Assalammualaikum...
Aku rasa penat sikit hari ni,koz banyak kejer yg perlu dibuat. tak menang tangan dibuatnya.
Tapi..tapi..tapi jejari runcing aku gatai jugak nak update*masalah toi..wikihkihkih
Aku curi-curi blogwalking,degil tak aku??*okey,aku budak baik!!
aku kongsi satu citer pasal si kecik ni,aku dah xingat mana member ofis aku dpt. dia copy and email kasi aku. so,aku nak copy paste jer. maaf lah ek kalau citer ni citer kowang punya..aku pinjam.leh kan???aloh..so sweet,sayang kowang!!!
Citer ni sesuai untuk bacaan dan peringatan para ibu/bapa diluar sana.
-------------------------------------------------------------------------------------
Ini
sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah
ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie
mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan
kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau
diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal
mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi
akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir
sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak
perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…
Kisah Si
Kecil Ita…
Suatu
hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta
ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap,
lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh
sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan
ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut
imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.
Pulang
petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli
dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa
yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya.
Sekali
lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya
tak tahu Tuan..!
”Duduk
di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri
lagi.
Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan
penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam
ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan
kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket
seluar abahnya, manja.
Si ayah
yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas
memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa
cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera
memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik.
Dilihatnya
tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak
keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram
air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air.
Si
pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan
anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan
minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.
Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap
pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si
ibu.
Sebelum
si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat
anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula
pintu.
Masuk
hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu
panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya
itu.
Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke
hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor
memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
‘Tiada
pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu
teruk.
‘Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata
doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan.
Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar
dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis
kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut
putih.
Direnung
muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi
melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata…
‘Abah..
Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang
abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.
‘Ita
juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus
membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.
Tidak
seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik
tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya
bertalu-talu.
Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati
namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..
“Didiklah
dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram
& marah anda….” (,”)(“,)
p/s: Bertakung air mata aku baca citer ni*tak tipu!!
huhuhu.. sebak lak baca citer nih.. huhuhu
ReplyDeletekesiannya, inilah jadi bila tindakan barpaksikan nafsu..menyesal sepanjang hayat..nauzubillah
ReplyDeleteaaarrgghhhhh tobat is kalau ada anak nanti is takkan rotan dia is takkan pukul dia is takkan marah dia
ReplyDeletedapat kat is mak ayah Ita nie is tendang dia terus terbang punyaaa isksikisk geram gilaaaaa dah nieeee
ReplyDeletesabar ek is,hehe
ReplyDeleteokei. korn pernah baca pesal budak nama ita ni. serius korn pon sedih mase mula2 bace ni dlu.. sebak kot..
ReplyDeleteBetapa hibanya bila baca ni....sesal kemudian tiada guna...didik ank dengn kelmbutan bukan kekerasan....semoga menjadi teladan intk ibu bapa diluar sana
ReplyDeletewww.mom2careshopvitamin.blogspot.com