Nuffnang ads

Monday, July 21, 2014

Medical Claim (MC)


Buat muka comey sikit!! Lama dah tak selfie kat blog ni
ada ke yang lupa sapa owner blog Diary aku manja ni??
ada?? ada yang lupa dengan sari yanti??

Confirm Lupa?? Biasalah bulam-bulan puasa ni daya ingatan boleh tumpul sikit
sebab seharian suntuk pikir pasal makan aje..nak makan apa? masak apa? Bila nak boleh makan?
Makan..makan..makan, ayam goreng..ayam goreng..ayam goreng
Huh...macam upin and ipin sangat perangai!!!


Jumaat last week aku demam ditambah dengan bengkak tongsel, bengkak gusi
sakit gigi and sakit kepala
sekali harum 4 serangkai *erkk?*...macam nak pengsan tak bangun-bangun!!

Pagi tu tak teringat pun nak amik MC just nak amik ubat aje
sekali doktor boleh kasi MC pulak
Doktor cakap tongsel aku bengkak teruk sangat, gusi dah hancur...Oh God!!!
Scary aje bunyi...Tak der la hancur tahap makan bubur hari-hari...luka aje kot!!
overlah doktor ni...!! 

Tapi tongsel aku tu memang rasa la teruknya sampai nk telan air liur pun sakit
Macam-macam ubat doktor kasi aku..kena telan so maksudnya dikecualikan Puasa
bahahahahah ^____^
Nak baik cepat kan? kena la makan ubat!! **Pandang atas, then belek-belek kuku**


Hoii...ni jajan ke ubat??? Doktor pun sarankan Strepsils tuk hilangkan gatal tekak??
What the Fish????

Doktor tu nama dia Ari...ari apa?? Arigatokk!!!! kahkahkahkah ok guwau!! :p
Doktor kasi ubat antibiotik, ubat sakit tekak,ubat demam, ubat kumur dan ubat 
sapu dekat gusi yang sakit tu...pedih doh ubat tu..nak nangis aku nahan pedih

Paling aku nak nangis bila kos "consultation & Medication" kononnya ni bernilai
RM90.00 Henggit...what???

Bapak mahalnya...specialist ke hapa ni?
Minggu lepas adik aku pun pegi specialist gak tapi tak de lah sampai
harga gitu..doktor ni nak aniaya aku ke hapa?
 ke memang kos ubat sakit gigi gitu kaedahnya ek??? 


Antibiotik ni pun gedabak besaq, nak telan pun tak lepas 
sebab tersangkut kat tongsel yang bengkak tu
<_______>

Hah! Oral Aid ni lah ubat yang aku sapu kat gusi yang bengkak tu.
Aku ngadu kat ayah aku sakit gigi, pastu mengada nangis [buruk perangai ko]
Ayah aku cakap "amik garam tenyeh kat gusi tu!! "
perghh..mana aku nak buat, tak pedih ke???

Ayah ni pun satu nak aniaya aku jugak ke hapa??

what ever it is, tak kisah lah bayar murah ataw tak bayar langsung
yang penting sakit gigi aku ni "tolong lah cepat baik!!!"
Aku dah tak larat menanggung kesakitan ni, hapa satu keje pun tak jalan
bila sakit gigi.....kan

Muhasabah diri: Urmmm...tapikan, aku ni sakit gigi, dah mengeluh macam-macam
Umat islam dekat Gaza yang suffering kat sana, masih lagi bersyukur 

#Let's pray for brothers and sisters at Gaza




Sunday, July 20, 2014

Ikan Goreng Berlada dan Air Asam berkurma

Yer!!! Aku tahu nak masak ni simple ajer…Ibarat celah gigi pada korang..

"Heiii…gigi ada cili tu?? Tak puasa ek????" 6______6 hihi

Walaubagamainapun aku nak tunjuk jugak juadah ramadhan aku this years
Walaoiiiiiii........degil tak dak dah!!!!!          

Okey, mari mulakan dengan sediakan bahan-bahannya 6____6


Bawang puteh 2 ulas, 1 biji bawang besar yang dibelah dua dan cili besar dan jintan manis. 1 bahagian bawang tu dihiris halus.
Semua bahan ni diblander ataw ditumbuk kasar. Kalo tumbuk lagi best dan rasa asli cili tu.

Tapi memandangkan cheery ni lesung pipit pun tak ada apatah lagi lesung batu…so cheery blender aje senang. Hikhikhik  ^_____^


3 ekor ikan temenung ni kita gaulkan dengan kunyit dan garam


Dan kita goreng sampai garing

Sambil menunggu ikan goreng tu masak, jom kita buat air Asam berkurma ni
Firstly, aku amik asam jawa ,gula dan dibancuh dengan air panas


Dah dapat pes air asam tu, buang asam tadi dan masukkan beberapa biji buah kurma
yang telah dibuang bijinya. Terserah korang nak masuk bape pun. Aku masuk 5 biji. Kalo lagi banyak lagi terangkat taw rasa dia…korang mesti loike punya lah!!


