Bunyi bising orang membebel di luar langsung tidak
dihiraukan Shark. Kepalanya yang sakit dan berdenyut lebih perlu diberi
perhatian. Badannya rasa sejuk dan tidak bermaya.
Bibirnya rasa kering dan pucat. Dia rasa, dia demam. Mak Jah
pulak tidak masuk ke biliknya langsung. Sekurang-kurangnya boleh dia mintak
tolong sampaikan pesan pada Tuan Amar bahawa dia MC hari ni.
Suara Orang membebel semakin dekat rasanya. Serentak itu,
ketukan bertalu dan kasar mengegarkan pintu bilik Shark. Ah! Sudah, angin
puting beliung dah melanda rumah banglo seri hartamas ni. Nasib kau lah Tuan,
aku tak ada energy nak layan pe’el kau. Kau terjah aje lah bila aku ni. Shark
memejamkan matanya rapat. Redha dengan maki hamun yang akan dia terima sebentar
nanti.
Serentak itu, berdesing bunyi pintu diterjah kasar. Shark
sedikit terkejut tapi masih diposisi baring. Dia ni nak jahanamkan pintu bilik
aku ni ke?
“ Hoi! Kau tidur lagi tomboy? Aku dah lewat ni, bodoh!” Amar
menengking kasar tanpa mengetahui
keadaan sebenar. Shark masih tidak berganjak. Dia rasa bibir turut berat
seperti kepalanya, susah nak mengeluarkan kata-kata.
“ Kau ni dah kenapa? Aku cakap kau buat bodoh aje, dah besar
kepala nampak? Ni selimut satu badan napa?” Amar menghampiri katil dan merentap
kasar comforter yang menutup seluruh badan Shark.
Shark menoleh perlahan memandang sayu wajah Amar. “
Saya….saya tak larat tuan!” tersekat-sekat Shark bersuara perlahan. Antara
dengar dan tidak, Amar meletakkan belakang tapak tangannya didahi Shark.
“ Ya Allah! Kau demam ke tomboi? Apasal kau tak cakap aku?
sejak bila kau demam ni? Semalam okey aje?” Amar menyoal kalut. Jelas kerisauan
diwajahnya.
“ Gulp!” Shark menelan air liur. Perit rasanya. Nak ucap 4
perkataan pun sampai kering tekaknya, ini kan pulak nak menjawab soalan Tuannya yang
panjang lebar tu. Aku nak kena jawab juga ke? Tak larat lah!
“ Tak pe..tak pe..kau bangun, kita pergi klinik.” Amar cuba
ingin mencepung Shark.
“ Tak nak lah!” Shark menolak lengan Amar yang gagah.
“ Loo..Napa ?
Kau demam kena pergi klinik!” Amar memujuk lembut.
“ Tak nak! Nanti okey lah tu.” Shark berkeras. Aku tak nak
pergi klinik lah! Tak paham bahasa ke?
“ Dah, kau jangan nak degil, jom cepat!” Amar menarik tangan
Shark cuba
untuk membangunkannya.
“ Tak nak!!! Terajang taw lah!” Shark menolak tubuh Amar dan
merebahkan badan dikatil semula. Dia tidak bermaya.
“ Ewah…tak padan dengan sakit! Larat ke nak terajang aku?”
Amar bercekak pinggang. Susah betul nak urus
tomboy yang takut klinik ni.
“ Kau tunggu kejab, aku cari Mak Jah!” Amar menapak keluar
dari bilik. Shark menjeling. Nak cari Mak Jah buat apa? Tak kan nak culik aku bawak pergi klinik kot.
Beberapa minit kemudian, Amar masuk ke bilik membawa besen
kecil dan tuala kecil. Di basahkan tuala kecil itu dengan air dari besen dan
dituamkan didahi Shark. Shark memejam mata seketika. Dingin dari tuala itu
meresap masuk ke badannya. Rasa lega sikit berat kepalanya saat itu. Muka
pucatnya turut dilap Amar. Dari muka hingga ke leher, lengan dan dada. Tak
cukup dengan itu, diselaknya sedikit baju Shark untuk menyegarkan kulit perut
pulak. Shark tidak kisah lagi batas-batas antara mereka. Lagipun Tuan Amar
suaminya yang sah. Shark rasa nyaman dan sedikit lendir-lendir. Air apa dia
pakai ni?
“ Tuan, napa ada lendir?” Shark meyentuh rambut yang ada kesan
lendir.
