So to be informed 15 June lepas adalah birthday aku. Kalau Facebook tak yah nak habaq dah...taw dah. Kat blog nih kena habaq lah bagi hampa taw kihkih. Kasi kecoh sikit kan...kasi hampa wish2 aku sikit tu kan satu doa. Umur panjang, murah rezeki..Amin..Amin..Amin. tersedak amin yg tengah minum kopi tu. Oic...Amin tak puasa
Kat Office nun sibok dok tanya ulangtahun yang ke berapa? Aku suruh teka..kejam sikit...dah tu, asyik nak kena suap ja kan..usaha la sikit kan..hehehe
Tua ke aku?
Eh..tak lah sangat! Kalau nak dibandingkan dengan retis miasara atau qistina memang tua sikit lah tapi kalau dibandingkan dengan tok nek ngan tok wan Kat kampung nun jauh ..oihhh muda beribu mileage. Awet muda Baq ang...Kita hari2 pakai Eskinol papaya..kihkihkih
Eewwwhhhhh...muda nyaaa!!
Well... birthday aku jatuh pada bulan Puasa. Sedia maklum bulan Puasa yah. So nak sambut apanya..orang Puasa. Plus aku sejak dok perantauan nih memang tak sambut dah. Makan-makan memang tak ada lah. Kadang2 birthday aku pun aku leh lupa. If tak ada orang wish memang tak ingat sampai sutt lah.
Lagipun family aku practise tak sambut sangat birthday. Nak budget pakai gaun kembang belanga berdiri disudut meja sambil pegang pisau standby nak potong kek selepas nyanyian sumbang lagu Selamat hari lahir dan tersipu-sipu malu, memang takde okey...itu bukan style family aku. Habis kuat kitorang akan buat mkn2 satu keluarga mcm tu ja. Tu pun kalau ingat tarikh birthday tu lah. Kalau lupa? Mintak maaflah....Hahaha
Kat Ofis aku nih diowg akan sambut birthday sorang-sorang. Gigih kan note birthday setiap staff...hahaha gigih sungguh. So..memandangkan birthday aku jatuh pada bulan Puasa...aku memang tak harap pun ada sambutan. Tapi colleague aku tetap arrange Wei...hahaha
Aku? Off course lah tanjat gegirl!! Gila tak tanjat tetiba lampu terpadam dan cahaya lilin semakin mendekat diiringi dgn lagu 'happy birthday to you'.
Aku tak tau nak buat reaksi mcm mana. Kelang kelibut aku kemas meja yang bersepah, terus diowg letak kek depan aku. Pastu semua mata pandang Kat aku. Aku mcm, Eh..eh aku nak buat muka mcm mana ni? Eh..eh..aku kena buat2 pengsan ke? Okey nak pengsan sekarang! Pengsan sekarang! Eh...rasa mcm nak kentut ja!
Lepas tu aku ajak semua photoshoots..tanda terima kasih atas ingatan tulus iklas semua. Padahal malu tak taw nak dok mcm mana. Kihkihkih. Dia punya gigil sampai nak potong kek pun tak reti kahkahkah
Yerlah...semua pandang titey...titey malu lerr..huhu
Tulis entry pun mengigil lagi nih. Tapi yang ini mengigil lain sikit...mengigil sebab lapor kahkahkah :-p
Jadinya sebelum tutup entry mengigil ni..eh? :-D saya nak ucapkan terima kasih banyak - banyak-banyak kepada yg ingat birthday saya (tetiba bersaya-saya) yang buat surprise tu...lain Kali jgn buat lagi okey...nanti saya Parkinson. -__-
Yang wish Kat WhatsApp and SMS pon terima kasih. Yang wish Kat fb tak aci...sebab ada notification hahaha. Apa2 pun terima kasih semua nya.
Alhamdulillah...aku masih muda dan bernyawa dan tak pernah menyesali kehidupan yang sedang dilalui. Dengan nikmat Allah berikan, aku bersyukur sangat. Setiap ujian Allah tu tanda Allah sayang aku. Tubuh badan yg masih Sihat ni, kuat, cantik..eh? Hahaha tanda Allah masih peduli. Ada family yg penyayang dan membahagiakan lagi. Banyak anugerah Allah berikan untuk hamba yang berdosa ini.
Anak yang comel mata biru jer belum lagi. Suami yang Brad pit pun belum lagi..hehe
Insh Allah coming soon! Amin...