Nuffnang ads

Tuesday, September 29, 2015

Hari Raya Aidil Adha di kampung Saya

Ewahh...tajuk entry dah macam karangan budak darjah tiga dah.

Macam mana raya aidil Adha korang?
Meriah ke? Ke meriah dengan BP yang mencanak naik?? Hahaha

Dah jadi musim dah..lepas raya haji ja mesti Klinik Dan hospital penuh dengan pesakit darah tinggi kan,masing2 tunggu Q nak check doctor ...kehkehkeh..yang sakit takde kena mengena dengan daging Baik xyah g Klinik dulu.. Hahaha

opss..ter kuongajaq plak -..- hehe



BBQ ayam Dan daging. Sedap ooooo....!!!!

Raya aidil Adha pada family aku tak meriah mana pun. Satu family dalam kesedihan. 1 week sebelum raya kehilangan Mak sedara sebelah ayah. Hari raya aidil Adha pulak kehilangan bapa sedara sebelah ayah jugak.

Actually, empat kehilangan sedara sebelah ayah tahun ni. 2 bulan lepas bapa sedara dan sepupu ayah meninggal. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

T___T

Aku sendiri pun plan asal tak nak balik raya haji tahun nih, kononnya nak save budget. Almaklumlah aku kan baru aje keje, so Banyak benda lah nak kena settle kan dulu yeh. Tapi sehari sebelum raya tu parent aku call suruh balik jugak. Pahal nak Raya sensorang? , tanya mereka kepada anakanda tercinta. Anakanda pulak terkebil kebil nak jawab dan tak sampai Hati jugak, so balik jer lah...heheh


Aku tolak balik kampung Kat Kedah nun sana, pagi raya jam 4.30 am macamtu. Sampai Kedah dalam pukul 9 mcm tu. 
Sampai ja rumah masing2 dah terbongkang macam ular sawa kenyang...
hoii, makan tak tunggu aku!!!

Apa lagi , dapur lah aku tuju dulu. Bukak periuk nasi, makan nasi dengan Kari daging. Aku makan lemang pagi2 tak lalu. Sikit pun aku tak pandang lemang yang menari makyong di atas meja makan. 

Giler..cekal jiwa raga aku... hahaha


Aku paling lambat balik, so gambar raya memang takde lah..dah lah Baju raya aku pun entah pape. '10 C On (read tension) makkk!! 
#Mata Kat atas#


Tengok jelah gambar aku mengedik dengan Anak sedara yang turut sama mengedik.


Anak buah yang Baju kuning atas tu tunjuk Anak ikan dia Bela. 3 ekor semuanya. Bercerita pasal ikan macam karangan 360 patah perkataan tak kurang tak lebih. Macam lah makteh paham sangat jiwa perternak ikan nih. Habih kuat makteh angguk dah respond 'OOoooooooo!!'
Panjang sikit 'o' tu, cukup kan 360 patah kata ..hihi :-p

Owh yah..masa tengok ikan nih lah dapat berita pasal bapa sedara meninggal. Masa tu tengahari dalam jam 1 lebih2 macam tu. Tewus kitorang rushing balik kampung ayah. Tak jauh pun dengan rumah, dalam 15 minit jer tapi driff tak menahan huhu


Ini hasil korban raya kedua dekat masjid kampung aku. Selain daging,lidah,telor Dan kaki lembu, ayah aku dapat kepala lembu jugak. Rezeki aidil Adha. Tapi Banyak yang sedekah Kat orang lain . kami sekeluarga tak nak makan sebab kakak sulung Dan Mak tak boleh makan, masing2 Ada sakit buah pinggang Dan darah tinggi. 


Petang raya kedua tu, buat laksa dan agar2 santan nih. Sedap Wa cakap lu. Macam biasa, gambar laksa tak snap sebab Banyak fikir nak makan dari fikir blog kahkahkah.
Motif??? Tak Ada motif..wekkk :-p


Ini pulak kisah raya ketiga.. Pagi tu siap lawa2 g shopping ! ahahahaha...dalam dok sedih Ada Hati lagi nak shopping. Dah lah shopping barang entah hape2. Akak Tanya, apa motif beli berus sabut? Ntah, aku sendiri pun tak tahu. Time pilih Pasu untuk pokok cili, aku nampak berus sabut tu lawa ja tersusun Kat rak, warna warni pulak tu,ada jalur color merah,coklat lembut Dan color coklat gelap. Bukan kah lawa itu?
Kat KL mana Ada lagi kan?
Aku bagi Mak aku, hadiah hari IBU.
Hahaha...tak snap plak gambar sabut tu.


Balik dari shopping, kereta penuh depan rumah. Eh..Ada datang masuk minang I ke? Ecewah..pasan boleh? Owh..kenduri jiran terdekat, selang 2 biji rumah. Siap2 pakai Baju yang sesuai pergi kenduri rumah jiran.
Jumpa Kawan sejak zaman hingusan... Amik gambar sekilo dua. Okey siap! Tampal Kat blog satu ja. Tak leh banyak2 nanti berat.hihi


Malam tu bubuh inai...Tak dak arah, saja nak buat havoc. Pastu ofismate tegur, eh u balik kampung bertunang ke? Ke kahwin? 

Apalah sedih sangat.
 inai kawen gupo nih??? 

Okey, dah lah.ngantok dah.gud nite laling laling semua Zzzzzzzz 🙇

Perfectly you,
Ct cheery



Sunday, September 27, 2015

Tesedak jerebu, IPU tinggi ke?

Pagi tadi sampai ja PJ dari kampung tewus berkurung dalam rumah. Tak tahan dengan udara sekarang. Keluar ja Dari kete nak pegi toilet masa dekat R&R Tapah, tewus tersedak udara. Batuk tak leh nak control. 

Oh tuhan, INI ke asap yang mematikan semua orang yang beriman?
 (Tiba2 rasa takut Dan insaf)

Tewus masuk station, beli air 2 bottle. Fuh ...lega tekak. Banyakkan minum air yah korang..sekarang jerebu penyakit pun dah macam2. Air ja penyelamat buat masa ni.

Best lagi Kat kg..nyaman ja amik udara Kat kampung..dengan pokok2 menghijau, air sungai yang mengalir deras, rasa Selamat Dan tenang. Balik PJ tewus serabut kuasa dua. Esok nak kena keje pulak...owh..lagi serabut kuasa tiga! Hahaha -..- 

(windu kampung pulak!! Aduyai)



Aku bawak balik pokok cili Dari kampung. Windu kampung leh lah tengok pokok cili. Tengok pokok cili ja windu kampung kan. Boleh lah dari takde. Adik aku cakap, sampai sekarang dia tak faham motis bawak balik pokok cili tu. Belum tentu besar belum tentu berbuah. Silap2 mati tak dijaga. Eh. Hello, suka hati I lah!
(Jeling adik)

Aku bawak balik 2 pasu pokok bunga pukul 10 jugak. Tak sabaq nak tengok dia berbunga Dengan Banyak. Pokok bawang tu aku tanam minggu lepas. Dah tinggi dah daun dia..sebelah aku dah potong goreng dgn ikan kering.


