kpala terhantu meja...sebab ayt yg last tu 'kawen cepat2x'...haish!...terus aku mengeluh berat,seberat beban yg aku tengah pegang ni,  paperwork yg kena failing. Aku bingkas letak kertas2x tu kat atas meja,berniat nak balas mesej bff...pikir3x...tulis3x...padam balik...pikir lg..tulis...padam balik...pe nak reply ek???..pikir lg...xyah reply lah..haha dah mls nak pikir...

Sekiranya korang dapat mesej mcm ni pe kowang nak reply.????.
insyak allah,thanks??
Nanti aku kawen lah??
Relex r beb awal lg?
Takde calon ah??

atau pun korang bertindak cm aku,pejam mata jer..bukan soalan pun,sekadar wish je kot...atau biarkan korang dianggap zalim koz xreply langsung..jgn jd cm aku k,atleast reply balik ucap thankz koz that wishing...itu 'menghargai' namanya..

bye....

Friday, June 15, 2012

HAPPY BIRTHDAY to me

Today is my birthday, very pathetic because no friends who wish for me..Alahai,very sad. Actually i lost my contact friends since the tragedy last month (drown in the sea)..yup,me and my handphone and all my 'harta benda' fell in the sea.  And because that tragedy i traumatized with the sea and mybe squid also..haha..just joke,atleast i can eat baby squid...do not be surprised, last month i went to terengganu to 'candat sotong'. but
not me 'candat sotong',sotong yg candat i (fell in the sea)...huhuhu

Syukur Alhamdulillah, Allah still give me opportunity to life and celebrating my birthday to 25 years old...still young and obsess k......so,
Here's wishing me success and happiness today and always!


Thursday, June 14, 2012

Kaitan sedu dan sakit jantung

Pagi ni,smpai ja ofis aku terus terkena SEDU..pe ke hal plak,dtg ofis je SEDU..kena santau ke pe ni..haha
guwau je...
Aku tak tahu lah ek pe kena mengena ofis ni dgn sedu aku ni.Ni kali kedua aku SEDU di ofis.kat rumah xde plak kena SEDU..pelik juga aku kan..
Oleh sebab SEDU aku berpanjangan dan smpai aku xtahan kerana kepenatan aku pun jeng jeng jeng......

"BUKA TENET and cari info sal SEDU"..hahaha propa..

 SEDU ni sebenarnya bukan jenis penyakit,dan aku sndiri pun xpasti kategori apa SEDU ni,Mybe ......ah xentah lah...Sini aku kongsi sikit info pasal SEDU yg diceduk dari blog Dr Zubaidi Haji Ahmad......

Sedu berlaku apabila otot diaphragm mengecut secara tidak terkawal diikuti penutupan peti suara lalu menyebabkan bunyi 'hic' dikeluarkan. SEDU biasanya tidak berpanjangan,hanya beberapa minit dan ianya akan hilang sendiri.

Terdapat beberapa cara digunakan untuk menghilangkan SEDU,antaranya:

1) Bernafas dalam bag plastik
2) Menelan satu sudu teh gula pasir
3) Namun dikatakan teknik yg paling berkesan ada lah teknik vasalva-memicit hidung dan menutup mulut dan hembuskan udara dari paru-paru sekuat hati.Dengan itu tekanan dalam thorac akan membantu mengurangkan SEDU.

Antara sebab-sebab SEDU yang dapat dikenalpasti adalah,
1) Tabiat makan yang terlalu banyak dalam satu-satu masa
2) Minum arak atau minuman yang bergas
3) Emosi yg terlalu gembira
4) Stress

Sedu tidak menyebabkan sakit jantung,sebaliknya penyakit serangan jantung boleh menyebabkan SEDU. Walaupun ianya amat jarang, ia disebabkan oleh pengecutan diaphragm apabila saraf vagus dirangsang ketika serangan jantung.