Kacau sampai sebati….dah sebati masukkan ais…walahhhh!!! Sedap okey!!! Rasa dia ada iras iras
Minuman pearl kacip Fatimah plus kurma taw, Nescafe punya product tu!!
Biasa nak buat air ni akak aku akan blander asam dan isi kurma ni….tapi biasalah aku ni
Pemalas serah dekat aku…kalo ada anugerah , rasanya aku lah pemenang berturut-turut


Bahahahaha….okey cukup gelak tu. bulan-bulan posa ni tak boleh gelak banyak-banyak..penat!!

jom sambung masak ikan tadi ,
bila ikan dah garing angkat dan ketepikan dulu.


Dah tiba masanya kita tumis bahan yang diblender tadi, dah bau wangi kita masukkan bawang yang telah dihiris tadi…Masukkan air jika perlu untuk dapatkan kuah…Tunggu sampai masak.



Okey siap, Ayam goreng berlada dan Air Asam berkurma


Walahhh!!! Mama mia!!! Bye………..

Saturday, July 19, 2014

MH17- Kita sedang diuji Allah

Ya Allah sebaknya rasa hati, hanya tuhan aje yang tahu
Sebak kita rakyat Malaysia, luluh lagi hati keluarga mangsa

Sebenarnya kita diuji
Allah rindukan doa dari hambanya
Teruskan Berdoa teruskan berzikir dan redha dengan ujian ini
Insya Allah, jiwa kita tenang dan redha ada hikmahnya suatu hari nanti

Jangan hanya menunding jari siapa yang salah, tiada gunanya!!

Menunding jari tidak boleh kembalikan mereka yang pergi
Bersabar lah dan bermuafakat untuk kesejahteraan bersama

#Pray for MH370
#Pray for MH17
#Pray for Gaza

Ingat!!
Bercerai kita roboh,Bersatu kite teguh!!!

Tuesday, July 15, 2014

Resepi Roti Sosej Simple

Hah, dah cakap dah kat atas nun , simple ja resepi ni
tak payah lah nak pronounce  'resepi' sangat, sebab macam difficult to making aje!
cheery bukan chef pon..chef wan apatah lagi..cheery blogger ja...!!!!!

Kalo dah simple maksudnya bahan-bahan nak making pun simple lah
Tak payah nak salin salin resepi bagai..celah ketik aje ni nak buat...

amboii lah!! propa sungguh..kang bertukar jadi cheery popia..eh?? cheery propa!! susah pulok 
popia maker nak berniaga kat bazar nun...hihihi ^_____^

Bahan-bahan yang aku pakai adalah:-




Telur yang telah dipukul, roti dan jugak sosej yang telah direbus atau digoreng.
cheery rebus jer sosej tu sebab pemalas...bahahaha ^_______^



Dah siap semua bahan, meh kita mengulung pulok...aku sapukan telor pada roti
sebab saja-saja!! hahaha  ...[leh plak cm tu?]
saja gantikan cheese dengan telor sebab tak nak makan cheese nanti selera
menggunung tak sedar diri dah gendut tu..lepas tu makan banyak banyak
dah gendut lagi...owh can't can't!!

Tapi kalo letak cheese superbbb marvelousssss!!!!
Muahhh!!!

Dah siap gulung kita boleh lah menggoreng!!


Sebelum menggoreng celurkan roti tadi dengan telur yang telah dipukul
goreng tu need to be aware ok..kalo qalit sangat jadilah negro macam 
roti sosej diatas....tp would like to inform you all selain daripada 'hitam itu menawan'
juga 'hitam itu seni'
^______^

Itu seni kreatif rupanya!!!
bahahahaha....

Sedap tak sedap lain kira...yang penting seni
Seni tu kan 1st sight to making goods and services performing are perfectly!
^_____^

Salam Nuzul Al-Quran semua!!


Sunday, July 13, 2014

Sup ayam overdos dan Air detox hentam keromo

                                     Hye, Asalammualaikum semua

Apa khabaran kamuk disanak yahk?? Hahaha…
Budget nak ckp slange Sarawak….tapi entah pape bunyikk!! Nangis orang Sarawak baca !!

Ingat lagi tak azam ramadhan aku yang nak masak sepanjang ramadhan ni?
Kalo kowang nak tahu!!.....dah ke laut dah…hampeh pun tak ada!bahahaha…dah lima hari aku beli juadah berbuka dekat pasar ramadhan taman medan

Huh!! Hypocrites sangat ko cheery!!!