 Wah...ikan kering aku nampak menarik. Bangga korang taw, dapat makan hasil tanaman sendiri walaupun cuma pokok bawang hahahaha. Orang yang berbudi pada tanah nih, tak sia-sia *tiba2*

Okey korang...update sekadar isi masa terluang. Next entry aku cerita pasal raya k.
K babaii ^__^



Tuesday, September 22, 2015

Expose Mistik: Nenek, Cari apa tu? - Part 3


Nak sambung citer nenek sebelum blog bersawang sempena cuti raya. Lusa ja kan raya. Sebelum Kak Anne meroyan nak taw conclusion citer nenek nih, Baik aku sambung...hahaha

Peace Kak Anne, no war ^__^

Lepasni tobat lagi dah nak wat entry main part part nih.. Bukan apa worry tak terupdate...aku kan retis, so busy memanjang..ngeh..ngeh..ngeh

Lepas aku tahu citer sebenar nenek tu, lewat petang tu aku balik ke PJ. On the way balik tu doa halau setan memang tak berhenti aku baca. Telan air liur pun laju-laju ja.
Punya takut pendamping nenek tu ikut aku. Hahaha

Alhamdulillah tak de benda yang tidak dikehendaki ikut aku..aku balik smpai rumah sensorang ja. Bayang-bayang aku ja Ada. Opsss....hehe

Owh.. Before aku forget, plan asal aku patut balik awal, lepas lunch cmtu tapi tergendala planning aku tu sebab Anak Dikla Si sha tu jatuh dalam bilik air.

So..perihatin punya pasal aku bawak lah g emergency hospital banting. Doc check suspek Ebola tapi yang aku musykilnya doc tak tahan ward pulak. Ini pelik tapi benar benar terjadi.

Aku syak Si sha nih demam terkejut. Dan paling mengejutkan Si sha ni tunjuk peha dia lebam2 mcm Ada kesan gigitan.

Dan mungkin jugak dia demam sebab hilang darah. Mana pergi darah dia? Apa yang terjadi? Kesan gigitan apakah ITU?

Jawapannya 'benda' yang buat ja tahu ! hahaha ..sakit hati tak ngan jawapan tu?
(Tak lama nak kena sepak cheery ni!)

Laaa..sungguh kan? Okey lah, Allah yang maha mengetahui yang nyata Dan tersembunyi.

Aku dah Selamat balik PJ so aku dah tak amik port apa yang berlaku. 2 weeks lepas tu aku pergi rumah Dikla lagi sekali.

Alhamdulillah.. Semua anak2 Dikla sihat2 takde pulak yang hilang ke hapa kan tapi Ada citer yang menyakinkan bahawa nenek tu memang Ada pendamping. Kejadian ni berlaku pada hari selepas aku balik tu. Seorang budak perempuan, Anak jiran sebelah rumah Dikla kena histeria atau tepat skali kena rasuk. So, parent dia bawak lah pergi berubah secara traditional.

Menurut Ustaz yang rawat budak perempuan tu, dia diganggu oleh 'benda' yang Ada di rumah Dikla. Dan Ustaz tu suruh parent budak perempuan tu nasihatkan Dikla supaya hantar nenek tu balik kalo nak Anak diowang sembuh.

Diceritakan dikla jugak,esok nya waktu senja nenek tu buat hal lagi. Dia bungkus semua baju dia, jalan kaki pergi tunggu Kat station bus. Sebelum dia keluar dia Ada telefon adik aku mamat. Kitorang tak faham macam mana dia boleh dapat no adik aku sedangkan adik aku tak pernah kenal dia pun. Menurut adik aku dia dpt panggilan tu dia tak kenal siapa pun. Dia layankan aje...hahaha. Nenek Tanya dia bila nak datang amik nenek balik ni? Datang amik nenek malam ni, nenek nak balik! Lepas tu adik aku nih sengal pergi layan. "Yeh..yeh nek, jab lagi mat hantar nenek yeh!". Padahal dia tak taw pun sapa yang kol dia, sengal kan adik aku ni? Adik aku fikir orang salah no, so dia layan jer lah. Taw2 Dikla kol Tanya dia nenek Ada kol ke? Dari situ bawu dia kenal siapa nenek.

Disebabkan adik aku dah berjanji dengan nenek lah, dia kena hantar nenek malam tu jugak. Siap nenek tunggu Kat station bus lagi. Giler tak hantar!

Malam tu diowang redah jugak hantar nenek Kat Pahang. Dengan penat keje tak habis bagai terpaksa lah hantar, dah dia buat perangai smpai mcm tu. Yang hantar dia masa tu dikni,husband dia Dan Adik aku mamat. Tak pasal Adik aku terjebak sama. Hahahah

Menurut 3 orang yang terlibat hantar nenek, nak masuk ke kawasan rumah nenek sangat gelap Dan terpencil. Rumah nenek masuk ke pedalaman. Masa diowang smpai tu, tiba2 nenek rebah dekat depan rumah. Dikni cepat2 masuk rumah bukak lampu. Diowang cakap giler berat sangat nenek smpai 3 orang angkat pun tak Boleh nak gerak padahal nenek kurus ja Wei. Sangat tak masuk akak 3 orang dewasa tak dapat nak angkat nenek yang kurus Dan kecik tu. Husband dikni baca DOA untuk mudahkan urusan diowang. Lepas selesai semua diowang terus balik sebab diowang cakap xboleh nak duduk lama-lama rasa seram sangat rumah nenek. Masa diowang masuk kereta nak balik  nampak Anak sedara nenek yang nama Muhamad tu. Muhamad duduk area rumah nenek jer, nampak diowang balik Muhamad pandang jer Dari jauh.

Masa diowang on the way balik ke Selangor, tiba2 dikni dapat panggilan Dari nenek. Nenek nangis Tanya dikni kenapa hantar dia balik. Dia dah tua tak larat dah, Napa tak nak jaga dia. Dikni ckp Kat nenek, nenek yang mintak dia hantar balik.  Nenek nangis, dikni cakap sedih sangat tapi dia tak terdaya nak tolong nenek.

Kesimpulan Dari cerita nih, pendamping yang Ada pada nenek bukan belaan nenek tapi dihantar oleh saudara terdekat nenek. Menurut cerita, nenek Ada Banyak harta dan jugak Wang pampasan arwah husband dikni dulu also dapat dekat nenek. Si Muhamad ni takut nenek tukar nama dikni kepada pewaris harta2 nenek. Selepas arwah cucu iaitu husband dikni, nenek tak Ada pewaris lain. Jadi Si Muhamad  guna Cara halus untuk control nenek. Orang tua Wei, dah lemah tenaga pun kurang. Nak lawan pun tak terdaya dah.