“ Tu lendir bunga raya. Mak Jah kata lendir bunga ni bagus
untuk turunkan suhu badan.”
“ Owh!” Shark menguis sedikit lendir dari rambut dan disapu
dibibir keringnya.
“ Hoi, kau buat apa tu?” Amar menyoal pelik.
“ Bibir panas!” Jawab Shark simple.
“ Aduh!! Kau ni macam-macam lah!”
“ Dah lah!” Shark bersuara perlahan.
“ Eh, belum ni, peha belum lap ni?”
“ Tak yah lah, baik saya mandi aje!”
“ Eh, mana boleh mandi, nanti silap air susah!”
“ Pergi lah keje?”
“ Kau kan
demam? Aku nak pergi keje macam mana?”
Shark mengeluh. Call teksi aje lah apa susah? Sejak bila
pulak driver macam aku ni jadi orang penting dalam kerjaya dia ni? Tak ada aku
tak boleh pergi kerja. Urmm…ajaib tu.
“ Kau angkat punggung sikit, aku nak tanggalkan seluar ni.”
Suruh Amar selamba.
“ Tak nak lah, apa ni? Tak yah!” Shark merengek geram.
“ Aku nak lap ni!”
“ Tak yah lah, nanti sejuk.”
“ Sejuk ke? Nak aku peluk?” Amar sengih nakal.
“ Gatal!” Shark menjeling tajam. Aku sakit-sakit macam ni
pun ada hati nak cari pasal lagi.
“ Tak apa lah, rest yeh? Aku turun kejab.” Amar
menyelimutkan tubuh Shark hingga ke paras dada. Seulas senyuman sebelum keluar
dari bilik itu. Shark terkesima dengan senyuman itu. Handsomenya!
Bahagia rasanya apabila dilayan seperti perempuan. Aku kan perempuan! Imej aje
macam tomboy tapi aku tetap perempuan. Aku punya naluri perempuan! Aku ingin
mencintai dan dicintai. Tapi perancangan Tuhan, aku punya suami tanpa bermula
dengan cinta. Ada
apa dengan cinta? Sekarang, aku dapat rasa cinta itu hadir memenuhi segenap
jiwa dan raga. Aku rasa tenteram dan selamat. Aku rasa, aku punya suami dalam
erti kata yang sebenar. Bukan suami tangkap muat, bukan suami atas kertas tapi
suami sebenar, imam dunia dan akhirat. Tapi, dia cinta aku tak? Mungkin tak.
Dia baik dengan aku sebab aku driver dia aje! Shark sebak, dipekupnya muka
dengan comforter.
“ Assalammualaikum!” Amar muncul dimuka pintu sambil membawa
dulang.
Shark tersenyum kelat. Salam disambut di dalam hati. Islam
rupanya! Baru sekarang terdengar ucapan salam keluar dari bibir Tuan Amar
untuknya. Kalau tak jangan harap, biasanya maki hamun yang dia dapat.
“ Bubur?” Shark menjenguk isi dalam mangkuk putih.
“ Yup, makan sikit okey, lepas tu makan ubat!” Amar meniup
isi bubur sebelum menyuap Shark.
“ Urmm…!” Shark menekup mulutnya. Rasa tawar bubur itu.
“ Kenapa? Panas?” Amar lap sisa bubur ditepi bibir Shark
dengan tangannya. Shark memegang kemas lengan Amar. Mereka saling berpandangan.
Satu perasaan asing timbul dalam hati masing-masing.
Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku
Ku kan
berjanji menyintamu sayang…..
Jantung Shark bergelora, perasaanya berbunga-bunga dan
fikirannya menyanyikan lagu ‘cinta antara kita’ nyanyian Duta dan Baizura
Kahar.
“ Hey! Kau apa hal pandang aku macam tu? Jatuh cinta yah?”
Amar mengusik.
“ Mana ada! Tak nak makan, tak sedap!” Shark tersedar dari
fantasi, dan menolak perlahan mangkuk bubur ditangan Amar.
Nasib baik dia tak nampak apa yang aku fikirkan. Malunya
kalau dia tahu!
“ Laa…sikit sangat kau makan ni, tak luak pun. Tak baik
membazir!”
“ Takut membazir, Tuan lah makan!” Shark merebahkan badannya
semula dan menarik selimut. Mata dipejam. Sambung berangan.
Amar meletakkan bubur di atas dulang. Shark yang sudah
memejamkan mata direnung sepi. Ego betul!
Related link: