“ Shark,jangan balik dulu,
singgah butik Collection Beauty kejab.” Amar memberi arahan. Seperti Big bos
lagaknya.
“ Nak buat apa, Tuan?” Shark
menyoal laju. Pagi tadi Amar ada beritahu supaya datang mengambilnya awal,
pukul 4.30 petang tapi tidak pulak beritahu hendak ke mana.
“ Huh! Kau ni jadi manusia jangan
banyak tanya. Ikut aje lah cakap orang.” Amar menjawab geram. Terima aje lah
dapat Driver perempuan ni, banyak tanya.
“ Baik Tuan!” Shark menjawab
tegas sambil mengangkat tabik hormat. Sikit-sikit nak melenting. Dalam satu
hari tak melenting tak complete hidup agaknya.
Amar tahu Shark memerlinya, tapi
dia tak kisah. Kadang-kadang gelagat Shark menciut hatinya. Dia suka situasi
itu.
**********
“ Yang kau terhegeh-hegeh lagi
kenapa? Cepatlah try baju tu?” Amar memerhatikan gelagat Shark yang terpaku di
satu sudut butik, seperti takut-takut saja.
“ Tuan, napa pulak saya nak kena
pakai gaun ni? Geli lah tuan, tak sesuai lah!” Shark merungut. Seperti mahu
menangis sahaja apabila disuruh mencuba gaun. Amar ketawa geli hati dengan
riaksi Shark. Suruh cuba
baju pun nak nangis, bukan aku suruh makan taik!
“ Try lah, kau kena ikut aku
pergi dinner malam ni! Ramai VVIP datang. Tak kan aku nak biar kau pakai tshirt and jeans.
Sesekali dress-up cantik sikit apa salahnya, sejuk sikit mata aku memandang.”
Shark memegang batang lehernya yang meremang. Kenapa aku rasa lain macam aje
kata-kata dia ni? Lembut dan sejuk saja, tidak seperti kebiasaan kasar dan
menyakitkan.
“ Alah, tak payah lah tuan! Macam
biasa aje lah, saya hantar tuan dan tunggu tuan kat luar. Simple! Tak payah nak
membazir duit beli gaun bagai, dah lah mahal!” jawab Shark sambil membelek tag
price.
“ Eh! Duit aku suka hati aku lah
nak beli ke apa ke. Kau pakai sudah! Dah jom balik, gaun ni aku beli, size M
‘cantik’ dengan badan kau kan ?”
Amar mengambil gaun dari tangan Shark dan memberikan pada pekerja butik itu
untuk dibungkus. Shark menarik muka masam.
*********
Pintu bilik diketuk dari luar, shark mengeluh berat.
“ Kejab!! Shark menjerit kuat. ‘
Dia ni kalau tak menyusahkan aku tak sah. Ish!! Gaun ni, aku nak jalan pun
susah!’ Shark membebel sendirian. Pintu bilik dibuka.
Shark terpana. Siapa perempuan
ni? Pengganti aku malam ni ke? Yes!!!
“ Hai akak! Saya Meera, adik
sepupu abang Amar! Abang Amar suruh datang make-up akak. Malam ni dinner
company kan ?”
Soal Meera ceria.
“ Make-up?” Shark mengaru kepala
yang tak gatal. Ah! Sudah. Matilah aku, Amar serius nak aku nampak cantik malam
ni.
“ Eh! Masuklah Meera.”
1 jam kemudian...
“ Wah, cantik la akak! Macam sari
Yanti kan ?”
Shark melihat wajahnya di cermin, tidak berkelip mata melihat bayangan wajahnya
yang kini berubah hundred percent. Aku ke ni?
“ Tapi, Meera tak rasa pelik ke?
Akak rasa tak selesa la Meera!” Shark memandang Meera,memohon simpati gadis
itu.
“ Mana ada pelik, kak! Cantik
lah! Ni kalau abang Amar tengok comfirm terkeluar bijik mata ni.” Meera ketawa
dengan kata-katanya sendiri. Manakala Shark automatic mukanya berubah merah, terserlah
blusher dipipinya.
Make up tidak terlalu tebal,
hiasan tidak terlalu sarat, sekadar anting-anting labuh dan rantai leher.
Simple tapi tetap menyerlah. Rambutnya yang pendek didandan rapi sedikitpun
tidak mencacatkan penampilan. Bahkan gaun pink lembut berpotongan luas didada
menyerlahkan lagi kecantikkan Shark. 100% wanita sejati.
“ Jom turunlah?” Ajak Meera.
Rasanya sudah terlalu lama Abang Sepupunya tunggu kat bawah.
Hati-hati kaki Shark memijak
lantai tangga. Takut dia tersungkur gara-gara kain gaun yang dipakai terlalu
kembang semangkuk. Sambil dia turun, sempat Shark memandang ke arah Dato Alam
dan Tuan Amar yang memandangnya tidak berkelip. Ish! Dia ni, tak boleh tutup
sikit ke mulut tu? Over bebenor, lalat masuk kang? Kelakar rasanya Shark yang
perasan mulut Tuan Amar sedikit tergangga melihatnya.
“ Cantik tak Abang?” Meera
berlari mendapatkan Amar yang memandang sejak tadi.
“ Urmm…Boleh lah! Orang kalau dah
jari tu berseni, buat apa pun cantik.” Amar mencuit dagu Meera, memuji hasil
kreativiti adik sepupunya itu.
“ Bukan sebab seni Meera ni la
abang! Sebab si empunya badan tu dah memang cantik,taw?”
pix pinjam abg google aje...
“ Yelah tu!” Amar mencebik
bibirnya. Sukar untuk dia mengakui yang isterinya memang cantik. Selama ini
kecantikkan itu diselindung disebalik imej tomboinya itu. Dia yakin Sharkirah
bidadari untuknya. Dia akan pastikan malam ini menjadi milik mereka.
~sambung nanti~
tomboy tomboy pun kalau dihias memang cantik
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletemakin menarik kisah ni:)
why don't you try it for real instead? good story line, suka baca. salam... ^__^
ReplyDeletetomboy pun perempuan juga kan ;)
ReplyDelete