Kenapa nenek kol adik aku Dan mintak datang amik?...sebab dia fikir adik aku tu Anak sedara dia.. Nama nak sama, dua2 muhamad jugak.

So...ITU ja kesimpulan aku nak bagi. Kalo korang baca cerita aku ni Dari part 1, mesti korang dah boleh fikir kesimpulan yang lagi Bernas kan....

Kesimpulan aku, kesimpulan orang malas type..kihkihkih

Gelak macam nenek kebayan...k babai

P/s: patutlah nenek cakap dia tak boleh nak solat. Kesian nenek, umur macam ni tak dapat beribadah dengan sempurna. Moga Allah bagi balasan kepada orang yang menganiaya nenek...Amin.

Related entry;

Sunday, September 20, 2015

Expose Mistik: Nenek, Cari apa tu? - part 2

Okey..let's sambung citer nenek semalam!


Lepas Dikla cuit aku suruh diam tu, aku pun sambung main games Kat handphone. 
Nenek baring balik Kat tilam tu sambil tido mengiring ke tepi mean membelakangi aku.

Aku kusyuk main games sampai leka, serious tak taw pukul bape masa tu. Aku nampak nenek bangun ke bilik yang dia tido tu. Aku langsung tak amik port sebab malas nak bising..kan semua tido so tak nak lah ganggu dengan suara aku kan.

Lama jugak lah dia Kat dalam bilik tu. Lepastu dia keluar dengan bawak beg baju, pergi ke pintu utama, bukak kunci macam  nak keluar. Memang dia nak keluar pun, dia bukak pintu seluasnya. So cahaya lampu luar rumah pun masuk dalam, so terjaga lah semua yang tido berdekatan tv. Dikni tengking nenek "Nenek nak pergi mana nek? Masuk nek! Tutup pintu , semua owang tengah tido ni kan?" 

Nenek cakap "Aku nak balik, tu Muhamad dah datang tu!"

"Mana Ada Muhamad datang nek, sy kan yang bawak nenek datang sini, nanti saya hantar nenek balik lah! Masuk nenek!!"

"Tu, Muhamad dah panggil nenek tu?"

"Takde,takde! Nenek masuk, tido! Tutup pintu!!"

Aku Kat sudut sini, perhati ja conversation dikni dengan nenek. Aku dapat rasakan Ada something wrong ngan nenek ni.

(Malam tu aku tak tahu lagi nenek Ada pendamping?)

Pastu, nenek tutup pintu Dan jalan masuk ke bilik sambil membebel. Pintu bilik dia xtutup so owang Kat luar ni still dengar lah dia membebel. Maybe xtahan nak tadah telinga, Tini tengking lagi nenek "Bebel apa lagi tu nek, tido lah!!"

Aku dah macam tak puas hati dah dengan dikni, pahal KO nak biadap sangat dengan orang tua kan. Taw2 Dikla Kat sebelah aku bersuara, berbisik lah dengan aku...
" Eh dikni ni, berani sungguh!"

Aku pun Tanya lah Dikla, apahal dikni tu biadap sangat? Dikla pun bagitau aku, Ada setengah situasi bukan nenek tu yang bercakap. Bukan suara nenek.

Masa tu aku dah mengucap panjang dah. Berulang ulang Kali aku baca ayat kursi. Tak lama aku nafas lega sebab azan subuh. 

Lepas azan tu, aku bangun pergi dapur minum air, tengah minum tu aku rasa macam Ada orang perhati aku, aku toleh Kat pintu masuk dapur. Nenek tengah perhati aku. Aku dah pucat masa tu, takut baq ang. Bila masa pulak dia tercegat Kat situ kan. Nak cover punya pasai aku Tanya nenek nak air ke? Dia angguk. Pastu aku letak air satu gelas atas meja, suruh dia duduk Kat kerusi. Dia berdiri pun dah terbongkok bongkok, kesian tengok.

Dalam hati tak berhenti baca ayat kursi Wei...DOA janganlah pendamping tu berkenan Kat aku. Yerlah Baik sangat kan, comey cam sari yanti lak tu hahahaha
Okey guwau..guwau! 

Lepas bagi dia air aku pun balik dok Kat tempat tido. Tak lama pastu dia kuar Dari dapur mintak sejadah Kat aku. 

Aku suruh nenek pergi amik wuduk dulu, aku amik sejadah untuk dia. Aku masuk bilik amik sejadah hampaq arah kiblat.
Dia masuk bilik amik telekong dia dalam beg. Bila masa dia letak beg baju Kat dalam bilik solat tu pun aku tak taw. Mistik sangat nenek ni. Hahaha

Aku tak kuar ..duduk penjuru bilik sambil main tepon. Aku nampak lah dengan ekor Mata nenek bawu nak takbir Allah hu akhbar taw2 dia duduk senyap 2 minit cmtu pastu dia bukak telekong. Aku dah terkaku Kat situ sambil Mata perhati dia.

Aku Tanya nenek, dah sudah ke nek??
Pastu dia balas, nenek tak leh nak solat!
Tu jer dia cakap, dengan wajah sedih. aku tak Tanya Banyak bila dia cakap nenek lapar! 

Okey nenek pergi lah tido dulu, jab lagi sy buat roti telur Kat nenek yeh.
Dia dengar cakap aku Wei, dia amik beg baju dia buat alas kepala ,tido Kat tilam tempat semalam tu. Sampai lah ke pagi. Dah dia tido elok ja, aku tak buat lagi roti telur tu nanti sejuk tak sedap lak kan. Sampai dah siang sikit bawu aku buat roti telur untuk dia. Dia makan Banyak. Aku kasi dia makan ubat, titik ubat Kat Mata dia pastu taw-taw dia masuk bilik, tido.

Berkerut dahi aku bila aku Tanya Dikla mana nenek, Dikla cakap tido dalam bilik.
Pelik..owg tido dia berjaga..owang berjaga dia tido. Okey..think positive maybe kesan ubat dia makan tadi.

Pastu masa Kat dapur tengah buat roti telur untuk budak2 pulak, bawu diowg cerita Kat aku pasal nenek Dan pendamping. Aku rasa macam nak sekeh jer sekor2. Kalo aku taw, aku tak mau tido situ malam tu. Aku pun cerita Kat diowang pasal aku nampak bayang2 Kat tingkat bilik utama. Lepastu Anak buah no. 2 yg dah remaja tu cakap dia pun nampak masa malam tu. Dia nampak bayangan orang tubuh besar Mata merah. Rupanya Ank buah no.2 ni, tido dalam bilik sensorang. Aku tengok muka Si sha ni pucat. Aku Tanya napa ni muka pucat? Dia cakap tak larat, mcm nak demam. Pastu mama dia suruh makan ubat demam. 

