Parent zaman sekarang sangat tercabar dalam mendidik
anak-anak. Anak-anak zaman sekarang tak macam anak-anak zaman dulu, jegey mata
tersemboq aje dah takut… kias sikit aje dah faham dan dengar kata, acah-acah
sikit dah meraung patblasratus batu pun boleh dengaq dia punya raung. Macam lah
kena dera kan….!!!! ;D hahaha
Experience- aku dulu, ayah aku tengking aje dan menangis
tersedu-sedu, perit dia macam 1st time kena sunat..kahkahkah. anak-anak zaman dulu sensitive perasaannya, halus
jiwanya, sedih bila kena marah dengan orang yang terdekat dengannya.
Anak-anak zaman sekarang pula, keras hatinya, degil jiwanya
mungkin sebab si bapak yang kuat merokok..hahahaha *tiba-tiba* ^____^
Dalam ajaran agama kita sendiri pun dibolehkan merotan anak
yang tak mendengar kata dengan niat
memberi pengajaran dan pendidikan bukan niat mendera atau mencederakan.
Parent mana tak sayang anak ? Habaq tengok? Bukan senang nak kandung orang dalam pewut Sembilan
bulan..bukan mudah sperma nak berenang kuak lentang untuk mendapatkan kekasih
hatinya, ovum. Kena ada stamina yang kuat dan tubuh yang sado, kan??hahaha
budget macam dah beranak lima.. ;D
Kalo ada jugak yang abaikan anak, dera anak tu lain
ceritanya..assume aje parent dia sakit jiwa..habis citer!!! Kalo merotan tu
satu jenayah ke atas kanak-kanak macam mana nak dilaksanakan peranan ibubapa
dalam usaha membimbing diorang? Bagaimana peranan guru-guru mendidik diorang.
Okey, nak menghukum boleh guna cara lain? Cara apa yang releven? Mencubit?
Meluku?menampar?
atau basuh toilet, basuh baju, basuh lantai,basuh kete,basuh
rumah, memasak??? Seriously kalo hukuman macam ni rasional dilaksanakan, para
suri rumah dah boleh pencen, goyang inul dekat rumah.
Hahahaha ^____^ aku pun nak hukum
anak hari-hari macamni
Aku menulis based on apa yang aku
Nampak disekeliling aku k, anak-anak sekarang pergi belajar, mak pun ikut pergi
belajar. Urusan pembelajaran mak yang uruskan. Kadang-kadang keje sekolah mak
yang over shadow Tanya cikgu ada bagi homework ke idok? Tak tahulah, nak kata
anak-anak sekarang tak berdikari tak jugak… mungkin anak-anak sekarang dah
terlalu bijak atau naik minyak?
Cikgu di sekolah rotan sikit tak
boleh..report polis kononnya cikgu dera.. jiran tertangga tegur anak kita tak
boleh dikatakan busybody. Cikgu luku kepala, marah katanya cikgu nak bodohkan
anak dia. Cikgu cubit, dikatanya cuba untuk meraba, cikgu tampar, nanti
dikatanya cikgu kuang ajaq. Dah tu, anak
ko buat silap cikgu nak buat apa? Tengok aje? Baik tak payah hantar sekolah
macam tu…ko ajelah yang ajar..anak ko buat silap, ko tengok aje k…
Ibubapa zaman I dulu, siap pesan
kat cikgu taw..” kalo anak saya nakal, rotan aje dia cikgu!!!”
Huh, rasa macam tiba-tiba benci ayah
tak???hahahaha ;p..mestilah tak kan..itu cara awal pembelajaran. Cara yang
tipikal namun berkesan.
Nak tahu? Kerana rotanlah aku jadi manusia. Kalo ayah aku
tak rotan aku masa sekolah rendah dulu rasanya aku dah jadi penyagak
internasional…hahahaha takpun tomboy yang hot and spicy kihkihkih.
Aku ingat lagi dulu, aku suka berpakaian lelaki, rambut pun
potong pendek. Kawan-kawan aku dulu lelaki semua, masuk hutan terbey burung tu
dah jadi mainan aku..terbey [lastik] sedia kat tangan. Panjat pokok tak yah
citer lah. Budak budak lain panjat pokok nyior amik buah..aku panjat pokok getah
terbey burung. Tapi zaman tomboy aku tak lama bila kena rotan dengan ayah aku
masa bertumbuk dengan akak aku. Masa tu aku dan akak rebut blanket..aku tak
suka nak kongsi. Tapi dia nak kongsi jugak jadi aku bagi penumbuk sebijik kat
hidung dia..hah, ni makan dia!!!, berdarah hidung dia dan disebabkan pergaduhan
itulah katil kitorang reban, punah ranap…. wakahkahkah ganas tak ganas? Dan
lepastu kejadian tu kitorang tak ada katil lagi. Tido berkatilkan lantai hahaha.
Dan lepas kejadian tu jugaklah aku dikenakan perintah berkurung. Tak boleh
keluar rumah , tak boleh pakai seluar
pendek, tak boleh kawan dengan lelaki,…huh!!! Time tu rasa macam tak rock
langsung …hahahah
Ayah aku punya nak bentuk anak dara dia ni, tiap kali
outstation [thailand]..dia selalu beli gaun untuk aku..kononnya nak
perempuan’kan anak dia kot hahahha.. Alhamdulillah usaha ayah berhasil …anak
dara dia ni bukan saja perempuan tapi ayu dan cute kahkahkahkah…. See?? Kerana
rotan anak-anak jadi cute!!! ;D
Banyak perkara yang aku terdidik dari rotan….aku pernah
dirotan kerana mencuri…kena rotan sebab mandi parit [nasib baik lintah tak
masuk anu ;D], kena rotan sebab berseluar pendek, kena rotan sebab tak pegi
mengaji [alasan takut hantu..hahaha], kena rotan sebab berebut suar pendek
dengan adik, kena rotan sebab banjirkan satu rumah, kalo nak senaraikan rasanya
tahun depan pun tak habis :D
Entry aku ni bukan provokasi atau nak bagi ilmu parenting ke
hape ke ..just only my opinion. Rasanya perlu semak semula akta ni before
laksanakan sebab merotan tu kan salah satu cara didikan sejak zaman rasulullah
lagi. So kenapa kita nak jadikan ia sebagai satu kesalahan jenayah??? Better
praktik dan evaluate akta sedia ada dari
additional akta baru yang tak releven dan tak rasional.
SEKIAN….yeayy..rotan ayah dah hilang!!!!!;D
note: entry takde motif langsung kahkahakahkah