Entah apa ada dalam jiwa aku
sekarang, nak kata kosong rasanya tak. Tiap hari my Donat msj aku tapi aku
still rasa sunyi dari perhatian dia. Mengapa ek?? Rasa cinta tu dah tak
membakar jiwa yer???haha…dalam hati ada taman beb..Jom sambung citer hari tu…..
xxxxxxxxxxxxxxxx
Dia masih ingat, semasa di
tingkatan satu dia diminati ramai remaja lelaki dan salah seorang remaja itu
adalah Muhd Faizal Azizi atau lebih dikenali sebagai Gee dalam kalangan
teman-teman. Pelbagai usaha dilakukan oleh lelaki itu untuk memikatnya tetapi
hampa. Dia tidak memberi
sebarang respon tetapi sebaliknya dia telah menerima Fairuz sebagai cinta
pertama. Tindakan Suhana sememangnya
mengecewakan Faizal namun Faizal tidak pernah berputus asa memikat hati
Suhana . Kadang-kadang bayangan Faizal membuatkan Suhana rimas. Keadaan masih
sama apabila masuk ke tingkatan 4. Dia masih tidak menerima Faizal walaupun dia
sudah putus dengan Fairuz hampir 4 tahun. Namun Faizal tidak sesekali berputus
asa dia tetap cuba memikat Suhana sehinggakan permulaannya Suhana terpaksa
menerimanya hanya sebagai kawan. Sesungguhnya lelaki itu terlalu unik baginya.
Akhirnya, sikap bersungguh-sungguh Faizal telah membuatkan hatinya
tergila-gilakan lelaki itu. Suhana mengakui, permulaan perhubungan mereka amat
manis untuk dikenang.
“Hai Su, happy
birthday.” Ucap Faizal. Suhana memerhatikan Faizal dengan perasaan terharu.
Bertambah terharu apabila Faizal meletakkan sebuah kotak berisi hadiah di atas
meja. Suhana terkejut dengan penghargaan itu, sudi jugak Faizal mengingati hari
lahirnya. “Terima kasih Faizal,susah-susah ja.” Suhana serba salah untuk
menerima hadiah itu. Dia memerhati sekeliling kelas,kosong. Patut la Faizal
berani masuk ke kelas bawa hadiah untuknya. Setelah rehat tamat, semua pelajar
tingkatan 4 amanah bergegas ke makmal biologi untuk terus belajar, hanya dia
terkial-kial ke tandas tadi. “ Tak dak susahnya lah, Faizal ikhlas bagi hadiah
ni,tapi kalau Su nak balas kebaikan Faizal,sudi tak Su keluar dengan Faizal.”..
cis tak guna betul,tadi cakap ikhlas, tapi mintak balasan pulak.
“Emmm… thanks…Su dah
lambat ni,nak pegi makmal biologi..bye.” Gara-gara melayan karenah Faizal, dia terlambat lagi ke makmal. Alamat
kena leter lagi la hari ini.
Dari jauh Su mendengar suara
riuh pelajar kelas 4 amanah, dia mengintai dari luar…..Huhh…lega, cikgu tak
ada,dia masuk menuju ke meja yang diduduki 2 sahabat karibnya, Yooh dan Iyaah
Riuh mereka bercerita disulami ketawa Yooh yang macam pontianak tu.
“Hoi,bisingnya,aku kat kelas pun boleh dengar gelak ang tau ak,cikgu mana?” “Cikgu keluar jap,ada hal. Dia suruh buat
experiment ni.”jawab Yooh sambil membelek kertas kerja. Berpura-pura tekun di
situ.
“ Hah!! sibuk
nampak?”,sergahan Tie mengejutkan Su,Yooh,dan Iyaah.
“Hang ni apahal terjerit-jerit,kena sampuk ka?”marah Iyaah,kuff semangat
aku,nasib baik aku ni sihat walfiaat kalau tak boleh mati terkejut kat sini. “
Takde lah,aku sihat ja.” Iyaah mengerutkan keningnya,apsal la minah ni,tenung
aku macam tu. Buang tabiat kut,dah tu tersengeh-sengeh pulak dia. “Semalam ang
balik pukul berapa? Ayah ang cari ang kat umah aku.” Iyaah terkejut
dengan pertanyaan Tie. “ Apa
hal Tie?”Yooh menyoal Tie tanda tidak puas hati. "Tanyalah Iyaah.”
Su dan Yooh memandang Iyaah mahukan jawapan. Tenungan Suhana dan Yooh
membuatkan Iyaah gugup. Nampaknya dia terpaksa berterus-terang dengan
sahabatnya kali ini. Ini Tie punya pasal la, habis bocor rahsia aku.
Belum sempat Iyaah membuka mulutnya, Cikgu Asyifa masuk ke makmal,semua
pelajar 4A bangun dan memberi salam hormat, pelajaran pun dimulakan. Iyaah
tersenyum lega,sekurang-kurangnya dia selamat ketika ini. Dia sempat
menjelirkan lidahnya pada Tie yang memandangnya seperti tidak puas hati.
bersambung..........................
No comments:
Post a Comment