Kami Kat dapur tu sambung sembang lagi pasal nenek. Masa tu dikni takde, Kat depan tengok TV dengan new husband dia. Yang Ada masa tu aku,Dikla, anak sulung dia Fara Dan Ank no dua sha. Dikla citer actually dah 3 hari nenek Kat rumah diowang. 2 mlm tu termasuk smlm Ank dia yang baby tu memang asyik menangis ja tengah-tengah malam.
Nenek suka bercakap sorang-sorang. Ada satu malam tu dia pergi berjalan ke arah belakang rumah. Si Fara ni mengendap Kat cermin bilik. Dia nampak nenek tu gamit tangan macam panggil seseorang arah hutan kelapa sawit. Pastu Fara tak berani dah Nak ngendap nenek.

Aku cakap Kat diowang maybe faktor USIA lanjut. Manusia bila dah tua mcm mcm pe'el. Ada yang bila  tua nyanyuk. Ada yang bila tua, diowang dengar mcm Ada orang berckp dengan diowg tp takde pun. Kita yg dengar ni fikir diowang ckp ngan saka. Rupanya sebab gegendang telinga diowang dah tak normal, jadi sensitif dengan bunyi. Ada yang perangai kebudak-budakkan.

Aku positive giler kan..padahal takut sebenarnya. Sebab tu kuar mcm2 teori. 
Wahahhaha

"Abih yang sha nampak,makteh nampak semalam tu , apa?" Aku terdiam...tiada jawapan untuk ITU.

Dikla cakap apa yang aku dengan nenek tu cakap, dia dengar. Dan nenek raba tempat tido kami Kat bahagian kaki tu pun dia rasa tapi dia takut nak bangun. Hahaha yang ni serious lawak...ada benda merayap Kat kaki KO, KO boleh tak bangun. Kalo betoi benda tu, dia hisap darah mcm mana?

Dikla cakap, benda benda tu memang cepat bau benda2 darah nih. Aku pulak period malam tu, no wonder dia main Kat kaki. 

Aku Tanya Dikla,dikni tahu tak? Napa tak suruh dikni hantar nenek balik. Aku tengok nenek memang nak balik sangat2. Dikla ckp bukan nenek yang nak balik sangat tu tapi pendamping dia yang nak balik. Pendamping dia takut sebab, Dikla and dikni Ada bincang nak bawak nenek pergi berubat Kat sorang ustazah tu. 

Okey..no wonder malam tu dia Bebel. Maksudnya malam tu dia tengah berinteraksi dengan benda tu.

Aku Tanya diowang confirm ke nenek Ada pendamping. Dikla cakap memang confirm sebab nenek yang mintak tolong dia, Cari Ustaz untuk buang benda Kat dia. Masa dia mintak tolong tu dia normal.

Aku dah rasa macam cerita hantu niang rapik dah masa tu T___T

Aku decide nak balik siang tu. Diowang tak kasi, nak aku tengok apa jadi pulak malam ni. Aku cakap aku memang tak boleh sebab masa tu aku memang dah tak cukup tido, esoknya nak keje. Aku kena balik jugak.

Actually, Ada conclusion untuk citer nih..
Sambung part 3 pulak nanti yeh..babai korang ^__^

To be continued....

Related entry;

Saturday, September 19, 2015

Expose Mistik: Nenek, Cari apa tu? - Part 1

Assalammualaikum....

Okey, Jom citer pasal expose mistik.
Malas dah Nak hutang2 entry ni..kang kurun bila pulak Nak up entry kan. Aku baru pasan Hikayat Si gadis labuci tu dah makan tahun kan...in progress dah setengah tahun dah rasanya hahahaha

Okey...tutup TV tutup pintu Dan tingkap, tarik selimut sampai paras Dada, tangan kanan peluk bantal,susun bantal Kiri kanan,atas bawah...giler buruk perangai tido 6 biji bantal dia sorang kan. Hahaha

Lampu jangan lah tutup kang bergelap Cmner nak baca kan citer ni kan..aduyai!!

Citer kisah seorang nenek yang berasal Dari Pahang yang datang ke kl untuk operate Mata. Eh..tak bukan operate sangat pun yang buat LASIK tu..dekat hospital swasta. 

Nenek ni sebenarnya manusia normal macam kita jugak...tapi dia Ada pendamping. Saka atau hantu raya tak pasti pulak...hihi

Kisah ini bermula pada malam sabtu..dimana aku pergi ke rumah adik sepupu untuk ziarah jer..tapi petang tu spupu aku dipanggil Dikla mintak aku tido rumah dia. Saja jer dia cakap kasi meriah sikit umah tu sebab adik dia pun datang rumah dia jugak..adik dia tu sebaya aku, aku panggil dikni, kwn Baik masa kecik2 tapi bila mai besaq xbaik pulak..pasai pa pun tak taw lah
 (hamik..kuar bahasa Kedah aku )

Actually, nenek ni nenek mentua dikni ni. Nenek kepada bekas suami dia. Suami dia dah meninggal tahun lepas sebab kanser
Lepas husband dia meninggal..dikni ni lah diamanahkan untuk tengok2 kan nenek oleh arwah husband dia. Arwah tak Ada adik beradik lain only nenek jer yg jaga sejak kecik. Tapi nenek ni ada lah Anak sedara yang lain. Tapi Anak sedara yang lain tak amik tahu.

Siang hari sabtu tu nenek tu adalah Kat rumah dikla. Dikni belum hantar balik lagi sebab minggu depan katanya. Mean seminggu gak nak kena duduk situ. Dikni mintak Dikla tengok2 kan buat makan semua kan. Yelah orang tua Mata tak bape nak nampak sangat so, tak sampai hati lah kan nak terus bawak balik kampung sensorang Kat rumah kan.

Seram bermula pada malam sabtu tu, semua pakat tido ruang tamu, berlonggok longgok Kat situ kecuali nenek tido bilik. Dikni dan anak sedara remaja tido mengadap TV. Aku, dikla Dan Anak sedara yg kecik2 tido mengadap bilik. Aku tido paling tepi. Maksudnya tepi kanan aku takde sapa sapa..just Ada bantal dan tilam kosong. Kiri aku dikla. Aku ni kalo tido memang jenis bantal keliling badan. Kiri kanan,alas kepala,alas kaki. Tido macam raja kingkong hahaha

Malam tu aku dah terlelap awal kul 9 macam tu. Aku sure yang lain tak tido lagi. Biasa lah ramai mcm tu lepak sembang2 dulu kan. Pastu pukul 12 macam tu Dikla kejut aku soh simpan tempat tido. Aku bangun ngan mamai2 masuk bilik utama nak amik toto Dan bantal. Kalo dah tamak bantal amik sampai 3,4 biji memang menggunung sampai paras kepala LA nak angkat tu. Masa aku pusing badan nak kuar bilik tu, aku nampak Ada bayangan Kat luar tingkat. Kurang jelas sebab aku tak pakai cermin Mata. Jantung aku berdegup laju tapi aku tak amik port sangat. Aku fikir maybe bukan apa apa pun. 