Seminggu ni banyak perkara yang berlaku dan buat aku rasa sedikit down…sebab tulah tak hairan kalo tiba-tiba kowang terbaca entry poyos dan over sedih… kat mana lagi nak show kesedihan ni kalo bukan blog buruk ni…mana dengan buzy keje, mana dengan masalah dekat ofis, masalah company, semua tu aku fikir dan buat aku hypertension walaupun terang-terang company tu bukan bapak aku yang punya..
nak tension dah kenapa kan?

But as a productive staff…haruslah wisau!!! [productive la sangat!!]
Hari ni pulak hari weekend sah-sah aku cuti, so sepantas boboboi, aku pegi gaint beli barang untuk masak.
Menu aku hari ini untuk berbuka adalah…..jeng..jeng…jeng…..
Suspend tak? Suspend tak???? ^________^




Menu aku hari ni nasi putih, ayam goreng blackpaper dan sup ayam
yang overdosnya adalah pekakas supnya tu...nampak kayu balak dalam mangkuk tu??
kahkahkahkah ^_____^
tapi tetap sedap!!!! [wah, puji masakan sndiri!]

Beverage pulak adalah special iaitu air detox cik epal hijau dan cik limau sunkist.
Memang detox yang hentam buat ni..kihkihkih

Owh yah, sebelum aku masuk tidoq, aku nak inform pada kowang semua, pasal online shop aku ada promosi ‘membelisambil beramal’. Dimana bag yang kowang beli dengan aku akan ditarik 5% untuk disumbangkan untuk membantu bumi palestin. Kowang mesti dah tahu kan yang bumi palestin tengah bergolak. Sudah semestinya doa dari kita semua (muslimin dan muslimat) amat-amat diperlukan.
Berdoalah untuk agama dan sahabat kita disana (Palestin)

Pada yang hendak memberi sumbangan peribadi boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun bank aman palestin. Maklumat seperti dibawah:-

Akaun Bank atas nama Aman Palestin Berhad
Bank islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Sumbangan secara SMS pun boleh:-
Taip PALESTIN 10 atau 5 atau 3 atau 1 dan hantarkan ke 39111

Hah, Nampak?? Macam-macam cara untuk menyumbang, depend on kita aje NAK atau TAK NAK aje.
^______^


Ok, bye!!!

Saturday, July 12, 2014

DUGAAN INI UNTUK AKU

Bulan yang mulia, bulan ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pintu-pintu rezeki terbuka luas. Sungguh menyenangkan sangat mendamaikan pada insan yang sentiasa bersyukur dan istiqomah dalam mengejar harta akhirat. Sungguh!!! Dunia diketepikan dahulu demi satu keselesaan di syurga Firdaus.

Aku!! Aku diuji dengan satu dugaan yang sangat takut aku untuk aku hadapi. Keadaan dimana aku rasa takut untuk gagal, takut untuk laluinya, takut untuk ku tempuhi.

Mungkin pada yang lain, itu Cuma dugaan biasa, dugaan kecil tapi adakah ia bererti aku insan yang sangat lemah dan penakut??

Entah…aku tidak tahu…aku tidak mengerti….aku tidak mengetahui
T______T

Jika benar ujian ini hanya sebesar zarah, sekecil kuman…sesuci debu…ingin aku menyeru hati ini bersabar, menyeru diri ini bertahan  agar jiwa ini terus tenang, terus bersyukur dan terus itiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama Allah.


Ya Tuhan, mungkin rezeki aku disini, setakat ini dan sejauh ini, namun apa pun keadaan KAU cukupkan lah rezeki ini, kau redhakanlah pilihan ini, kau tabahkanlah hati ini agar aku terus kuat menjalani ibadah untuk MU, terus bersyukur untuk anugerah dari MU.

Tenangkan jiwa ini, redhakan hati ini, bukakan pintu rezeki hamba mu ini kerana aku ingin berhenti dari terus MENANGIS…MENANGIS………MENANGIS ……dan MENANGIS    


T_____T

Wednesday, July 9, 2014

Secret Gift from the secret project

Semalam balik dari secret project [secret la sangat!!!] tiba-tiba ofismate cakap ada parcel  untuk aku
wah!!! syok aiih!!! parcel yang tidak tahu apa benda dan apa asal usulnya..hahahha [boleh macam tu?]