Selepas pembedahan jantung,fenomena SEDU yang berpanjangan berlaku kerana terjadinya radang (inflammation) pada diaphragm selepas pembedahan. Apabila radang ini sembuh SEDU akan hilang dengan sendirinya. Selain itu, Terdapat  ubat yang diberikan pesakit jantung yg boleh menyebabkan SEDU.

So,nak info lg pasal SEDU boleh lah dapatkan dalam blog Dr Zubaidi k..


P/S: dan aku dah tahu napa aku sedu,pe lg sebab mkn terlalu bnyk dlm satu2x masa la...besday party semlm aku melantak buruk xingat dunia...so ni kesannya...SEDU..

BYE.....




Wednesday, June 13, 2012

Narcissistic Personality Disorder (NPD)

Narcissistic Personality Disorder (NPD),juga dikenali sebagai penyakit Narsis.Perkataan Narsis berasal dari sebuah mitologi Yunani iaitu tentang seorang pemuda tampan bernama Narsisus. Dia lebih tampan dari si pria  lain didunia ini sehinggakan ramai gadis memuja dirinya. Bahkan dia amat mencintai bayangan wajahnya. Oleh itu,si Narsisus tidak mampu mencintai sesama manusia. Dia tidak menghiraukan peri yang jatuh cinta padanya kerana dia lebih mengagumi ketampanan bayangan dirinya sendiri.

Seorang Narsisus amat bergantung kepada pandangan orang sekeliling mengenai dirinya yang menampilkan ilusi bahawa dia seorang yang penting,unik dan istimewa.

Terdapar perbezaan besar antara si Narsis dan manusia sihat dimana manusia sihat mencintai diri sendiri adalah normal tetapi bagi Narsis dia mencintai citra diri yang ditangkap oleh orang lain. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders serta American Psychiatric Association pun menyebut beberapa gejala dan kriteria penyakit Narsis,diantaranya:


1) Mementingkan diri sendiri,melebih-lebihkan prestasi dan bakat yang dimiliki,berharap dikenal sebagai      
    orang unggul tanpa ada hasil atau pencapaian tertentu.
2) Terlalu bangga dengan fantasinya dan memiliki tujuan yang tidak realistik tentang keberhasilan yang tiada 
     batas,kekuatan,kepintaran,kecantikan atau kisah cinta yang ideal.
3) Percaya bahawa dirinya sangat special dan hanya bisa bergabung atau bergaul dengan orang yang juga memiliki 
    status tinggi.
4) Memerlukan pujian yang berlebih ketika melakukan sesuatu
5) Memiliki keinginan untuk diberi julukan tertentu
6) Bersikap egois dan tidak memiliki perasaan empati terhadap orang lain
7) Selalu merasa iri hati dengan keberhasilan orang lain dan percaya bahwa orang lain juga iri padanya
8) Menunjukkan sifat arogan dan merendahkan orang lain
9) Mudah terluka,emosional,dan memiliki peribadi yang lemah.

Narsis termasuk salah satu dari penyakit keperibadian. Seseorang yang terkena penyakit ini, biasanya diiringi juga dengan peribadi yang emosional,banyak berpura-pura,antisosial dan terlalu mendramatisir sesuatu

Penderita yg benar-benar dikategorikan Narsis sebenarnya hanya 1% sahaja. Bakinya mungkin mempunyai gejala yang sama namun belum dikategorikan sebagai NARSIS.



Source: http://www.successkid.com/hati-hati-narsis-adalah-penyakit-kejiwaan

Langsing Semudah ABC! - Remaja

Langsing Semudah ABC! - Remaja

BIRTHDAY celebration Today

~RotaryMec group~


Thursday, June 7, 2012

Fenomena Air Pasang Dan Ombak Kuat

Penduduk sekitar Kuala Kedah gempar dengan fenomena air pasang luar biasa setinggi 3.5 meter yang melanda sekitar pantai. Fenomena itu berlaku  mulai 2 petang semalam. Susulan kejadian tersebut penduduk sekitar bimbang kejadian Tsunami yang pernah berlaku lapan tahun lalu berulang lagi...