Dah simpan tempat tido semua, niat nak tido lah. Yang lain pun dah simpan tempat tido Dan baring2 dah tnggu mak2 tutup lampu jerit "tido!!!". Hehehe


Lepas Dikla tutup lampu Dan suruh semua tido, aku tak boleh lelap. Eh..dah kenapa kan, yang tadi KO letih sangat!

Aku paksa jugak Mata untuk tido sambil tutup Mata dengan lengan tu..aku Kira Anak kambing hahaha tektik mak2 nak bagi ank lelap tido. Tapi tak berkesan pon...coiihhh!! 

Masa dok tengah Kira Anak kambing tu, Anak sedara yang baby tu menangis tak hingat..tiba-tiba ja ni nangis. Aku sambil tutup Mata tu rasa lah Dikla bangun pujuk2 dia. Aku Tanya Dikla, kenapa? Dikla cakap " tak taw lah 2,3 malam dah macam ni! Tiba2 nangis tanpa sebab"

Aku malaih nak cakap apa, biar ja Dikla pujuk Anak dia. Taw2 senyap..skali ngan Dikla senyap. Dah okey LA kot kan. 

Dalam dok mengelamun tu tiba2 aku rasa something Kat bahagian bawah kaki. Macam Ada orang meraba-raba. Bukan meraba aku, meraba Toto dekat bahagian kaki aku. Serta merta bulu Roma meremang especially bahagian leher. Makin lama makin dekat dengan kaki aku..masa tu aku dah gerak2 IBU JARI kaki dah. Masa tu aku period, memang dah fikir bukan2 dah. Aku xleh nak sabar, aku alih lengan bukak Mata tengok kaki. Menjerit aku depan Mata aku nampak nenek tengah merangkak Kat kaki aku. Aku bukan jerit arghhh....mcm tu , aku jerit panggil "nenek!"
Masa tu aku nampak nenek dok meraba-raba lagi. Aku Tanya "nenek Cari apa, nenek?" Dia macam tak tahu arah taw..dia tak taw apa yang dia Cari. Dia xjawab pun soalan aku, tapi sambil raba tu muka dia menunduk. Aku terus bangun duduk sila. Aku Tanya lagi "nenek cari apa, nek? Cari bantal yah?"

Bila aku Tanya mcm tu bawu dia panggung kepala. Pastu aku amik bantal yang alas kaki tadi, aku letak atas tilam sebelah kanan aku. "Ni bantal nenek, nenek tido sini!" Aku tunjuk tempat tido sambil tgn Kiri pegang lengan dia konon nak pimpin dia dtg tido atas tilam sebelah aku. Pastu dia rentap tangan aku Wei...dia marah aku ke hapa nih? Sambil dia pergi tido Kat tilam tu sambil dia membebel. Membebel apa aku xpaham langsung. Aku biar ja. Lepastu aku memang tak leh nak tido so aku duduk ja. Main tepon Sambil sandar dinding. Masa tu aku nengok jam hampir 4 pagi

Aku dok kusyuk tengok phone taw2 dia bangun Sambil membebel. Dia mcm bercakap dengan seseorang , meremang aku. (Now citer Kat korang pun meremang nih) Time tu gelap so aku xnampak benda lain selain dia Kat situ. Dia bangun duduk membebel.. Macam marah seseorang. Aku kan duduk dekat ngan dia, so Ada  butir butir dia cakap tu aku dpt tangkap.

"KO jangan lah marah aku, aku xmau pun p situ, depa yang nak bawak,aku tak p lah!"

" tunggu aku mati ja, nanti KO dapat semua!"

Itu lah yang aku dapat tangkap..aku tak sedap duduk nak biar dia ckp sensorang. pastu aku panggil "nenek? Nenek cakap ngan sapa? Tido lah nek, nek tak mengantuk ka?"

Pastu dia reply aku, tapi tak pandang muka aku pun. "Nenek nak balik, mana Tini ni, bila nak hantar nenek balik?"

"Tini tido nek, nanti Tini hantar nenek balik lah, nenek dah sihat sikit nanti Tini hantar yeh nek! Nenek tido dulu, awal lagi ni"

" Aku sihat, sapa kata aku sakit? Tini pergi mana? Napa tak hantar aku balik?"

Suara dia mcm marah , kata ganti diri pun dah 'aku' , aku mcm dah pelik ngan nenek ni. Aku nak jawab tapi xsempat nak jawab Dikla cuit peha aku soh diam.

Aku pun dengan perasaan keliru dan xleh nak tido tu pun diam ...sambung main games Kat phone.


To be continued


Nanti sambung yah..letih lah type, mcm panjang plak citer nenek ni huhu

^___^

Related entry;

Thursday, September 17, 2015

Kapsul The Movie

**sticky post**
Scroll down for new entry

Gigih hari ni aku update entry. Aku nak ajak berkenalan dengan filem terbaru Two Tones Sdn Bhd, bertajuk "Kapsul". Bila aku tengok tajuk filem ni aku terus teringat cerita kartun dragon ball. Kan kartun tu asyik pakai macam2 Kapsul aje. Kapsul kapal terbang!!! Popp..kuar kapal terbang. Kapsul kapal selam! Popp, kuar kapal selam. Kapsul rumah banglo! Popp, kuar rumah banglo sebijik. Wah, untung!!! Ke aku sorang ja tengok kartun tu? Hahaha. -..-

So aku fikir filem ni sangat menarik dan ada kelainan tersendiri.


Sebab apa korang tahu?? Sebab....
"Kau perlu merasai untuk kau memahami!"
 Filem ini mengisahkan mengenai perjuangan bangsa melayu sejak zaman dulu dimana kita perlu merasai Dan memahami perjuangan bangsa demi menuntut sebuah kemerdekaan. Sangat bermakna korang, serious tak tipu !!
* promise* 

Pelakon Utama filem ini adalah Faizal Husin dan Jue Aziz dan penampilan istimewa adalah Tun Mahathir. 

Whoahhh...tak bangga kau??? 
^____^

sebab utama penampilan Tun Mahathir, disebabkan Kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam beliau di monument putrajaya masa pentadbiran beliau. So cerita tu didasarkan atas kapsul yang beliau tanam tu lah. Hah, kan Ada nilai sejarah tu!! Watak Tun Kira watak penting jugak LA kan sebab watak beliau lah yang menghidupkan jalan cerita filem Kapsul.

Kalau sebelum ni kita dah biasa sangat tengok Tun M di pentas berucap, berhujah tentang isu-isu negara kan? Hah!!! Tak lama lagi kita boleh lihat pulak Tun Mahathir disisi yang lain..dari sisi retis uoolss!! Amacam???caree tak????