Tentu lah boleh...ini namanya secret gift from the secret project...sebab apa tau, sebab project yang tak tahu apa project..[apa jadah ni??] ok...aku blur!! maksudnya aku tak tahu lah macam mana boleh dapat hadiah novel 'semerah red velvet ni' .....red velvet cheese tart aku taw lah...sedap!!!! bahahaha


Nak order? wassup aku 017-5433604

Hadiah ni dari Karangkraf, so aku dapat teka sikit, rasanya menang dari peraduan mencoret cerita
bahahahaha...ok mengarut!! ada lah aku hantar satu cerpen ke cerita tah kat karangkraf..kalo before ni
dapat la jugak surat makluman kan..SINI..tapi kali ni hapa pun tak ada..just hantar hadiah aje..

assume aje, maybe pengurus dia tak sempat nk buat surat untuk aku sebab sibuk gelintey kuih raya
tak lama lagi kan nak raya...mana ada masa nak menulis surat..tolonglah memahami,okey!!!! -..-


Dan hari sebelumnya aku dah dapat bonus raya dari nuffnang...alhamdulillah!!!, pepandai assume bonus raya sebab dekat dekat nak raya ni kan...tak banyak pun tapi rezki banyak tu aje, okey jer lah....owh, sebenarnya 1st time dapat komisen dari nuffnang ni....1st try for the 1st experience.
hikhikhik T____T *nangis

Okey, mintak diri...keadaan sekarang dah huru hara, dah tak sempat nak mencoret lama-lama
atau panjang-panjang..ada masa aku singgah ke laman kowang k..

Hari ni nak berbuka Rice to Wednesday ^_____^ a.k.a nasi kerabu :p




Saturday, July 5, 2014

Baju raya, yang mana satu?

Ada ke yang dah shopping baju raya ni?
ke simpan dan tunggu nak pakai aje?
Wah...semangat korang noh?

Aku belum beli pape lagi...just beli baju raya untuk akak aku aje
akak i beli baju online dengan i....

Semalam ada la kena taskirah sikit dengan my mak
Dia awal awal lagi dah sound aku jangan membazir beli baju banyak untuk raya
sepasang dua pun dah cukup katanya
tak payah nak membazir beli yang mahal-mahal 
sebab, dia tahu sangat dah pe'el aku ni, kalo beli yang mahal-mahal lip lap lip lap tu,
pakai sekali aje,waktu raya aje...pas tu tak pakai dah

eh...eh, mak ni macam tahu-tahu ajekan?? hahahaha ^____^

Baju raya mak dan ayah aku, aku tak perlu pikir dah sebab sponsored by my adik
so, aku sponsor benda macam tudung,kasut, butang mcm tu aje
Best kalo mcm ni tiap tahun...sponsor benda kecik kecik aje..hahaha

Persiapan aku untuk raya memang confirm buat last minutes sebab
mak aku dah ajak aku shopping time balik nanti
kebetulan aku cuti awal sebelum raya t...so better shopping kedah aje lah..INSHA ALLAH!
Tak Yah nak berlagak sangat nak beli barang bought at Kola lompoq
POYOO!!!!!

Terpengaruh dengan fikiran mak aku, baju raya kali ni aku prefer
pada baju yang selesa dipakai selalu..maksudnya pakai keje pun boleh
pakai pegi kenduri pun boleh! Pakai dating pun boleh!!
hihihi
^______^

Tak nak lah baju lip lap lip lap sangat kang tak gamak nak pakai keje
Kang orang fikir Sari Yanti nak buat fesyen show pulok kan? hahaha

Meh aku share sikit baju dari Zalora yang aku berkenan...
Nasib baik ko mahal, baju!!!!!


FESYEN RAYA 2014

Chantilly Chatalina Baju Kurung

Roseminah Baju Kurung

Yatimah Baju Kurung

Mariam Baju Kurung

Embellished Asymmetric Peplum Top

CDC Crepe Swarovski Baju Kurung

CDC Crepe Studded Baju Kurung

CDC Crepe Studded Baju Kurung

Chantilly Cecille Kebaya

Chantilly Cherelle Baju Kurung

Opal Brasso Beaded Baju Kurung

Chantilly Charleena Baju Kurung

Chantilly Colette Baju Kurung

CDC Crepe Swarovski Baju Kurung

CDC Crepe Swarovski Baju Kurung

Jarie Baju Kurung

Striped Print Baju Kurung

Lace Shift Maxi Dress with Belt

Chantilly Carolina Baju Kurung

Paloma Dhia Kurung

CDC Crepe Studded Baju Kurung

Opal Brasso Beaded Baju Kurung

Aisya Medina Baju Kurung

Jarie Baju Kurung

Opal Brasso Beaded Baju Kurung

Paisley Print Baju Kurung

Jamie Baju Kurung

Miki Baju Kurung

Ladies Kurung Modern

Vintage Garden Baju Kurung

Maimunah Baju Kurung Pahang

Ladies Kurung Modern


Kalo korang, suka design yang macam mana??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...