Fenomena yang sama turut berlaku di sekitar pantai Pulau pinang. Lebih kurang 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak tersebut. Beberapa buah kenderaan yang berada disekitar pantai Padang Kota Lama turut dibasahi air laut apabila ombak setinggi 3.5 meter melanda kawasan itu..Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut yang bergelora.


Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.



Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.


"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya. 





Kredit Berita from Ct N Honey Blog

Wednesday, June 6, 2012

TEKA TEKOK @SEMBANG SEMBANG

Entah kenapa semalam aku sikit xde mood,perasaan rasa mcm down jer,keje yg aku buat semua serba xkena.check walkie talkie pun salah..salah key in..Projek Manager pon geleng kpala dengan keje aku.siyes memalukan..so petang nyer aku buat satu aktiviti yg sedikit menghiburkan iaitu kacau owang..hahahah


Purchasing Dept: Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?


HR Dept: Bagi la a, b, c


Purchasing Dept: Alahai xleh ah,hahaha
HR Dept: Kedekut aih…xthu
Purchasing Dept: Tik idung kah kah kah
HR Dept: Kah kah kah kah…loklaqqqqqqqqqqqqq
Purchasing Dept: Hehe..


HR Dept:  Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja.Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen.bagaimana dia nak pergi tempat tu.
Purchasing Dept: Jalan kaki lah
HR Dept: salahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Purchasing Dept: Dia xpegi la
HR Dept: Salahhhhhhhhhhhh lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Jawpannya ialah: Dia buat muka seposen saja , 50 sen + 10 sen = 60 sen
hahahahahahahaha.


Purchasing Dept: Coihhh…dalam bnyk2x binatang,binatang apa bertelur dan beranak????
HR Dept: manusia
Purchasing Dept:  Salahhhh….Manusia bertelur ker???
HR Dept: Llki bertelur. kAlau xbertelur cam ne nk dpt bby…hihihihihi
Purchasing Dept: Pembetulan…soalan aku binatang,xde sangkut paut ngan manusia lah…huh
HR Dept: Susah la soalan hg…bg la yg sng2 ckt
Purchasing Dept: Eleh tu pun xleh teka..xsusah pun


Jwpan : siput babi-siput bertelur,babi beranak …hahaha
HR Dept: Mn aci…siput babi dgn babi kan 2 jenis binatang


Hg xckp nk 2 binatang
Purchasing Dept:Eleh..aci kat india..


ang td pun xckp muka dia ada seposen..huhu
HR Dept: Mmg la aku xckap sbb kita ni gn computer, computer mn boleh ckp,


Hahahahahaha


????????????


Aku yang nak kenakan owg,tp aku yang terkena balik..huhu cian aku...


bye......

Tuesday, June 5, 2012

Syy... Puasa!

Syy... Kisah Silam Si Dia Kamu Boleh Terima? - Remaja

Friday, June 1, 2012

Bahtera Cinta


Setiap detik hatiku tak pernah putus merinduimu
Setiap waktu dalam solatku mendoakanmu
Setiap kali lapang kau mendapatkan aku
Setiap kali sepi hatiku merintih pilu

Aku... wanita biasa yang menginginkan cintamu
Aku...wanita yang inginkan sedikit perhatianmu
Aku wanita...sesekali inginkan luahan kasihmu
Tapi kau...seringkali mengecewakan aku

Oh Tuhan,
Bagaimana inginku katakan padanya
Agar dia fahami maksudku
Agar dia mengerti perasaan ini
Cinta ini luhur dan bererti buatnya

Suatu hari,inginku menjadi suri hatimu
Waktu itu,inginku melayari bahtera cintamu
Saat itu,inginku menjadikan kau milik aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...