Iools teruja lah uools!!! 
Aku rasa dah teruja sangat ni dan korang mesti teruja jugak kan?? Eleh..leh malu pulak nak ngaku....mengaku jer lah idola nak belakon filem tuuuu *bibirmuncungmatapandanghidung*

Bagi aku filem ni sangat bagus kalo tengok pada trailer dia. (Tak tengok lagi dah rasa bagus, kalo dah tengok super duper gud) filem ni memberi nafas baru Dan Segar dalam industri perfileman tempatan. Terbaik Dari Allahyarham Martis Ali, pengarah filem kapsul.
Aku percaya, filem ini akan menjadi filem value tinggi di persada seni. Insha Allah!!

Jujur...aku memang tak sabar nak tengok! Jom kita ramai-ramai serbu panggung pada 17 September ni!!! 

Jangan lupa yeh korang? Nanti aku ingatkan yeh!! ^___^

P/s: Kredit to Mak Dara, Arwah Martis Ali dan Amru Najmi Osman, 

Untuk maklumat lanjut, boleh ke fb page @https://www.Facebook.com/kapsulthemovie atau ke Blog @ http://www.filemkapsul.com/


Monday, September 14, 2015

Jom kita serbuuu!!


Giler, pemalasnya aku nak update entry.
Expose mistik-nenek pun tak update.
Mana janji manis Ku???hukhukhuk

Hidup tak tentu arah sikit...kerja dengan Cara kerja, pening kepala otak. Rumah dengan Cara rumah, dah tunggang langgang aku tengok. Baju tak berbasuh, rumah tak berkemas, seluar tak berlipat. Alahai...mengapa kah bagaimanakah aku tak ada pembantu rumah?? Padahai duduk sorang ja, tak Ada pun Anak yang nak kena urus, laki yang nak kena layan kan? Havoc ja lebih lah!

Since aku malas tapi nak update jugak blog ni, so Jom aku citer sikit pasal clearance sales ITU hari. 

Yang pergi sure tak leh lari dari bengang gilergiler kan? Aku pergi hari sabtu dengan member, Yatie. Mengada-ngada ja sebenarnya. Nak habis kan masa. Hari yang sama tu nak pergi lawat baby member baru bersalin. So kononnya nak pergi clearance sales tu nak beli baju baby lah kan.

Sekali sampai, Mak datok rasa macam nak pitam tanpa sebab. Ramai sangat orang sampai nak telan air liur pun tersangkut Kat kerongkong...tuhhh..punya dasat kan.

Breakfast dulu yokk?? Tekak teringin nak makan roti canai. Lama dah ni aku tak makan roti canai. Tu dia, makanan???

Aku kalo breakfast hari weekend memang tamak..hahaha

Jalan nak masuk tu memang jem giler lah kan. So kita selfie duluuuu!!!
Masing2 perasaan cun...kahkahkahkah

Kami tak susah nak Cari parking, sebab kami parking dekat Ofis member. Kebetulan pulak dia keje. Dekat sangat dengan gudang sales tu. Ya ampun..bersyukur sangat nih!!!
Tak payah nak menapak jauh2..Selamat lemak lemak berkrim disukai ramai, :-p

Dekat parking pun nak camwokk jugak. Saiko betoi pompuan2 nih.

Kau tengok, ramai kan? Nak muntah hijau rasa ...pening...pening

Actually, masa kami sampai tu tak dapat masuk lagi..ramai tnggu Kat luar pagar sebab terlalu pack sangat orang. Kat dalam pun dah penuh..so diowang sekat tak kasi masuk lagi. Kena tnggu yang Kat dalam keluar dulu lah. Ramai jugak yang fade up. Kesian yang bawak anak2 kecik dengan panas terik macam nih. Alahai kesian budak2. Next time tempat berebut rebut mcm tu yah lah bawak Anak, dengan troli bagai. Kalo Anak tercedera macam mana. Salah KO la! ..bawak tempat macam tu sapa suruh? Anak tinggal jer Kat rumah mintak sapa sapa jaga.

Hari tu sampai bawak gaduh jugak lah kan. Yang datang semua marah lah kan tnggu dekat 1 jam tapi tak dapat masuk. Kecoh jugak Kat luar. 


Aku dengan member tak kisah sangat dapat masuk or tak. Tak dapat memang kami nak blah. Kami tumpang khemah gerai air . hahaha sambil minum air bergelas gelas.. Dahaga sangat. Tetiba sorang akak pregnant datang duduk Kat khemah tu jugak. Dia sorang ja , so kami dua orang terjebak skali mnyelit masuk dalam gudang Sana. Terhimpit himpit macam sardin dalam tin. Sabar jelah aku.

Ni semua gara2 Yatie kesian kan akak pregnant tu sensorang redah lautan manusia. Pastu aku pun terjebak skali 
T__T


Penat redah lautan manusia...tersadai Kat tepi tepi lorong tu. Kau tahu, baju2 baby yang kami pilih semua sia sia ja. Berebut pilih sekali sampai tempat bayar fulamak!!! Barisan dah sama panjang dengan jambatan pulau pinang. Kalo macam ni kita lupakan jer lah. Baju2 yang dipilih tadi campak tepi. Jom kita pergi Cari barang mandian pulak.



Hah...ini jer pun barang yang aku rembat.
Ni semua total tak sampai pun 50 hingget. Murah kan???

Pada aku jualan clearance nih memang meriah. Tapi pengurusan kurang sistematik. Tak di urus dengan Baik.
Tak heran lah sampai Boleh bawak gaduh.

Okey korang...babai take care yeh!

Perfectly u
Ct cheery



Saturday, September 12, 2015

Appendix, beware!

*Entry ini dikarang pada 
09/09/15 - 10/09/15*

Letih sungguh hari ni terkejar kejar macam penjenayah. Driff Sana ke sini,sini ke Sana pastu Sana ke sini pulak, and finally aku di sini....hahaha.


Di hospital kajang.

satu satunya adik aku, kena warded sebab apendik. (Eja apendik pun tak taw nih)
Pagi tu jugak dia kena operate buang. Doktor bimbang apendik tu pecah. Baguslah, aku pun wisau jugak.

Cuaknya ya Allah,tuhan ja taw. Adik aku ni jarang nak sakit dan takut Doktor. Setakat demam, sakit sikit2 mana maunya jumpa Doktor. Tak macho katanya. Nak2 p hospital kerajaan yg mcm siput sedut tu. Taw taw kul 4.30 pagi kejut aku g hospital. Dia cakap dia sakit pewut sangat, tak tahan dah. Dia sendiri ajak g hospital doh!!! Apa lagi aku...pecut lah, tak fikir apa dah, yang aku fikir nak sampai hospital. Pandang sebelah, tengok adik aku yang dengan muka tahan sakit dia tu.
"Aduyai, ni bukan cobaan lagi nih, ni memang betoi-betoi nih!!"

Zupp...zuppp...zuppp 
5 pagi Sampai hospital,,nasib tak ramai tapi kena tnggu lama jugak!! Sabor jelah


Sambil dok atas kerusi ni pun leh tersengguk sengguk mengantuk.

Ni bawu lepas operation..alhamdulillah, adik I punya appendix tak kritikal, tahap biasa ja. Menurut Doktor, baru radang appendix. Belum sampai tahap bengkak dan bernanah lagi. So dia punya operation procedure biasa. Tapi biasa2 pun 3 jam setengah jgk. Berjanggut aku tunggu! hahaha. -..-

Aku bersyukur appendix adik aku leh kesan Dari awal. Awal sangat tu, maybe sebab dia kurus hahahaha. 

Ayah aku dulu appendix dah pecah bawu dapat tahu. Tapi alhamdulillah xsempat jangkit organ lain.  

Semua orang Ada appendix yeh kawan2. Appendix nih lebihan isi pada usus. Manusia memang tak tahu apa fungsi sebenar appendix. Makanan yang tidak dicerna dengan Baik oleh usus kita akan terkumpul Kat appendix tu. Bila banyak terkumpul lama lama appendix akan radang,bengkak Dan bernanah. Appendix tak merbahaya tapi akan bahaya kalo ianya pecah. Sebab Kat situ lah segala Mak nenek atok moyang bakteria Ada. So kalo pecah bakteria akan menjangkiti organ penting lain macam peparu,buah pinggang,jantung Dan sebagainya. Boleh bawak maut yeh.

So jangan memain dengan sakit pada appendix nih. Cepat2 g hospital Dan buang. Biasa appendix nih kalo sakit solution dia doctor akan buang ja. Adik aku Tanya aku leh tak dia nak simpan appendix tu, mcm syg nak buang katanya. Rawat jer lah sampai baik. Hoiii....ang ingat apa? Buah hati, Nak simpan2 pulak? *mata jegel sambil cekak pinggang*

Setahun aku, buang jer lah solution dia. Tak sure leh rawat ke tak. Tapi setakat ni tak penah dengar lagi hahaha :-p. Tak Ada appendix tak apa, leh Hidup ja. Agaknya dia rasa OKU kot tak de appendix.. Hahaha 

Macam mana nak tahu appendix tak sihat? Kalo sakit dan senak dalam perut pada sebelah kanan. Kalo Kiri gestrik yeh. 

Biasa kita tahu sakit kita nih, sakit perut biasa atau luar biasa. Macam adik aku, dia tahu sakit perut dia luar biasa sebab tu dia ajk g hospital. Doktor just check air kencing and darah jer dah leh kesan appendix.
Kalo dekat pesakit tu bau busuk macam taik, tu kemungkinan appendix dah pecah. So cepat2 bawak pesakit ke hospital.

Aku citer ni based on experience orang tersayang yeh, bkn saja saja citer. Hihi

Bil hospital

Aku bayangkan ratusan bil operation nih rupanya puluhan ja?? Hahahaha penat ja aku bayangkan. Habis yang operate appendix Kat hospital swasta sampai beribu tu mengapa dan bagaimana ek?

Maybe adik operation buang ja tak perlukan pemerhatian rapi mcm kes appendix pecah tu. Kalo kes tu susah sikit sebab Nak kena jaga, worry jangkitan pergi ke organ dalam kan

Perghh..mcm Doktor pakar lak aku nih hehe

Actually, pikir logik jelah kan

Okey, sebarang pertanyaan leh Tanya doctor cheery!! Kihkih

Babai korang..see again!



Perfectly you,
Ct cheery ^___^


Monday, September 7, 2015

eskinol now available


Okey, sejak dua hari ni sangat malas nak update blog. Tiba-tiba mood boleh pulak ke laut dalam. Now, tak leh nak kawan sangat dengan mood nih. Kita lawan diaaaaa!! Ceh...!!! Hahahah

Okey...entry Kali ni pendek jer...serious pendekkk!


Just nak inform uool stock untuk eskinol now dah available. Tu pun tak semua type eskinol Ada taw...so better wassup aku dulu utk tahu stock yeh.

Aku tau mesti ramai yang pelik Dan rasa mcm nak cekik ja ct cheery nih hahaha
Sebab segelintir customer, aku ckp kat diowg aku stop jual eskinol. Aku ckp mcm tu sebab that time aku Ada problem supplier. Regular supplier tak dapat nak supply atas faktor personal. So aku terpaksa lah Cari supplier lain. Aku pulak tak up entry pasal hal nih...pastu jenuh lah aku menjawab pasal hal nih. Sebab tu jawapan aku kasi Kat customer dah lain lain aku rasa. Hahaha sorry OK, cheery ni memang selalu senget. sorry sangat2.

After raya tu adalah gagah amik stock jugak dengan new supplier, sikit jer amik. Tapi mahal sangat pulak. So stop lah, tak nak amik lagi. 

But now aku dah amik dengan new supplier yang lebih murah. So secara tak langsung aku dapat turun kan harga eskinol. 

New price eskinol untuk semua type, size 135ml adalah RM16

Exclude antibiotic and postage yeh!!
Antibiotic tak Ada stock buat masa sekarang.

Buat masa ni, aku run eskinol size 135ml dulu yeh!

PM ct cheery 017-5433604

Serious pendek konon...dah sama panjang dengan karangan upsr dah aku rasa.

K korang..babai!! *lambai tangan*

Sunday, September 6, 2015

Clearance Stock Promotion (05/09/15 - 06/09/15)


Hye korang, dijemput datang ramai-ramai memeriahkan jualan clearance stock pada hari INI Dan esok. Barang harga murah2 around 5 hingget 10 hingget mcm tu.
Bertempat di glenmarie shah alam.

Refer pamplet untuk lebih detail okey


Okey babai..itu jer nak bagitau!
^__^

Friday, September 4, 2015

Guest book untuk member


Letih hari ni!
Terkejar kejar Kat Ofis sampai langgar2 aje meja kerusi, partition Kat Ofis tu. Kalau boleh photostep machine pun nak langgar. 
Punya nak tunjuk kata "please do not prevent my way!!"

Early month macam nih aku memang akan jadi buzy, dengan planningnya lagi dengan dengan nak check stock lagi dengan PO yang tak issue lagi. Item bkn sikit2. 
T__T *nangis*. 

Sepanjang hari mengadap laptop sampai kepala pun jadi biol. Email pulak buat hal ,email xleh outgoing mail lah hape lah. "Owh come on, mail!! U killing my day!!" Stress ja aku. Dia punya tahap stress tu rasa macam nak tebalikkan jer meja kerusi .hahahaha tiba2 nak tunjuk hulk kan ??over!!


Okey lah..membebal saja dah half space.
-..-

Aku buat guest book untuk member aku yang kawen ITU hari. Dia mintak aku buatkan sebab nak tempah mahal. Aku nih Baik hati dan comel, so bila member mintak tolong macam nih aku kena tolong kalo tak tolong hati aku tak sampai. 

Kalo sampai hati bahaya kawan, orang panggil penyakit hati kritikal. Eh...bukan orang kata, aku yang kata :-p so beware, biar hati tu xsampai xpe...slow talk slow down!!
(Mcm takde kena mengena ja nih)

Bunga purple dlm 1st picture tertanggal. Tapi dah lekat balik before bagi member.
Gambar kedua nih xsiap lagi bawu dok touch up touch up. Dia punya gambar dekat bahagian pipi tu terconteng sikit...tu yang aku letak love Kat pipi dia (picture 1st) hahaha pun boleh.???

Kos untuk buat semua guest book nih RM42.00. Kalo tempah nih beratus okey, standard price RM100++ korang,tapi sure super cantik lah kan! Aku buat simple jer, member aku kasi RM50, RM8 upah keringat hahahah. Actually, aku buat ikhlas untuk member. Anggap ja sebagi hadiah kan. Wedding dia pun aku tak dapat pegi sebab takde budget..sedih jer rasa <__>

Agaknya kalau aku buat business nih, Ada yang nak tempah tak?? Hehe

Aku bagi sure harga murah punya, harga kawan2. 

K babai...see later...terr..terr
^__^

Thursday, September 3, 2015

ikea oh ikea

Boleh kau, aku terbangun jam 4 pagi, lepas tu tak boleh nak tido balik. Dah tak boleh tido lepas tu boleh pulak pegi reply wassup customer yang Tanya pasal handbag stock. Sampai terjaga customer tu. Grrrrrrr...mesti customer tu geram jer ngan aku kan.

Maaflah Dik, hakak kalau tak boleh tido memang meroyan macam ni. (Lepas ni mesti dia serik wassup aku malam2 sbb aku akan reply pagi2 buta hahahaha)

Maafkan hakak, yeh Dik?
^___^

Actually, business handbag still berjalan lagi cuma aku tak hupdate Kat business blog sebab broadband dah kena potong hahahaha. Kena potong sebab rajin sangat tak online :p

Okey lah...dah kita terjaga dari tido disubuh yang hening nih apa kata kita up entry pasal IKEA itu hari. Kak Anne cakap sesuatu sangat! Bau nasi minyak!

Relex Kak relex..jangan bau dulu, buat lapar ja pagi2 buta nih ...kahkahkah

IKEA ni aku pegi hari masa berpicnic Kat kanching selayang tu. Lepas tukar baju semua terus kami gerak pegi IKEA. Kelaparan sangat! En Hati lah mengidam pulak meatball. Tu pun bergaduh dalam kete, sorang kata ikut jalan A, jln yang datang td, sowang cakap ikut jalan B. Lastly jalan B yang menang hahahaha..lagi pun rupanya jalan B paling dekat. Malu jer owang yang suggest jalan A tu kena baHan.


Nasib Baik owg yg suggest jln A tak kena bayar makan. Fuh Selamat duit aku. Hahahah gila taik hidung masin! Hah, ini menu wajib sesiapa yang datang IKEA. Datang tak makan mesti menyesal. Sebab meatballs ni terbaik Kat IKEA. Tapi aku paling suka chicken wing tu.
En Hati cakap, budak2 ja makan chicken wing. Cisss...burger satu!!!*jeling En Hati -..-

Banyak sangat En Hati amik meatballs tu, sampai tak habis. Membazir serah dekat owang lelaki -..-


Lepas tu jalan2 Kat dalam IKEA pulak. IKEA ni suka present mcm ni patut ramai yang suka datang!! Secara tak langsung buat pasangan couple teruja nak kawen Dan Ada rumah sendiri...ewahhh!!!! Hahaha

Dapat bergambar sensorang Dan menampakkan kekurusan...wahhh!! Rasa nak sujud syukur T_T

Dia punya decoration memang cantik Dan up to date. Memang sangat teruja. Kau taw, ni Kali pertama aku datang sini? What da h"""?? Hahah...3 tahun aku Kat Selangor bawu Kali ni nak kenal IKEA. Sabor jelah Mak jemah! Eh??...


Banyak barang IKEA yang kami pilih dari lampu,katil,perabut,pinggan mangkuk,cawan,sudu,meja makan, per lagi ek?? Dah pikir dah camner nak deco bilik nanti. Amboiiii???


Paling best sekali...kami memilih untuk bergambar!! Barang yang pilih tadi semua letak tepi, lain tahun lah beli ..kihkihkih

Aku memang suka conteng muka En Hati sebab aku rasa dia lagi hensem Dan hot begitu. Hahahaha

  
Mug kita berdua, bersama menggegar duniaaaa!!! ( Ternyanyi pulak!)


Ni carpet yang kami penat pilih..cantik tak?? Harga tak tengok pulak..hehe


Skali keluar pegi tempat bayar, Mak dato bandar, ramai nya owangggg!!! Ish..ish..ish!
Mengucap mak jemah


Ini jer pun barang yang kami rembat...hahahaha havoc je lebih kan?
*tangan kat bahu Mata Kat atas*


Lepas bayar semua tu, kami keluar pergi bangunan sebelah the curve. Shopping baju dan seluar segala mak nenek yang kecik kecik. Eh? Per aku cakap nih?

Mak aiih, dah gelap...seharian Kat IKEA.
Ikea ni mengundang betoi lah!

huhuhu

K korang...babai! Aku hutang lagi satu entry, cerita expose mistik kan? Sabaq noh, bagi sari yanti sujud syukur dulu.
^_^


Tuesday, September 1, 2015

Mug ikea

Boleh tak, aku malas nak kerja hari ni?
Aku memang selalu Monday blues! 
Memang tak boleh nak lari lah! Tiap minggu macam ni. Dalam kepala asyik dok fikir, bila lah nak boleh balik ni?
 *kepala bawah meja* psyko*

Cheery dah letih!!!! Uiiihhhh...Dan Dan letih, padahal malas.

My colleagues pulak cuti dua dua..pastu kau rasa aku nak rajin ke keje? Automatically aku pun nak cuti jugak. Syukur bos Ada keje Kat warehouse.. 
Dapat lah ngulat sikit kan.


Ini dia mug yang aku rembat Kat ikea last month. Satu untuk aku satu untuk En.Hati. Sepasang tuh Wehh!! Kononnya mug couple sehati sejiwa serasi bersama. 
Dua dua poyooo!!!

Nanti aku cerita barang lain yang kami rembat Kat IKEA tuh...macam2 barang kami pilih...katil,Almari,meja makan,lampu tido.
Ecehhh...sesuatu sangatttt nihhhhh!

K babai...nak pretend buzy jab
Hahahaha -..-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...